Pindaan Akta Kebankrapan Pada Sidang Parlimen Kali Ini

6 MAC: Golongan bangkrap terutama ‘penjamin sosial boleh menarik nafas lega apabila perbahasan berkenaan Pindaan Akta Kebankrapan 1967 akan berlangsung pada sidang parlimen kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan akta berkenaan antara agenda utama bagi persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 yang membuka tirai bermula hari ini.

“Selain itu juga saya berusaha untuk memastikan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dibentangkan dalam sidang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat menegaskan, kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada golongan bankrap untuk bangkit kembali memulakan kehidupan serta menyumbang kepada ekonomi negara.

Tambah Azalina, sehingga 28 Februari lalu, sebanyak empat Rang Undang-Undang (RUU) sudah disahkan untuk dibuat bacaan kali Kedua dan Ketiga pada sidang ini dan dijangka terdapat RUU Perbekalan Tambahan bakal dibentangkan pada sesi kali ini.

“Selain Akta Kebankrapan, antara RUU yang melalui bacaan Kedua dan Ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016,  RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dan RUU Setem (Pindaan) 2016,”kata Ahli Parlimen Pengerang itu.

Azalina juga berharap  perbahasan pada sidang parlimen kali ini berjalan lancar berikutan dengan pengunaan dewan asal yang sudah dinaik taraf .

Pada pembentangan Bajet 2017,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967  yang memfokuskan  kepada individu yang diisytiharkan bankrap kerana menjadi ‘penjamin sosial’

Persidangan Dewan Rakyat pada sesi ini berlangsung selama 20 hari sehingga 7 April sementara Dewan Negara bermula dari 17 April hingga 27 April.

Share This:

Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM4 juta Bina Semula Asrama SMA Maran Yang Terbakar

Israq 15 Feb :
Syukur Wal Hamdulillah Bukan sahaja anak-anak kita mangsa kebakaran asrama Sek Men Agama Maran diberi perhatian tetapi seluruh pelajar juga diberi semangat. YAB Menteri Besar Dato Sri Di Raja Haji Adnan b Haji Yaakob ketika menjenguk kesan kebakaran dan beramah mesra. YAB MB juga meyampaikan setiap mangsa RM1000 bagi tujuan meringankan beban mereka. YAB MB juga mengumumkan Peruntukan hampir RM4 juta bagi mengganti asrama yang terbakar dengan Asrama baru yang lebih lengkap dan selesa. Pelajar-Pelajar juga mendapat sumbangan peribadi bagi belanja poket harian. #TahniahSemua.
#PahangTerusMembelaAgama.
#TKasihYayasanPahang.
#TKasihAcer.

Israq 15 Feb :Syukur Wal Hamdulillah Bukan sahaja anak2 kita mangsa kebakaran asrama Sek Men Agama Maran diberi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Selasa, 14 Februari 2017

