Ucapan Perdana Menteri Mengenai Bantuan Perumahan

[soundcloud url=”https://api.soundcloud.com/tracks/309301308″ params=”color=ff5500″ width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Semua orang mengimpikan sebuah rumah yang selesa dan lengkap untuk diduduki bersama keluarga. Namun mungkin disebabkan kekangan tertentu, tak semua orang dapat memiliknya.

Oleh demikian, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi membolehkan rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

Terdapat pelbagai bantuan dan program yang disediakan oleh kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia iaitu PR1MA, Rumah Wilayah Persekutuan, Rumah Idaman Rakyat dan lain lain.

Rakyat boleh mendapatkan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Sekiranya anda memiliki tanah atau rumah yang usang, anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia untuk mendapatkan subsidi daripada kerajaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyediakan Skim MyHome yang membolehkan pemohon mendapat subsidi RM30,000 untuk pembiayaan perumahan.

Untuk mereka yang memerlukan bantuan deposit, mereka boleh memohon bantuan kewangan melalui Skim MyDeposit.

Untuk mereka yang baru berkahwin atau baru memulakan alam pekerjaan, kita ada Rumah Transit 1Malaysia, PPR, Perumahan Awam DBKL dan sebagainya.

Kerajaan tidak akan berhenti setakat bantuan-bantuan ini sahaja. Saya akan terus mencari inisiatif lain agar rakyat dapat memiliki rumah yang selesa.

Oleh yang demikian, dapatkanlah bantuan-bantuan ini agar kita dapat memberikan kebahagiaan buat keluarga tersayang. Inilah perkara paling penting yang sedang saya usahakan demi rakyat.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PR1MA Perkenal Sistem Pembiayaan Fleksibel

Perbadanan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memperkenalkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) bagi membantu  golongan berpendapatan pertengahan memiliki rumah sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Mutalib Alias berkata skim itu menawarkan akses kepada jumlah pinjaman lebih tinggi dan membolehkan pembeli yang layak membayar ansuran bulanan pinjaman rumah pada kadar lebih rendah daripada pinjaman biasa.

Beliau berkata skim itu juga meningkatkan peluang kepada pembeli rumah pertama untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank.

“PR1MA perkenalkan skim khas dikenali Skim Pembiayaan Fleksibel bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan pertengahan untuk memiliki kediaman sendiri.

“Skim SPEF merupakan kerjasama antara Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB, dan Ambank,” katanya dalam sidang media bagi memperkenalkan SPEF di sini, hari ini.

Menurutnya asas SPEF adalah pembiayaan ‘step-up’ atau berperingkat tanpa melibatkan pengeluaran mana-mana akaun KWSP manakala kaedah pembiayaan ‘step-up’ kedua adalah dengan pengeluaran akaun 2 KWSP, dan dalam tempoh lima tahun pertama hanya faedah yang perlu dibayar, bergantung kepada pilihan pembeli.

Jelasnya, pembayaran bagi jumlah ‘principal’ atau bayaran asas hanya akan dibuat mulai tahun keenam sehingga pembayaran pinjaman selesai.

“Pilihan ‘step-up’ berserta dengan pengeluaran dari akaun 2 KWSP bermaksud para pembeli kediaman PR1MA memperoleh akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi mengikut kemampuan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Mutalib berkata PR1MA menyasarkan untuk menyiapkan 15,000 unit rumah di seluruh negara pada tahun ini.

Katanya setakat Januari lalu sejumlah 260,188 unit kediaman telah diluluskan oleh Anggota Perbadanan PR1MA dan sebanyak 132,352 unit kediaman kini dalam proses pembinaan.

 Projek Perumahan Generasi Baharu Felda Dilaksanakan Awal 2017

  1. Projek pembangunan 11,350 unit kediaman di bawah program Perumahan Generasi Baharu Felda kini berada di peringkat akhir perbincangan untuk dimuktamadkan dan dijangka akan dilaksanakan pada awal tahun depan.
  2. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ismail, projek yang menelan belanja sebanyak RM869 juta itu kini pada peringkat perbincangan terakhir dengan pihak pemaju di bawah program Inisiatif Kewangan Swasta.
    “Dari segi penyerahan kita dalam proses untuk menyerahkan kepada penerima. Cuma kita sedang bantu untuk mereka mendapat pembiayaan kewangan pembelian daripada institusi kewangan.
    “Kita sedang bincang dengan BSN dan MBSB kerana kebanyakan pemohon ini tidak mempunyai slip gaji. Jadi kita nak tunjukkan penyata bahawa mereka mendapat pendapatan berterusan dan boleh membayar pinjaman sekiranya diberikan pinjaman tersebut,”_ katanya.

