Perasmian Multaqa Murabbi Peringkat Negeri Pahang 2017

20 Februari 2017

10.30 pagi

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang ke Perasmian MultaqaMurabbi Peringkat Negeri Pahang yang disempurna oleh YB Dato Sri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program ini dihadiri oleh lebih 1500 orang tokoh Imam dan Pegawai Masjid, Guru Takmir dan KAFA serta Para Ilmuan Agama. Program juga menyaksikan peruntukan sebanyak lebih RM46 juta bagi tujuan Pengurusan Imam dan Guru KAFA.

Lebih RM800 ribu bagi tujuan imbuhan bilal dan siak. Semua ini bertujuan memperkasa institusi Agama dan Dakwah Negeri Pahang Darul Makmur. Muga Allah rahmati segala usaha murni ummah.

Jangan Cepat Membidaah, Mensyirik Dan Menghukum

عن ابن عباس رضي الله عنه… قال : “مر رسول الله صل الله عليه وسلم علي قبرين فقال إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير ، اما احدهما فكان يمشي بالنميمة، واما الآخر فكان لا يستتر من بوله. قال : فدعا بعسيب رطب فشقه باثنين، ثم غرس علي هذا واحدا وعلي هذا واحدا ثم قال : لعله يخفف عنهما ما لم ييلسا” رواه البخاري.
1 – قال النووي في شرحه لمسلم : 

واستحب العلماء قراءة القرآن عند القبر لهذا الحديث. لأنه إذا كان يرجي التخفيف بتسبيح الجريد فتلاوة القرآن أولي.
2- قال إبن حجر في شرحه علي البخاري :

وقد قيل إن المعني فيه أن يسمح ما دام رطبا فيحصل التخفيف ببركة التسبيح، وعلي هذا فيطرد في كل ما فيه رطوبة من الأشجار وغيرها.  وكذالك فيما فيه بركة كالذكر وتلاوة القرآن من باب أولي
3- ويقول المحدث الفقيه البغوي في كتابه : شرح السنة بعد ذكر حديث الجريدتين : “وفيه دليل علي أنه يستحب قرأة القرآن علي القبور لأنه أعظم من كل شيء بركة و ثوابا”
Dari Ibni Abbas berkata : Rasulullah SAW telah melintasi dua buah perkuburan dan menyatakan dengan sabda Baginda SAW : Mereka berdua ini sedang diazab. Tetapi bukan kerana besar dosa. Tetapi kerana seorang dari mereka sering berjalan mengumpat dan seorang lagi tidak membersihkan kencingnya. Lalu berkata : Baginda telah meminta dua rantin dari pohon yang hidup dan ditanam dikedua perkuburan, seraya bersabda : muga dengan ini mereka diringankan azab keduanya sehinggalah ranting ini kering”.

Riwayat Bukhari.
Pendapat dan Istinbat Ulamak :
1- Menurut Imam Nawawi didalam Syarah Muslim : Para Ulamak telah mengharuskan membaca al Quran disisi Kubur berdasar hadis ini. Kerana seandainya pengharapan magfirah Allah diharap dari Ranting yang dipacak kerana tasbihnya. Maka pembacaan Kalaam Allah al Quran adalah lebih layak meyampaikan magfirah”
2- Menurut Ibnu Hajar dalam Syarah beliau terhadap Sahih Bukhari : 

“Dan telah disebut erti dari hadis ini tercapainya keringanan azab dari ranting yang bertasbih. Maka sudah pasti ranting kering tidak mampu memberi faedah dan selainnya. Tetapi demikian juga setiap pekara yang terdapat didalamnya keberkatan seperti zikir dan pembacaan al Quran menjadi lebih layak memberi kesan
3-  Menurut Ulamak Hadis al Faqih al Baghawi dalam kitab beliau Syarah As Sunnah :

Setelah beliau menyebut tentang hadis ranting pokok ini. Dari hadis ini menjadi dalil harusnya membaca al Quran diatas Kubur. Kerana ia sebesar barakah dari yang lain dari pekara yang memiliki keberkatan serta ganjaran.
Wallahua’lam.

Tiada Kaitan Wang 1MDB Dengan Haji Mabrur: Mufti Pahang

Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.

“Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.

“Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.

Bekas perdana menteri itu juga berkata ia berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Rahman berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan ibadah haji, wang berkenaan menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.

“Daripada segi pemberian, orang memberi kita sesuatu, itu sudah menjadi hak kita, tidak perlu tanya orang yang memberi dan hasilnya daripada apa. Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji.

“Haji adalah rukun kepada mereka yang mampu, mampu ini sesiapa saja yang bantu menyebabkan dia mampu untuk pergi menunaikan haji. Tidak salah untuk menerima wang daripada sesiapa untuk dia mengerjakan haji,” katanya.

Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.