Majlis Pelancaran Kelas Tafaquh Fiddin Peringkat Daerah Temerloh

Israq 14 April 2017
Seadanya dari kami DUN Kerdau untuk penduduk setempat. Majlis Pelancaran & Keraian :

Pertamanya #KelasTafaquhFiddin
merupakan pengajian berbentuk konsisten, berkitab dan Guru bertauliah. Ia diadakan di Masjid Omar Abdul Aziz. Subjet Quran dan Tafsir, Feqah, Tauhid dan Hadis.

Keduanya : Meraikan 390 orang pelajar Kerdau dan DUN  berhampiran yang cemerlang UPKK mendapat keputusan 8A. Demi memberi sokongan kejayaan mereka.

Ketiga : Penyerahan Kit Kifayah bertujuan memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan oeralatan pengurusan jenazah. Ia peralatan anyg lengkap kafan berpotong, kapur barus, kapas, air mawar dan pewangi.
Seramai 2000 orang yang hadir bukan sahaja mengikut dan menyaksikan pelancaran berkenaan. Bahkan telah mendapatkan #TausiahIstimewa dari Penceramah Ustaz Uwais Qarani.

Terima Kasih Semua

#YayasanPahang
#JAIP.
#PegawaiDaerahTemerloh
#Penghulu.
#pengurusanMasjidOmar.

Israq 14 April Seadanya dari kami DUN Kerdau untuk penduduk setempat. Majlis Pelancaran & Keraian :Pertamanya…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Khamis, 13 April 2017

Meninjau Perjalanan UPKK Di SK Paya Ara Dan SAR Kafa Desa Murni

11 Oktober 2016

2.30 petang :
Bersama Ustaz Abdul Aziz Qadhi Temerloh dan Ustaz Syukri Soidin Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jaip menjenguk anak-anak Calon UPKK di Sekolah KAFA SK Paya Ara dan SAR KAFA Desa Murni. Bertujuan memberi sokongan dan motivasi. Semoga Allah limpahkan kejayaan dunia dan akhirat.

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1129744393779835

Kenyataan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Barisan Nasional)

A. Berkaitan kenyataan umum yang dibuat oleh YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang menyatakan kesediaan beliau berundur dari arena politik dan tidak lagi bertanding dalam PRU yang ke 14 nanti, kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional menegaskan bahawa kepimpinan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang masih diperlukan untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri dan mengetuai jentera parti menghadapi PRU ke 14.
whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-20
B. Atas semangat solidariti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional, kami berpendapat YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang adalah amat wajar terus mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri selaku Menteri Besar Pahang atas asas-asas berikut :-

i. Setakat dimaklumi, YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang masih mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan untuk mengetuai Kerajaan Negeri;

ii. Beliau masih mendapat mandat dan sokongan daripada semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional;

iii. Beliau telah berjaya mewujudkan suasana kerjasama erat di antara Wakil-Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan, Institusi-Institusi Rakyat dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-22
C. Kami juga menegaskan bahawa, kami berasa amat selesa bekerja berpasukan di bawah kepimpinan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan juga amat selesa dengan kepimpinan YAB. Perdana Menteri Malaysia yang mana Perdana Menteri juga secara kebetulannya berasal dari Negeri Pahang yang kami cintai ini. Sehubungan dengan itu khidmat mereka mesti diteruskan dan semangat bekerja berpasukan ini juga pastinya akan berterusan demi memastikan kecemerlangan Barisan Nasional ini berkekalan.

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-21

D. Kami Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang mewakili Barisan Nasional akan bekerja lebih kuat dan berikrar akan bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU 14 dan menawan kembali kerusi-kerusi yang telah ditawan oleh pembangkang bagi membantu YAB. Perdana Menteri Malaysia dan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang.

whatsapp-image-2016-10-06-at-16-12-17
E. Berkat naungan dan titah nasihat oleh KDYMM Sultan Pahang selaku Raja Pemerintah kepada kami, agar kesetiaan berpasukan sentiasa menjadi teras budaya kerja, maka kami akan meneruskan gerak kerja keras ini memenangi hati dan minda rakyat. Kami semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang sekali lagi menegaskan bahawa berdiri teguh bersama YAB. Perdana Menteri Malaysia dan YAB. Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk terus memimpin negeri-negeri dan mengepalai jentera parti dalam PRU 14. Kami semua juga menegaskan sekali lagi sembah taat setia kepada KDYMM Sultan Pahang, Raja Pemerintah yang cukup prihatin, dekat dengan rakyat dan menyayangi rakyat semua lapisan. Raja dan rakyat berpisah tiada.

