Selawat Fatih Dari Pengajaran Al Quran

باسم الله الرحمن الرحيم.

Apabila Allah SWT memerintahkan hambanNYA berselawat, maka orang-orang yang mengerti maksud firman Allah tidak pernah puas mendekati pintu rahmat Allah yang amat luas itu, melalui amalan selawat. Allah swt amat senang hambaNYA sentiasa mendekatiNYA. Dalam Hadis Qudsi :

أَنَا عِنْدَ الْمُنْكَسِرَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ أَجْلِي

“Aku bersama hati-hati yang luluh kerana Aku”.

Makanya manusia berusaha untuk mendekati Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa. Pelbagai pintu rahmat telah Allah buka. Tetapi setiap pintu itu pasti ada darjah dan jauh dekat kepada Allah. Namun Allah telah jadikan Rasulullah saw sebagai pintu utama dan terdekat bagi siapa yang ingin menuju kepada Allah.

Diantar Fitrah yang menjadi syariat titah perintah Allah adalah senantiasa berselawat kepada Rasulullah saw .

Allah berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

(سورة الأحزاب اية 56)

Sesungguhnya Allah dan Para Malaikat senantiasa berselawat keatas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu sentiasa berselawat keatasnya dan memberi salam”.

Landasan inilah mereka para ulamak berusaha gigih membina puji selawat yang terindah buat junjungan mulia. Kerana didalam perintah firman ini dimutlaqkan kepada manusia dengan sesempurna selawat.

Maka juga para Ulamak yang mursyid telah mengumpulkan segala mafhum kandungan al Quran untuk disandarkan kepada Syamaiel Nabi serta sifat mulia Baginda SAW bagi mengungkap puji selawat buat Rasulullah.

Seumpama juga selawat Fatih yang sering dicemburui oleh setengah mereka yang rosak kefahaman tentang selawat.

 

SELAWAT FATIH DARI PENGAJARAN AL QURAN

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ و الخاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بَالحَقَّ و الهَادِي إلى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ و عَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ و مِقْدَارِهِ العَظِيمِ

Ayat pertama ;

اللهم صل وسلم الفاتح لما أغلق

Ya Allah kurniakan Selawat dan salam keatas Si Pembuka segala yang tertutup.

 

Mengambil penegasan Allah bahawa Nabi Muhammad telah dikurnia sebagai pembuka yang jelas lagi nyata,

ayat 1 dari surah al Fatah :

*إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا* (1)سورة الفتح

Sesungguhnya kami telah mengurnia pembukaan buat kamu (Wahai Muhammad) sejelas-jelas pembukaan.

والخاتم لما سبق…

Penyudah setiap yang terdahulu…

Ia juga diambil dari Firman Allah SWT yangvtelah menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW penyudah atau penutup kepada segala Nabi yang terdahuku. Allah tegaskan dalam surah al Ahzab ayat 40 :

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ .
*سورة الأحزاب اي40

Tidak adalah Muhammad itu bapa kepada seseorang dikalangan kamu, tetapi Baginda adalah Rasulullah dan penutup segala Nabi.

الناصر الحق بالحق

Nabi SAW yang telah membantu kebenaran dengan kebenaran….

 

Ungkapan ini juga disandarkan kepada penegasan Allah dalam beberapa ayat :

1) Nabi yang membawa kebenaran dengan kebenaran, Allah telah tegaskan dalam surah ayat

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ

سورة التوبة اية 33..

Dialah Allah yang telah mengutus RasulNYA dengan hidayah dan agama yang benar (Haq).

2- Allah juga telah berjanji dengan Nabi SAW dan orang-orang yang beriman yang sanggup membantu agama Allah. Nascaya Allah bakal bantu mereka. Maka Nabi SAW Imam kepada golongan beriman dan bertakwa sememangnya telah membantu agama Allah dengan sebaik-baik bantuan. Maka ia telah dibantu Allah dengan sebaik-baik bantuan juga. Sebab itulah Nabi dikenali sebagai Pembantu. Ini lah yang difirman Allah surah Muhammad ayat 7 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
(سورة محمد اية 7)

Wahai Orang-Orang Yang Beriman seandai kamu membantu agama Allah nascaya Allah akan membantu kamu.

