BR1M- Ringkasan Kepada Bantuan Rakyat Satu Malaysia

Bantuan ini juga ada syarat dan terma dan penerima bukan sahaja perlu memohon malah mereka juga mestilah mempunyai kelayakan yang disyaratkan. Secara keseluruhan pemohon mestilah berpendapatan seisi rumah tidak lebih dari RM4000 sebulan. Ini bertujuan dan juga sebagai usaha Kerajaan membantu rakyat dalam kehidupan mereka. Apatah lagi didalam suasana kos hidup yang semakin meningkat.

BR1M juga diperkenal secara formal melalui pembentangan bajet yang dipersetujui bersama melalui majoriti Ahli Parlimen. Ia juga bukanlah satu paksaan kepada rakyat Malaysia untuk mengambilnya dan bukan pula dipilih kepada individu tertentu. BR1M juga dibayar melalui akaun penerima tanpa apa-apa perjanjian ataupun tuntutan. Ianya disalurkan tanpa mengenalpasti kepentingan politik atau individu. Banyak lagi usaha kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan dalam membantu rakyat samada secara langsung atau tidak.

Di negara-negara  Islam seperti Oman dan Arab Saudi telah juga diperkenal skim yang hampir sama iaitu bantuan kewangan, membina rumah serta subsidi air dan api dengan tujuan membantu rakyat. Demikianlah dizaman Khulafa Islam seumpama Khalifah Omar yang terlalu banyak membanting tenaga dan menghabiskan masa serta membelanjakan bekalan Baitul Mal serta zakat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ini juga adalah sunnah yang telah dicontoh oleh Rasulullah SAW sehingga turun Firman Allah surah al Insan ayat 8

ويطعمون الطعام على حبه مسكينا ويتيما وأسيرا.

“Mereka memberi makan sedang ia kasih kepadanya kepada orang miskin, si yatim dan si banduan.”

Ayat ini memadai sikap yang digambar Allah tentang NabiNya bersama para Sahabat Baginda SAW. Banyak sekali kisah bantuan dan keperihatinan Baginda SAW, bersama para sahabat sehingga diperkenalkan konsep seumpama hadiah, sumbangan, sedekah dan zakat. Semua ini ada pendekatan yang telah dididik agama kita.

Namun seandainya kita bertekad bahawa BR1M itu haram kerana ia adalah rasuah maka ia menjadi haram kepada individu itu sahaja. Namun tidak jatuh haram kepada orang lain yang yakin ia adalah Bantuan Kerajaan kepada Rakyat dibawah naungannya. Haram kepada yang beriktikad haram seumpama orang yang minum air sejuk biasa atas niat arak maka haram atau memakan daging lembu dengan niat daging yang diharamkan seumpama babi maka hukumnya adalah haram.

Maka nasihat kami, bagi yang memerlukan pohonlah BR1M dan gunalah tanpa was-was. Janganlah dipasang niat yang serong. Terimalah dengan hati bersih seperti murninya hasrat Kerajaan dalam membantu rakyat meringankan beban mereka.

Penerangan UMNO Pahang,
Dato Sri Syed Ibrahim.

KOMEN DI FACEBOOK

Institusi DiRaja Masih Kekal Relevan Di Malaysia- Tengku Abdullah

PERANAN institusi diraja sebagai simbol perpaduan dan pencetus semangat nasionalisme serta patriotisme masih relevan di negara ini yang mempunyai kepelbagaian politik, sosial dan ekonomi, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Baginda bertitah peranan institusi itu semakin relevan ketika negara berdepan dengan pelbagai ancaman globalisasi melalui penyebaran teori modenisasi dan demokrasi ala barat yang menyebabkan berlaku pertembungan dengan nilai jati diri negara.

“Dalam konteks ini adalah bertepatan bagi (institusi) Raja Berperlembagaan  berperanan sebagai mekanisme penyatuan kepada kepelbagaian budaya, agama serta penangkis kepada ancaman kemakmuran serta keamanan negara.

“Selain itu, keunikan negara kita turut memerlukan satu institusi berkecuali yang tinggi kedudukannya untuk menegur, menasihat dan memberi buah pandangan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia  (Mubarak) Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Titah baginda apabila keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan rakyat tergugat, raja-raja turut berperanan untuk menegur, menasihat dan mencari jalan penyelesaian.

