PR1MA Pemangkin Agenda Bumiputera

Perumahan merupakan salah satu agenda pembangunan terpenting dan adalah hasrat Kerajaan bahawa setiap rakyat negara ini berpeluang memiliki rumah sendiri. Melalui agenda ini, PR1MA diamanatkan membina perumahan mampu milik berkonsepkan gaya hidup moden di seluruh negara, terutamanya untuk mereka yang pendapatannya berada pada paras pertengahan (M40).

Mandat PR1MA bukan sahaja tertumpu kepada pembinaan kediaman untuk golongan berpendapatan sederhana sahaja. Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi PR1MA merupakan salah satu pemangkin yang mampu mencetus kemajuan sosio ekonomi negara melalui pemerkasaan agenda bumiputera dari segi pemilikan hartanah, kenaikan nilai tanah rizab Melayu dan “multiplier effect” atau impak berganda dengan membuka lebih banyak peluang perniagaan lagi.

Mengikut statistik yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, dalam tahun 2016, hanya 44% transaksi pemilikan rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilai hampir RM 21 bilion. PR1MA menganggarkan dari 500,000 unit yang dimandatkan, lebih kurang 68% kediaman PR1MA atau 340,000 unit yang bernilai secara purata RM85 bilion, akan dimiliki oleh rakyat Bumiputera.

Pendekatan yang diambil oleh PR1MA untuk menggalakan pemilikan rumah terutamanya di kalangan golongan berpendapatan pertengahan dan dari golongan Bumiputera, tertumpu bukan sahaja dari segi harga jualan malah juga segi pembiayaan. Sesungguhnya ini adalah antara komitmen Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan hartanah dan merealisasikan impian rakyat-rakyat Malaysia yang ingin memiliki kediaman sendiri.

Dengan adanya pembangunan kediaman PR1MA di seluruh negara, nilai pembangunan tanah rizab Melayu juga ditingkatkan. Setakat ini, 61 projek PR1MA yang merangkumi 53,062 unit sedang dibangunkan di atas tanah rizab Melayu dengan nilai tanah sebanyak RM1.2 bilion dan nilai pembangunan sebanyak RM13 bilion.

Terdapat banyak tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik. Apa yang lebih membanggakan, pembangunan PR1MA bukan sahaja akan dapat meningkatkan nilai tanah tersebut, ianya juga harus dilihat dan dinilai dari segi kesan limpahan kepada ekonomi komuniti-komuniti sekeliling pembangunan PR1MA.

Sukacita saya berkongsi di sini bahawa setakat ini, daripada sejumlah 267,902 unit kediaman yang telah diluluskan oleh Anggota Perbadanan PR1MA, sebanyak 139,393 unit kediaman PR1MA kini dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Ini tidak termasuk rumah mampu milik di bawah naungan agensi-agensi lain yang juga dalam pelbagai peringkat pembinaan. Antaranya setakat bulan April, 43,699 unit kediaman di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), 42,288 unit kediaman di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan 28,195 unit di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) .

Projek PR1MA juga perlu dilihat dari segi big picture, iaitu limpahan ekonomi yang dijana melalui pembangunan projek-projek PR1MA yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value) sebanyak RM125 bilion.

Apa yang penting juga, PR1MA telah memberi impak berganda atau “multiplier effect” dalam membuka peluang perniagaan kepada peniaga Bumiputera melalui rantaian perbekalan dan pembangunan vendor.

Setakat ini, PR1MA telah memberikan kontrak-kontrak bernilai lebih daripada RM15 bilion kepada 574 firma Bumiputera dari seluruh negara untuk pelbagai jenis kerja pembinaan dan perundingan. Daripada 89 projek bernilai sejumlah RM22.4 bilion yang telah ditandatangani, sebanyak 55 projek atau 62% telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera berlandaskan merit. Ini jelas menunjukkan komitmen PR1MA terhadap agenda Bumiputera dengan menyediakan peluang sama rata kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Alhamdulillah, saya juga telah berpeluang berkunjung ke tapak-tapak projek PR1MA di seluruh negara sebelum ini. Terus terang saya katakan, saya berpuas hati dengan mutu kerja kediaman PR1MA yang dibina. Tentu sekali ini membuktikan bahawa syarikat-syarikat bumiputera mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemampuan untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan negara jika diberi peluang.