Hidup Najib, Hidup Adnan, Daulat Tuanku

Bertarikh : 6 Oktober 2016

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1438 Hijrah

Israq 2 Oktober 2016 :
Syukur Alhamdulillah Penghijrahan Nabi SAW terlalu sarat dengan pengajaran dan tauladan. Diantaranya berjaya membina Ummah Muhamadiah yang memiliki nilai diri yang sangat luhur.

Sehubung itu Kerajaan Negeri Pahang juga turut menganjurkan sambutan Maal Hijrah yang telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah diiringi oleh KDYTM Tengku Puan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti al Marhim Al Mutawakil Alallah Sultan Iskandar al Haj.

YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Di Raja turut hadir memuliakan keberangkatan Tuanku selaku wakil KDYMM Sultan Pahang. Muga pendidikan dari Madrasah Hijrah mampu membina sebaik2 pengajaran.

 

https://www.facebook.com/pusatkhidmat.dunkerdau/posts/1122118741209067

Yayasan Pahang Terima Pengiktirafan Dunia Dari Global Islamic Finance Awards (GIFA)

whatsapp-image-2016-09-30-at-09-26-45

Yayasan Pahang (YP) sekali lagi mendapat pengiktirafan dunia apabila menerima anugerah -Islamic Financial Literacy and Education Award 2016 oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA).

whatsapp-image-2016-09-30-at-10-56-31

Majlis yang berlangsung meriah di hotel Fair Mont, Jakarta, Indonesia itu sebentar tadi menyaksikan Pengurus Besar YP, Dato’ Mahmud Mohd Nawawi berkongsi pentas dengan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo yang turut menerima anugerah – Global Islamic Finance Leadership Award dari GIFA.

whatsapp-image-2016-09-30-at-10-56-30

Kami di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kerdau mengucapkan tahniah dan berbangga di atas pencapaian ini. Tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar sehingga membolehkan Yayasan Pahang melakar nama di peringkat global.

whatsapp-image-2016-09-30-at-10-56-04

Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah-sekolah Agama Pahang Oleh TYT Duta Emiriah Arab Bersatu Di SMA Al Wosto

29 September 2016

 3.00 petang

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang meyambut kehadiran TYT Duta Besar Emeret di Malaysia ke Majlis Perasmian Festival Bahasa Arab Sekolah Sekolah Agama Pahang, Sek Men Agama Wusta Selaku tuan rumah dan diurusetia oleh JAIP telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat untuk pelajar2 ini. Ia bertujuan untuk memberi motivasi dan keyakinan tinggi dalam penguasaan Bahasa Arab.  Tahniah semua pihak.
​https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1119738861447055&id=100002328557206

Kerajaan Negeri Pahang Beri Jaminan Bantu Kontraktor Kelas F

KUANTAN, 29 Sept – Kerajaan negeri Pahang memberi jaminan akan membantu kontraktor kelas F dengan memberi kontrak penyelenggaran jalan negeri dan kampung, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata ketetapan itu dibuat selepas bertemu wakil persatuan kontraktor termasuk Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) yang mengeluh kerana ketiadaan projek yang telah diberikan kepada syarikat konsesi.

“Saya dimaklumkan di Pahang ada lebih kurang 2,000 kontraktor kelas F, sedangkan jumlah projek tidak banyak. Kami cuba tolong sebaik mungkin kerana mereka juga mempunyai tanggungan.

“Kami akan buat senarai projek dan wakil persatuan dibawa masuk dalam pemilihan kontraktor. Pemilihan kontraktor dibuat secara undian supaya adil dan nampaknya mereka berpuas hati dengan cadangan ini,” katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Pahang di sini, semalam.

