Amanat YAB Presiden UMNO Sempena PAU 2017

Israq 7 Disember 2017

PWTC

#DariPengamatanSaya

Walaupun YAB Presiden Parti mulakan mood Perwakilan dengan gurauan mesra, sebagai bukti beliau menang pemurah dengan kemesraan.

Namun ucapan beliau selama 2 jam lebih penuh semangat. Syumul serta Waqi’e.

Mukadimah yang menerajui ucapan beliau membawa perwakilan dengan kemudi gagah beliau bahawa PAU kali ini kearah menerajui PRU 14, serta sebagai lonjakan kemenangan.

Samada menyentuh soal kebajikan rakyat dan pendidikan telah beliau sentuh bagaimana ia satu perjuangan istiqamah yang tak bakal putus.

PM juga penuh berhemah menghujahkan fakta logik situasi pembangkang yang semakin celaru serta hilang punca. Kepimpinan mereka yang saling bercanggah.

Sebenarnya ini adalah ruang untuk UMNO menerajui BN kearah perpaduan yang sentiasa mengambil berat seluruh kaum yang ada.

Cuma bagaimana kita mengambil ruang untuk menangani perang persepsi yang dilancar oleh pembangkang dengan mengguna segala senjata yang ada.

Apa yang lebih menarik serta mendapat sokongan padu para perwakilan serta pemerhati apabila YAB Presiden melaungkan seruan padu bantahan Kerajaan Malaysia terhadap hasrat mana-mana pihak termasuk Amerika ingin menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ( Yahudi ).

YAB Presiden juga berjaya menjelaskan bagaimana kejayaan Negara dibawah kepimpinan kini memajukan ekonomi negara didalam tekanan merundumnya ekonomi semasa.

#TAHNIAHPM.

Kenyataan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Barisan Nasional)

A. Berkaitan kenyataan umum yang dibuat oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang menyatakan kesediaan beliau berundur dari arena politik dan tidak lagi bertanding dalam PRU yang ke 14 nanti, kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional menegaskan bahawa kepimpinan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang masih diperlukan untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri dan mengetuai jentera parti menghadapi PRU ke 14.
whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-20
B. Atas semangat solidariti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional, kami berpendapat YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang adalah amat wajar terus mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri selaku Menteri Besar Pahang atas asas-asas berikut :-

i. Setakat dimaklumi, YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang masih mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan untuk mengetuai Kerajaan Negeri;

ii. Beliau masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional;

iii. Beliau telah berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat di antara Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan, Institusi-Institusi Rakyat dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-22
C. Kami juga menegaskan bahawa, kami berasa amat selesa bekerja berpasukan di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan juga amat selesa dengan kepimpinan YAB. Perdana Menteri Malaysia yang mana Perdana Menteri juga secara kebetulannya berasal dari Negeri Pahang yang kami cintai ini. Sehubungan dengan itu khidmat mereka mesti diteruskan dan semangat bekerja berpasukan ini juga pastinya akan berterusan demi memastikan kecemerlangan Barisan Nasional ini berkekalan.

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-21

D. Kami Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional akan bekerja lebih kuat dan berikrar akan bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU 14 dan menawan kembali kerusi-kerusi yang telah ditawan oleh pembangkang bagi membantu YAB. Perdana Menteri Malaysia dan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang.

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-17
E. Berkat naungan dan titah nasihat oleh KDYMM Sultan Pahang selaku Raja Pemerintah kepada kami, agar kesetiaan berpasukan sentiasa menjadi teras budaya kerja, maka kami akan meneruskan gerak kerja keras ini memenangi hati dan minda rakyat. Kami semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang sekali lagi menegaskan bahawa berdiri teguh bersama YAB. Perdana Menteri Malaysia dan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk terus memimpin negeri-negeri dan mengepalai jentera parti dalam PRU 14. Kami semua juga menegaskan sekali lagi sembah taat setia kepada KDYMM Sultan Pahang, Raja Pemerintah yang cukup prihatin, dekat dengan rakyat dan menyayangi rakyat semua lapisan. Raja dan rakyat berpisah tiada.

