Mesyuarat Penyelarasan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan JAIP ke 16/2017

25 Julai 2017 9.30 pagi Menjelaskan Kepada Jawatankuasa Induk Mesyuarat Penyelarasan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Jaip ke 16/2017, ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program. Seramai 325 orang Pelajar cemerlang SMA Sijil Menengah Agama, 88 orang Pelajar Cemerlang SPM Sijil Pelajaran Malaysia dan 47 Orang Pelajar Cemerlang STAMP Sijil Tinggi Agama serta terdapat juga 42 orang Pelajar Cemerlang … Read moreMesyuarat Penyelarasan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan JAIP ke 16/2017

Meninjau Perjalanan UPKK Di SK Paya Ara Dan SAR Kafa Desa Murni

11 Oktober 2016 2.30 petang : Bersama Ustaz Abdul Aziz Qadhi Temerloh dan Ustaz Syukri Soidin Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jaip menjenguk anak-anak Calon UPKK di Sekolah KAFA SK Paya Ara dan SAR KAFA Desa Murni. Bertujuan memberi sokongan dan motivasi. Semoga Allah limpahkan kejayaan dunia dan akhirat. https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1129744393779835

Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah-sekolah Agama Pahang Oleh TYT Duta Emiriah Arab Bersatu Di SMA Al Wosto

29 September 2016  3.00 petang Mewakili YAB Menteri Besar Pahang meyambut kehadiran TYT Duta Besar Emeret di Malaysia ke Majlis Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah Sekolah Agama Pahang, Sek Men Agama Wusta Selaku tuan rumah dan diurusetia oleh JAIP telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat untuk pelajar2 ini. Ia bertujuan untuk memberi motivasi dan keyakinan … Read morePerasmian Festival Bahasa Arab Sekolah-sekolah Agama Pahang Oleh TYT Duta Emiriah Arab Bersatu Di SMA Al Wosto

Mufti Pahang Gesa Henti Ajar Konsep Tauhid Tiga Serangkai Di Sekolah

Mufti Pahang menggesa Kementerian Pendidikan menguatkuasakan larangan ajaran konsep tauhid tiga serangkai di semua sekolah di seluruh negara. Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, pihaknya mengesan pelaksanaan ajaran konsep itu di sekolah menengah di negara ini yang bercanggah dengan fahaman konsep sifat 20 Allah SWT dalam empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Katanya, konsep … Read moreMufti Pahang Gesa Henti Ajar Konsep Tauhid Tiga Serangkai Di Sekolah

Pertemuan Bersama Imam Masjid Daerah Seluruh Pahang

31 Mei 2016 2:30 petang : Pertemuan bersama Imam-Imam Masjid Daerah Seluruh Pahang berunding dan berbincang soal fungsi dan kebajikan Imam di Masjid-Masjid berkenaan. Muga pertemuan yang pertama kali ini bukan yang terakhir . Muga pembuka terbaik sebagai ketibaan Ramadhan.     https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1032601810160761&id=100002328557206

Hari Ke-6 Sidang DUN Pahang: Sesi Soal Jawab Pagi

24 Mei 2016

10 pagi :
Hari Keenam Persidangan Dun Negeri Pahang menjawab persoalan dari Sahabat kami ADUN Chenor mengenai ajaran sesat seumpama Syiah di Pahang.

Apakah tindakan serta tidakkah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Institut Ahli Sunnah Jamaah ?

Bagi menjawab persoalan ini Rasulullah telah memberitakan dalam hadis Sahih dari al Irba’ bin Sarah diriwayatkan oleh Ibnu Majalah RA :

قد تركتكم على البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها بعدي الا هالك ومن يعش منكم بعدي فيرى اءختلافا كثيرا فعليكم بما عرفتم من سنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ وعليكم بالطاعة واءن عبدا حبشي فاءنما المؤمن كالجمل الأنف حيثما قيد انقاد.

“Aku telah tinggalkan kamu dalam situasi yang terang, malam sudah bagaikan disiang hari. Tidak akan terpesong darinya selepas ini kecuali hancurlah ia. Barang siapa hidup ketika itu bakal melihat perpecahan yang amat banyak. Maka berpeganglah kamu dari apa yang kamu tahu dari ajaran sunnah ku dan sunnah khalifah ar Rasyidin yang beroleh petunjuk selepas aku. Gigit lah ia dengan geraham mu. Dan setialah dengan mereka walaupun dari seorang hamba habsyi. Mukmin itu bagaikan unta yang diikat dimana tempat ikatannya di situlah ia berpaut”.