Adnan menambah antara projek itu ialah penyelenggaran dan penambahbaikan jalan luar bandar yang telah diberikan kepada sebuah syarikat konsesi, yang Yayasan Pahang mempunyai ekuiti sebanyak 30 peratus.

Beliau mengingatkan kontraktor kelas F yang diberikan projek itu perlu melaksanakannya dengan baik, kerana prestasi mereka akan dipantau dan tidak akan menerima peluang kedua jika gagal.

Sementara itu Presiden Perkobf Tukiman Radion berkata pihaknya berpuas hati dengan ketetapan itu meskipun pada awalnya mendesak supaya kontrak kepada syarikat konsesi dibatalkan dan projek dikembalikan semula kepada kontraktor kelas F.

“Bagaimanapun menteri besar memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan berhadapan dengan tindakan jika membatalkan kontrak itu kerana telah menandatangani perjanjian dengan syarikat konsesi,” katanya.

Kedudukan Daya Saing Global Malaysia Sejajar Kelembapan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Kedudukan Malaysia di tempat ke-25 daripada 138 ekonomi dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017 yang diumumkan hari ini, adalah adil dan memadai berikutan faktor termasuk kelembapan ekonomi, penyusutan harga komoditi dan nilai ringgit. Menurut Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan, faktor-faktor…

via Kedudukan Daya Saing Global Malaysia Sejajar Kelembapan Ekonomi — UMNO Online