Hidup Najib, Hidup Adnan, Daulat Tuanku

Bertarikh : 6 Oktober 2016

Perhimpunan Agung UMNO Bermula 29 November Hingga 3 Disember 2016

https://youtube.com/watch?v=cRY0Bc-M5jE%3Fversion%3D3%26rel%3D1%26fs%3D1%26autohide%3D2%26showsearch%3D0%26showinfo%3D1%26iv_load_policy%3D1%26wmode%3Dtransparent

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 November sehingga 3 Disember ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian perhimpunan agung UMNO pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malamnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memaklumkan perkara itu…

via Perhimpunan Agung UMNO 2016 Bermula 29 November Hingga 3 Disember 2106 — UMNO Online

Lagi Permohonan Untuk Adnan Timbang Hasrat Tidak Bertanding

KUANTAN, 14 Sept – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terus menerima sokongan agar meneruskan pentadbirannya, walaupun telah menyatakan hasrat berkemungkinan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Terbaharu, pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menerusi ketuanya Muhammad Faiz Hashim memohon supaya Adnan menarik semula hasrat berkenaan kerana khidmat beliau…

via Lagi Permohonan Untuk Adnan Timbang Hasrat Tidak Bertanding — UMNO Online

Setiap Perjalanan Mesti Ada Titik Sampai – YAB Menteri Besar Pahang

“Apapun, kita serahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Tetapi, di atas segala-galanya, Allah Subhanahu Wata‘ala. Jangan risau,” tegasnya mengenai kesediaan untuk tidak bertanding lagi pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 51-MINITNYA… Yang pada awal ucapannya itulah, disentuhnya secara ringkas mengenai hasrat berundurnya setelah Dato’ Ismail (duduk, kanan sekali) menyebutnya dalam ucapan beliau sebelum itu. 

Selain Dato’ Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang turut berada di atas pentas kelihatan gembira dengan ucapan Dato’ Sri DiRaja Adnan. 

 

DEWAN, SMK KUALA KRAU, KUALA KRAU, TEMERLOH – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang membayangkan tidak bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 akan datang, menegaskan betapa setiap perjuangan atau perjalanan, tentu ada ‘titik-sampai’nya.

Sambil berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato’ Ismail Mohamad Said atas ucapan sokongan terhadapnya sebelum itu, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada permulaan ucapan luar teks 51-minit merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau pagi Sabtu, 10 September di sini;

“… saya juga ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi. Tapi, walau apapun, dalam setiap perjuangan, setiap perjalanan, mesti ada titik-sampai. Terima kasih atas sokongan.

“Apapun, kita serahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tetapi, di atas segala-galanya, Allah Subhanahu Wata‘ala. Jangan risau”.

“Saya menjadi ADUN (sudah) 30 tahun, (menjadi) MB (sudah) 17 tahun nak masuk 18 tahun. Terima kasih atas sokongan,”katanya lagi.

kkrau-lancarbuletin

MELANCARKAN BULETIN UMNO BAHAGIAN… Dato’ Sri DiRaja Adnan bersalaman dengan Dato’ Sri Mohamad Jaafar yang juga Ketua Penerangan, UMNO Bahagian Kuala Krau yang menerbitkan buletin ini. Dato’ Sri Mohamad ialah juga Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri. 

 

‘HIDUP DATO’ SRI’, ‘HIDUP DATO’ SRI’, ‘HIDUP DATO’ SRI’

Dalam ucapan luar teks 20-minitnya, Dato’ Ismail yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, telah menyebut betapa UMNO Bahagian Kuala Krau menolak ucapan Dato’ Sri DiRaja Adnan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh semalam, Jumaat, 9 September.

Yang dalam ucapannya pada majlis perasmian di bangunan Yayasan Kemiskinan Kelantan, Pengkalan Mela, Melor dekat Kota Bharu itulah, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah antara lain membayangkan kesediaannya untuk mengundur diri.

