Amanat YAB Presiden UMNO Sempena PAU 2017

Israq 7 Disember 2017

PWTC

#DariPengamatanSaya

Walaupun YAB Presiden Parti mulakan mood Perwakilan dengan gurauan mesra, sebagai bukti beliau menang pemurah dengan kemesraan.

Namun ucapan beliau selama 2 jam lebih penuh semangat. Syumul serta Waqi’e.

Mukadimah yang menerajui ucapan beliau membawa perwakilan dengan kemudi gagah beliau bahawa PAU kali ini kearah menerajui PRU 14, serta sebagai lonjakan kemenangan.

Samada menyentuh soal kebajikan rakyat dan pendidikan telah beliau sentuh bagaimana ia satu perjuangan istiqamah yang tak bakal putus.

PM juga penuh berhemah menghujahkan fakta logik situasi pembangkang yang semakin celaru serta hilang punca. Kepimpinan mereka yang saling bercanggah.

Sebenarnya ini adalah ruang untuk UMNO menerajui BN kearah perpaduan yang sentiasa mengambil berat seluruh kaum yang ada.

Cuma bagaimana kita mengambil ruang untuk menangani perang persepsi yang dilancar oleh pembangkang dengan mengguna segala senjata yang ada.

Apa yang lebih menarik serta mendapat sokongan padu para perwakilan serta pemerhati apabila YAB Presiden melaungkan seruan padu bantahan Kerajaan Malaysia terhadap hasrat mana-mana pihak termasuk Amerika ingin menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ( Yahudi ).

YAB Presiden juga berjaya menjelaskan bagaimana kejayaan Negara dibawah kepimpinan kini memajukan ekonomi negara didalam tekanan merundumnya ekonomi semasa.

#TAHNIAHPM.

Jadual Acara Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PDF)

Senarai Program-program Perhimpunan Agung UMNO 2017

Aturcara Majlis Taklimat Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2017

Program Wanita Perhimpunan Agung UMNO 2017

Aturcara Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2017

Program Pemuda Perhimpunan Agung UMNO 2017

Aturcara Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2017

Program Puteri Perhimpunan Agung UMNO 2017

 

Aturcara Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2017

Tiada Keperluan Untuk MT Bincang Isu Muhyiddin Dan Mukhriz

image

Tiada keperluan bagi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membincangkan isu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat MT akan datang. Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia berikutan parti itu perlu menumpukan lebih banyak isu penting, termasuk membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Walaupun mengakui bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Kedah itu melakukan pelanggaran disiplin parti yang ketara, Annuar berkata, ia bukan isu mendesak ketika ini. “Akan ada satu mesyuarat MT sebelum puasa, namun secara peribadi, isu kedua-dua individu itu bukan mendesak walaupun kita faham ada perlanggaran disiplin parti yang ketara. “Tidak ada keperluan untuk dilihat perkara itu sebagai sesuatu yang tersangat penting berbanding perkara lain (untuk dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat MT). “Saya tak dapat ramalkan mesyuarat itu akan buat keputusan khusus mengenai hal berkenaan. Ahli MT bebas membawa usul tetapi terpulang kepada ahli majlis sama ada mahu bincang atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan mesyuarat MT akan datang membincangkan nasib Muhyiddin dan Mukhriz dalam parti itu. Mengulas mengenai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Annuar berkata, UMNO menyenarai pendek beberapa calon yang kini sudah berada dalam tangan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskannya. “Najib perlu dapatkan maklum balas pelbagai pihak dan buat semakan tertentu bagi memastikan calon itu boleh laksanakan tanggung jawabnya dengan lebih cemerlang apabila dipilih,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/155312?m=1