Mengejar Kedudukan

Perkara yang mampu membinasakan seseorang dan sesuatu bangsa itu apabila dijangkiti penyakit jiwa yang sangat buruk. Penyakit itu mampu menghancurkan diri seseorang dan menghancurkan dalam lingkungan mereka. Kecuali mereka yang jujur membina diri seperti yang digariskan oleh ajaran Rasulullah SAW. Penyakit jiwa terlalu banyak dan halus serta berbahaya. Di antara punca penyakit jiwa itu adalah … Read moreMengejar Kedudukan

Isu Ziarah Kubur

KUANTAN – Menziarahi tanah perkuburan pada pagi Hari Raya Aidilfitri adalah perkara yang harus dilakukan oleh umat Islam.

Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata,kubur sebenarnya bukan tempat bergembira, tetapi tempat mengingati mati, malah matlamat ziarah kubur itu sendiri hendaklah bertujuan mendapatkan pengajaran yang melembutkan hati dengan mengingati akhirat.

“Sekiranya seseorang itu tidak mahu menziarah kubur kerana takut sedih sehingga mengatasi rasa gembira mereka di hari raya,maka dia boleh datang ke kubur pada hari- hari yang lain pula.

” Amalan menziarahi kubur pada hari raya boleh diteruskan sekiranya matlamat keimanan dan ketakwaan dapat dicapai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika Majlis Rumah Terbuka Dun Kerdau.

Sabda Rasulullah SAW dari hadis Sahih Riwayat Muslim:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها فانها تذكركم الموت.
رواه مسلم و الترمذي بلفظ : فانها تذكر الآخرة.

“Dulu aku melarang kamu menziarahi kubur. Namun ziarahilah kubur, kerana ia mengingatkan kamu tentang mati.

Dalam riwayat Turmuzi : “Sesungguhnya ia mengingatkan akhirat”.

Namun kebiasaan hari ini ramai orang mendesak agar tidak menziarahi kubur pada hari raya. Ini sebenarnya bergantung kepada kelapangan orang yang berziarah. Jika mereka lapang dihari biasa maka mereka boleh berziarah dihari biasa. Jika mereka lapang dibulan Ramadhan maka mereka ziarahlah pada hari itu. Jika pula mereka berkelapangan pada hari Jumaat maka ziarahlah pada hari Jumaat. Dan jika mereka lapang pada hari raya maka mereka ziarahlah pada hari raya.

Bilakah waktu kita perlu menziarahi kubur ?

Sebenarnya tiada waktu yang ditetap oleh Baginda SAW. Ini bukti ia satu kelapangan dan sunnah serta bukanlah satu perkara fardhu. Kita boleh menziarahinya pada bila-bila masa.

Dalam waktu yang sama apa yang berlaku kepada ummah hari ini?

Pertamanya:
Menziarahi pada hari raya. Ini tidak lain sudah pasti kerana hari itulah mereka pulang dari luar kerana mencari kehidupan. Mungkin ada yang tidak pernah pulang kecuali dihari raya. Maka waktu itulah mereka berpeluang menziarahi. Bukan dengan iqtikad satu kemestian dihari raya.

Kedua :
Apa perlu mereka pergi beramai-ramai ? Ini pun bukan masalah atau isunya. Kita hendak pergi beramai atau bersendirian tidak ada masalah. Dengan jumlah yang ramai tidak salah diambil dalam bab berjamaah ia juga digalak oleh agama. Seperti Sabda Nabi SAW: “Tangan Allah bersama orang ysng berjamaah”.

Ketiga:
Apakah yang perlu dilakukan ketika menziarahi kubur. Antara lain kita disunnahkan memberi salam. Dan kita juga diminta berdoa. Seperti Hadis Sahih riwayat Imam Bukhari:
استغفروا لموتكم فإنه الأن يسأل.

Mohonlah doa keampunan buat jenazah yang mendahului kamu kerana ia kini dikuburan sedang disoal”.

Cuma apakah bentuk doanya?

Sesungguhnya segala isi al Quran, Tasbih, Tahlil dan Istighfar adalah doa. Maka bacalah apa saja darinya dengan niat doa maka ia merupakan istighfar kepada simati.
Persoalan yang sering dipertikaikan adakah sampai atau tidak doa itu. Sebenarnya itu bukan kerja kita. Apa yang menjadi tugas dan perintah Nabi SAW adalah menziarahi serta berdoa kepada mereka yang nendahului kita.

Sampai atau tidak bukan urusan kita. Sehingga ibadah lain sekalipun seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain duduk diantara terima atau ditolak oleh Allah. Kita tidak tahu dimana dan bagaimana status amalan kita. Yang kita wajib tahu kita berbuat atau tidak. Selebihnya kita serah kepada Alkah Yang Maha Kaya lagi Maha mendengar.
Kewajiban kita juga mengikhlaskan niat sanubari kita. InsyaAllah, Allah mengetahui dimana duduknya amalan kita. Termasuklah menziarahi kubur.
Menurut Sirah Badar, setelah Rasulullah SAW kembali dari peperangan berkenaan. Rasulullah saw telah mendapat perkhabaran kewafatan anaknda puterinya Ruqaiyah RA. Sesampai dibumi Madinah Baginda SAW terus menziarahi Anaknda Puterinya ketika itu disamping Baginda SAW ada Fatimah RA. Sedang mereka berdoa disampung makamnya.
Semua ini bukti harusnya menziarahi kubur pada bila-bila waktu, tanpa mengira sebab dan kaitan sempena.

Taatilah Para Pemimpin: Menurut Al Quran Dan Hadis

Firman Allah Ta’ala: يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم “Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu”.(An-Nisa:59) Sabda Nabi s.a.w(maksud): 1)”Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku”.(HR Bukhari no.2957) 2)”Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau … Read moreTaatilah Para Pemimpin: Menurut Al Quran Dan Hadis

Sebarkan Salam.

نفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا ألا أدلكم على أمر إذا أنتم فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم Dari Abu Hurairah ra berkata ; Rasulullah SAW bersabda ; Demi jiwaku ini didalam MilikNya, Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu pula tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi antara … Read moreSebarkan Salam.