Dengan laungan ‘Hidup Dato’ Sri’ sebanyak tiga (3) kali yang dituruti oleh para perwakilan sekelian, Dato’ Ismail mahukan agar Dato’ Sri DiRaja Adnan supaya meneruskan kepimpinannya di Pahang yang selama ini bukan sahaja membawa pembangunan tetapi meleraikan pelbagai masalah yang negeri ini hadapi.

Ketika ditemui wartawan kemudiannya, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang diminta mengulas lanjut mengenai perkara sama telah meminta agar ia tidak dipanjangkan lagi, memadai dengan apa yang telah disebutnya sebelum itu.

“Itu tak boleh, biarlah. Cukup sekali. Saya sebenarnya saya keluar (kenyataan untuk mengundur diri) itu untuk ‘condition’ dia orang (ahli-ahli parti)… awak faham tak? Takkan hari-hari saya kata ‘saya nak berhenti’, ‘nak berhenti’,”tegasnya.

KKrau (PoseKumpulan).JPG

POSE BERKUMPULAN… Buat kenang-kenangan, Dato’ Sri DiRaja Adnan dengan seluruh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau. 

 

CAKAP TENTANG BERSARA BERASASKAN LOGIK & KEMUNASABAHAN

Berikut disiarkan secara ‘verbatim’ apa yang telah dicakapkan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media ketika diminta mengulas ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang diketuai Tan Sri Anuar Musa itu.

Ini ekoran beberapa laporan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada hari ini, Sabtu, 10 September, yang didapati ada antaranya, kurang tepat serta tidak begitu selari dengan apa yang dimaksudkan olehnya.

Tiga (3) soalan dikemukakan iaitu sama ada sudah ada calon untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar, sudah muktamadkah keputusannya, dan, adakah keputusan tersebut dibuat atas desakan?

“Saya bercakap berdasarkan kepada logik dan kemunasabahan. Saya telah lama berpolitik tapi kalau kira lama, tak semestinya seseoarang itu kena berhenti sebagai… Perdana Menteripun lama, berapa tahun lebih. Tan Sri Anuar Musapun lama, lagi lama daripada saya.

“Hanya saya sekadar melontarkan pandangan saya bahawa bagi diri saya sendiri, telah agak lama. Makna kalau, saya bersarapun patut.

kkrau-raihjadidatoismail2isteri

‘HAPPY BELATED BIRTHDAY’ BUAT ‘BIRTHDAY-BOY’, DATO’ ISMAIL… Dato’ Sri DiRaja Adnan turut memberi penghargaan sempena maraikan hari jadi ke-51 Dato’ Ismail pada 7 September lepas. 

Kelihatan, Dato’ Ismail diapit kedua-dua isterinya – Datin Nor Azimah Abdul Mubin dan Rose Norasyikin Abdullah yang sebelum itu telah Dato’ Ismail silakan naik ke pentas untuk acara istimewa ini. 

 

PENGGANTI DATANG APABILA SAMPAI MASA

“Soal pengganti, dalam politik tidak ada pengganti. Pengganti datang apabila sampai masa. Ini politik, terutama di Pahang – kena perkenan Tuanku, kena ‘recommendation’ PM, kena dapat kepercayaan ahli Dewan.

“Itu maksud(nya). Kita tak boleh kata, ada pengganti. Bukan saya menentukan”.

Kepada soalan sama ada keputusannya itu muktamad, jawabnya ringkas; “Belum muktamad”.

Kepada soalan mengenai desakan, jawabnya; “Tak ada. Desakan ini kita sendiri kena baca ler. Kalau sampai 40 tahun, 50 tahun politik. Bukan desakan.

