KDYTM Tengku Mahkota Pahang Merasmikan World Congress On Integration And Islamicisation: Focus On Medical And Health Care Sciences 2016 (2WCII 2016)

Israq Jumaat 21 Oktober 2016 :
Memulikan Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah bersama KDYTM Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar al Haj bagi mewakili Paduka Ayahnda ke Perasmian World Congress On Integration And Islamicisation: Focus On Medical And Health Care Sciences 2016 (2WCII 2016) Di Grand Hall, IIUM Kuantan Campus, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,Bandar Indera Mahkota.

Ketika di Majlis berkenaan sempat bertemu dengan para perwakilan seminar dan beramah mesra bersama Prof Dr Abdul Aziz Barghus dari Marico Deputy Rector, Prof Dr Iskandar dari Amerika dan Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkefli. Mereka semua bukan sahaja peserta bahkan pensyarah serta pakar perunding perubatan. Muga majlis ilmu ini mampu terus menambah maklumat kepada perkembangan Ilmiah di UIA.

 

Kertas Undi PRU13 Di Lupuskan

KUANTAN, 19 Okt — Petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersama kakitangan Pejabat Daerah Kuantan melupuskan kertas undi Pilihanraya Umum Ke-13 yang melibatkan kawasan Parlimen Kuantan dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Teruntum, DUN Tanjong Lumpur dan DUN Inderapura, di kawasan lapang berdekatan Pejabat Penghulu Kuala Kuantan 1, Kempadang hari ini. — fotoBERNAMA.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1438 Hijrah

Israq 2 Oktober 2016 :
Syukur Alhamdulillah Penghijrahan Nabi SAW terlalu sarat dengan pengajaran dan tauladan. Diantaranya berjaya membina Ummah Muhamadiah yang memiliki nilai diri yang sangat luhur.

Sehubung itu Kerajaan Negeri Pahang juga turut menganjurkan sambutan Maal Hijrah yang telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah diiringi oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti al Marhim Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar al Haj.

YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Di Raja turut hadir memuliakan keberangkatan Tuanku selaku wakil KDYMM Sultan Pahang. Muga pendidikan dari Madrasah Hijrah mampu membina sebaik2 pengajaran.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1122118741209067

Kerajaan Negeri Pahang Beri Jaminan Bantu Kontraktor Kelas F

KUANTAN, 29 Sept – Kerajaan negeri Pahang memberi jaminan akan membantu kontraktor kelas F dengan memberi kontrak penyelenggaran jalan negeri dan kampung, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata ketetapan itu dibuat selepas bertemu wakil persatuan kontraktor termasuk Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) yang mengeluh kerana ketiadaan projek yang telah diberikan kepada syarikat konsesi.

“Saya dimaklumkan di Pahang ada lebih kurang 2,000 kontraktor kelas F, sedangkan jumlah projek tidak banyak. Kami cuba tolong sebaik mungkin kerana mereka juga mempunyai tanggungan.

“Kami akan buat senarai projek dan wakil persatuan dibawa masuk dalam pemilihan kontraktor. Pemilihan kontraktor dibuat secara undian supaya adil dan nampaknya mereka berpuas hati dengan cadangan ini,” katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Pahang di sini, semalam.

Adnan menambah antara projek itu ialah penyelenggaran dan penambahbaikan jalan luar bandar yang telah diberikan kepada sebuah syarikat konsesi, yang Yayasan Pahang mempunyai ekuiti sebanyak 30 peratus.

Beliau mengingatkan kontraktor kelas F yang diberikan projek itu perlu melaksanakannya dengan baik, kerana prestasi mereka akan dipantau dan tidak akan menerima peluang kedua jika gagal.

Sementara itu Presiden Perkobf Tukiman Radion berkata pihaknya berpuas hati dengan ketetapan itu meskipun pada awalnya mendesak supaya kontrak kepada syarikat konsesi dibatalkan dan projek dikembalikan semula kepada kontraktor kelas F.

“Bagaimanapun menteri besar memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan jika membatalkan kontrak itu kerana telah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi,” katanya.

MB Pahang Sambut Baik Laporan SPRM Terhadap Dirinya

2 SEPT: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya berhubung penjualan kompleks membeli-belah Kuantan Parade sebagai ‘langkah yang baik’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi setiausaha akhbar Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali, pada Jumaat Adnan berkata, ia mencerminkan amalan demokrasi dan ketelusan terus subur di negara ini.

Datuk Seri Adnan Yaakob 01“Beliau berharap SPRM akan menyiasat dengan mendalam dan mengumumkan keputusan dengan sewajarnya.

“Adnan juga menambah semua rekod mengenai transaksi tersebut adalah dengan penerima,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap tindakan Ketua Pemuda PKR Pahang, Wong Chun Yuan yang membuat laporan SPRM terhadapnya pagi ini.