Pahang Dalam Memenangi PRU14

Cita-Cita seorang Presiden Parti tidak lain tidak bukan memenangi sesuatu Pilihanraya yang disertai bagi memastikan parti yang diketuai berupaya mentadbir dan menguasai negara. Namun cita-cita ini tidak terlaksana di Negara Malaysia ini kecuali dengan kerjasama dan sokongan dari Parti-Parti Komponen yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan yang dilantik sendiri oleh Presiden Parti di dalam Majlis Kerja Tertinggi Parti itu. Apabila beliau telah melantik Pengerusi Perhubungan bererti ia telah mempunyai keyakinan keupayaan dan kebolehpercayaan bahawa wakilnya di setiap negeri mampu membawa  aspirasi parti. Hal ini pula tidak dapat didakwa dengan omong kosong atau momokan pujuk rayu serta janji manis yang tidak dibuktikan dengan gerak kerja yang selari dengan realiti semasa. 
Jika kita berpandu kepada siapa yang bijak menyejukkan roma tengkuk sahaja. Tidak mustahil kita bakal  menempah kain sekayu untuk dibuat baju tanpa diukur mengikut susuk tubuh empunya diri. Akhirnya sudah tentu kita gagal menyediakan sepasang baju yang cantik, selesa dan jauh sekali untuk dipakai. Kalaupun kita pakai juga orang nampak betapa lemahnya kita serta jelaslah kita tidak mampu menyediakan pakaian sendiri. Kerana mungkin baju itu singkat, ketat ataupun terlalu besar. Ertinya kita gagal. 
Di Pahang Presiden Parti mampu menarik nafas lega apabila Tokoh yang mewakili beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan bukan sahaja tidak pernah menconteng arang di muka beliau. Bahkan selaku wakil beliau yang mengetuai Barisan Parti berjaya menunjukkan prestasi yang menggembirakan Presiden Parti selaku ketua. Ia juga mampu berlenggang tangan penuh yakin menyerah amanah kepada Kepimpinannya itu. 
Hal ini bukan menempelak dengan lidah tak bertulang. Jauh sekali mengetuk tong kosong. Tetapi ia terbukti semenjak PRU 11 hingga PRU 13 beliau berupaya menyediakan hadiah kemenangan kepada Presiden Parti dan juga kepada Parti. Ia juga berjaya menonjolkan kejayaan dalam menerajui 5 PRK. Sanggang April 2000 berhadapan sengit dengan Tsunami isu Anwar Ibrahim disulami pula oleh PAS yang sangat yakin dengan kekuatan mereka. Namun Adnan Yaakob selaku Tokoh yang mengetuai Jentera Negeri memacu dengan penuh rapi dan pendekatan yang sangat digemari oleh Rakyat Pahang selaku Pengundi. Kempen Gerak Mesra Rakyat melalui jentera parti samada Pemuda mahupun Wanita G10 diperkasakan pada ketika itu dan Kepimpinan Parti digalakan berkempen dengan cara mesra rakyat. 
Kemudian disusuli pula 2002 sekali lagi keupayaan beliau teruji di Ketari Bentong. Walaupun dengan faktor calon BN masa itu seadanya. Ditambah lagi dengan DAP bersiap rapi dan bersungguh-sungguh. Namun usaha beliau tetap diteruskan. Adnan sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi BN dengan kejayaan memihak kepada Parti Kerajaan. 
Hal ini masih tidak terhenti begitu sahaja, bahkan sekali lagi pada Januari 2007 Batu Talam Raub menyaksikan satu lagi perlawanan sengit diantara jentera Adnan dan Parti Pembangkang PAS. Pelbagai isu telah dibangkitkan oleh PAS pada ketika itu. Selain hudud, pengundi dimomokkan juga dengan isu perumahan, pembangunan dan isu FELDA. Namun semua itu berjaya ditangkis mudah oleh YAB Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan. Apabila calon BN pada ketika itu Saudara Aziz Kiram berjaya memenangi kerusi PRK. 
Hal ini disusuli pula dengan ujian seterusnya pada 2011 Kerdau telah menyaksikan sekali lagi keupayaan Dato’ Sri DiRaja Hj Adnan, apabila kerusi di DUN ini kosong akibat YB Dato’ Abang Zahar telah kembali kerahmatullah. PRK ini juga telah membuahkan hasil yang sangat baik kepada prestasi beliau. 