“Ini terbukti selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila berlaku krisis perlembagaan berhubung pelantikan menteri besar di Perlis, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya diselesaikan menerusi kewibawaan dan kebijaksanaan pemerintah.

“Sebenarnya kewibawaan Raja Berperlembagaan menegur dan memberi pandangan ini adalah menepati ciri konsep ‘constructive patriotism’ yang dipelopori oleh Robert Schatz dan Erwin Staub dalam buku mereka yang berjudul ‘Manifestations of Blind and Constructive Patriotism’.

“Teori ini menjelaskan bahawa kewibawaan menegur dan memberi pandangan datang daripada perasaan cinta yang tinggi kepada negara, justeru seorang patriotik yang konstruktif akan mempersoal dan mengkiritik untuk membawa perubahan positif kepada negara,” titah baginda.

Titah Tengku Abdullah, raja berfungsi menjadi payung negara, pelindung rakyat jelata, penjaga kemakmuran negara dan penjamin masa depan negara serta pendamai persengketaan.

“Seorang raja berhak menegur dan mengutarakan pendapat sekiranya identiti negara telah tergelincir atau cuba digelincirkan daripada landasan yang betul sehingga menggugat kesejahteraan negara,” titah baginda.

Pada masa yang sama Tengku Abdullah menyarankan kerajaan memperkemas sistem demokrasi berparlimen di negara ini dengan membaiki  kelemahan yang ada agar sesuai dengan peredaran masa. – Bernama, 21 Februari, 2018.

KOMEN DI FACEBOOK

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Subsidi Tidak Langsung Yang Diperuntukkan Kerajaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya mendengar seruan meminta Kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Namun sebenarnya Kerajaan membelanjakan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam berbagai sektor.

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

Kerajaan juga memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun.

Untuk tahun 2018, sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan meskipun kutipan dalam sektor tersebut hanya sebanyak RM600 juta.

Maka perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh oleh Kerajaan.

Sejak tahun 2012, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah Kerajaan, manakala Kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885.

Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan.

Untuk sektor perumahan pula, Kerajaan telah menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti PPR, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara RISDA dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, usahlah mendengar tuduhan bahawa Kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KOMEN DI FACEBOOK

Mimbar Masjid Bukan Platform Politik

“Jangan menggunakan mimbar masjid tempat untuk berpolitik” titah Ke Bawah Duli Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda memberi amaran tegas supaya tidak menjadikan masjid atau surau sebagai tempat menyampaikan ceramah politik dan menyampaikan perkara tidak berfaedah.

“Saya berharap masjid dijadikan tempat beribadat, dan jangan mengumpat atau membuat perkara tidak berfaedah alam masjid” titah baginda yang mengingatkan pelaku bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut peraturan dan enakman yang sedia ada.

IMG-20180219-WA0017
Baginda bertitah demikian sempena Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Sungai Puteri, Rompin.

Kira-kira 2000 rakyat Rompin terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, dan Orang Asli hadir dan minum petang dalam upacara pecah tanah bersama pemimpin setempat.

IMG-20180219-WA0018

Masjid baru di Kampung Sungai Puteri dijangka siap hujung 2019 melalui dua fasa dan menelan belanja sebanyak RM 7 juta bakal dimanfaatkan oleh jemaah sekitar Rompin.

“Saya amat gembira dan terharu bila tuanku sendiri merasmikan majlis pecah tanah kerana sudah lama menantikan masjid baru.” Ujar Kamal Hasan.

Keberangkatan lawatan kerja baginda ke Rompin seawal pagi tadi dan mencemar duli bersama ialah Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Haji Yaakob, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman.

Sumber : Malaysiaaktif

KOMEN DI FACEBOOK

Perumahan Untuk Semua

Satu daripada fokus utama Kerajaan Barisan Nasional adalah menyediakan perumahan mampu milik kepada setiap lapisan masyarakat. Sejak 2009 ketika saya mula memegang jawatan Perdana Menteri, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini, merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Setiap bajet Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana bagi merealisasikan aspirasi rakyat berkaitan perumahan, dan terbaru dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan bagi meneruskan usaha menyediakan perumahan untuk semua.