Ia adalah mengenai dakwaan syarikat milik kerajaan negeri yang menjual Kuantan Parade kepada sebuah entiti swasta pada harga RM52.1 juta tetapi tidak menerima bayaran tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Menteri Besar Pahang juga boleh mengambil tindakan sendiri.

“Beliau berhak untuk mengambil apa-apa prosiding undang-undang terhadap mana-mana pihak berhubung fitnah berkenaan pada masa yang sesuai,” jelasnya.

Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYTM Tengku Mahkota Ke-57

KUANTAN. 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diiringi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bercemar duli berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-57 diadakan di Masjid Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Sungai Karang, dekat sini, hari ini.

Majlis kesyukuran dan doa selamat itu juga diadakan sempena Ulang Tahun Keputeraan Tengku Puan Pahang yang ke-56 pada jatuh pada 5 Ogos dan Paduka  Anakanda Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ulang Tahun Keputeraan Ke-19 pada 3 Ogos.

Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Fardu Maghrib dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang, Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.

Selepas itu, diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil beramai-ramai dan seterusnya Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang dan baginda berdua turut menunaikan solat fardu Isyak yang di Imamkan oleh Imam 1 Masjid Tengku Panglima Perang, Ustaz Ezuan bin Ramali.

Turut mengiringi baginda, paduka-paduka adinda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang, Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang dan Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hadir sama paduka-paduka anakanda Tengku Mahkota, . Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam, Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah,Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah   ‘Athiyatullah.

Selepas selesai solat Isyak, Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang berangkat ke Majlis Santapan/Makan Malam bersama lebih 600 tetamu termasuk pelajar-pelajar tahfiz.

Diakhir majlis, baginda bersama-sama Tengku Puan Pahang dan paduka anakanda Tengku Muhammad Iskandar memotong dan menjamah kek pulut kuning Ulang Tahun Keputeraan baginda dihadapan para tetamu.

Turut memuliakan keberangkatan baginda berdua, Pengerusi Jawatankuasa  Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, Yang Berhormat Dato’ Haji Syed Ibrahim bin Sued Ahmad, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Sri Ishak Mohammad, YB.Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Muhammad Safian Bin Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Yang Berhormat Dato’ Haji Shafik Fauzan Bin Haji Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri,Yang Berhormat, Dato’ Abu Bakar Bin  Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri,Yang Berhormat, Dato’ Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin.

Turut Hadir, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang Dato’ Haji Mohamad Roslan Bin Harun, Ketua Polis Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Sharifuddin bin Abd Ghani, Yang Hormat, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Yang Hormat Dato’ Haji Muhamad Nor bin Rani dan YAA Hakim Mahkamah Syariah Pahang, Dato’ Haji Abdul Rahman bin Yunos.

Operasi Lynas Tiada Ancaman Kepada Alam Sekitar

KUANTAN, 28 Julai — Operasi Projek Lynas yang dijalankan Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini, adalah selamat dan tidak meningkatkan bacaan radiasi atau membawa implikasi negatif kepada alam sekitar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu pada taklimat status terkini operasi syarikat itu yang telah beroperasi 100 peratus sejak tiga tahun lalu.

“Hasil pemantauan yang dijalankan 24 jam sehari menunjukkan operasi adalah selamat dan tiada peningkatan bacaan radiasi dalam lingkungan 1 ke 20 kilometer dari kilang Lynas.

“Projek Lynas juga tidak memberi implikasi negatif kepada penduduk sekitar atau alam sekitar. Jika benar dakwaan berlaku radiasi, sudah tentu kawasan perindustrian Gebeng tidak akan berkembang atau menjadi pilihan syarikat
multinasional di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd di sini hari ini, selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuantan yang melibatkan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, tokoh korporat, pemain industri dan pemimpin politik serta masyarakat.

Mustapa juga memaklumkan jumlah pelaburan projek Lynas ialah RM2.8 bilion dengan pengeksportan keseluruhan produk dikeluarkan.

Lynas juga buat masa kini sedang menjalankan ujian lapangan terhadap produk ‘soil conditioner’ yang dihasilkan daripada ‘Water Leach Purification Residue’  yang dijadual lengkap pada Julai tahun hadapan, tambah beliau.

Saya telah mencadangkan kepada pengurusan tertinggi Lynas supaya mengadakan forum awam dalam masa terdekat untuk membuktikan cakap-cakap bahawa orang akan kena kanser, harga hartanah jatuh atau sebagainya tidak tepat dan mereka bersetuju,” katanya.

Berhubung isu bauksit, Mustapa berkata beberapa tokoh korporat dan pemain industri berharap penambahbaikan dan penguatkuasaan yang baik akan dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri agar tidak menjejaskan iklim pelaburan di Kuantan.