Saya dimaklumkan bahawa ramai kontraktor dan firma perundingan telah mengatakan, tanpa program PR1MA dan tanpa bantuan Kerajaan, tidak mungkin mereka terlibat dalam projek pembangunan yang berskala besar. Alhamdulillah, PR1MA telah membuka peluang untuk syarikat-syarikat Bumiputera bersaing dalam industri pembinaan, demi membuat anjakan besar di dalam keupayaan mereka. Saya sendiri juga telah memastikan bahawa peluang diberi kepada kontraktor-kontraktor kecil dan sederhana di setiap negeri, supaya manfaat yang dicetus oleh projek PR1MA boleh dirasai di setiap pelosok negeri.

Oleh itu, hari ini saya berasa amat gembira kerana dapat berjumpa sendiri dengan lebih daripada 1,500 rakan Bumiputera PR1MA, merangkumi pelbagai sektor, termasuk pihak pemaju, syarikat guaman, pihak bank, sehinggalah kontraktor-kontraktor yang pemotong rumput, pemasang rangka pintu, perkhidmatan keselamatan dan sebagainya. Ingatlah bahawa sumbangan dan kerja keras anda amat penting dalam mencapai agenda pembangunan negara.

Sekitar Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Kg Bukit Lada, Kerdau

Rabu 26 Julai 2017

2.30 petang

Ketibaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran Temerloh menjenguk dan meneliti situasi Rumah PR1MA. Keadaan rumah yang selesa serta staretgik kedudukannya memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada penerima rumah berkenaan.

Ketbaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Setelah lawat tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, majlis dimulakan dengan Ramah Mesra serta Silaturahim Aidil Fitri Dun Kerdau. Majlis yang dihadiri melebihi 7000 kehadiran ini telah dapat mendengar sendiri amanat YAB Menteri Besar Pahang tentang beberapa pekara :

Samada Penyelarasan PR1MA di Negeri Pahang yang menjadi manifesto janji ditepati Kerajaan Negeri Pahang. Ia telah berjaya dibangunkan diseluruh Negeri Pahang termasuk Dun Kerdau. Namun PR1MA Kerdau adalah antara yang terawal siap dengan sempurna.

YAB Dato Sri juga mengalu-alukan sukarelawan yangtelah ditawar oleh TH sebagai bakal-bakal haji yang akan melaksanakan ibadah itu pada tahun ini. Mereka bukan sahaja diberi wang saku sebagai bantuan sebanyak RM3000 bahkan mereka diraikan oleh YAB Dato Sri Menteri Besar sendiri.

YAB Dato Sri juga sempat menjelaskan tentang usaha-usaha Kerajaan yang konsisten dalam menyelesaikan isu tanah. Hari ini dua buah kampung seramai lebih 300 penerima Notis 5A dalam DUN Kerdau. Cuma mereka yang menerima tawaran ini mestilah menghargai setiap pemberian dengan menjaganya de ngan baik, membangunkannya dengan sempurna disamping elakan menjual hanya sekadar untuk mendapat keuntungan singkat. Namun pemberian ini biarlah menjadi asetuntuk keluarga dan anak cucu.

Majlis ramah mesra ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan Exco dan Adun serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah serta kepimppinan setempat.

Juadah Aidilfitri juga telah terhidang seadanya kepada para hadirin

Muga Allah berkati Semua.

27Jul 4ptgSetelah lawst tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, Majlis dimujakan dengan Ramah Mesra serta…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

YAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun kemeja-meja penerima Kunci PR1MA dan Bantuan Haji. YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri serta YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin II II turut menyampaikan Notis 5A kepada penerima-penerima. Muga semua mereka diberkati Allah.

26 Jul AsarYAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

27Julai Maghrib :
Selesai dari Program
YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun sempat juga menziarahi 10 warga mas yang uzur terlantar. Disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.
Kami juga di #PKDK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ASPA – MENTIGA – JKM & Belia Kerdau yang turut serta mengiringi MB serta meyumbang samada tenaga, pemikiran dan saguhati kepada penerima warga mas.