  1. Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengenai status projek perumahan berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.
    http://klxpress.com.my/parlimen/19988-razali-projek-perumahan-generasi-baharu-felda-dilaksanakan-awal-2017.html

Bagaimana Memohon Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah?

Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem e-Kasih atau SSPKR.Keutamaan akan diberikan kepada:

  • Golongan tua
  • Uzur dan cacat
  • Ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

Penerima bantuan perlu memiki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

Komponen dan Kadar Bantuan

Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori:

  • Membina Semula/Bina Baru
  • Membaikpulih Rumah; dan
  • Membaiki Kerosakan Rumah Kerana Ditimpa Bencana

Kadar Bantuan Yang Diluluskan:

Bina Baru

Jadual 1.0: Kadar bantuan bagi skop bina baru

Bil

Kawasan

Jenis Rumah

Kadar Rumah* (RM) Maksimum Kos Ekstrem**(RM)
1 Semenanjung

1 Bilik

21,000

9,000

2 Bilik

37,000

3 Bilik / Teres / Berkembar

40,000

2 Sabah / Sarawak / W.P. Labuan

1 Bilik

26,500

12,000

2 Bilik

46,500

3 Bilik / Teres / Berkembar / Panjang

50,000

Nota: 

**  Kos ekstrem – kos tambahan bagi projek di lokasi ekstrem  (sukar dihubungi melalui jalan biasa, pedalaman, pulau dan tapak bermasalah).

Baik Pulih

Jadual 2.0: Kadar bantuan bagi skop baik pulih

Bil Wilayah Semenanjung Malaysia Sabah / Sarawak / W.P. Labuan
1 Kos Maksimum Baik Pulih (RM 11,000 12,000
2 Kos Ekstrem Maksimum (RM) 1,000 2,000

Nota: Kadar bantuan baik pulih rumah hendaklah berdasarkan kos pembaikan sebenar.

Kaedah Pelaksanaan

Senarai permohonan bantuan PBR dikenalpasti untuk kelulusan KKLW berasaskan sumber yang diperakukan oleh agensi pelaksana peringkat negeri dari Daftar dan Profil KIR Miskin Tegar atau menerusi Pendaftaran Terbuka yang diuruskan oleh Pejabat Daerah/agensi pelaksana. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara:

  • Gotong-royong
  • Pelantikan kontraktor Kelas F oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.

* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE). KKLW akan meneruskan semula pelaksanaannya mulai tahun 2008.

Muat Turun :

 

 

Sumber : Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Penerima Rumah Bina Negara

TEMERLOH, 31 Okt — Penerima rumah Noradila Mohamad Zain, 24, bersama suami Saiful Fazli Shaharudin, 36, dan anak Dhia Arissa Diyana bergambar di hadapan rumah mereka ketika pelancaran Rumah Bina Negara yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Bintang hari ini. Rumah Bina Negara merupakan rumah mampu milik untuk golongan belia luar bandar menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar. — fotoBERNAMA.

KWSP Perkenal Pembiayaan Perumahan PR1MA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan untuk anggotanya bagi inisiatif skim pembiayaan akhir Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

logo kwspDalam satu kenyataan semalam, KWSP memaklumkan sedang bekerjasama dengan PR1MA, Bank Negara Malaysia dan bank-bank yang menyertai skim ini untuk memuktamadkan hal-hal berkaitan pelaksanaan inisiatif ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Setelah perincian dimuktamadkan, anggota digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada perkhidmatan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP sebelum membuat keputusan untuk memilih kemudahan ini,” katanya.

Menurut KWSP, kemudahan baru berkenaan yang diumumkan dalam Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, akan dikhususkan kepada anggota yang menepati kriteria kelayakan PR1MA dan ingin membuat pengeluaran perumahan simpanan KWSP buat kali pertama.

“Anggota diingatkan bahawa apabila telah membuat pengeluaran perumahan untuk skim ini, lain-lain pengeluaran pra-persaraan seperti pengeluaran kesihatan, pendidikan, umur 50 dan haji, tidak lagi boleh dilakukan sehingga pembayaran penuh pinjaman PR1MA telah dibuat,” katanya.

KWSP meminta anggota merujuk laman web PR1MA di http://www.pr1ma.my atau menghubungi pusat panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 untuk maklumat lanjut mengenai skim ini.

1500 Rumah PR1MA Bakal Di Bina Di Kuala Pahang

Sebanyak 1,500 unit rumah mampu milik Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina oleh UDA Holdings Berhad di Kuala Pahang, Kuantan.
Kata pengerusinya, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah, perbincangan sudah dibuat dengan PR1MA dan ia bakal dibangunkan di tapak seluas 58.6 hektar.

“Ia turut membabitkan pembangunan hartanah bercampur dan ini adalah sumbangan UDA Holdings kepada penduduk di Parlimen Pekan dalam mewujudkan persekitaran ekonomi yang positif.