Secara keseluruhannya, Mustapa berkata beliau gembira dengan kemajuan dan pembangunan di Kuantan serta prestasi kerajaan negeri yang berjaya menarik peluang pelaburan dalam pelbagai industri termasuk kimia dan petrokimia di Gebeng.

Katanya, kejayaan itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, memaksimumkan penggunaan pelabuhan Kuantan dan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Pada lawatan itu yang bermula semalam, Mustapa turut meninjau perkembangan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang akan memulakan operasi dengan kilang keluli di bawah Alliance Steel Sdn Bhd pada suku keempat 2017 dan akan membuka peluang pekerjaan kepada 3,515 orang.

Mustapa turut melawat projek pembangunan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan (NDWT), iaitu projek usahasama kerajaan dengan Kuantan Port Consortium Sdn Bhd berjumlah RM4.1 bilion yang akan menaik taraf pelabuhan kepada pintu masuk utama ke rantau Asia Pasifik.

Beliau juga meninjau operasi syarikat penghasilan peralatan untuk industri minyak dan gas 100 peratus milik Bumiputera Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd dan BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd yang merupakan kilang Highly Reactive Polyisobutene pertama di Asia Tenggara yang merupakan usahasama dengan syarikat kimia terbesar dunia BASF dari Jerman.

UMNO Pahang Tegaskan Sokongan Penuh Kepada Presiden Parti

PERKARANGAN DEWAN SERBAGUNA, RANCANGAN TANAH FELDA SUNGAI PANCHING TIMUR, KUANTAN – Badan Perhubungan UMNO Negeri sekali lagi menegaskan sokongan penuhnya kepada Presiden parti dalam pada isu mengenai 1MDB terus diperkatakan.

“UMNO Negeri Pahang memberikan sokongan penuh kepada Presiden parti. Prinsip kita mudah. Kalau Presiden tidak disokong, kita nak sokong siapa lagi?

“Dari dulu sampai sekarang, sejak UMNO ditubuhkan; Presiden sentiasa disokong oleh ahli-ahli untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi pilihanraya seterusnya,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Beliau berkata demikian pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Tanah kepada Peneroka Felda Sungai Panching Timur Peringkat 03 pagi Selasa, 26 Julai, di sini.

Kata-katanya ini sebagai menjawab soalan wartawan mengenai isu 1MDB, terbaru; ekoran persidangan media mengenainya oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch pada Rabu, 20 Julai lepas.     

AHLI UMNO WAJIB SOKONG PRESIDEN

“Ini bukan soal peribadi. Bukan soal peribadi, bukan soal emosi. Tapi ini berdasarkan kepada pemikiran yang rasional.

“Dari dahulu lagi – zaman Almarhum Tunku (Abdul Rahman), Allahyarham Tun Razak (Hussein), Tun Hussein (Onn), zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad), zaman Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan sekarang ini zaman Dato’ Sri Najib Tun Razak; ahli UMNO wajib menyokong Presiden parti,” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

“Sejarah UMNO juga menunjukkan, kalau Presiden UMNO itu disokong, siapapun – walaupun Timbalan Presiden itu kuat, kuat sangat; takkan menang lawan Presiden,” katanya lagi.

Beliau seterusnya menyarankan agar rakyat khususnya ahli-ahli UMNO, dapat mengikuti perkembangan terbaru ini dengan hati terbuka, kepala yang dingin, sambil mendapatkan maklumat sahih mengenainya.

“… kemudian itu, terpulang kepada undang-undang untuk mengambil tempat. Biarlah undang-undang berjalan, berkuatkuasa. Kita jangan campuri,” katanya.

 

JEMPUT PAKAR BERI PENJELASAN

Bagi dirinya sendiri kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, beliau berpuas hati tentang perjalanan 1MDB sambil memberi analogi; “Kalau 1MDB keluar duit, kemudian itu dapat balik, tak ada masalah.

“Macam bank pinjamkan wang, dia dapat duit dia (bank berkenaan) balik. Apa yang dibuat oleh peminjam kepada wang yang dipinjam itu, itu cerita lain”.

Kepada soalan lanjutan, beliau memberitahu tentang majlis-majlis penerangan yang akan dianjurkan di negeri ini dengan menjemput mereka yang pakar mengenainya supaya rakyat faham isu yang sedang dihadapi sekarang.    

Beliau juga menyarankan agar artikel mengenai isu yang sama oleh seorang yang bernama Lee Sian See, dibaca kerana apa yang diutarakan oleh penulis itu adalah mantap, kukuh dan meyakinkan.