و الهادي الى صراط المستقيم .

Pembawa ke jalan yang lurus.

 

Sememang Nabi SAW diutus Allah sebagai pembawa hidayah dan utusan Allah.

Serta Pendakwah kejalan yang benar. Ini juga lah yang ditegas Allah dalam firmanNYA surah al Ahzab ayat 45 – 46:

يا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا .

Wahai Nabi, kami yang mengutus kamu sebagai saksi, pemawa berita gembira dan pemberi amaran. Dan menyeru manusia kepada Allah dwngan izinNYA serta menjadi penerang yang bercahaya.

Maka tiada yang perlu disangsikan serta pertikai tentang selawat ini. Hidupkanlah juwa dengan puji selawat yang berkekalan.

 

Jawapan Ringkas Isu Berdoa Kepada Si Mati

Kenapa baca Fatihah…

Ia adalah surah dari surah-surah Al Quran yang jika dibaca bukan sahaja dijanjikan sebagai doa dan pahala bahkan ia merupakan ibu kepada Al Quran yang disimbolkan oleh Islam tidak sah solat jika tak membacanya. Maka apabila kita membacanya ia menjadi bahagian dari Doa kita kepada Allah serta khazanah pahala kurniaan Allah.

Namun orang yang meninggal tidak lagi mampu membacanya. Berdoa dengannya. Serta memperolehi pahala darinya serta menjadikannya penawar. Kerana sudah ditegas Nabi SAW “Anak adam apabila mati terputus segala amalnya….”

Namun mereka masih berpeluang memperolehinya dari 3 pekara. Antaranya doa anak yang saleh. Kita bersyukur Allah dan Rasul hanya menyatakan Doa tidak membebani dengan bentuk doa yang sesuai dengan Kebesaran Allah Yang Maha Mulia. Maka kononnya hari ni ramai sangat tak bagi berdoa selain dari Quran dan Hadis…

Kenapa salah Fatihah yang merupakan surah Quran yang mengandungi Doa diiring kepada si Mati.

Hanya orang yang tidak memahami keadaan si Mati yang tidak mahu berdoa dan beralasan ia adat Melayu kononnya. Bahkan adat Melayu zaman berzaman tidak pernah berdoa kecuali setelah mereka menerima Islam sebagai agama.

Adapun kalimah
إنا لله وإنا اليه راجعون
Merupakan lafaz yang dididik Allah kepada hambanya apabila diberitakan adanya berlaku Musibah termasuklah kematian.

Kita dididik apabika melihat sesuatu yang takjub dari kebesaran Allah diucapkan
سبحان الله

Apabila memperolehi sesuatu nikmat kita diajar mengucapkan الحمد لله

Apabila kita mendengar petir atau sesuatu yang dahsyat dianjurkan mengucap
لا حول و لا قوة الا بالله…

Apabila kita menghadapi situasi naza’ atau ketika mentalqin seseorang kufar kpd Islam ajarkan
لا اله الا الله

Ketika kita ditimpa kesilapan dan keterlanjuran dosa kita dianjurkan beristighfar dengan ungkapan
استغفر الله

Dan banyak lagi saranan serta didikan beradab dan bersopan seorang hamba dihadapan Sang Pencipta Yang Maha Agong. Ia menjadikan segalanya dikembalikan kepada Allah dengan penuh tawaduk dan luhur.

Isu Ziarah Kubur

KUANTAN – Menziarahi tanah perkuburan pada pagi Hari Raya Aidilfitri adalah perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam.

Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata,kubur sebenarnya bukan tempat bergembira, tetapi tempat mengingati mati, malah matlamat ziarah kubur itu sendiri hendaklah bertujuan mendapatkan pengajaran yang melembutkan hati dengan mengingati akhirat.

“Sekiranya seseorang itu tidak mahu menziarah kubur kerana takut sedih sehingga mengatasi rasa gembira mereka di hari raya,maka dia boleh datang ke kubur pada hari- hari yang lain pula.

” Amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika Majlis Rumah Terbuka Dun Kerdau.

