Kerajaan Cadang Jawatan Mufti Setaraf Exco – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan yang diberikan oleh semua 14 mufti seluruh negara itu boleh disatukan dan dicambahkan dalam membantu kerajaan merealisasikan agenda transformasi pembangunan negara mengikut landasan syarak.

“Sebagai contoh tentang isu perjudian di mana dalam Islam hasil pandangan 14 ulama seluruh negara inilah yang menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi walaupun di premis yang berlesen.

“Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman (terhadap orang Islam yang berjudi) ,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkenaan kesediaan kerajaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaras kegiatan dakwah di negara ini.

Katanya kerajaan dari semasa ke semasa juga telah menyediakan platform pencambahan ilmu dengan menghimpunkan ulama, cendekiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara melalui program berkala seperti Majlis Ulama’- Umara’.

Tiada Kaitan Wang 1MDB Dengan Haji Mabrur: Mufti Pahang

Hanya Allah saja yang layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak, kata mufti Pahang.

Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mabrur hanyalah ibadah yang dilaksanakan sewaktu berada di Mekah dan tiada kaitan dengan soal siapa yang memberi wang.

“Orang yang menerima mabrur ini adalah daripada Allah, apabila kita lakukan ibadah haji dengan sempurna, ikhlas, khusyuk dan seluruhnya. Banyak kategori yang menyebabkan seseorang itu boleh mabrur, bukan kerana duit.

“Mabrur ini kita nak tahu apabila selepas menunaikan haji, akan berlaku perubahan daripada segi ibadah dan keperibadian dia. Dia akan jadi orang yang lebih baik, meningkat amal soleh dan itu yang dikatakan mabrur,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.

Bekas perdana menteri itu juga berkata ia berpunca daripada wang haram yang dikatakan dicuri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Rahman berkata jika ada pihak yang memberi wang untuk seseorang menunaikan ibadah haji, wang berkenaan menjadi hak mutlaknya dan tidak wajar dipersoalkan sumbernya.

“Daripada segi pemberian, orang memberi kita sesuatu, itu sudah menjadi hak kita, tidak perlu tanya orang yang memberi dan hasilnya daripada apa. Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji.

“Haji adalah rukun kepada mereka yang mampu, mampu ini sesiapa saja yang bantu menyebabkan dia mampu untuk pergi menunaikan haji. Tidak salah untuk menerima wang daripada sesiapa untuk dia mengerjakan haji,” katanya.

Sejak 2011, Yayasan 1MDB menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara dihantar menunaikan ibadah haji dan jumlah bertambah kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Manakala, bagi 2016 seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih menyertai program itu.

Mufti Perlis Anti-Kerajaan, Sokong Demo Haram

28 OGOS : Veteran UMNO membidas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana menyokong himpunan haram yang diadakan mahasiswa semalam dan mendesaknya meletak jawatan. Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub mempersoalkan tindakan Asri yang menyokong gerakan anti-kerajaan didokong oleh pembangkang dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab. “Perlakuan mufti ini telah keterlaluan dan tidak boleh…

via Mufti Perlis anti-kerajaan, sokong demo haram — BNBCC – Laman Rasmi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia

Mufti Pahang Berkata Benar- Exco Dakwah Islamiah Pahang

Kita bersyukur kehadrat Ilahi Agama kita dinamakan Islam. Dan ia bermaksud yang menghimpun segala kebaikan, keharmonian dan kesetiaan. Didalamnya terdapat nilai Iman, Akhlak dan Taqwa. Tiada didalamnya kekerasan, kekasaran dan tiada pula ugutan.

Islam menyeru kearah peyatuan manusia walaupun manusia belum bersedia untuk menerima agama Islam . Banyak bukti pendekatan Nabi SAW serta perintah Ilahi melalui FirmanNya . Ayat 8 Surah al Mumtahanah menegaskan:

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين.

“Allah tidak menegah kamu untuk berbaik-baik dan berlaku saksama kepada mereka (bukan muslim) selagi tidak membunuh kamu dalam urusan agama kamu dan tidak menghalau kamu dari rumah kamu, kerana Allah sangat menyenangi orang yang berlaku saksama”.

Bukan satu atau dua dari perintah Allah terhadap Umat Islam agar berbaik dengan mereka. Juga dari petunjuk Sirah Nabi SAW yang cerna lagi luhur, dari Safwan bin Salim dan sumber dari ramai anak-anak Para Sahabat RA, Riwayat Abi Dawud :

ألا من ظلم معاهدا ، او انتقصه حقه، أو كلفته فوق طاقته، أو أخذ منه شيئا بغير طيب نفس منه، فأنا حجيجه يوم القيامة.

Ketahuilah sesiapa menzalimi orang (kafir) yang dalam perjanjian, atau memperlekehkan mereka, atau membebankan mereka dengan perkara yang wajarnya mereka tidak mampu, atau memgambil sesuatu haknya bukan dengan saluran yang betul, maka akulah menjadi penuntut bagi mereka di hari kiamat”.

Kesemua dalil yang kukuh ini adalah perintah Allah dan Rasul dalam membina nilai perhubungan beragama serta bernegara.

Namun kesemua itu bukan beerti agama Islam menyuruh Ummatnya menjadi manusia yg di cucuk hidung atau kepala mereka dipijak oleh orang yang tidak tahu beretika dalam beragama dan bernegara.

Sehingga nilai Agama pula hendak dipersenda serta ajaran dipertikaikan.

