Sekitar Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Kg Bukit Lada, Kerdau

Rabu 26 Julai 2017

2.30 petang

Ketibaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran Temerloh menjenguk dan meneliti situasi Rumah PR1MA. Keadaan rumah yang selesa serta staretgik kedudukannya memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada penerima rumah berkenaan.

Ketbaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Setelah lawat tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, majlis dimulakan dengan Ramah Mesra serta Silaturahim Aidil Fitri Dun Kerdau. Majlis yang dihadiri melebihi 7000 kehadiran ini telah dapat mendengar sendiri amanat YAB Menteri Besar Pahang tentang beberapa pekara :

Samada Penyelarasan PR1MA di Negeri Pahang yang menjadi manifesto janji ditepati Kerajaan Negeri Pahang. Ia telah berjaya dibangunkan diseluruh Negeri Pahang termasuk Dun Kerdau. Namun PR1MA Kerdau adalah antara yang terawal siap dengan sempurna.

YAB Dato Sri juga mengalu-alukan sukarelawan yangtelah ditawar oleh TH sebagai bakal-bakal haji yang akan melaksanakan ibadah itu pada tahun ini. Mereka bukan sahaja diberi wang saku sebagai bantuan sebanyak RM3000 bahkan mereka diraikan oleh YAB Dato Sri Menteri Besar sendiri.

YAB Dato Sri juga sempat menjelaskan tentang usaha-usaha Kerajaan yang konsisten dalam menyelesaikan isu tanah. Hari ini dua buah kampung seramai lebih 300 penerima Notis 5A dalam DUN Kerdau. Cuma mereka yang menerima tawaran ini mestilah menghargai setiap pemberian dengan menjaganya de ngan baik, membangunkannya dengan sempurna disamping elakan menjual hanya sekadar untuk mendapat keuntungan singkat. Namun pemberian ini biarlah menjadi asetuntuk keluarga dan anak cucu.

Majlis ramah mesra ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan Exco dan Adun serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah serta kepimppinan setempat.

Juadah Aidilfitri juga telah terhidang seadanya kepada para hadirin

Muga Allah berkati Semua.

27Jul 4ptgSetelah lawst tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, Majlis dimujakan dengan Ramah Mesra serta…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

YAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun kemeja-meja penerima Kunci PR1MA dan Bantuan Haji. YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri serta YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin II II turut menyampaikan Notis 5A kepada penerima-penerima. Muga semua mereka diberkati Allah.

26 Jul AsarYAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

27Julai Maghrib :
Selesai dari Program
YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun sempat juga menziarahi 10 warga mas yang uzur terlantar. Disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.
Kami juga di #PKDK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ASPA – MENTIGA – JKM & Belia Kerdau yang turut serta mengiringi MB serta meyumbang samada tenaga, pemikiran dan saguhati kepada penerima warga mas.

27Julai Magrib :Selesai dari Progrem YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Selesai seluruh acara
Petang 26 Julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi seorang mendengar dan meneliti sebarang rungutan dan rayuan. Juga menerima sebarang surat menyurat termasuk sebarang macam permohonan yamg dibawa oleh rakyat mahupun wakil rakyat sendiri.

26 Julay Selesai seluruh acara Petang 26julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

 

Majlis Silarurahim Aidil Fitri DUN Kerdau Kanan Mudik Sungai Pahang

Ketika Meraikan Pengunjung di Majlis Silatulrahim Aidilfitri DUN Kerdau yang diadakan di seberang kanan Mudek Sungai Pahang pada 8 Julai 2017 jam 8.30 malam.

Kehadiran penduduk setempat juga diraikan juga oleh :
#KRT#JKKKPurun.
#JKKKBadok
#JKKKTelokSentang.
#JKKKKerai.
#JKKKPayaPerak.
Terima Kasih Semua.

Majlis Pelancaran Kelas Tafaquh Fiddin Peringkat Daerah Temerloh

Israq 14 April 2017
Seadanya dari kami DUN Kerdau untuk penduduk setempat. Majlis Pelancaran & Keraian :

Pertamanya #KelasTafaquhFiddin
merupakan pengajian berbentuk konsisten, berkitab dan Guru bertauliah. Ia diadakan di Masjid Omar Abdul Aziz. Subjet Quran dan Tafsir, Feqah, Tauhid dan Hadis.

Keduanya : Meraikan 390 orang pelajar Kerdau dan DUN  berhampiran yang cemerlang UPKK mendapat keputusan 8A. Demi memberi sokongan kejayaan mereka.

