Jangan Jadikan Masjid Tempat Berpecah Belah: Tengku Abdullah

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam agar tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpecah belah hanya kerana perbezaan pendapat.

Baginda bertitah perbezaan pendapat termasuk yang disebabkan oleh fahaman politik tidak seharusnya dibawa ke masjid kerana kedudukannya sebagai pusat ibadah dan lambang kepada syiar Islam serta penyatuan ummah.

Tengku Abdullah bertitah umat Islam juga harus sentiasa mengimarahkan masjid, seperti saranan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob supaya masjid juga dijadikan sebagai tempat bermesyuarat untuk memajukan umat Islam.

“Dengan seikhlas hati saya berharap semua pihak jangan jadikan masjid sebagai tempat berpecah belah sesama sendiri, tidak kiralah kalau ada unsur-unsur politik.

“Kalau boleh kita bersatu di bawah satu bumbung rumah Allah SWT terutama dalam kalangan Melayu,” titah baginda semasa berucap merasmikan Masjid Cengal Lempong, Balok di sini semalam.

Turut hadir, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis itu, selain diadakan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat turut diraikan ialah sambutan ulangtahun perkahwinan Tengku Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah yang ke-31.

Dalam titahnya, Tengku Abdullah juga menzahirkan rasa bangga melihat perkembangan dan perjalanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam pengurusan masjid dan surau.

“Cukup menakjubkan terutama dengan terbinanya lebih 600 masjid di negeri ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

“Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku ketua agama Islam sentiasa memberi keutamaan dalam menjayakan agenda berkaitan Islam dan Melayu, tapi pada masa sama, tidak meninggalkan kaum lain,” titah baginda.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah juga berkenan menamakan Masjid Cengal Lampong yang dibina dengan kos hampir RM4 juta kepada Masjid Tengku Abdullah Alhaj sempena nama baginda.

— BERNAMA

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1438 Hijrah

Israq 2 Oktober 2016 :
Syukur Alhamdulillah Penghijrahan Nabi SAW terlalu sarat dengan pengajaran dan tauladan. Diantaranya berjaya membina Ummah Muhamadiah yang memiliki nilai diri yang sangat luhur.

Sehubung itu Kerajaan Negeri Pahang juga turut menganjurkan sambutan Maal Hijrah yang telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah diiringi oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti al Marhim Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar al Haj.

YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Di Raja turut hadir memuliakan keberangkatan Tuanku selaku wakil KDYMM Sultan Pahang. Muga pendidikan dari Madrasah Hijrah mampu membina sebaik2 pengajaran.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1122118741209067

Majlis Perasmian Wisma Pahang Dan Pembinaan Bangunan Baru Keperluan Pelajar Oleh KDYTM Tengku Mahkota Di Kaherah Mesir

Jumaat 16 September 2016 :
Keberangkatan tiba KDYTM Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang ke Bumi Anbiya bagi merasmikan Wisma Pahang serta pembinaan sebuah lagi bangunan baru pada hari Jumaat yang penuh barakah, bukan sahaja berjaya menambah mercu tanda Negeri Pahang di Kota Kaherah yang kini melibatkan Pahang memiliki 7 buah bangunan yang memautkan hampir 100 buah Apartment. Bahkan juga ia mampu meringankan banyak beban pelajar kita di Mesir yang terpaksa menanggung kos sara hidup serta kos pembelajaran yang semakin meningkat. Ini juga dapat memberi keselesaan urusan pembelajaran mereka.
KDYTM Tengku Mahkota juga berkenan bercemar Duli beramah mesra bersama pelajar dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada setiap pelajar Pahang yang berada di Mesir. Ini merupakan kali kedua pelajar dikunjungi dan dibantu seadanya dalam urusan pembelajaran yang pertama dahulu kunjungan oleh Kerajaan Negeri sendiri diwakili oleh kami bersama rombongan.
KDYTM Tuanku Tengku Mahkota juga mengingatkan pelajar supaya berusaha gigih jangan membuang masa serta usahakan memperolehi kejayaan yang singkat tetapi cemerlang. Mereka juga sudah pasti sebagai pelajar dibumi Anbia pintar dan bijak mengurus hidup dan perbelanjaan yang sebaik-baiknya.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1109083055845969

Suburkan Semangat Cintakan Negara Walaupun Berbeza Ideologi Politik – Tengku Abdullah

KUANTAN, 23 Ogos – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan rakyat di negeri ini supaya terus menyuburkan semangat kesetiaan dan cintakan negara walaupun mempunyai perbezaan ideologi politik dan pendapat. Baginda bertitah semangat patriotisme dan sayangkan negara perlu disebatikan dalam diri masing-masing bagi membolehkan keamanan dan kemakmuran yang dinikamati sejak sekian lama, terus…

via Suburkan Semangat Cintakan Negara Walaupun Berbeza Ideologi Politik – Tengku Abdullah — UMNO Online

Tengku Mahkota Pahang Mempengerusikan Mesyuarat Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia Edisi Ke-4

KUALA LUMPUR. 8 OGOS 2016 bersamaan 5 Zulka’edah 1437H – Timbalan Presiden Persatuan Hoki Pahang merangkap Pengerusi Konfederasi Hoki Asia, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia Edisi Ke-4 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan,…

via TENGKU MAHKOTA PAHANG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT KEJOHANAN HOKI PIALA JUARA-JUARA ASIA EDISI KE-4 — Portal Diraja Pahang » Portal Diraja Pahang