“Saya meggambarkan akan kedudukan seseorang ahli politik, pentadbir.  Itu maksud saya. Dalam politik, 50 tahun pendek. Politik Jepun, orang tua jadi Perdana Menteri”. – Khabar  

Pandangan Saya: Kenyataan YAB Menteri Besar Pahang Tidak Bertanding PRU14

Saya tidak pernah dengar dari mulut beliau kenyataan ini sebenarnya. 
Namun jika benar apa yang beliau perkatakan bagi  saya berfahaman begini :
Saya ini adalah antara anak buah beliau seperti rakan-rakan yang lain dalam politik UMNO sudah pasti secara peribadi akan berkehendak beliau meneruskan kepimpinan  yang sedia ada. Bukan sekadar bertanding. Bahkan menerajui negeri ini. Kerana beliau telah membuktikan presrasi yang sangat baik dalam kepimpinannya. 
Namun beliau selaku antara Tokoh Politik yang veteran sudah mesti sangat matang membaca situasi serta gelombang arus semasa. Dan pasti beliau sedar dan memahami apa yang diungkapkan olehnya. Ia seperti Nakhoda yang membawa bahtera yang besar didalamnya mempunyai misi yang tersangat penting, sedang ia berpengalaman didalam merentasi badai serta arus air, angin taufan, kegelapan cuaca mahupun cerah bagaimana untuk meredahinya dengan baik dan sempurna. Bukan sahaja anak-anak kapal dapat tiba dengan sempurna, kapal pula tiba dengan selamat ke distinasi dan misi pula tercapai dengan sempurna. 

Maksud saya beliau sangat faham apa yang sedang beliau lalui. Serta apa yang patut beliau lakukan. Saya juga sangat memahami apa yang beliau nyatakan ini bukanlah satu gimik mahupun penyesalan jauh sekali keputusan. Tetapi ia merupakan kesedaran diri serta kebijaksanaan beliau sebagai seorang Tokoh Politik yang sangat berpengalaman dalam memandu arah perjuangan yang telah sekian lama beliau pikul. 
Saya juga mengenali beliau walaupun seorang kepimpinan yang berpengalaman sangat besar serta tokoh pemimpin yang sangat disegani serta dihurmati dinegeri Pahang. Beliau bijak dalam memahami situasi serta mengatasinya dengan baik dan sempurna. Banyak situasi getir yang saya perhatikan dalam tempoh yang singkat saya bersama beliau. YAB Dato Sri Di Raja berusaha selesaikan dengan sebaik mungkin. Bab kata perpatah bagaikan menarik rambut dalam tepung. Bukan setakat tepung tidak selerak dan rambut tidak putus, bekas yang menampung tepung langsung tak sedar apa yang berlaku sedangkan rambut dapat diselamatkan. Serta tuan tepong yang nak buat kuih pun langsung tak tahu yang tepung dia tadi dimasuki rambut. Dia masih tetap melihat tepungnya seperti biasa. 
Jadi menurut saya dalam situasi gelombang politik hari ini sudah tentu beliau begitu matang dalam membuat keputusan serta memahami kemana arah yang beliau bawa dan apa yang beliau perkatakan. Terutama menghadapi kerenah semasa yang semakin sukar untuk dididik sempurna. Mungkin dengan secara ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan kita untuk berperanan dengan lebih baik sesuai dengan bidang kuasa masing-masing.
Jika kawan dalam politik jalankanlah amanah sesuai apa yang telah kita diamanahkan. Seandai ada sesama kita terlintas untuk menjadi rambut yang jatuh ketepung elok tak payah lah. Kalau nak jadipun jadilah seperti apa yang sedia ada dalam genggaman kita. Kalau kita cuba melebihi apa yang ada pada diri kita sebenarnya kita akan merosakan diri kita. Sebaliknya jika kita buat dengan mengabaikan amanah pasti segalanya akan rosak serta musnah. 
Demikian juga kerenah rakan-rakan pembangkang, beliau sangat mesra dan mendengari keluhan mereka. Tetapi mestilah sesuai dengan prosedur atau realiti yang sebenar. Jangan pula berkehendak sesuatu diselesaikan bagai mukjizat yang pantas kilat. Itu mustahil. Ini bermakna rakan pembangkang menjadikan diri sebagai seorang pembangkang yang songsang untuk mengatasi sesuatu isu. Saya benar-benar nampak kesungguhan beliau dalam menghadapi sesuatu permasalahan yang dibangkitkan. 