Sabda Rasulullah SAW dari hadis Sahih Riwayat Muslim:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها فانها تذكركم الموت.
رواه مسلم و الترمذي بلفظ : فانها تذكر الآخرة.

“Dulu aku melarang kamu menziarahi kubur. Namun ziarahilah kubur, kerana ia mengingatkan kamu tentang mati.

Dalam riwayat Turmuzi : “Sesungguhnya ia mengingatkan akhirat”.

Namun kebiasaan hari ini ramai orang mendesak agar tidak menziarahi kubur pada hari raya. Ini sebenarnya bergantung kepada kelapangan orang yang berziarah. Jika mereka lapang dihari biasa maka mereka boleh berziarah dihari biasa. Jika mereka lapang dibulan Ramadhan maka mereka ziarahlah pada hari itu. Jika pula mereka berkelapangan pada hari Jumaat maka ziarahlah pada hari Jumaat. Dan jika mereka lapang pada hari raya maka mereka ziarahlah pada hari raya.

Bilakah waktu kita perlu menziarahi kubur ?

Sebenarnya tiada waktu yang ditetap oleh Baginda SAW. Ini bukti ia satu kelapangan dan sunnah serta bukanlah satu perkara fardhu. Kita boleh menziarahinya pada bila-bila masa.

Dalam waktu yang sama apa yang berlaku kepada ummah hari ini?

Pertamanya:
Menziarahi pada hari raya. Ini tidak lain sudah pasti kerana hari itulah mereka pulang dari luar kerana mencari kehidupan. Mungkin ada yang tidak pernah pulang kecuali dihari raya. Maka waktu itulah mereka berpeluang menziarahi. Bukan dengan iqtikad satu kemestian dihari raya.

Kedua :
Apa perlu mereka pergi beramai-ramai ? Ini pun bukan masalah atau isunya. Kita hendak pergi beramai atau bersendirian tidak ada masalah. Dengan jumlah yang ramai tidak salah diambil dalam bab berjamaah ia juga digalak oleh agama. Seperti Sabda Nabi SAW: “Tangan Allah bersama orang ysng berjamaah”.

Ketiga:
Apakah yang perlu dilakukan ketika menziarahi kubur. Antara lain kita disunnahkan memberi salam. Dan kita juga diminta berdoa. Seperti Hadis Sahih riwayat Imam Bukhari:
استغفروا لموتكم فإنه الأن يسأل.

Mohonlah doa keampunan buat jenazah yang mendahului kamu kerana ia kini dikuburan sedang disoal”.

Cuma apakah bentuk doanya?

Sesungguhnya segala isi al Quran, Tasbih, Tahlil dan Istighfar adalah doa. Maka bacalah apa saja darinya dengan niat doa maka ia merupakan istighfar kepada simati.
Persoalan yang sering dipertikaikan adakah sampai atau tidak doa itu. Sebenarnya itu bukan kerja kita. Apa yang menjadi tugas dan perintah Nabi SAW adalah menziarahi serta berdoa kepada mereka yang nendahului kita.

Sampai atau tidak bukan urusan kita. Sehingga ibadah lain sekalipun seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain duduk diantara terima atau ditolak oleh Allah. Kita tidak tahu dimana dan bagaimana status amalan kita. Yang kita wajib tahu kita berbuat atau tidak. Selebihnya kita serah kepada Alkah Yang Maha Kaya lagi Maha mendengar.
Kewajiban kita juga mengikhlaskan niat sanubari kita. InsyaAllah, Allah mengetahui dimana duduknya amalan kita. Termasuklah menziarahi kubur.
Menurut Sirah Badar, setelah Rasulullah SAW kembali dari peperangan berkenaan. Rasulullah saw telah mendapat perkhabaran kewafatan anaknda puterinya Ruqaiyah RA. Sesampai dibumi Madinah Baginda SAW terus menziarahi Anaknda Puterinya ketika itu disamping Baginda SAW ada Fatimah RA. Sedang mereka berdoa disampung makamnya.
Semua ini bukti harusnya menziarahi kubur pada bila-bila waktu, tanpa mengira sebab dan kaitan sempena.