Maksud pertama dari hadis Nabi SAW ingin menegaskan perselisihan adalah satu realiti yang pasti berlaku. Kesesatan juga dalam beraqidah sehingga terpesong kepada mazhab selain Ahlus Sunah wal Jamaah seperti Syiah yang disebut dalam soalan sahabat saya ADUN Chenor adalah telah di khabar juga oleh Rasulullah.

Namun walaupun demikian di negeri kita Pahang usaha tindakan secara berterusan sentiasa di gerakkan. Samada melalui pendidikan, penerangan, kaunseling, tindakan bersepadu dengan agensi kerajaan dan penguatkuasaan.

Bagi menjawab soalan tambahan dari ADUN Chenor mengenai isu Wahabi pula:

Memang tidak dinafikan golongan ini juga ade membawa fahaman yang terpesong dari teras Ahlis Sunnah wal Jamaah serta mazhab kita Syafie. Mereka ini adalah ekoran dari fahaman Khawarij, yang keluar dari baiah Ali dan Muawiyah Dua Orang Sahabat Nabi setelah berlakunya fitnah Siffin. Mereka ini tidak akan mendepani orang yang berlainan fahaman darinya melainkan dihukum dengan bid’ah atau kafir. Ajaran mereka ini telah mereka namakan dengan pelbagai jenama baru.

Walau bagaimanapun mereka (Samada wahabi mahupun Syiah) mereka sendiri menzahirkan anasir atau ciri – ciri bukan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Sudah tentu sukar bagi kita untuk memperakui mereka sebagai Ahlus Sunnah. Namun mereka adalah ahli Qiblah saudara kita di kalangan ahli
لا إله إلا الله محمد رسول الله.
Dan mazhab kita Ahlus Sunnah wal Jamaah menegah untuk menghadirkan ahli Qiblah dari kerana dosa atau keterlanjuran mereka beraqidah.

Sehubungan itu Kerajaan Negeri sentiasa memastikan agensi berwajib memantau fahaman yang menyeleweng tidak dikembangkan. Bahkan jika ada terdapat usaha mengembangkan anasir selain Ahlus Sunnah wal Jamaah mereka akan dipantau dan ditegur. Jika mereka terus mengekalkan ajaran yang menyeleweng maka seperti juga tindakan terhadap ajaran yang lain diambil tindakan mereka juga tidak terkecuali.

Semuga usaha murni ini mampu membina akidah secara berterusan. Dan semuga negeri Pahang terus terpelihara dari kecelaruan.

Tengku Mahkota Pahang Buat Kejutan Ikuti Seminar Ulama

KUANTAN. 23 Mei 2016 bersamaan 16 Syaaban 1437H – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengejutkan urusetia dan 250 peserta seminar apabila baginda berkenan bercemar duli mengikuti sepenuhnya Seminar Ulamak Pahang Kali Ke-5 di Hotel MS Garden, yang berakhir lewat petang tadi.

Tengku Mahkota Pahang yang juga Yang DiPertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang, sepatutnya berangkat pulang selepas menyempurnakan Perasmian dan Majlis santapan tengahari bersama para tetamu dan peserta seminar.

Selepas menunaikan solat zohor berjemaah bersama peserta, baginda berangkat semula ke dewan seminar di Aras 5, bagi mendengar pembentangan kertas kerja kedua dan ketiga pada seminar kali ini. Tengku Mahkota Pahang turut berkenan untuk turut serta mendengar pembentangan kertas kerja iaitu “Memperkasakan pendidikan agama Islam negeri Pahang, cabaran dan masa hadapan” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor Husin dan “Ulama’ dalam siasah negara” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr Yusof ‘ bin Haji Md Noor.

Tengku Mahkota Pahang turut mengambil bahagian apabila baginda mengajukan soalan sebaik Tan Sri Yusoff Nor selesai membentangkan kertas kerja. Turut mengiringi sepanjang seminar, paduka anakanda baginda, Tengku Amir Nasser Ibrahim.

Sumber : DiRaja Pahang

Ulama dan Umara Perlu Bersatu Dalam Usaha Tangani Krisis Melibatkan Umat Islam Kini

Golongan ulama dan umara digesa bersatu dalam menangani pelbagai krisis yang melanda umat Islam ketika ini termasuk soal perpecahan, penyelewengan dan ancaman akidah, gejala sosial, serta isu keselamatan negara.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah hanya dengan wujudnya kesatuan antara dua golongan berkenaan, segala permasalahan yang melibatkan umat Islam akan dapat diatasi.

“Oleh itu, ulama dan umara perlu bersatu dan berhimpun di bawah agama kerana mereka adalah pewaris Nabi Muhammad SAW, ulama mewarisi ilmu daripada baginda manakala umara pula mewarisi kepimpinan atau politik.