Namun perlu difahami oleh semua pihak tidak segalanya boleh diatasi seperti mudahnya lisan bertutur. Mana satu negeri dalam negara ini tidak menghadapi liku. Tetapi bukan semua mampu diatasi dengan seperti saya sebutkan. Jadi terkadang pekara ini dijadikan peluru serangan yang sangat sadis. Tanpa menyedari realiti yang perlu kita tangani. 
Namun semua kekangan ini beliau hadapi dengan semangat kepimpinan yang baik dan penuh ukhwah. Tanpa prejudis dan tragis.
Jadi bagi saya jika pun benar kenyataan ini, ia bukanlah datang dari satu kelemahan. Tetapi berlonjak dari kenyataan yang berlaku. Untuk terus berkhidmat bersatu dan bersetia.
Saya yakin jika benar kenyataan ini; ia adalah sebuah keinsafan dan tawaduk seorang hamba dalam mentarbiah lingkungannya. Ia masih diperlu masyarakat, ia masih diperlu setiap lapisan individu. Beliau tahu dimana beliau berdiri dan kemana beliau akan pergi. Beliau sedar sebenarnya beliau masih sayang kepada anak negeri ini yang dinaungi oleh KDYMM Sultan Pahng. Beliau tahu sebenarnya kesucian Agama ini yang dibawah naungan Tuanku Sultan Pahang terus utuh diatas junjugannya. Beliau pasti sedar pendidkan yang semakin indah lestarinya masih perlu kepada air tangan yang pernah beliau acukan. Beliau juga tahu tanah air bertuah ini masih perlu kepada tokoh pembelanya yang konsisten dalam memelihara hak-haknya. 
Walaubagaimana sebagai seorang Muslim saya sangat faham beliau seseorang yang memiliki nilai keyakinan iman kepada ketentuan Qadha dan Qadar yang tinggi. Beliau bila berbicara sudah pasti tahu dan sedar bahawa segalanya dalam kuasa tangan Allah. Seandainya berhimpun manusia di Pahang mahupun Malaysia sekalipun untuk menentukan sesuatu ketetapan namun jika tidak diizin Allah maka sudah pasti yang berlaku tetap juga apa yang dikukum Allah. Dan Ketentuan Allah juga yang bakal berlaku.

Pandangan ini bukan pembelaan mahupun bantahan. Tetapi ia sebuah realiti yang perlu difahami.

YAB Dato Seri DiRaja Memotong Pulut Kuning

KETEREH, 9 September — Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Hj Annuar Musa dan Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Hj Yaakob bersama-sama memotong pulut kuning pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh 2016 di Yayasan Kemiskinan Kelantan pagi tadi. Foto:MediaUMNO

via Memotong Pulut Kuning — UMNO Online

Bekas Anggota UMNO Perlu DiAnggap Sebagai Pembangkang

  1. Anggota UMNO yang telah keluar parti hendaklah dianggap sebagai pembangkang walaupun telah berjasa kepada parti sebelum ini.
  2. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan sesetengah bekas anggota UMNO yang kini bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menjatuhkan UMNO perlulah dilihat sebagai satu cabaran.
  3. Jangan ada nostalgia mengenai mereka, kini mereka tiada beza dengan pembangkang malah semasa pilihan raya kecil lepas ada antara mereka yang berkempen menentang UMNO.
  4. Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini hari Sabtu.
  5. Terdahulu, dalam ucapannya Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengingatkan anggota UMNO Lembah Pantai supaya tidak mengharapkan kelemahan pihak pembangkang semata-mata untuk memenangi pilihan raya.
  6. Beliau juga mengingatkan kita tidak boleh mengambil mudah cabaran mereka walaupun mereka berdepan dengan pelbagai isu, kita juga perlu bekerja keras menerangkan agenda kita kepada rakyat.