Terbaru ini pula pada 2015 apabila Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri Jamaluddin Jarjis ditimpa musibah yang mengakibatkan beliau menemui Allah Penciptanya. Maka kerusi Parlimen Rompin sekali lagi perlu diganti melalui PRK. Walaupun beliau terpaksa mengemudi PRK dalam situasi sekali lagi negara ditimpa Tsunami Politik semasa. Di mana baru sahaja PRU 13 telah melabuhkan tirai meninggalkan kesan sejarah pilu kepada sejarah parti Barisan Nasional apabila banyak kerusi telah berjaya dirampas oleh pembangkang akibat tertubuhnya Barisan Alternatif ataupun terkini dinamakan Pakatan Rakyat. Keupayaan PKR memang telah nampak mengugat prestasi beberapa kerusi DUN dan  Parlimen. Namun demikian Adnan sekali lagi berjaya menangkis serangan bertubi pembangkang walaupun beliau hanya mengambil pendekatan Mesra Rakyat. Bukan pendekatan samada kononnya berfikir di luar kotak atau jauh sekali apa yang dinamakan politik baru.  Mudah tapi berkesan.
Beberapa rentetan sejarah PRK Pilihan Raya kecil ini sudah memadai untuk YAB Presiden Parti menarik nafas lega dan berkeyakinan tinggi kepada tokoh yang beliau sendiri lantik bagi meneruskan perjuangan beliau. Ini juga sudah memadai menjadi bukti bahawa Presiden Parti sebenarnya telah membuat pilihan tepat dan meneruskan tradisi yang betul. 
Walaubagaimanapun hal ini dapat diperkukuhkan lagi jika dirujuk kepada prestasi Pilihanraya Umum di Pahang. Apakah hasilnya yang telah Adnan pulangkan kepada Parti Barisan Nasional. Ini juga wajar kita ambil nilai bagi kita mendasari sesuatu keputusan. Supaya apabila semboyan perang nanti telah ditiup kita tetap mempunyai kemudi atau nahkoda yang memiliki keupayaan sebenarnya.
Pilihanraya Umum Ke 10 1999 seumpamanya, ketika itu Pembangkang berjaya membina persepakatan sehingga tertubuhnya BA Barisan Alternatif. Ada pula pada ketika itu gerakan anti Mahathir selaku Presiden Parti Kerajaan. Tambahan lagi berlakunya serangan yang sengit apabila gelombang pembangkang menyemarak kuat di Pantai Timur. Mereka berjaya menyerang bermula di Kelantan yang telah mereka kuasai, disusuli dengan Terengganu dan pada ketika itu mereka berusaha sedaya mungkin untuk mengambil Pahang. Mereka berusaha meletakkan calon-calon yang berupaya menandingi kekuatan calon BN. Namun walaupun ini ujian pertama Adnan selaku salah seorang kepimpinan parti, beliau berjaya membantu partinya untuk terus memerintah. Kerusi Parlimen dapat dipertahankan dan DUN juga masih memberi ruang kepada Kerajaan BN untuk menabur bakti kepada Negeri tercinta. Walaupun hampir 6 kerusi disambar oleh PAS pada ketika itu, satu PKR dan DAP. Namun ia masih mampu bertahan walaupun Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan pembangkang. Ketika itu. seandainya Pahang turut kecundang sudah pasti pemandangan politik pantai timur berubah langsung. 
Demikian juga di PRU ke 11 pada tahun 2004. Beliau selaku Pengerusi Perhubungan berjaya mematah keupayaan Pembangkang. Apabila keseluruhan Kerusi DUN dikuasai Pembangkang mampu dirampas kembali oleh beliau. Kecuali Triang kerusi yang telah dikuasai DAP tradisinya. Tamparan hebat yang diterima oleh Pembangkang pada ketika itu sudah tentu sedikit sebanyak kesan dari pengaruh keupayaan beliau selaku Pengerusi Perhubungan.  Selain dari kejayaan mempertahankan kerusi yang sedia ada samada di peringkat Parlimen mahupun DUN. 
Pada PRU 12 Tahun 2008 sekali lagi pembangkang berkerja keras untuk meneruskan momentum merampas pantai timur dari Kerajaan. Disamping BA Barisan Altelnatif masih aktif menyerang Kerajaan. Namun beliau selaku Pengerusi Perhubungan Parti BN di Pahang berjaya menepis serangan Pembangkang. Walaupun Kerusi Beserah dan Semantan jatuh kepada PAS tetapi kerajaan dapat diteruskan. Walaupun Kedah, Perak dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Beliau juga masih mampu meyumbang kerusi-kerusi Parlimen untuk BN meneruskan penubuhan Kerajaan seperti biasa. Sumbangan ini juga sangat bermakna kepada parti yang terus ditusuk dengan serangan pembangkang yang tak pernah putus asa. 