Bagi golongan berpendapatan rendah atau B40, Kerajaan melaksanakan, antaranya; Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah antara RM35,000 hingga RM42,000, dengan kos selebihnya dibiayai subsidi Kerajaan.

Manakala bagi golongan B40 tanpa rumah atau tinggal di rumah yang daif tetapi mempunyai tanah, program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan di mana Kerajaan membina rumah bagi mereka pada kos cuma RM65,000 dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM20,000 beserta subsidi 2% kadar faedah pinjaman.

Selain itu terdapat juga Rumah Idaman Rakyat yang dibina atas tanah kurniaan Kerajaan Negeri atau Persekutuan pada harga tidak melebihi RM350,000 dengan jualan diutamakan kepada pembeli Orang Kelainan Upaya atau Ibu Tunggal.

Bagi golongan berpendapatan 40 peratus sederhana atau M40, Kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

Terdapat juga Rumah Wilayah Persekutuan yang mensasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. RUMAWIP dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,00.

Bagi penjawat awam, Kerajaan melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M, terutamanya buat penjawat awam  berpendapatan rendah dan sederhana yang dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit.

Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, salah satunya Skim Rumah Pertamaku, yang dilaksanakan bagi membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100%, bermakna mereka tidak perlu membayar wang pendahuluan atau deposit.

Bercakap mengenai deposit, terbaru saya mengumumkan skim MyDeposit, di mana Kerajaan membantu golongan yang ingin membeli rumah tetapi tidak mempunyai wang pendahuluan dengan membayar deposit tersebut bersamaan 10% daripada nilai rumah di bawah RM500,000 atau sehingga jumlah maksimum RM30,000.

Ini sebahagian daripada banyak lagi inisiatif yang telah Kerajaan laksanakan, kesemuanya atas dasar keprihatinan Kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri, daripada golongan berpendapatan rendah kepada golongan berpendapatan sederhana, malah juga kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar deposit. Semua golongan diberikan perhatian, tiada yang ketinggalan.

Namun, malang sekali, seperti juga nasib yang menimpa BR1M, Klinik 1Malaysia, subsisi pendidikan dan kesihatan serta bantuan-bantuan Kerajaan lain, kesemuanya dijadikan modal politik murah oleh pembangkang.

Kepada mereka ini, daripada terus menyebarkan berita palsu serta fitnah memburukkan Kerajaan, buatlah kerja yang bermanfaat, uar-uarkan skim perumahan ini kepada rakyat, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri.

Janganlah kerana nama pembangkang, segala-galanya pun ingin dibangkang. Inisiatif dan usaha baik yang Kerajaan laksanakan, panjangkanlah kepada rakyat. Walaupun pembangkang tak berupaya laksanakan dan tak dapat buat, sekurang-kurangnya boleh bawa rakyat kepada mereka yang berupaya deliver, yakni Barisan Nasional.

KOMEN DI FACEBOOK

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Undi Rosak dan Dasar Masa Depan Barisan Nasional

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya dimaklumkan bahawa baru-baru ini wujudnya gerakan mahu merosakkan undi mereka kerana berpendapat yang bahawa parti politik Kerajaan dan pembangkang kedua-duanya tidak menguntungkan rakyat, maka merosakkan undi adalah jalan yang terbaik.

Memang ada kelemahan di kedua-dua belah pihak, namun jika rakyat tidak mampu menilai kami dari segi kelemahan, adalah lebih baik anda memilih berdasarkan pembangunan yang dihasilkan antara parti Kerajaan dan pembangkang.

Berbeza dengan pembangkang, banyak pembangunan infrastruktur negara seperti MRT, Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, UTC, RTC, Kota Iskandar, ECRL, HSR telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan.

Dan ini semua menambah peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan. Malah program-program tambah kuasa beli yang telah kami jalankan seperti dana keusahawanan, subsidi perubatan, pendidikan, skim-skim latihan seperti SL1M, rumah mampu milik seperti PR1MA, menjadi bukti yang semua ini adalah demi pembangunan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Berbeza dengan pembangkang, negeri-negeri ditadbir mereka mengenakan cukai tanah melambung tinggi sehingga 1,671 peratus di Pulau Pinang dan 300 peratus di Selangor.