Kutipan GST DiKembalikan Semula Kepada Rakyat Untuk Kurangkan Beban Rakyat- PM

  1. Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilihat sebagai mekanisma terbaik kerajaan dalam membantu rakyat termasuk memberi penekanan meningkatkan taraf hidup dan keselesaan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
  2. Ini kerana, hasil kutipan itu dikembalikan kerajaan kepada rakyat dalam bentuk program bantuan antaranya seperti Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Rumah Mesra Rakyat, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan dan nelayan.
  3. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, rakyat seharusnya faham dan menolak segala tohmahan pihak tertentu yang menyatakan GST ini membebankan sedangkan ia telah banyak membantu golongan sasar memperoleh kehidupan yang lebih baik.
    “Di sini kerajaan dimomok, dikutuk, tetapi kalau tidak ada GST masakan kita boleh buat program untuk membantu golongan B40. Daripada mana kita nak dapatkan hasil, kalau hasil harga minyak merudum kalau harga yang lain telah berkurangan, daripada mana kerajaan nak dapat hasil, nak tolong golongan B40?
    “Jawabnya kita mesti ada sistem kutipan hasil, bila kita ada kutipan hasil, kira pulangkan balik kepada rakyat dan kita utamakan golongan B40, itu maknanya kerajaan yang amalkan dasar yang adil dan saksama,” katanya.
  4. Selain itu katanya, dasar dan tindakan kerajaan yang dilaksanakan sekarang ini adalah demi kebajikan rakyat keseluruhan dengan mengambil contoh di negara ini, kerajaan telah mengumumkan 4,000 jenis barangan yang dikecualikan daripada GST.
  5. Baru-baru ini, dalam perbualan beliau bersama perdana menteri India, Narendra Modi, Modi berkata negara itu telah melaksanakan GST dengan kadar tertinggi iaitu 23% dengan tiada barang dikecualikan sedangkan Malaysia hanya 6%.
  6. Meskipun hanya 6%, namun kerajaan berupaya membantu dasar kewangan dan fiskal negara bagi menyediakan dana mencukupi membangunkan negara dalam semua aspek seperti mana yang dinikmati sekarang.

Jamil Khir: Pindaan Rang Undang-undang Ahli Persendirian Bagi Meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)

​KENYATAAN  MEDIA

YANG BERHORMAT MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

BERHUBUNG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG AHLI PERSENDIRIAN BAGI MEMINDA AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 [AKTA 355]
1. Kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].
2. Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, Kerajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai- Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.
3. Justeru, kerajaan sudah tentu mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuklah usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.
4. Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini. Sebagaimana lazim, sudah tentu Kerajaan  akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan  ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 
Sekian.

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

24 November 2016

Kerajaan Pastikan Hak Pekerja Yang Dibuang Terbela

1.Kerajaan telah menyusun beberapa langkah bagi membantu pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemberhentian kerja, ujar Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib.
2. Menurut beliau, kerajaan sentiasa memastikan hak pekerja di bawah undang-undang buruh dipatuhi dan memantau hak-hak pekerja yang ditamatkan kerja dilindungi. Pekerja yang diberhentikan akan dipastikan menerima bayaran faedah yang mereka berhak terima seperti baki gaji, baki cuti tahunan, notis dan faedah-faedah penamatan kerja.
3. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman di Dewan Rakyat, hari ini. Mansor dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan adakah kementerian bercadang menyediakan sebarang skim pekerjaan sebagai alternatif bagi pekerja industri minyak dan gas yang diberhentikan kerja berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
4. Kerajaan telah melaksanakan program latihan semula bagi membantu mereka untuk mendapatkan latihan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Disamping itu, kerajaan akan menentukan bentuk-bentuk latihan dan bantuan berbentuk yuran latihan sebagai nilai tambah kepada mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja.
5. Statistik pekerja yang diberhentikan di subsektor industri petroleum dan gas pada tahun 2015 adalah seramai 1632 pekerja, manakala Januari 2016 sehingga September 2016 adalah seramai 640 pekerja, daripada jumlah tersebut, seramai 475 pekerja telah diberhentikan kerja secara biasa manakala 165 pekerja pula menamatkan perkhidmatan melalui pemberhentian pekerja secara sukarela (VSS).
http://klxpress.com.my/parlimen/19946-kerajaan-pastikan-hak-pekerja-yang-dibuang-terbela.html

Peruntukan Besar Sekolah Agama Terjemahan Komitmen Kerajaan Jaga Islam

Peruntukan besar untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Bajet 2017 merupakan terjemahan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan menjaga agama Islam di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata berkata Islam sebagai agama yang progresif perlu dijaga, disuburkan dan dimajukan seterusnya dijadikan suatu cara hidup lengkap untuk masyarakat di negara ini, namun dalam masa yang sama tidak mengetepikan agama lain.