“Hanya dengan kesatuan ini maka sesebuah kerajaan itu pasti bertambah kuat, nasib ummah akan terbela, negara akan bertambah maju dan aman damai,” titah baginda ketika berucap merasmikan Seminar Ulama Pahang Kali Kelima di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. Seminar itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini yang melibatkan penyertaan 250 peserta.

Tengku Abdullah bertitah golongan ulama dan umara tidak boleh berpisah kerana mereka ibarat ‘ilmu’ dan ‘politik’ bagi umat Islam selain merupakan tokoh masyarakat paling utama serta berpengaruh.

“Ingatlah suara ulama sentiasa ditunggu dan diperhatikan oleh masyarakat Islam yang cintakan agamanya. Golongan ulama perlulah membina jambatan dengan pelbagai pihak dalam masyarakat tanpa mengambil kira tahap kedudukan dan kecenderungan pemikiran mereka.

Para ulama juga tidak boleh sama sekali memisah dan memencilkan diri dalam dunia yang berasingan dan haruslah berada dalam realiti masyarakat yang nyata,” titah baginda.

Titah baginda, tanggungjawab untuk membangunkan negara bukan hanya terletak kepada pemerintah semata-mata tetapi perlu penglibatan semua pihak terutamanya golongan ilmuwan.

Baginda bertitah perkara itu adalah kunci utama pembangunan ummah yang menjadi prinsip asas kejayaan generasi sahabat dalam menegakkan syariat Islam.

Pada majlis perasmian itu, Tengku Abdullah turut berkenan melancarkan laman portal Diraja Pahang iaitu www.dirajapahang.my yang diwujudkan sebagai satu medium untuk memaparkan berita terkini dan aktiviti melibatkan kerabat Diraja Pahang termasuk Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan baginda sendiri.

Tengku Abdullah bertitah menerusi portal itu diharapkan segala aktiviti melibatkan kerabat Diraja Pahang dapat dikongsi bersama rakyat sekali gus mengeratkan lagi jalinan ukhwah antara raja dan rakyat.

Sekitar Hari Ke-3 Sidang DUN Pahang : Sesi Soal Jawab

Hari Ketiga Sidang DUN  Pahang

18 Mei 2016

10.30pagi :

Telah dikemukakan soalan oleh sahabat kami ADUN Bukit Ibam, mengenai penempatan bangunan KAFA di Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan.

Sebenarnya pembelajaran dan pendidikan Agama sememangnya menjadi tumpuan pihak berkuasa. Bilamana bukan sahaja Sekolah Kebangsaan diadakan mata pelajaran agama bahkan terbaru diperkenalkan pendidikan JQAF. Seandainya pula pendidikan ini perlu ditambah melalui SAR KAFA maka pihak Kerajaan akan memberi kerjasama sebaiknya.

Makanya setakat ini kita memiliki 524 buah premis KAFA di negeri Pahang yang sedang beroperasi di beberapa lokasi. Pengoperasian ini  terletak samada di Sekolah Kebangsaan Kementerian, Sekolah Agama, Surau, Masjid, Premis Kerajaan dan  juga Sekolah Jenis Kebangsaan. Namun jika ada SAR KAFA yang berhasrat untuk menumpang dimana – mana bangunan Sekolah Kebangsaan maka pihak Kerajaan sedia meyokong seperti apa yang dicadangkan oleh pihak ADUN Ibam.

Merujuk kepada isu penaziran ia diurus oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan keupayaan 39 orang penyelia untuk 14 Pejabat Agama Islam Daerah. Seramai  2, 560 orang guru terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran KAFA dan mereka menerima elaun sejumlah RM800. Namun elaun ini juga masih dalam proses permohonan agar dapat dipertimbang agar diberi insentif yang lebih tinggi.

Pada ketika ini di Sekolah KAFA di Negeri Pahang berjumlah 67,000 orang murid iaitu 58% daripada jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Rendah.

Sebenarnya pada masa kini amat wajar pelajar – pelajar diwajibkan mengikuti kelas ini. Kerana ini sesuai dengan puisi Arab :

تعليم في الصغار كالنقش في الحجر.

Mengajar semenjak kecil bagai melukis diatas batu.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menegaskan dalam Sabda Baginda SAW :

مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين.
Suruhlah anak-anak kamu solat sedang mereka anak kecil ketika berumur 7 Tahun.

Menyedari hakikat ini adalah wajar ibu bapa meyokong hasrat kerajaan semuga anak – anak kita terlibat dalam pengajian ini. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1024905154263760