Menghidupkan Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan

Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak, hari ini kita menjalani fasa pengakhiran ibadah puasa. Dalam tempoh tersebut, sudahkah kita berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap takwa dalam erti kata yang sebenar atau sebaliknya? Jika tempoh tersebut belum mampu memperlengkapkan diri kita dengan takwa, masih belum terlambat untuk kita berusaha ke arah itu. Justeru, saki baki hari-hari terakhir Ramadhan perlu kita rebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya agar kita tidak ketinggalan mendapat manfaat yang berganda dalam meniti pemergiannya.

Jika sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan berjaga malam, beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat, bagaimanakah pula dengan kita? Sewajarnya contoh yang ditunjukkan oleh Baginda dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan dijadikan teladan kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW jelas mencerminkan kepada kita betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lalui saat ini. Alangkah malangnya jika kita semakin alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah kita pada saat-saat Ramadhan yang kian melabuhkan tirainya.

Sedangkan kita seharusnya menghidupkannya dengan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat bagi meraih pahala berlipat ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam Lailatulqadar. Malah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Malam Lailatulqadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari rahmat dan kasih sayang-Nya. Oleh yang demikian, bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, maka mereka akan lebih ghairah dan teruja mencari keredhaan dengan memperbanyakkan amalan dalam meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan.

Justeru, umat Islam dianjurkan agar mencari dan merebut Lailatulqadar. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir” (hadis riwayat al-Bukhari). Dalam salah satu riwayat yang lain, dinyatakan juga bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Baginda tidak akan melalui ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab kecuali memohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam-malam terakhir Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam,maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu” (hadis riwayat Abu Dawud). Di sini bermaksud, sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh sahaja dianggap telah mendapat sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan Lailatulqadar.

Apatah lagi jika mengisinya dengan amalan-amalan lain sepanjang malam itu. Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah menghidupkan malam-malam tersebut dengan memperbanyakkan solat sunat seperti tahajjud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah SWT.

Selain itu, amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadhan yakni dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadah kepada Allah SWT. Iktikaf merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Baginda SAW demi memperolehi kelebihan dan ganjaran Lailatulqadar.

Malah, menjelang 10 akhir Ramadan secara rutinnya Rasulullah SAW mengisi waktu-waktunya dengan beriktikaf di masjid. Pelakuan baginda ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a, bahawa Rasulullah SAW beritikaf pada 10 akhir Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah SWT, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepas kewafatannya oleh para isterinya.

Dalam sebuah hadis yang lain Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap sepuluh hari terakhir Ramadan, manakala pada tahun Baginda diwafatkan, Baginda beriktikaf selama 20 hari”(hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh al-Tirmidzi).

Di samping itu, kita juga turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa, khasnya dengan memohon keampunan kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, para Ulama telah bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam Lailatulqadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirahdaripada Allah SWT.

Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan daripada Aisyah dan dikeluarkan oleh al-Tirmidzi, Aisyah diajar oleh Rasulullah SAW membaca doa pada malam Lailatulqadar yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku” (hadis riwayat al-Tirmidzi, 5:535).

Rasulullah SAW turut berdoa yang bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku adalah penghujungnya. Dan jadikan sebaik-baik amalku adalah penutupnya. Dan jadikan sebaik-baik hari-hariku adalah hari di mana aku bertemu dengan-Mu kelak” (Musannaf Ibn Abi Syaibah 6: 65).

Begitulah teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Namun persoalannya, sejauh manakah kita mencontohi keperibadian Baginda dalam melaksanakan ibadah puasa dan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan?

Mudah-mudahan, dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadhan kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari yang telah berlalu. Jika, masih terdapat banyak lagi kelemahan dalam kita melunaskan puasa kita sebelum ini, maka masih belum terlewat untuk kita memperbaiki kelemahan tersebut agar kita mampu mencapai takwa dalam erti kata sebenar.

Sumber : IKIM

Memaksimumkan 10 Malam Ramadhan Terakhir

1. Meluangkan masa beribadah kepada Allah.

Kita pasti akan berehat seketika untuk hampir segala-gala aktiviti didalam kehidupan kita.