Di Pulau Pinang, tak cukup dengan skandal banglo, baru-baru ini muncul pula tuduhan skandal raksasa terowong dasar laut Pulau Pinang.

Kita sudah ada dua jambatan Pulau Pinang, apa perlunya dibazirkan wang rakyat membina terowong dasar laut itu.

Jika dibandingkan, Kerajaan BN konsisten dalam membawa pembangunan di negara ini, sekaligus menjamin masa depan setiap rakyat Malaysia.

Tidak perlu rosakkan undi anda, pilihan terbaik untuk rakyat adalah jelas sekali.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

KOMEN DI FACEBOOK

Tahun 2018 Tahun Kejayaan dan Keberhasilan yang Mengagumkan

Dalam seminggu dua di awal tahun ini, ada sebahagian daripada kita, khususnya bagi mereka yang bergelar ibu-bapa, tentu sekali sedang sibuk menguruskan hal ehwal persekolahan anak-anak, terutamanya, bagi anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Saya sangat faham, pada zaman digital sekarang, semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik, cemerlang lagi sempurna.

Bagi pihak Kerajaan, kita amat menitikberatkan bidang pendidikan. Sebab itu, Kerajaan telah membelanjakan secara purata RM8,900 setahun bagi setiap pelajar sebagai usaha menyediakan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah.

Ini menjadikan purata perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah lebih dua kali ganda, berbanding perbelanjaan negara ASEAN lain.

Dipendekkan, kesemua yuran sekolah telah dimansuhkan. Kini, ibu bapa cuma harus menyumbang mengikut keperluan sekolah.

Selain itu, saya dimaklumkan hari ini para penjawat awam akan menerima RM1,000, sebahagian daripada jumlah keseluruhan Bayaran Khas sebanyak RM1,500.

Malah, bukan setakat itu sahaja, sebagai Kerajaan yang sentiasa prihatin tentang kebajikan para penjawat awam, telah diumumkan 12 lagi inisiatif dan insentif seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2018.

Sampaikan, penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam daripada waktu pejabat dan jika bekerja di lokasi yang sama, suaminya pun turut diberi kebenaran balik awal sejam.

Tidak terhenti di situ, kepada para penjawat awam yang bakal menimang cahaya mata pada tahun ini sehingga 31 Disember 2022 pula, anak mereka juga akan turut menerima sebanyak 200 ringgit melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, bagi memupuk budaya menabung untuk masa depan.

Sesungguhnya, banyak lagi inisiatif dan insentif untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, yang Kerajaan umumkan dalam Bajet 2018, malah, sebenarnya, sepanjang tahun 2017, telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis serta tak kurang juga membawa pencapaian demi pencapaian yang boleh sama-sama kita banggakan.

Bahkan, Alhamdulillah, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kita sedang serta telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya. Tahniah kepada semua khususnya warga penjawat awam!

Sudah tentulah, di permulaan Tahun 2018 ini, saya mahukan kita semua khususnya para penjawat awam, untuk sama-sama berniat, berazam dan bertekad bagi memberikan perkhidmatan yang paling terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak kelaziman, bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan cemerlang.

Sebab itulah, jika pada tahun 2017 lalu, saya telah menjadikannya sebagai Year of Delivery atau Tahun Penyampaian.

Maka pada tahun ini pula, saya berhasrat untuk menjadikan TAHUN 2018 SEBAGAI TAHUN KEJAYAAN DAN KEBERHASILAN YANG MENGAGUMKAN atau YEAR OF SUCCESS AND IMPRESSIVE RESULT.

Apa yang saya mahukan adalah, kerajaan terus berjaya dalam penyampaian perkhidmatan, kita cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.

Kita sama-sama pastikan bahawa Kerajaan ini mesti menang besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti kerana kita ingin terus berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara keseluruhannya. Insya-Allah.

Lebih daripada itu, saya juga mahukan Kerajaan ini, negara Malaysia dan rakyatnya pula, berjaya dengan cemerlang serta seimbang, mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Hakikatnya, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian kepada Malaysia. Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan, iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga tahun 2017, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.

Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh Kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi telah dikukuhkan. Sentimen ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan yang ditunjukkan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang tahun lalu.