Ketiga : Penyerahan Kit Kifayah bertujuan memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan oeralatan pengurusan jenazah. Ia peralatan anyg lengkap kafan berpotong, kapur barus, kapas, air mawar dan pewangi.
Seramai 2000 orang yang hadir bukan sahaja mengikut dan menyaksikan pelancaran berkenaan. Bahkan telah mendapatkan #TausiahIstimewa dari Penceramah Ustaz Uwais Qarani.

Terima Kasih Semua

#YayasanPahang
#JAIP.
#PegawaiDaerahTemerloh
#Penghulu.
#pengurusanMasjidOmar.

Israq 14 April Seadanya dari kami DUN Kerdau untuk penduduk setempat. Majlis Pelancaran & Keraian :Pertamanya…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Khamis, 13 April 2017

PR1MA Kampung Bukit Lada Di Ambang Kejayaan

Kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan YAB Dato Seri DiRaja Haji Adnan Bin Yaakob selaku Menteri Besar telah mengupayakan dan melaksanakan sasaran untuk membina 15,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun antara 2014 hingga 2018 seperti yang termaktub dalam manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sebanyak 33,836 unit rumah di bawah 92 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dijadual siap dibina menjelang 2018. Pelaksanaan PR1MA Pahang sudah melebihi sasaran 15,000 seperti yang dijanjikan dan usaha ini menzahirkan kerajaan negeri cukup prihatin dengan masalah perumahan rakyat.

Menurut YB Dato Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, pencapaian baik ini  meliputi juga PR1Ma Pahang di Kampung Bukit Lada yang telah mencapai tahap pembinaan 90% ketika menerima taklimat dari pemaju perumahan dalam tinjauan kemajuan projek  pagi semalam.

Hampir kesemua 200 unit rumah yang berharga RM150,000 ini telah pun mencapai 90 peratus siap. Rumah ini telah ditetapkan dalam perjanjian boleh selesai disiapkan pada akhir 2017. Walaubagaimanapun pemaju terbabit telah menyatakan sekali lagi komitmen untuk memastikan projek ini dapat diselesaikan fasa pembinaannya pada penghujung April 2017.

Tinjauan kemajuan projek  ini turut dihadiri Jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan, Tenaga Nasional Berhad, wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta kepimpinan setempat.

Pihak pemaju menyatakan bahawa tahap pembinaan fizikal rumah atau bangunan telah pun siap dan hanya melibatkan kerja-kerja pelengkap melalui pemeriksaan kerosakan pada rumah dan bangunan serta kerja-kerja mengecat. Kerja-kerja akhir ini dijangka akan selesai sepenuhnya pada bulan April 2017.

Kerja-kerja berkaitan kemudahan utiliti seperti jalan, kolam takungan,bekalan api dan air pula akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan majlis penyerahan kunci dapat dilakukan menjelang bulan Mei 2017.

Kordinasi jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Bomba dalam memenuhi keperluan pelaksanaan pembinaan ini akan mempercepatkan tempoh siap projek PR1MA Kampung Bukit Lada. Pemeriksaan akhir oleh setiap jabatan kerajaan ini dijangka boleh dilakukan sepenuhnya untuk diperakukan pada pertengahan April 2017.

YB Dato Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad juga menyatakan bahawa PR1MA Kampung Bukit Lada ini bukan sahaja akan dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak untuk kemudahan penduduk nanti bahkan sebuah masjid yang boleh menampung seramai 1000 orang jemaah dengan kos RM6 juta juga akan dilaksanakan.

Beliau turut menyebut bahawa PR1MA Kampung Bukit Lada yang hampir siap ini akan menjadi kenyataan sebagai salah satu petunjuk bahawa kerajaan mesra-rakyat dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato Seri DiRaja Haji Adnan Yaakob mendengar dan merasai denyut nadi rakyat dalam segenap aspek terutamanya dari segi keperluan perumahan rakyat di negeri Pahang.

 

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri DUN Kerdau 1437H/2016M

16 Julai 3.00 petang :
Berkat prihatin YAM Tengku Muda Pahang dan kehadiran YAB Che Puan Muda Pahang … warga DUN Kerdau yang turut hadir dengan jumlah yang diluar dugaan kami melafaz syukur kehadrat Ilahi Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Dun Kerdau berjalan sempurna.

Kami menyembah junjung kasih kesisi YAM Tengku Muda Pahang yang sentiasa prihatin. Kami juga berterima kasih kepada semua yang hadir. Segala penghurmatan kepada rakan urusetia dari jabatan dan agensi Kerajaan, JKKK dan penduduk setempat di Rumpun Makmur. Muga Allah berkati semua dan memberi sebaik2 ganjaran.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1062635870490688