27Julai Magrib :Selesai dari Progrem YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Selesai seluruh acara
Petang 26 Julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi seorang mendengar dan meneliti sebarang rungutan dan rayuan. Juga menerima sebarang surat menyurat termasuk sebarang macam permohonan yamg dibawa oleh rakyat mahupun wakil rakyat sendiri.

26 Julay Selesai seluruh acara Petang 26julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

 

PR1MA Kampung Bukit Lada Di Ambang Kejayaan

Kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan YAB Dato Seri DiRaja Haji Adnan Bin Yaakob selaku Menteri Besar telah mengupayakan dan melaksanakan sasaran untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun antara 2014 hingga 2018 seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sebanyak 33,836 unit rumah di bawah 92 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dijadual siap dibina menjelang 2018. Pelaksanaan PR1MA Pahang sudah melebihi sasaran 15,000 seperti yang dijanjikan dan usaha ini menzahirkan kerajaan negeri cukup prihatin dengan masalah perumahan rakyat.

Menurut YB Dato Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, pencapaian baik ini  meliputi juga PR1Ma Pahang di Kampung Bukit Lada yang telah mencapai tahap pembinaan 90% ketika menerima taklimat dari pemaju perumahan dalam tinjauan kemajuan projek  pagi semalam.

Hampir kesemua 200 unit rumah yang berharga RM150,000 ini telah pun mencapai 90 peratus siap. Rumah ini telah ditetapkan dalam perjanjian boleh selesai disiapkan pada akhir 2017. Walaubagaimanapun pemaju terbabit telah menyatakan sekali lagi komitmen untuk memastikan projek ini dapat diselesaikan fasa pembinaannya pada penghujung April 2017.

Tinjauan kemajuan projek  ini turut dihadiri Jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad, wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta kepimpinan setempat.

Pihak pemaju menyatakan bahawa tahap pembinaan fizikal rumah atau bangunan telah pun siap dan hanya melibatkan kerja-kerja pelengkap melalui pemeriksaan kerosakan pada rumah dan bangunan serta kerja-kerja mengecat. Kerja-kerja akhir ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada bulan April 2017.

Kerja-kerja berkaitan kemudahan utiliti seperti jalan, kolam takungan,bekalan api dan air pula akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan majlis penyerahan kunci dapat dilakukan menjelang bulan Mei 2017.

Kordinasi jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Bomba dalam memenuhi keperluan pelaksanaan pembinaan ini akan mempercepatkan tempoh siap projek PR1MA Kampung Bukit Lada. Pemeriksaan akhir oleh setiap jabatan kerajaan ini dijangka boleh dilakukan sepenuhnya untuk diperakukan pada pertengahan April 2017.

YB Dato Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad juga menyatakan bahawa PR1MA Kampung Bukit Lada ini bukan sahaja akan dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak untuk kemudahan penduduk nanti bahkan sebuah masjid yang boleh menampung seramai 1000 orang jemaah dengan kos RM6 juta juga akan dilaksanakan.

Beliau turut menyebut bahawa PR1MA Kampung Bukit Lada yang hampir siap ini akan menjadi kenyataan sebagai salah satu petunjuk bahawa kerajaan mesra-rakyat dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri DiRaja Haji Adnan Yaakob mendengar dan merasai denyut nadi rakyat dalam segenap aspek terutamanya dari segi keperluan perumahan rakyat di negeri Pahang.

 

Rumah PR1MA Pahang Melebihi Sasaran

LIPIS 17 Julai – Sebanyak 33,836 unit rumah di bawah 92 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dijadual siap dibina menjelang 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu melebihi sasaran untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun antara 2014 hingga 2018 seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau berkata, sehingga kini, dua projek PR1MA melibatkan 394 unit rumah sudah siap dan diberi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) manakala sebanyak 14 projek lagi melibatkan 5,143 unit rumah masih dalam pembinaan di setiap daerah negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga meluluskan kebenaran merancang untuk 20 projek PR1MA membabitkan sebanyak 7,483 unit rumah manakala yang dalam proses permohonan kebenaran merancang (38 projek melibatkan 15,645 unit rumah) dan proses kelulusan baharu sebanyak 18 projek terdiri daripada 5,171 unit kediaman.