Sememangnya juga, 2017 merupakan tahun pemulihan bagi ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan.

Pada awal tahun 2017, Ringgit memulakan dagangan rendah pada paras 4.4900 berbanding dolar AS dan terkini, Ringgit mencecah paras tertinggi pada kadar RM3.9980, berbanding dolar Amerika Syarikat, melepasi tahap psikologi 4.0 apabila ditutup beberapa hari lalu, sekaligus menjadikannya pada kedudukan terbaik sejak Ogos 2016 dan ringgit juga muncul mata wang terbaik di rantau ini pada November lalu. Peningkatan nilai mata wang ini, mencerminkan asas ekonomi kita yang kukuh dan berdaya tahan.
Antara Sorotan Pencapaian 2017

Selanjutnya, pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ.

Pada bulan Februari lalu, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, yang menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.

Manakala laluan MRT pertama negara jajaran Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, dan High Speed Rail yang merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor, yang bakal dibina. Di Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sedang rancak dijayakan.

A new milestone for export performance direkodkan pada Mac 2017, yang mana nilai eksport telah mencecah RM80 bilion untuk pertama kalinya. Peningkatan eksport yang teguh dicerminkan oleh momentum yang lebih baik dalam sektor barangan dan perkhidmatan.

Sungguhpun begitu, saya sedar ada antara kita masih menghadapi cabaran, tetapi langkah-langkah yang telah dan akan terus kita ambil bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kita terus mampan dan inklusif, meluas serta memanfaatkan setiap segmen masyarakat.

Inilah sebabnya dalam Bajet 2018, saya telah mengumumkan pengurangan cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat para pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmatan awam dan banyak lagi langkah-langkah lain yang telah diumumkan, untuk membantu meringankan beban rakyat.

Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa, “Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh” dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.

Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2018, dengan KDNK sebenar berkembang antara lima peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam negeri.

Para penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia sebagai role model atau negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum yang paling berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi ‘global player’ yang berjaya dalam segenap dimensi dan sudut.

Contohnya, kita juga lantang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta Palestin. Malah dengan tegas dan lantang menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitul Maqdis Sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN dan dalam kalangan negara-negara Islam, kita juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan India.

Sehinggakan, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.

Kerajaan ini merupakan sebuah Kerajaan yang ada proven track record, ada visi dan misi yang sangat jelas serta jauh, diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif.

Misalnya, Malaysia sudah terkehadapan dan sedang disiapkan untuk menjadi High Income Advanced Economy pada tahun 2020; Nilaian ekonomi dan dagangan semasa disasarkan menjadi 2 trilion ringgit pada tahun 2025; persediaan menghadapi impak Revolusi Perindustrian Keempat pada tahun 2030; sekaligus membawa Malaysia tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia, menjelang Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Ini menunjukkan bahawa, kita adalah sebuah Kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara. Janganlah sesekali dibiarkan negara ini, kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan autokratik.

Saya mahukan negara dan Kerajaan ini terus kukuh dan mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyatnya.

Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai delivery dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi kemaslahatan rakyat, selain, menangkis segala ‘perang persepsi’, propaganda dan tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial.

Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga majulah Malaysia, Rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah.

  NajibRazak.com

KOMEN DI FACEBOOK

Berkata Benar

ASSALAMUALAIKUM

KITA KENA HATI-HATI INI PESANAN NABI SAW.

RENUNGAN

عن ابن مسعود – رضي الله عنه- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-:

” *عليكم بالصدق* ؛
فإن الصدق يهدي إلى البر، وإن البر يهدي إلى الجنة،
وما يزال الرجل يصدق ويتحرى الصدق حتى يكتب عند الله صدِّيقاً. *وإياكم والكذب* ؛ فإن الكذب يهدي إلى الفجور، وإن الفجور يهدي إلى النار،
*وما يزال الرجل يكذب، ويتحرى الكذب حتى يكتب عند الله كذَّاباً”*

*متفق عليه*

Dari Ibnu Masud RA, berkata : Rasulullah SAW bersabda :

Hendaklah Kamu berkata benar kerana ia mendorong kearah kebaikan dan kebaikan pula membawa ke Syurga.
Masih ada mereka yang bicaranya benar sehingga terbias dengan bicara benar. Sehinggalah Allah tulis mereka dikalangan orang yang benar.

