Perasmian Multaqa Murabbi Peringkat Negeri Pahang 2017

20 Februari 2017

10.30 pagi

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang ke Perasmian MultaqaMurabbi Peringkat Negeri Pahang yang disempurna oleh YB Dato Sri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program ini dihadiri oleh lebih 1500 orang tokoh Imam dan Pegawai Masjid, Guru Takmir dan KAFA serta Para Ilmuan Agama. Program juga menyaksikan peruntukan sebanyak lebih RM46 juta bagi tujuan Pengurusan Imam dan Guru KAFA.

Lebih RM800 ribu bagi tujuan imbuhan bilal dan siak. Semua ini bertujuan memperkasa institusi Agama dan Dakwah Negeri Pahang Darul Makmur. Muga Allah rahmati segala usaha murni ummah.

Majlis Perasmian Program Bahasa Arab: BahasaKu Dan Identitiku SMA Al Khairiah, Temerloh

Isyak 17 Feb :
Ketika Perasmian Kem Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama al Khairiah Temerloh. Seramai hampir 400 orang pelajar terlibat bersama Guru-Guru. Muga sedikit pendekatan ini melalui kerjasama Kami, Kolej Yayasan Pahang dan Pihak Sekolah selaku tuan rumah mampu memberi manfaat besar kepada pembangunan dan penguasaan Bahasa Arab.

Isyak 17 Feb :Ketika Perasmian Kem Bahasa Arab di Sek Agama al Khairiah Temerloh. Seramai hampir 400 orang pelajar…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Jumaat, 17 Februari 2017

Penerima Rumah Bina Negara

TEMERLOH, 31 Okt — Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. Rumah Bina Negara merupakan rumah mampu milik untuk golongan belia luar bandar menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar. — fotoBERNAMA.

Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah-sekolah Agama Pahang Oleh TYT Duta Emiriah Arab Bersatu Di SMA Al Wosto

29 September 2016

 3.00 petang

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang meyambut kehadiran TYT Duta Besar Emeret di Malaysia ke Majlis Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah Sekolah Agama Pahang, Sek Men Agama Wusta Selaku tuan rumah dan diurusetia oleh JAIP telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat untuk pelajar2 ini. Ia bertujuan untuk memberi motivasi dan keyakinan tinggi dalam penguasaan Bahasa Arab.  Tahniah semua pihak.
​https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1119738861447055&id=100002328557206

Majlis Perasmian Penutup Karnival Jelajah Ilmu Di Star Mall Mentakab

29 Mac 2016

11 pagi:

Majlis Perasmian Penutup Karnival Jelajah Ilmu di Star Mall Mentakab. Program selama 4 hari dipenuhi dengan pelbagai acara : “Pameran Buku, Ceramah Agama, Motivasi bersama Yatt, Ceramah Keusahawanan, Pendidikan dan Ekonomi. Tahniah urusetia dari Perpustakaan Awam Temerloh, IKIM, Sinergy Sdn Bhd dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang telah menjayakannya.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/992438414177101