“Pelaksanaan PR1MA Pahang sudah melebihi sasaran 15,000 seperti yang dijanjikan dan usaha ini menzahirkan kerajaan negeri cukup prihatin dengan masalah perumahan rakyat.

“Kesemua rumah di bawah projek PR1MA yang sudah dan sedang dibangunkan menunggu kelulusan serta perancangan membabitkan 33,836 unit dijangka siap sepenhnya penghujung 2018 ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Kepolisan anjuran Polis Kontijen negeri di perkampungan Orang Asli Pos Simoi, Betau dekat sini semalam.

Yang hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Abd. Ghani.

Sempena majlis itu, seramai 150 murid menerima sumbangan beg dan pakaian seragam sekolah.

Menurut Wan Rosdy, kejayaan pembinaan PR1MA Pahang de­ngan melebihi sasaran berkenaan cukup signifikan apabila wujud kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam melaksanakan projek untuk kepentingan dan kese­jahteraan rakyat di negeri ini.

“Kejayaan ini merupakan pendekatan situasi ‘menang-menang’ yang bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada rakyat tetapi kerajaan negeri dan pihak swasta yang melaksanakannya,” ujar beliau.

 

  • See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/rumah-pr1ma-pahang-melebihi-sasaran-1.354742#sthash.EAgOKZR2.dpuf

SPNB diminta perhalusi permohonan Rumah Mesra Rakyat Yang Tertunggak

Jumaat

8 April :

SPNB diminta perhalusi permohonan Rumah Mesra Rakyat yang telah tertunggak lebih 3Tahun. Lebih dari 60 senarai telah di kemukakan secara online yang masih dalam siasatan dan tindakan SPNB.

Walaubagaimanapun ‪#‎PKDK‬ difahamkan walaupun ada permohonan yang telah lengkap dan sempurna namun tidak kurang ramai juga yang masih perlu diulang semak dukumentadi permohonan.

Pentadbiran ini juga menegaskan sememangnya ada mereka yang sangat perlu kepada perhatian segera memadangkan desakan keperluan mereka yang tidak wajar diabaikan.

PKDK juga bersetuju memperkenal pembangunan Rumah Idaman mampu milik. Namun usaha ini memerlukan kerjasama agensi Kerajaan secara bersepadu.

Muga hasil perundingan sebentar tadi dapat diaplikasi segera oleh pihak SPNB dan mampu meringankan keperluan perumahan oleh penduduk dun Kerdau.

Tinjauan Kemajuan Projek PR1MA di Kg. Bukit Lada, Kerdau

1 April 2016

10 pagi :

Taklimat PR1MA Bukit Lada Kerdau. Hampir kesemua 200 unit telah pun dipertimbang untuk pemohon yg melebihi sekali ganda. Ketika menerima taklimat dari pihak SUK & pemaju, rumah ini berharga RM150K. Rumah ini juga ditetapkan dalam perjanjian boleh selesai pada akhir 2017. Walaubagaimanapun pemaju ingin berusaha selesaikan pada April 2017. Namun kami meminta supaya projek ini dapat dipercepatkan akhir tahun ini. Supaya pemohon dapat menikmati kemudahan yang disedia oleh pihak Kerajaan. Rumah ini juga boleh dimiliki secara lengkap dengan aksesori tetapi perlu pembeli membuat persetujuan awal dengan pemaju.

Turut hadir & Terima Kasih:
YH Dato Fazli DO PTD Temerloh.
YB Senator Hajjah Norahan Abu Bakar.
En Zul SUK Unit Perumahan.
Tok Penghulu2 Dalam Dun Kerdau dan Ketua2 Kampung.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/995684347185841?pnref=story

Bagaimana Memohon PR1MA?

Perbadanan PR1MA Malaysia

 

KELAYAKAN

Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, hanya tandakan kotak yang berkaitan dengan anda:

  • Anda mestilah warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM10,000
  • Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda, jika ada

Saya layak untuk memohon. Saya ingin langkau dan mendaftar sekarang.

 

Jadilah sebahagian daripada PR1MA Hari ini

Hanya dengan 9 langkah mudah untuk menjadi pemilik kediaman PR1MA.