Tetapi mengapa kali ini kita tidak meluangkan masa dengan memberi tumpuan kepada ibadat dan bersyukur mengucapkan terima kasih kepada Pencipta kita untuk mendapat keredhaaanNya

Walaupun sekurang-kurangnya kita hanya dapat mengambil sedikit masa yang boleh.

Apabila kita berjaga malam untuk melakukan Ibadah qiamullail, maka kita tidak perlu risau tentang keadaan  kerja pada keesokan harinya.

Insyallah, ia akan baik-baik sahaja dan tidak akan menjejaskan kita pun.

2. Melakukan Iktikaf.

Ia adalah amalan Rasulullah untuk menghabiskan sepuluh hari terakhir dan malam Ramadan, duduk dalam masjid untuk Iktikaf.

Orang-orang yang beriktikaf tinggal di masjid sepanjang masa ini, melaksanakan pelbagai bentuk amalan (mengingati Allah), seperti melakukan solat sunat, membaca dan memahami al-Quran. 3. Amalkan Doa khas ini.

Saidina Aishah, ra berkata: Aku pernah bertanya Rasulullah saw:

‘Wahai Rasulullah, jika aku tahu bila malam adalah malam Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan semasa doa?’

Baginda berkata: “Katakanlah: Ya Allah, Engkau adalah Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkan aku. ” (Ahmad, Ibn Majah, dan Tirmidzi).

4. Merenung makna al-Quran.

Pilih surah yang anda pernah dengar dalam Solat Tarawih atau semasa membaca terjemahan dan Tafsir.

Kemudian berfikirlah secara mendalam tentang makna surah tersebut dan bagaimana ia akan memberi kebaikan kepada anda.

5.  Berdoa supaya dosa dihapuskan.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) berkata:

Sesiapa yang berdiri (mengerjakan sembahyang) pada malam Lailatul Qadar, mengharapkan pahala dari sisi Allah,  semua dosanya pada masa lalu akan diampuni. [Bukhari dan Muslim).

Cuba untuk berdoa dengan lebih panjang, lebih dihayati makna-maknanya.

Jika anda sudah biasa dengan surah yang  panjang, baca terjemahan dan penjelasan. Hayati makna daripada surah.

Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan tumpuan, walaupun dalam sembahyang, di mana ramai daripada kita cenderung untuk menjadi lalai dan mudah terganggu dalam solat.

6. Buat satu senarai Doa peribadi.

Tanya diri kita apa yang kita benar-benar mahu dari Allah.

Buat senarai setiap dan segala-galanya, tidak kira betapa kecil atau berapa besar, sama ada ia berkaitan dengan dunia ini atau tidak.

Allah sangat suka mendengar doa dan permintaan daripada hambaNya.

.

7. Amalkan Doa Panjang, Ikhlas dan Mendalam

Salah satu masa terbaik untuk melakukan ini ialah pada bahagian terakhir malam.

Abu Huraira ra, berkata bahawa nabi bersabda: Apabila berakhir satu pertiga malam, Allah, Yang Amat Terpuji turun ke langit bumi dan berfirman: Siapakah yang berdoa untuk Ku? Siapa yang berdoa untuk ku memohon apa-apa akan ku perkenankan. Dan yang yang memohon keampunan kepada-Ku, Aku akan memaafkannya. (Bukhari, Muslim).

Bangun satu jam sebelum masa sahur untuk meminta kepada Allah untuk apa-apa dan semua yang kita mahu.

Ini boleh dilakukan dengan  doa dalam bahasa kita sendiri ( tidak semestinya bahasa arab ), dengan ikhlas dan keyakinan.

 

8. Berbuka dengan keluarga

Jika kita selalu menghabiskan masa berbuka pada hari-hari bekerja di dalam pejabat di tempat kerja, kini beberapa hari terakhir Ramadan ini habiskanlah masa berbuka dengan keluarga kita.

Penutup

Tips ini adalah sebahagian kecil daripada apa yang boleh kita dilakukan.

Tentukan bagaimana  malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini digunakan.

Ini akan membantu kita untuk mengelakkan daripada kerugian pada Malam Lailatul-Qadar iaitu dalam 10 hari terakhir..

Semoga kita dapat  meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini.. 🙂