“Jadi, kita bacalah dahulu, tahu fakta-fakta baru kita keluar kenyataan. (Artikel oleh) Lee Sian See sangat meyakinkan.

 

 

BIARLAH UNDANG-UNDANG MENGAMBIL TEMPATNYA

“Seperti kata YAB Perdana Menteri, biarlah undang-undang mengambil tempat. Itulah ulasan saya,” kata Menteri Besar itu lagi.

Beliau seterusnya secara sinis menempelak kumpulan yang mahu menganjurkan Bersih 5.0 kononnya sebagai tanda bantahan kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri akibat daripada gejala 1MDB.

“Saya minta maaflah, saya bukan takbur. Dia orang nak buat Bersih 150pun tak ada hal. Kita ada polis, kita ada… Jangan ganggu (keamanan), jangan tumpah darah sudahlah,” katanya.  

Diminta mengulas lanjut katanya, sepertimana perhimpunan Bersih yang lepas-lepas, penganjurannya sekadar sebagai pernyataan perasaan sekumpulan rakyat yang jika mereka dapat mengumpulkan 150,000, 200,000 orang, Barisan Nasionalpun boleh menghimpunkan sehingga 400,000 orang.

“Tapi, kita banyak kerja lain. (Penganjurannya mungkin) bagus daripada segi penjanaan ekonomi – orang makan (di kedai-kedai sekitar kawasan perhinmpunan), alat-alat semua laku. Tapi, teksi tak dapat cari makan, jalan ‘jam’, orang nak pergi ke kedai tak dapat,”tempelaknya.

85 PERATUS PENEROKA PAHANG SUDAH TERIMA GERAN TANAH

Pada awal persidangan media, Dato’ Sri DiRaja Adnan jelas berbangga dengan hakikat betapa, 85 peratus daripada kira-kira 44,000 peneroka Felda di Pahang kini, telahpun menerima suratan hak milik tanah masing-masing.

Pencapaian ini menurutnya, mengatasi peringkat nasional yang mana, 80 peratus daripada daripada 112,635 peneroka seluruh negara yang telahpun menerma suratan hak milik tanah masing-masing.

Yang turut hadir pada majlis pagi Selasa ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun; wakil rakyat Parlimen, Dato’ Abdul Manan Ismail (BN – Paya Besar); wakil rakyat-wakil rakyat negeri – Dato’ Mohd Zaili Besar (BN – Panching) dan Dato’ Mohd Suhaimi Jusoh (BN – Lepar);

Pengarah Tanah Felda, Encik Shahrizal Mohd Saleh; Pengurus Besar, Felda Wilayah Kuantan, Encik Mohd Hasrin Ismail; dan, wakil peneroka Felda Sungai Panching Timur, Encik Abu Samah Kassim.

Pada majlis ini, 63 peneroka dari peringkat 03 dan yang terakhir di Felda Sungai Panching Timur ini, menerima suratan hak milik tanah masing-masing daripada Dato’ Sri DiRaja Adnan.

Bagi peringkat 01, melibatkan seramai 220 orang, telahpun menerimanya pada tahun 1995; manakala bagi peringkat 02, seramai enam (6) orang, telahpun menerimanya pada tahun 2003. – Khabar        

Tengku Mahkota Pahang Berangkat Hadir Forum Ehwal Islam

KUANTAN 21 Julai 2016 bersamaan 16 Syawal 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bercemar duli berangkat ke Majlis Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Perkarangan Stadium SUKPA di sini, malam tadi. Forum Perdana anjuran Persatuan Peniaga Melayu Bersatu Pahang (PPMBP) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan kerjasama Radio dan Television Malaysia (RTM) itu diadakan sempena memuliakan Hari Ulangtahun Keputeraan Tengku Mahkota Pahang Yang Ke-57. Majlis Forum Perdana yang mengambil masa satu jam itu disiar secara langsung menerusi di TV1 bermula jam 9.00 malam.

Forum Perdana yang bertajuk ‘Belia Pembina Negara’ itu dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hariri Mohd Daus daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai moderator, manakala ahli panel terdiri daripada Penyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Kampus Gombak, YH Dato’ Dr Haji Farid Ravi Abdullah dan YH Dato’ Badlishah Alaudin. Turut mengiringi baginda, Paduka anakanda Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut memuliakan keberangkatan Tengku Mahkota Pahang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah, Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Islamiah, Dakwah dan Tugas-Tugas Khas Pahang, YB Dato’ Haji Syed Ibrahim Syed Ahmad. Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, YB Dato’ Norol Azali Sulaiman dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohammad Jaafar, Presiden dan Chief Executive Officer UniKL, Prof. Dato’ Dr. Masliham Mohd Su’ud, Ahli-Ahli Jemaah Pangkuan Diraja Pahang dan Ketua-Ketua Jabatan.