1.PENDAFTARAN

 

Sila Ikuti Proses Dibawah:

  • Buka akaun dan cipta kata laluan
  • Isi borang pendaftaran
  • Pilih 5 lokasi impian anda
  • Muat naik dokumen-dokumen seperti berikut:
    • Bekerja
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata gaji terkini
    • Bekerja sendiri/perniagaan sendiri
      Salinan Kad Pengenalan dan 1 bulan penyata bank terkini

 

  • Hantar borang pendaftaran yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nombor rujukan PR1MA
  • Terima e-mel pengesahan permohonan
  • PR1MA akan memaklumkan anda apabila terdapat pembangunan PR1MA yang dibuka untuk permohonan di lokasi pilihan anda

 

2. PERMOHONAN

Anda perlu memohon projek kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

Permohonan perlu dilengkapkan kerana cabutan undi tidak secara automatik

  • PR1MA akan memaklumkan para pendaftar melalui e-mel dan SMS apabila terdapat pembangunan yang dibuka untuk permohonan kawasan pilihan anda
  • Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  • Klik “Projek dibuka untuk permohonan” untuk mendapatkan maklumat lanjut
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan:
    • Bekerja
      1. Salinan kad pengenalan
      2. 3 bulan penyata bulan terkini
      3. Surat pengesahan majikan
    • Bekerja/perniagaan sendiri
      1. Salinan kad pengenalan
      2. 3 bulan penyata bank bulan terkini
      3. Penyata LHDN terkini
  • Hantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan
  • Terima e-mel pengesahan permohonan

3. PENGUNDIAN

Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

  • Keputusan cabutan undi akan diumumkan di www.pr1ma.my
  • Pemohon yang berjaya diundi akan dihubungi melalui e-mel & SMS
  • Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda
  • Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!

 

4.PEMBIAYAAN

PR1MA menawarkan bantuan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda.

Dapatkan bantuan kewangan terbaik untuk pembiayaan akhir hartanah anda dengan PR1MA.

PEMBIAYAAN

Pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai untuk anda melalui panel bank PR1MA.

  • Institusi-institusi yang terlibat
  • Pakej termasuk pembiayaan sehingga 110% dari harga Perjanjian Jual Beli (SPA).
  • Tiada bayaran pendahuluan diperlukan jika pembeli berjaya mendapatkan pinjaman maksimum.

MENDAPATKAN PINJAMAN PERUMAHAN

  • Pilihan 1:
    Pembayaran faedah dikenakan ketika dalam pembinaan dan bayaran ansuran bermula hanya apabila kediaman telah siap dibina.
  • Pilihan 2:
    Menangguhkan pembayaran faedah progresif dalam jumlah pinjaman sementara menunggu kediaman siap dibina.

    • Pinjaman merangkumi semua perbelanjaan tidak terhad pada MRTA/MRTT, yuran guaman, duti setem dan lain-lain
    • Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun atau sehingga peminjam mencapai usia 70 tahun (yang mana-mana terdahulu).

*Terma dan syarat akhir tertakluk kepada kelulusan bank..

MORATORIUM

Moratorium merupakan tempoh yang mana tiada sebarang aktiviti pindahan pemilikan seperti penjualan, pelupusan, perjanjian dengan mana-mana pihak dilakukan sehingga tamat tempoh moratorium. Dalam konteks ini, tempoh moratorium dikenakan selama 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli.

SKIM RENT-TO-OWN

Sekiranya permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank panel kami, anda boleh memohon untuk menyertai skim Rent-to-Own.

Maklumat Lanjut

CARE BY PR1MA

Kami benar-benar prihatin terhadap kesejahteraan setiap pemilik kediaman PR1MA. Nikmati perlindungan insurans kediaman yang lebih baik melalui CARE BY PR1MA.

Penyewa PR1MA di bawah skim RTO

Sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka sehingga mengakibatkan kematian atau hilang keupayaan kekal, penyewa boleh terus menetap di kediaman PR1MA tanpa bayaran sewa sehingga tempoh setahun.

PR1MA turut menyediakan khidmat pembiayaan kos pengebumian bagi penyewa RTO dan untuk pemilik beragama Islam, ini juga termasuk kos menunaikan Haji Badaal.

Pemilik Kediaman PR1MA/Pendaftar

Pemilik kediaman PR1MA akan menikmati kadar premium insurans lebih rendah sebanyak 10-15%.