Jangan sama sekali berbicara dusta. Kerana ia membawa kearah kejahatan. Dan kejahatan pula membawa ke Neraka.
Masih ada mereka yang suka berdusta sehingga terbiasa dengan pendustaan. Maka ia telah dimetri Allah sebagai Pendusta.

Hadis disepakati meriwayatkan.

KOMEN DI FACEBOOK

Meraikan Perbezaan

Kecenderungan Yang Berbeza serta Pendekatan Yang Berlainan Bukan Erti Kita Perlu Bersuku Sakat,

Perhatikan :

جــلــس رســول الــلــه ( صــلــى الــلــه عــلــيــه وســلــم ) مـــع أصـــحـــابـــه ( رضـــي الـــلـــه عـــنـــهـــم )

وســـألـــهـــم مـــبـــتـــداً

( بـــأبـــي بـــكـــر )
مـــاذا تـــحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ؟

فـــقـــال أحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ثـــلاثـــاً : –

الـــجـــلـــوس بـــيـــن يـــديـــك ،،،
و الــــــنـــــــظـــــر إلــــيــــك ،،،
و إنـــفـــاق مـــالــي عـــلـــيـــك ،،،

وأنـــت يـــا ( عـــمـــر )
مـــاذا تـــحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ؟

فـــقـــال أحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ثـــلاثـــاً : –

أمـــراً بـــالــــمــــعـــــروف ولــــــو كــــــان ســــــراً ،،،
و نـــهـــي عـــن الـــمـــنـــكـــر ولـــو كـــان جـــهـــراً ،،،
و قــــــول الـــــــحـــــــق و لــــــــو كــــــان مــــــراً ،،،

و أنـــت يـــا ( عـــثـــمـــان )
مـــاذا تـــحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ؟

فـــقـــال أحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ثـــلاثـــاً : –

إطــــــعــــــام الــــــــطــــــعــــــــام ،،،
و إفــــــــشــــــــاء الــــــــســــــــلام ،،،
و الـــصــلاة بــالــيــل والــنــاس نــيــام ،،،

و أنـــت يـــا ( عـــلـــي )
مـــاذا تـــحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ؟

فـــقـــال أحـــب مـــن الـــدنـــيـــا ثـــلاثـــاً : –

إكــــــرام الــــــــضــــــــيــــــــف ،،،
و الـــــصـــــوم بـــالـــــصــــيــــف ،،،
و ضــرب الـــعـــدو بــالـــســـيـــف ،،،

ثـــم ســـأل ( أبـــا ذر الـــغـــفـــاري )
مـــاذا تـــحـــب فـــي الـــدنـــيـــا ؟

قـــال أحـــب فـــي الـــدنـــيـــا ثـــلاثـــاً : –

الـــــجــــــوع ،،،
و الــــمـــرض ،،،
و الــــمــــوت ،،،

فــقــال لــه الــنــبــي ( صــلــى الــلــه عــلــيــه وســلــم )
و لـــمـــاذا ؟؟؟

فـــقـــال ( أبـــو ذر ) : –

أحــــــب الـــجـــوع لـــيـــرق قـــلـــبــــــي ،،،
و أحــــب الـــمـــرض لـــيـــخـــف ذنـــبـــي ،،،
و أحـــــب الـــــمـــــوت لألـــقـــى ربــــــي ،،،.

و حـــيـــنـــئـــذ نــزل ( جـــبـــريـــل عــلــيـــه الـــســـلام )
و أقـــرأهـــم الـــســـلام وقـــال : –

و أنـــا أحـــب مـــن دنـــيـــاكـــم ثـــلاثـــاً : –

تـــبـــلـــيـــغ الــــرســـالـــة ،،،
و أداء الأمـــــــــــانــــــــــــة ،،،
و حـــب الـــمـــســـاكـــيـــن ،،،

ثـــم صـــعـــد إلـــى الـــســـمـــاء ونـــزل مـــرة أخـــرى وقـــال : –

الـــلـــه عـــز و جـــل يـــقـــرؤكـــم الـــســـلام ويــقــول : –

إنـــه يـــحـــب مـــن دنـــيـــاكـــم ثـــلاثـــاً : –

لـــــــســــــــانــــــــاً ذاكـــــــــراً ،،،
و قـــــلـــــبـــــاً خـــــاشـــــعـــــاً ،،،
و جــســداً عــلــى الــبــلاءِ صــابــراً ،،،

Suatu hari Rasulullah SAW bersantai bersama para Sahabat RA seraya bertanya dimulakan dengan Saiyidina Abu Bakar RA :

Wahai Abu Bakar Apa yang kamu suka dalam dunia kamu ?