Tengku Mahkota Pahang Melawat Dan Kurnia Bantuan Kepada Mangsa Ribut

PEKAN. 5 Ogos 2016 bersamaan 2 Zulkaedah 1437H – Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diiringi bersama KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli ke Kampung Tanjung Medang melawat penduduk…

via TENGKU MAHKOTA PAHANG MELAWAT DAN KURNIAAN BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT — Portal Diraja Pahang » Portal Diraja Pahang

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYTM Tengku Mahkota Ke-57

KUANTAN. 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diiringi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bercemar duli berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-57 diadakan di Masjid Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Sungai Karang, dekat sini, hari ini.

Majlis kesyukuran dan doa selamat itu juga diadakan sempena Ulang Tahun Keputeraan Tengku Puan Pahang yang ke-56 pada jatuh pada 5 Ogos dan Paduka  Anakanda Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ulang Tahun Keputeraan Ke-19 pada 3 Ogos.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Fardu Maghrib dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.

Selepas itu, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil beramai-ramai dan seterusnya Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang dan baginda berdua turut menunaikan solat fardu Isyak yang di Imamkan oleh Imam 1 Masjid Tengku Panglima Perang, Ustaz Ezuan bin Ramali.

Turut mengiringi baginda, paduka-paduka adinda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang dan Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hadir sama paduka-paduka anakanda Tengku Mahkota, . Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam, Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah,Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah   ‘Athiyatullah.

Selepas selesai solat Isyak, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang berangkat ke Majlis Santapan/Makan Malam bersama lebih 600 tetamu termasuk pelajar-pelajar tahfiz.

Diakhir majlis, baginda bersama-sama Tengku Puan Pahang dan paduka anakanda Tengku Muhammad Iskandar memotong dan menjamah kek pulut kuning Ulang Tahun Keputeraan baginda dihadapan para tetamu.

Turut memuliakan keberangkatan baginda berdua, Pengerusi Jawatankuasa  Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Ibrahim bin Sued Ahmad, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Sri Ishak Mohammad, YB.Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri,Yang Berhormat, Dato’ Abu Bakar Bin  Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri,Yang Berhormat, Dato’ Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin.

Turut Hadir, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin Harun, Ketua Polis Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Sharifuddin bin Abd Ghani, Yang Hormat, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Muhamad Nor bin Rani dan YAA Hakim Mahkamah Syariah Pahang, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Yunos.

Tengku Mahkota Pahang Berangkat Hadir Forum Ehwal Islam

KUANTAN 21 Julai 2016 bersamaan 16 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat ke Majlis Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Perkarangan Stadium SUKPA di sini, malam tadi. Forum Perdana anjuran Persatuan Peniaga Melayu Bersatu Pahang (PPMBP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Radio dan Television Malaysia (RTM) itu diadakan sempena memuliakan Hari Ulangtahun Keputeraan Tengku Mahkota Pahang Yang Ke-57. Majlis Forum Perdana yang mengambil masa satu jam itu disiar secara langsung menerusi di TV1 bermula jam 9.00 malam.

Forum Perdana yang bertajuk ‘Belia Pembina Negara’ itu dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohd Daus daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai moderator, manakala ahli panel terdiri daripada Penyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Kampus Gombak, YH Dato’ Dr Haji Farid Ravi Abdullah dan YH Dato’ Badlishah Alaudin. Turut mengiringi baginda, Paduka anakanda Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut memuliakan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah, Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Islamiah, Dakwah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, YB Dato’ Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad. Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, YB Dato’ Norol Azali Sulaiman dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohammad Jaafar, Presiden dan Chief Executive Officer UniKL, Prof. Dato’ Dr. Masliham Mohd Su’ud, Ahli-Ahli Jemaah Pangkuan Diraja Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan.

Sekitar 1 Syawal 1437 Hijrah : Mahabbah Sebagai Ibadah

1Syawal :

Syukur Alhamdulillah,
Mengiringi KDYTM Tengku Mahkota Pahang menyemarakkan Takbir AidilFitri dan Solat Sunat… Muga Qabul Ya Allah.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1055835684504040

1 Syawal 10:15 pg:
Istana Terbuka sempena Aidilfitri. Istana Abu Bakar Pahang meneruskan tradisinya semenjak zaman berzaman bersama rakyat mensyukuri keberkahan AidilFitri. KDYMM Sultan Pahang bersama Sultanah Pahang sendiri bersama Kerabat Di Raja meraikan Rakyat yang mengadap mengunjung Tuanku memohon perkenan di Aidilfitri. Menjunjung Kasih Tuanku.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1055859807834961?pnref=story

1 Syawal 1.00 ptg :

Aidulfitri YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Syukur majlis dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India. Kehadiran semenjak awal pagi lagi menjangkau lebih 5000 pengunjung. Penuh meriah dan suasana mahabbah dan silaturahim.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1055924414495167

1Syawal 12Tgh :
Istana Abdul Aziz menjejaki sifat mulia dan mesra rakyat di Istana terbuka. Pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat mengunjungi Istana bagi memeriahkan Syawal di Aidilfitri

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1055991031155172