Amanat YAB Presiden UMNO Sempena PAU 2017

Israq 7 Disember 2017

PWTC

#DariPengamatanSaya

Walaupun YAB Presiden Parti mulakan mood Perwakilan dengan gurauan mesra, sebagai bukti beliau menang pemurah dengan kemesraan.

Namun ucapan beliau selama 2 jam lebih penuh semangat. Syumul serta Waqi’e.

Mukadimah yang menerajui ucapan beliau membawa perwakilan dengan kemudi gagah beliau bahawa PAU kali ini kearah menerajui PRU 14, serta sebagai lonjakan kemenangan.

Samada menyentuh soal kebajikan rakyat dan pendidikan telah beliau sentuh bagaimana ia satu perjuangan istiqamah yang tak bakal putus.

PM juga penuh berhemah menghujahkan fakta logik situasi pembangkang yang semakin celaru serta hilang punca. Kepimpinan mereka yang saling bercanggah.

Sebenarnya ini adalah ruang untuk UMNO menerajui BN kearah perpaduan yang sentiasa mengambil berat seluruh kaum yang ada.

Cuma bagaimana kita mengambil ruang untuk menangani perang persepsi yang dilancar oleh pembangkang dengan mengguna segala senjata yang ada.

Apa yang lebih menarik serta mendapat sokongan padu para perwakilan serta pemerhati apabila YAB Presiden melaungkan seruan padu bantahan Kerajaan Malaysia terhadap hasrat mana-mana pihak termasuk Amerika ingin menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ( Yahudi ).

YAB Presiden juga berjaya menjelaskan bagaimana kejayaan Negara dibawah kepimpinan kini memajukan ekonomi negara didalam tekanan merundumnya ekonomi semasa.

#TAHNIAHPM.

Tsunami Melayu: UMNO Jangan Ambil Mudah

KUALA KRAU 23 Julai – UMNO tidak boleh mengambil mudah ancaman penolakan orang Melayu terhadap parti itu atau tercetusnya tsunami Melayu seperti diuar-uarkan Pakatan Harapan diketuai DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemimpin dan ahli parti itu tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan semasa sebaliknya perlu melipatgandakan usaha mendekati rakyat.

“Orang UMN0 tidak boleh mengambil mudah, berasa selesa, mengatakan tiada masalah atau boleh menang pada PRU-14 tetapi perlu bekerja keras memberi penjelasan kepada mereka yang kurang faham tentang politik tanah air.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengatakan pilihan sama ada mahu pentadbiran diterajui orang Melayu dan Islam atau kerajaan alternatif yang diketuai DAP yang hala tujunya sangat bahaya kepada orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krau di Dewan Terbuka Pusat Komuniti Kampung Rumpun Makmur, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu, Mohd. Fadzlei Abdul Mubin.

Tajuddin percaya apabila tiba kepada perkara pokok tersebut, orang Melayu tetap mempertahankan kerajaan BN.

Kata beliau, Pakatan Harapan membuat ramalan tentang tsunami Melayu itu kerana mereka menjangkakan seolah-olah UMNO sudah tidak relevan lagi kepada orang Melayu.

“Perjuangan UMNO masih re­levan, kalau nak hiduplah orang Melayu, kena sokong UMNO.

“UMNO kena memerintah, kalau kalah UMNO, ‘mati’ orang Melayu,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis tersebut, beliau mengingatkan ahli Pemuda UMNO supaya membangkitkan semangat perjuangan mereka sebagai benteng kepada parti berkenaan daripada ancaman musuh.

“Musuh politik UMNO adalah parti pembangkang yang berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan kerajaan kita pada PRU-14.

“Pilihan raya umum sudah dekat, jadi saya harap ahli Pemuda UMNO menjalankan akti­viti yang boleh menarik sokongan pengundi muda,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tsunami-melayu-umno-8232-jangan-ambil-mudah-1.506679#ixzz4nmr6VGjb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Setiap Perjalanan Mesti Ada Titik Sampai – YAB Menteri Besar Pahang

“Apapun, kita serahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Tetapi, di atas segala-galanya, Allah Subhanahu Wata‘ala. Jangan risau,” tegasnya mengenai kesediaan untuk tidak bertanding lagi pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 51-MINITNYA… Yang pada awal ucapannya itulah, disentuhnya secara ringkas mengenai hasrat berundurnya setelah Dato’ Ismail (duduk, kanan sekali) menyebutnya dalam ucapan beliau sebelum itu. 

Selain Dato’ Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang turut berada di atas pentas kelihatan gembira dengan ucapan Dato’ Sri DiRaja Adnan. 