MELAKA, 29 Okt -- Sebahagian pelajar Tingkatan Lima Sekolah Agama Imtiaz, Masjid Tanah, selepas Majlis Graduasi yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Kita cari jalan maju ke hadapan dalam majukan Islam tetapi agama lain perlu kita hormati, dalam usaha supaya agama kita dihormati kita perlu menghormati agama yang lain.

“Tetapi dalam masa sama, saya risau jika umat Islam tidak bersatu bagai buih di lautan, (Islam) akan hilang akibat ombak melanda, perbezaan pendapat dibolehkan tetapi ada tertibnya, hormat pendapat orang lain, amalkan lemah lembut dan bijaksana walau berbeza pendapat,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Hafaz Aqso, Tingkatan 5 dan Program Khas Asasi Ulul Albab 2016 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah di sini.

Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob
yang menyaksikan kumpulan pertama sekolah itu seramai 62 pelajar menerima sijil
graduasi mereka.

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Tidak Perlu Hadir Bahas Bajet 2017

23 OKT: Ahli-ahli parlimen pembangkang yang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Jumaat, disaran tidak sertai perbahasan usul berkenaan minggu hadapan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata jika sedari awal mereka telah menolak usul Bajet bermakna mereka tidak berminat mengenainya. .

agung dewan“Sepatutnya begitu (jangan berbahas) tetapi saya tahu sangat perangai mereka. Seperti biasa mereka akan ambil bahagian juga dan minta macam-macam pada kerajaan,” kata Shamsul.

Beliau ditanya sama ada ahli-ahli parlimen pembangkang patut mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2017 ekoran tindakan mereka keluar Dewan beramai-ramai Jumaat lalu.

BUNG MOKTAR LATEST PARLIMEN

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin pula berkata,  sejak 2014 lagi ahli-ahli parlimen pembangkang sudah ‘buat hal’ di dalam Dewan Rakyat termasuk ketika Bajet dibentang.

“Kali ini, belum habis Bajet mereka sudah keluar. Saya mencadangkan pada Yang Dipertuan Dewan Rakyat mana-mana yang keluar dewan jangan dibenarkan berbahas.

“Sebab ketika membahas Bajet itu nanti mereka tidak menggunakan masa tersebut untuk meneliti kandungannya sebaliknya mereka cuma bermain politik dan tidak menghormati dewan rakyat,” kata Bung Moktar.

Turut setuju dengan pandangan tersebut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang melihat tidak keperluan kepada ahli parlimen pembangkang yang biadap dan tidak berminat dengan Bajet 2017 yang bertema ‘Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’ untuk berbahas.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali mahu mereka yang keluar dewan itu supaya sertai perbahasan supaya beliau boleh ‘bantai’ mereka semula.

“Biar mereka ada ketika perbahasan…kita (ahli parlimen BN) bangun, kita ‘balun’ mereka,” katanya.

Bajet 2017: Renungan Saya

Sememangnya dalam sejarah pentadbiran sesebuah negara ada beberapa perkara bakal menjadi perhatian ramai. Khususnya ahli politik, bijak pandai dan tokoh-tokoh masyarakat bahkan orang ramai selaku rakyat negara ini. Dan hal itu akan menjadi nilai pandang kepada mereka untuk menjadi kayu pengukur.Ini termasuklah Perhimpunan Agong UMNO, Persidangan Parlimen, Ucapan-Ucapan dasar Pucuk Pimpinan dan Pembentangan Bajet.

Jika dibincang disudut kepartian hal inilah yang akan mendebarkan Parti-Parti Pembangkang kerana berdasar sejarah setiap usaha yang dibawa oleh pucuk pimpinan parti melalui hal-hal yang nenjadi pandangan umum bakal memberi pengaruh positif kepada Kerajaan. Kenapa begitu ?

Tradisi yang telah dimulakan oleh Parti Kerajaan bukan sahaja luhur dan ikhlas. Malah ia juga sentiasa terfokus kepada kepentingan orang ramai, yang digembelengkan melalui struktur pentadbiran negara yang sedia ada.