Seumpama contoh:
Pernah berlaku peristiwa harta Ummat Islam diambil, dirampas dan dirompak oleh orang-orang musyrikin, maka bukan sahaja agama Islam tidak merestui bahkan sudah pasti agama lain juga tidak akan bersetuju. Tanah mereka dan tempat tinggal dirampas sudah pasti hal in bukan sahaja bercanggah dengan hak asasi kemanusiaan bahkan tiada satu agama pun merestuinya. Apatahlah lagi Agama yang menjadi tunggak asas kepada sesebuah negara.

Begitu juga seumpamanya apabila berlakunya percubaan mencabuli maruah seseorang dengan menghina dan menjatuhkan air muka tanpa hujah nyata seperti dididik agama. Melebal mereka seperti binatang dan sampah ini juga amat memalukan dicanggah oleh tatasusila beragama.

Apatah lagi seumpamanya, menghina agama dengan mencerca al Quran, atau menolak dengan keras dan nyata ajarannya ataupun melakukan perbuatan yang sangat negatif tehadap kandungan al Quran. Ataupun menghina Nabi SAW, seperti dayus, penipu, gila perempuan, rakus dan sebagainya. Maka ini sudah tentu melampau dan tidak boleh diterima oleh mana-mana ajaran agama. Kecuali mereka telah terbina pemikiran dengan dasar jahat dan ganas ataupun fahaman tidak percaya wujudnya agama atau adanya Tuhan, athisme.

Jika berlaku perkara seumpama ini sudah pasti ia akan menodai hak agama dan hak asasi manusia itu juga.

Provokasi negatif lahir dari sikap benci dan cemburu buta yang menjadi punca hal ini berlaku.

Fahaman Atheisme ini sebenarnya masih ada walaupun ia tidak dinyatakan. Mungkin pengikutnya tidak menyatakan secara zahir atau kelompok. Tetapi ciri-ciri dan anasir sifat puak berkenaan masih wujud dan subur berakar umbi.

Bila wujud sifat ini lah yang menyebabkan manusia mudah mempertikai agama lain dan merasa tertekan dengan ajaran agama Islam seumpamanya.

Rasa takut kepada ajaran ini telah mendorong mereka menokak seratus peratus sebelum mengkaji dan meneliti sebaiknya. Apakah buruk dan baik dari perlaksanaan sebahagian dari ajaran agama islam itu. Terkadang oleh kerana bimbang dan takut hak mereka tercabul dari sangkaan tidak berasas mereka maka awal-awal memberontak dan mencela.

Lebih parah lagi mereka bangkit menentang dan meracuni fikiran mereka sendiri dengan asas yang lompong.

Contoh yang lebih hampir dengan Sahibus Samahah Mufti Pahang, mengeluarkan fatwa yang agak tegas. Wajarnya kita pelajari dengan jujur jika benar kita pencinta kesaksamaan dan keluhuran beragama. Adakah beliau berfatwa tanpa sebab dan alasan yang kukuh? Adakah benar kita tidak pernah menolak perlaksanaan RUU atau hudud yang disaran oleh Presiden PAS Dato Hj Abdul Hadi Awang?

Kalau memang tidak pernah kita wajar buktikan dan sudah pasti Sahibus Samahah Mufti mampu menerima dengan hati terbuka.

Tetapi jika benar kita pernah menolak bahkan menentang dan ditokok pula dengan mempersenda, maka ini tidak wajar lahir dari kita selaku salah seorang individu manusia yang tercipta dibumi dunia ini.

Kerana bukan sahaja hak kita sesama manusia perlu ada saling menghormati dan meraikan hak beragama. Kita juga wajar mengakuri kepentingan agama yang menjadi tunggak sesebuah negara.

Demikianlah halnya dimana-mana negara dunia. Agama yang menjadi teras pemerintahan dan di perakui pula oleh majoriti suara ramai perlu dihurmati dan dijadikan hak persetujuan bersama.

Dalam waktu yang sama tiada salah sesiapa yang ingin mengambil tahu serta berbincang bagi mendapat pencerahan supaya tiada sebarang kekeliruan berlaku.

Setelah semua proses pemurnian dan penerangan diambil, seterusnya mendapat persetujuan majoriti suara, maka mestilah kita semua menerima dengan hati terbuka. Kerana kepentingan bermasyarakat dan bernegara adalah lebih dituntut dari kepentingan individu ataupun minoriti sesuatu badan atau pertubuhan.

Namun apa yang dibawa oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang adalah sebuah fatwa jelas. Tanpa ada kepentingan selain dari setelah mengambil kira teras yang disebut.

Apabila terdapat penentangan nyata dan lebih kepada menidak-nidakkan Islam ditambah adanya unsur-unsur menjelekkan pemimpin Islam serta ajarannya. Sedang banyak teguran dan pandangan terlebih dahulu disampaikan oleh pelbagai pihak melalui pelbagai saluran. Wajarlah sebuah fatwa yang tegas dan teguran yang lebih mendalam dalam soal ini.

Kerajaan Negeri Pahang menyokong penuh fatwa berkenaan dan mempertahankannya serta mengucapkan tahniah diatas ketegasan Sahibus Samahah untuk tidak menarik balik selagi mereka yang berkenaan tidak memohon maaf atau menarik balik bantahan mereka terhadap RUU dan saranan utntuk perlaksanaan hudud serta kedaulatan agama Islam.