 

DEWAN, SMK KUALA KRAU, KUALA KRAU, TEMERLOH – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang membayangkan tidak bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 akan datang, menegaskan betapa setiap perjuangan atau perjalanan, tentu ada ‘titik-sampai’nya.

Sambil berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Dato’ Ismail Mohamad Said atas ucapan sokongan terhadapnya sebelum itu, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada permulaan ucapan luar teks 51-minit merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau pagi Sabtu, 10 September di sini;

“… saya juga ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi. Tapi, walau apapun, dalam setiap perjuangan, setiap perjalanan, mesti ada titik-sampai. Terima kasih atas sokongan.

“Apapun, kita serahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tetapi, di atas segala-galanya, Allah Subhanahu Wata‘ala. Jangan risau”.

“Saya menjadi ADUN (sudah) 30 tahun, (menjadi) MB (sudah) 17 tahun nak masuk 18 tahun. Terima kasih atas sokongan,”katanya lagi.

kkrau-lancarbuletin

MELANCARKAN BULETIN UMNO BAHAGIAN… Dato’ Sri DiRaja Adnan bersalaman dengan Dato’ Sri Mohamad Jaafar yang juga Ketua Penerangan, UMNO Bahagian Kuala Krau yang menerbitkan buletin ini. Dato’ Sri Mohamad ialah juga Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri. 

 

‘HIDUP DATO’ SRI’, ‘HIDUP DATO’ SRI’, ‘HIDUP DATO’ SRI’

Dalam ucapan luar teks 20-minitnya, Dato’ Ismail yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, telah menyebut betapa UMNO Bahagian Kuala Krau menolak ucapan Dato’ Sri DiRaja Adnan semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh semalam, Jumaat, 9 September.

Yang dalam ucapannya pada majlis perasmian di bangunan Yayasan Kemiskinan Kelantan, Pengkalan Mela, Melor dekat Kota Bharu itulah, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah antara lain membayangkan kesediaannya untuk mengundur diri.

Dengan laungan ‘Hidup Dato’ Sri’ sebanyak tiga (3) kali yang dituruti oleh para perwakilan sekelian, Dato’ Ismail mahukan agar Dato’ Sri DiRaja Adnan supaya meneruskan kepimpinannya di Pahang yang selama ini bukan sahaja membawa pembangunan tetapi meleraikan pelbagai masalah yang negeri ini hadapi.

Ketika ditemui wartawan kemudiannya, Dato’ Sri DiRaja Adnan yang diminta mengulas lanjut mengenai perkara sama telah meminta agar ia tidak dipanjangkan lagi, memadai dengan apa yang telah disebutnya sebelum itu.

“Itu tak boleh, biarlah. Cukup sekali. Saya sebenarnya saya keluar (kenyataan untuk mengundur diri) itu untuk ‘condition’ dia orang (ahli-ahli parti)… awak faham tak? Takkan hari-hari saya kata ‘saya nak berhenti’, ‘nak berhenti’,”tegasnya.

KKrau (PoseKumpulan).JPG

POSE BERKUMPULAN… Buat kenang-kenangan, Dato’ Sri DiRaja Adnan dengan seluruh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Krau. 

 

CAKAP TENTANG BERSARA BERASASKAN LOGIK & KEMUNASABAHAN

Berikut disiarkan secara ‘verbatim’ apa yang telah dicakapkan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media ketika diminta mengulas ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang diketuai Tan Sri Anuar Musa itu.

Ini ekoran beberapa laporan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada hari ini, Sabtu, 10 September, yang didapati ada antaranya, kurang tepat serta tidak begitu selari dengan apa yang dimaksudkan olehnya.

Tiga (3) soalan dikemukakan iaitu sama ada sudah ada calon untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar, sudah muktamadkah keputusannya, dan, adakah keputusan tersebut dibuat atas desakan?

“Saya bercakap berdasarkan kepada logik dan kemunasabahan. Saya telah lama berpolitik tapi kalau kira lama, tak semestinya seseoarang itu kena berhenti sebagai… Perdana Menteripun lama, berapa tahun lebih. Tan Sri Anuar Musapun lama, lagi lama daripada saya.

“Hanya saya sekadar melontarkan pandangan saya bahawa bagi diri saya sendiri, telah agak lama. Makna kalau, saya bersarapun patut.

kkrau-raihjadidatoismail2isteri

‘HAPPY BELATED BIRTHDAY’ BUAT ‘BIRTHDAY-BOY’, DATO’ ISMAIL… Dato’ Sri DiRaja Adnan turut memberi penghargaan sempena maraikan hari jadi ke-51 Dato’ Ismail pada 7 September lepas. 