“Sebelum ini, kita membina Ancasa Royal Pekan iaitu hotel bertaraf empat bintang,” katanya berucap pada majlis penyampaian hadiah UDA Pekan Bridge Run 2016 pada Sabtu.

Majlis disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Mohd Shafie berkata, UDA akan terus mempromosi Pekan dan membantu penduduknya meningkatkan pendapatan.

Majlis Perasmian Wisma Pahang Dan Pembinaan Bangunan Baru Keperluan Pelajar Oleh KDYTM Tengku Mahkota Di Kaherah Mesir

Jumaat 16 September 2016 :
Keberangkatan tiba KDYTM Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang ke Bumi Anbiya bagi merasmikan Wisma Pahang serta pembinaan sebuah lagi bangunan baru pada hari Jumaat yang penuh barakah, bukan sahaja berjaya menambah mercu tanda Negeri Pahang di Kota Kaherah yang kini melibatkan Pahang memiliki 7 buah bangunan yang memautkan hampir 100 buah Apartment. Bahkan juga ia mampu meringankan banyak beban pelajar kita di Mesir yang terpaksa menanggung kos sara hidup serta kos pembelajaran yang semakin meningkat. Ini juga dapat memberi keselesaan urusan pembelajaran mereka.
KDYTM Tengku Mahkota juga berkenan bercemar Duli beramah mesra bersama pelajar dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada setiap pelajar Pahang yang berada di Mesir. Ini merupakan kali kedua pelajar dikunjungi dan dibantu seadanya dalam urusan pembelajaran yang pertama dahulu kunjungan oleh Kerajaan Negeri sendiri diwakili oleh kami bersama rombongan.
KDYTM Tuanku Tengku Mahkota juga mengingatkan pelajar supaya berusaha gigih jangan membuang masa serta usahakan memperolehi kejayaan yang singkat tetapi cemerlang. Mereka juga sudah pasti sebagai pelajar dibumi Anbia pintar dan bijak mengurus hidup dan perbelanjaan yang sebaik-baiknya.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1109083055845969

Kabinet Setuju Laksana Sistem ‘Sewa Dan Beli’ Bantu Rakyat Miliki Rumah

PORT DICKSON, 7 Ogos — Kabinet minggu lepas bersetuju melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ bertujuan membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata sistem sewa dan beli itu akan dilaksanakan di 170 kawasan Projek Perumahan Rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Beliau berkata pada peringkat…

via Kabinet Setuju Laksana Sistem ‘Sewa Dan Beli’ Bantu Rakyat Miliki Rumah — UMNO Online

Rumah PR1MA Pahang Melebihi Sasaran

LIPIS 17 Julai – Sebanyak 33,836 unit rumah di bawah 92 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dijadual siap dibina menjelang 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu melebihi sasaran untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun antara 2014 hingga 2018 seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Beliau berkata, sehingga kini, dua projek PR1MA melibatkan 394 unit rumah sudah siap dan diberi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) manakala sebanyak 14 projek lagi melibatkan 5,143 unit rumah masih dalam pembinaan di setiap daerah negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga meluluskan kebenaran merancang untuk 20 projek PR1MA membabitkan sebanyak 7,483 unit rumah manakala yang dalam proses permohonan kebenaran merancang (38 projek melibatkan 15,645 unit rumah) dan proses kelulusan baharu sebanyak 18 projek terdiri daripada 5,171 unit kediaman.

“Pelaksanaan PR1MA Pahang sudah melebihi sasaran 15,000 seperti yang dijanjikan dan usaha ini menzahirkan kerajaan negeri cukup prihatin dengan masalah perumahan rakyat.

“Kesemua rumah di bawah projek PR1MA yang sudah dan sedang dibangunkan menunggu kelulusan serta perancangan membabitkan 33,836 unit dijangka siap sepenhnya penghujung 2018 ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komuniti Kepolisan anjuran Polis Kontijen negeri di perkampungan Orang Asli Pos Simoi, Betau dekat sini semalam.

Yang hadir sama Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Abd. Ghani.

Sempena majlis itu, seramai 150 murid menerima sumbangan beg dan pakaian seragam sekolah.

Menurut Wan Rosdy, kejayaan pembinaan PR1MA Pahang de­ngan melebihi sasaran berkenaan cukup signifikan apabila wujud kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam melaksanakan projek untuk kepentingan dan kese­jahteraan rakyat di negeri ini.

“Kejayaan ini merupakan pendekatan situasi ‘menang-menang’ yang bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada rakyat tetapi kerajaan negeri dan pihak swasta yang melaksanakannya,” ujar beliau.

 

  • See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/rumah-pr1ma-pahang-melebihi-sasaran-1.354742#sthash.EAgOKZR2.dpuf