Hal yang demikian sudah pasti membuat pembangkang rasa terhimpit dan hilang keyakinan serta sokongan.

Bajet 2017 seumpamanya, apabila dibentang oleh YAB PM nampak dan jelas tradisi memelihara kemakmuran tanah air serta orang ramai menjadi puncak perjuangan. Pelbagai inasiatif diperkenal dan diperkasa bagi mewarisi tradisi membela rakyat. Tak perlu disebut satu persatu kerana kita telah mengamatinya melalui pembentangan untuk dibahaskan satu demi satu diDewan Parlimen.

Namun biasalah apabila lonjakan utama ini sudah mampu bukan sekadar menawan hati semua pihak yang mengamatinya. Bahkan menampakan prestasi gerak kerja ekonomi negara selama ini yang mampu pucuk pimpinan gembelengkan usahanya sebaik mungkin. Ia juga menunjukan bahawa negara akan terus ditadbir sempurna dengan kemudahan bajet yang mampan.

Jadi sudah pasti pembangkang terdesak dan memaksa mereka membuat sesuatu yang mampu memindah kembali pandangan orang ramai kepada bajet ini. Lumrahnya pasti tidak mereka hendak berdiam diri atau jauh sekali secara jujurnya meyokong kerana ini sudah pasti memadamkan segala pengaruh songsang yang telah mereka bina.

Selain kononnya mereka juga menyediakan bajet mereka yang lompong serta tidak berasas. Mereka juga cuba menyerang individu Perdana Menteri sendiri serta isu yang langsung tiada kaitan dengan Bajet. Mereka nampakkan kepada orang ramai tindakan yang diluar kematangan kemanusiaan jauh sekali sebagai seorang wakil rakyat.

Wajarnya mereka bincanglah bajet tu nanti dalam perbahasan. Itu hanya sekadar pembentangan. Bahaskan bersama. Jika ada kekurangan berikan cadangan yang positif supaya Ahli Dewan dapat menerima rasional mereka. Ini tidak orang baru sibuk bercadang hendak bersawah berpaya dan berpadi. Dia bukannya hendak duduk untuk bincang macam mana hendak dibuat. Tiba-tiba terus lari dan tunjuk perasaan. Sepatutnya duduklah dulu dengar dan teliti. Kemudian nanti bincang dengan penuh bijaksana serta rasional didalam dewan.

Jika ada pertelingkahan pendapat masalah diselesai dengan suara dewan. Bukan dengan lagak bersih yang sangat kotor. Tapi kalau mereka tak buat begini nampak bagus dan matang pulak mereka. Dan pasti orang ramai akan menilai kebijaksanaan itu. Kita sebenarnya bukanlah suka dengan markah percuma melalui lagak angkuh itu. Tetapi mereka sentiasa gemar menghadiahkan sesuatu yang meyebabkan orang ramai muak dengan tindakan itu.

Walaubagaimanapun apabila berlakunya pekara demikian ini satu lagi bukti bajet yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri sebenarnya memang mesra rakyat, mesra tanah air dan memberi keutamaan kepada rungutan orang ramai. Kalau tidak tak kan pembangkang rasa panas punggung. Dan tak selesa. Kalaupun bajet itu salah dan tak kena pasti dengan kemampuan mereka bersedia untuk berbincang. Tetapi tiada ruang lagi untuk mereka kerana semua sudah dilunaskan. Maknanya perbuatan mereka adalah dalil jelas bajet ini mesra rakyat.

Tahniah buat rakyat Malaysia dari Bajet 2017 yang telah dibentang oleh YAB Dato Sri Najib Ahli Parlimen Pekan.

Teruskan PM tradisi membela rakyat yang diwarisi oleh UMNO semenjak awal ia ditubuhkan. Biar mereka meniru telatah songsang asal anak bangsa dapat meneruskan kehidupan yang makmur agamanya, sosial mahupun ekonomi.

Dato Ustaz Syed Ibra
Penerangan UMNO Pahang