Kelihatan, Dato’ Ismail diapit kedua-dua isterinya – Datin Nor Azimah Abdul Mubin dan Rose Norasyikin Abdullah yang sebelum itu telah Dato’ Ismail silakan naik ke pentas untuk acara istimewa ini. 

 

PENGGANTI DATANG APABILA SAMPAI MASA

“Soal pengganti, dalam politik tidak ada pengganti. Pengganti datang apabila sampai masa. Ini politik, terutama di Pahang – kena perkenan Tuanku, kena ‘recommendation’ PM, kena dapat kepercayaan ahli Dewan.

“Itu maksud(nya). Kita tak boleh kata, ada pengganti. Bukan saya menentukan”.

Kepada soalan sama ada keputusannya itu muktamad, jawabnya ringkas; “Belum muktamad”.

Kepada soalan mengenai desakan, jawabnya; “Tak ada. Desakan ini kita sendiri kena baca ler. Kalau sampai 40 tahun, 50 tahun politik. Bukan desakan.

“Saya meggambarkan akan kedudukan seseorang ahli politik, pentadbir.  Itu maksud saya. Dalam politik, 50 tahun pendek. Politik Jepun, orang tua jadi Perdana Menteri”. – Khabar  

YAB Dato Seri Di Raja Merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau

10 September  8.00 pagi -3.30 Petang :
Para Perwakilan UMNO Bahagian Kuala  Krau telah berjaya menunaikan kewajiban mereka selaku ahli parti. Mesyuarat Perwakilan ini telah mendapat celoteh nasihat yang sangat baik dan teliti dalam memikul amanah parti, oleh YAB Dato Sri Di Raja Hj Adnan Bin Hj Yaakob selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Selaku Perasmi Mesyuarat. Mesyuarat Perwakilan ini menjadi lebih bermakna apabila Ketua UMNO Bahagian YB Dato Hj Dato’ Ismail Mohamed Said memberi laluan kepada Penerangan UMNO Bahagian yang di Ketuai oleh YB Dato Sri Mohamed Jaafar bagi menyerahkan Majalah Penerangan UMNO Bahagian uala  Krau Oleh YAB Dato Sri Di Raja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Setiausaha UMNO Bahagian juga Cikgu Ahmad Sabrey selaku pengacara majlis turut meyampaikan salam dari Kota Suci Mekah oleh YB Dato Wan Salman Wan Ismail selaku Adun dari Pusat Khidmat Dun Jengka. Majlis menjadi lebih dipenuhi keberkatan apabila iringan Doa serta sokongan padu yang di ketuai oleh YB Ketua UMNO Bahagian terhadap YAB Dato Nan dan yakin beliau masih mampu untuk terus menarajui parti ini.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1103925826361692

Sekitar Persidangan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau 2016

Israq 14 Ogos 2016 :
Tahniah Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau yang telah berjaya melangsungkan mesyuarat perwakilan masing-masing hari ini. Dan Terima Kasih atas undangan serta laluan untuk memerhati sama ketika berlalunya mesyuarat. Sempat juga menyatakan ini adalah sebuah tanda dokongan kepada pucuk pimpinan parti.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1081958461891762

Zohor 14 Ogos 2016
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krau oleh YB Dato Seri Mahadzhir Khalid Menteri Pelajaran Malaysia Merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1082053328548942

Wanita UMNO Sasar 30 Peratus Pencalonan Untuk PRU14

Pergerakan Wanita UMNO menyasarkan lebih ramai calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dipilih dalam kalangan ahli sayap itu.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau akan memperjuangkan agar lebih ramai ahli anggota sayap itu dipilih sebagai calon untuk PRU-14 nanti.

Katanya, pihaknya menyasarkan 30 peratus daripada 1.3 juta ahli akan dicalon dalam PRU-14, berbanding 10 peratus ketika ini.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua ahli pergerakan Wanita UMNO untuk meletakkan fokus membawa perpaduan dalam parti sepanjang berlangsungnya mesyuarat perwakilan kali ini.

“Selain itu, Wanita UMNO juga perlu memantapkan jentera pilihan raya dan bersiap sedia berikutan pilihan raya yang semakin hampir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, di Politeknik Ibrahim Sultan di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dan Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang, Normala Abd Samad.

Mengenai senario politik semasa, Shahrizat berkata, Wanita UMNO tidak terjebak dalam ‘politiking’ dan mempunyai matlamat jelas, selain fokus kepada parti dan berkhidmat untuk rakyat.