MRTT/MRTA juga menyediakan perlindungan tambahan untuk kemalangan peribadi dan kos pengebumian. Insurans kebakaran dan Takaful Motor juga boleh diperoleh pada kadar yang menarik. Bagi produk-produk insurans kenderaan, anda layak menerima kad keistimewaan PR1MA Care yang menawarkan pulangan tahunan.

Pahang Bina 2 Kali Ganda Rumah Mampu Milik

PAHANG BINA 2 KALI GANDA JUMLAH RUMAH MAMPU MILIIK

16.11.2015. – Kerajaan Pahang telah berjaya membina dua kali ganda jumlah rumah daripada yang dijanjikan melalui pelaksanaan projek Perumahan PR1MA Negeri Pahang.
Menteri Besar Dato’ Sri Adnan Yaakob ketika ucapan Bajet Tahun 2016 di Dewan Undangan Negeri Pahang berkata sehingga 31 Oktber 2015, sebanyak 81 projek PR1MA telah diluluskan dengan 30,325 unit rumah bakal dibina di setiap daerah. Jumlah tersebut meliputi 4,164.58 ekar tanah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kesejahteraan penduduk negeri Pahang dan pelbagai pendekatan terhadap Janji Kerajaan Negeri membina 15,000 Rumah Mampu Milik sebelum tahun 2018”
“Dua projek PR1MA telah memperolehi Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) iaitu PR1MA Batu 14 (Fasa 1) dan PR1MA Triang, Bera sebanyak 394 unit rumah, Bagi PR1MA Triang, Bera. Penyerahan kunci kepada pembeli-pembeli telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2015,” kata beliau.
Menerusi pelaksanaan PR1MA Negeri ini, rakyat Pahang atau yang bermastautin melebihi 5 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10 ribu akan layak memiliki sebuah rumah.

Sumber : PahangKu

Soalan Lazim Bahagian Perumahan

SOALAN LAZIM BAHAGIAN PERUMAHAN

Prima

Apakah rumah kos rendah kerajaan?

Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos sederhana rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM 70,000.00 hingga RM 90,000.00 seunit.

Apakah program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

Projek perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu untuk membeli rumah tetapi dalam masa yang sama tidak layak dipertimbangkan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Rumah PR1MA dijual  dengan harga   RM 150,000.00 seunit dan diskaun 10% daripada harga jualan diberikan kepada penjawat awam.

Bagaimana boleh menyemak status permohonan ?
a) Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat dengan merujuk kepada myID
b) Melayari Laman htt://eperumahan.pahang.gov.my
c) Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., atau
Kaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang
Bagaimana boleh  diketahui projek-projek perumahan Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah  yang ada di Negeri Pahang?
a) Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat
b) Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan di Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Kuantan., atau
Kaunter Pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang
Apakah spesifikasi projek PR1MA Negeri Pahang ?
a) Keluasan minimum binaan rumah adalah 1,000 kaki persegi
b) Saiz tanah minimum 40′ x 70′ (2,800 kaki persegi)
c) Rumah jenis berkembar atau sesebuah
d) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi
e) Keluasan minimum bilik tidur utama adalah 14′ x 12′ (168 kaki persegi) dan keluasan bilik tidur 2 & 3 adalah 10′ x 12′ (120 kaki persegi)
f) Rangka atap jenis spandeck/metal deck
g) Harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
Apakah Syarat Permohonan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?
a) Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
b) Berumur 18 tahun keatas
c) Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10,000.00
d) Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.

[contact-form][contact-field label=’Nama’ type=’name’ required=’1’/][contact-field label=’Email’ type=’email’ required=’1’/][contact-field label=’No Telefon’ type=’text’/][contact-field label=’Bahagian’ type=’text’/][contact-field label=’DUN’ type=’text’/][contact-field label=’Pekerjaan’ type=’text’/][contact-field label=’Alamat’ type=’textarea’/][contact-field label=’Komen Anda’ type=’textarea’ required=’1’/][/contact-form]

Mohon Kebersamaan.

http://www.syedibra.wordpress.com

www.facebook.com/syedibratekal

www.twitter.com/syedibratekal

www.instagram.com/syedibratekal