Kepimpinan beliau terus teruji dengan pelbagai serangan yang sarat. Terutama apabila menghadapi PRU ke 13 pada 2013. Ini lebih merunsingkan apabila pembangkang telah berjaya menperkasakan  barisan mereka dengan jenama baru iaitu Pakatan Rakyat. Isu demi isu dibangkitkan. DAP pula berjaya mengeksploitasi situasi. Parti keadilan pula terdesak dan memaksa mereka beganding bahu demi mempertahankan maruah individu. PAS pula memaksa diri menerima rundingan ini atas dasar asal bukan UMNO dan Tahaluf Siasi kononnya. Kekangan ini telah membuat Malaysia menerima Tsunami politik sekali lagi. Serangan pembangkang yang bertali arus sukar untuk sesetengah negeri mengatasinya. Barisan Nasional pula menghadapi situasi perpindahan Tokoh kepimpinan dari Pak Lah kepada Najib. Tekanan dari Tun Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah juga turut mempengaruhi keupayaan pembangkang  megambil kesempatan untuk bangkit. Peluang ini diambil sepenuhnya oleh mereka. DAP pula berjaya menanamkan kebencian pengundi cina kepada parti Kerajaan. Hal ini telah menghimpit keupayaan Parti Kerajaan untuk mempertahankan Kuasa yang ada. Akhirnya keputusan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan terus kecundang. Namun dikala Negara ditimpa serangan yang sangat sengit ini. YAB Dato’  Sri DiRaja masih berupaya mempertahankan Kerusi-Kerusi DUN Pahang dan menghadiahkan beberapa kerusi Parlimen yang  disasarkan  oleh mereka. Walaupun beberapa kerusi Parlimen Negeri lain dirampas mudah oleh pembangkang. 
Sejarah ini menjadi bukti prestasi seseorang dalam memastikan parti kita terus menang atau kalah di dalam Pilihanraya. 
Keupayaan inilah yang menjadi kayu pengukur Presiden Parti samada masih memerlukan khidmat bakti mereka itu. 
Sebaliknya jika mereka gagal memberi keupayaan kepada parti kenapa perlu kita memikul biawak hidup. Bukan sahaja ia menjadi bebanan tetapi ia akan menyusah dan menyakitkan kita. 
Inilah namanya pengorbanan. Kadangkala kita perlu sabar untuk menerima pandangan rakan yang kadangkala merosak keupayaan kita dan kekuatan parti. 
PRU 14 sudah hampir. Pahang bukan sahaja perlu menang dan terus menyumbangkan kerusi parlimen kepada Kerajaan Pusat. Pahang juga perlu pastikan pembangkang tidak mampu mengorak langkah lagi walaupun selangkah. Tetapi seandainya kita yang tersilap langkah tidak mustahil padah akan menimpa kita. Tahniah Presiden Parti YAB Dato’ Sri Najib yang sentiasa  istiqamah untuk memastikan kemenangan parti. Tahniah juga di atas keupayaan beliau meyakini uji kaji yang telah beliau lakukan sendiri kepada pembantu dan pendokong beliau Long Nan untuk memastikan kelangsungan Barisan Nasional. 
Semoga parti kita terus mampu berkhidmat dengan baik. Sememangnya pendekatan inilah yang masih diperlukan pengundi kita. 
Anak sekolah dicakna sempurna semenjak di Sekolah Rendah hingga pengajiaan tinggi. Sehingga Yayasan Pahang  berbelanja berjuta-juta RM setahun demi menampung pendidikan mereka.
Institusi Agama diperkasakan. Pegawai-Pegawai Agama diberi  kelayakan untuk memiliki kenderaan. Intitusi Pendakwaan diperkasa bersama Jabatan Mahkamah Syariah. Bantuan Guru-Guru Agama  diperkenalkan melalui agensi-agensi yang sedia ada. 
Terbinanya KUIPSAS tersergam megah mercu tanda ke arah pendidikan Islam yang lebih cemerlang. 
Maahad Tahfiz yang dibangunkan menjadi teras pendidikan Smart Tahfiz yang teratur serta  melahirkan tokoh-tokoh yang berkeupayaan. Telahpun terbukti.
Orang susah diambil tau. Sehingga JKM diperkasa bagi memastikan bantuan disampai dengan jumlah yang lebih lumayan. Kerajaan sendiri  memperkenalkan Dana Khas untuk mereka. 
Kemudahan infra  dibangunkan sebaiknya. Samada pembekalan air, elektrik dan jalanraya. 
Perkara ini semua mungkin kita tidak sedari. Kerana ia berlalu seharian dalam kehidupan kita. Tetapi bayangkanlah dengan penambahan penduduk yang semakin padat dari setahun ke setahun. Disusuli pula dengan permintaan yang sangat tinggi. Sudah tentu memerlukan kebijaksanaan dalam pentadbiran. Merungkai segala permintaan dengan penuh tanggungjawab serta kesungguhan yang berteraskan keikhlasan.
PR1MA Pahang telahpun mulai tersergam indah diseluruh daerah di Pahang bagi memenuhi keperluan Rakyat Pahang. Rumah Makmur Pahang pula diperkenalkan bertujuan meringankan beban golongan berpendapat rendah memiliki rumah sendiri. 
Usaha-usaha murni masih belum cukup untuk memenuhi keperluan Rakyat. Ia perlu diteruskan. Dan inilah yang mampu menawan hati mereka untuk terus memastikan mereka bersama Kerajaan Barisan Nasional membela rakyat. 
Kata-kata ini sama sekali bukan mengajar jauh sekali menempelak. Tetapi ia sebuah muhasabah yang sama-sama kita kena fikir bagi Pahang memenanggi PRU 14.