Jawab Abu Bakar RA ; “Aku Suka 3 Perkara ;
1- Duduk disisi Mu.
2- Menatap Wajah Mu.
3- Infaq Untuk Mu”.

“Lalu Bagaimana pula Kamu Omar” ?

Jawab Omar RA : “Aku suka 3 Perkara ;

1-Menyeru Kebaikan walaupun secara sunyi.

2- Mencegah kemungkaran walaupun secara terang.

3- Bicara Benar walaupun pahit “.

Sabda Rasulullah SAW :
“Bagaimana pula Engkau Wahai Osman ?”

Jawab Osman RA :
“Saya suka 3 Perkara :

1- Memberi Orang Makan.
2- Mengungkapkan Salam.
3-Serta bangun Beribadah disebelah malam”.

Sabda Rasulullah SAW :
“Bagaimana pula Engkau Wahai Ali ?”

Jawab Ali RA :
“Saya suka 3 Perkara :

1- Memuliakan Tetamu.
2- Berpuasa dihari Panas Terik.
3- Berjihad memegang pedang”.

Sabda Rasulullah SAW :
“Bagaimana pula Engkau Wahai Abu Zar al Ghifari ?”

Jawab Abu Zar al Ghifari RA :
“Saya suka 3 Perkara :

1- Lapar.
2- Sakit .
3- Mati”.

Tanya Rasulullah SAW :
“Bagaimana Begitu”?

Jawab Abu Zar al Ghifari :

Aku suka lapar supaya jiwaku luhur.
Aku suka sakit supaya dosa ku terhakis.
Aku suka mati supaya bertemu Rabbi.

Ketika itu juga turun Jibril AS ke majlisnya Nabi SAW seraya memberi salam dan berkata :

“Aku menyenangi dunia kamu kerana 3 perkara” :

1- Menyampaikan Risalah.
2-Menyempurnakan Amanah.
3- Menyantuni orang-orang susah.

Lalu Jibril meninggalkan majlis. Seketika itu juga Jibril AS berkunjung kembali membawa Salam dari Allah dan menyatakan pesanan Allah, bahawa Allah menyenangi dunia kamu dari 3 perkara :

1- Lidah yang sentiasa basah berzikir.
2- Hati yang sentiasa khusuk.
3- Tubuh yang sabar dengan bencana ujian.

#Wallahualam.
#MugaBermanfaat

KOMEN DI FACEBOOK

Program Moh Ke Sekolah DUN Kerdau 2017

19 Disember 2017
Seawal 8.00  pagi lebih 1000 pengunjung ke laman Kami diprogram Moh Ke Sekolah.

Pelbagai acara yang memberi faedah kepada penduduk Dun Kerdau seumpama bantuan awal persekolahan bersama Yayasan Pahang, bergunting rambut percuma bersama  SME Corp, Berkhatan percuma Kllinik Tg Lalang, Bicara Santai bersama PU Angah serta PU Lokman….

19 Dec LSeawal 8 pagi lebih 1000 Pengunjung ke laman Kami diprog Moh Ke Sekolah. Pelbagai acara yang memberi faedah…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Isnin, 18 Disember 2017

19 Dec 10pgPelbagai ragam anak2 dun kerdau ketika berkhatan. Menghidup sunnah meyemarak ummah.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Isnin, 18 Disember 2017

Gembira Pelajar-Pelajar Sek Didalam DUN Kerdau apabila beban mereka menjadi sedikit ringan apabila mereka terpilih untuk menerima bantuan awal persekolahan Yayasan Pahang. 300 orang pelajar telah menerimanya.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Selasa, 19 Disember 2017

KOMEN DI FACEBOOK