Amanat YAB Presiden UMNO Sempena PAU 2017

Israq 7 Disember 2017

PWTC

#DariPengamatanSaya

Walaupun YAB Presiden Parti mulakan mood Perwakilan dengan gurauan mesra, sebagai bukti beliau menang pemurah dengan kemesraan.

Namun ucapan beliau selama 2 jam lebih penuh semangat. Syumul serta Waqi’e.

Mukadimah yang menerajui ucapan beliau membawa perwakilan dengan kemudi gagah beliau bahawa PAU kali ini kearah menerajui PRU 14, serta sebagai lonjakan kemenangan.

Samada menyentuh soal kebajikan rakyat dan pendidikan telah beliau sentuh bagaimana ia satu perjuangan istiqamah yang tak bakal putus.

PM juga penuh berhemah menghujahkan fakta logik situasi pembangkang yang semakin celaru serta hilang punca. Kepimpinan mereka yang saling bercanggah.

Sebenarnya ini adalah ruang untuk UMNO menerajui BN kearah perpaduan yang sentiasa mengambil berat seluruh kaum yang ada.

Cuma bagaimana kita mengambil ruang untuk menangani perang persepsi yang dilancar oleh pembangkang dengan mengguna segala senjata yang ada.

Apa yang lebih menarik serta mendapat sokongan padu para perwakilan serta pemerhati apabila YAB Presiden melaungkan seruan padu bantahan Kerajaan Malaysia terhadap hasrat mana-mana pihak termasuk Amerika ingin menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ( Yahudi ).

YAB Presiden juga berjaya menjelaskan bagaimana kejayaan Negara dibawah kepimpinan kini memajukan ekonomi negara didalam tekanan merundumnya ekonomi semasa.

#TAHNIAHPM.

Maaf Saya

Apabila al Quran dan Sunnah Nabi SAW menggalakan kita saling bermaafan maka sudah tentu ia sebuah nilai yang sangat tinggi. Bukan sahaja kepada Si Pemohon dan yang dipohon. Bahkan kepada Ummah sejagat.

Firman Allah SWT dalam surah al A’raf ayat 199 ;

خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين

“Ambillah kemaafan, dan serulah kearah kebaikan dan palinglah dari orang-orang yang bodoh”.

Demikian juga ajaran Nabi SAW secara keperibadian telah menampilkan kemaafan yang sangat tinggi serta mempengaruhi situasi dakwah.

Baru-baru ini Sidang DUN yang merupakan medan perundingan antara Ahli-ahli Dewan demi kepentingan Rakyat dan Negeri merasa terkejut apabila YAB Menteri Besar Pahang sanggup memohon maaf, didalam Dewan kepada semua khususnya kepada ADUN Mentakab YB Tengku Zulfuri. Sedangkan bukan sahaja tiada kekhilafan pun dari MB. Ia hanya timbul apabila ADUN Mentakab menyangka serong yang MB akan mengajak beliau bertumbuk. Sedangkan tiada satu kalimah pun keluar dari lidah MB didalam Dewan mengajak ia bertumbuk.

Sangkaan ADUN ini yang serong sebenarnya satu kekhilafan yang sewajarnya beliau meminta maaf dari MB. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ketika MB menegur beliau didalam Dewan bertujuan baik agar ADUN Mentakab tidak bersekongkol dengan menyetujui pesta arak yang sedang dibelanya. Kesilapan keduanya. Sewajar beliau memohon maaf dan tidak mengulang kesilapan.

Tetapi sebaliknya MB Pahang yang berlapang dada dan sentiasa menanam semangat harmoni antara ahli dewan di Pahang. Walaupun sebagai Ketua Negeri dan tiada kekhilafan yang beliau lakukan namun sanggup mendahului ahli-ahli Dewan bagi memohon maaf demi kepentingan Negeri dan Persidangan.

Apa yang mendukacitakan ADUN Mentakab jadikan hal mulia untuk terus menegakkan benang basahnya dengan menyatakan dilaman FB yang kononnya MB menimbulkan kekecohan serta masih bertegas yang konon MB menggajak ahli dewan bertumbuk.

Sepatutnya Adun ini juga berlapang dada bermaaf-maafan dan menjelaskan pekara sebenar. Beliau  juga sepatutnya turut memohon maaf atas tuduhan yang kononnya MB hendak bertumbuk. Namun sebaliknya dia masih angkuh dengan kenyataan palsunya.

Percaya lah dengan keterbukaan dan lapang dada MB serta pembohongan ADUN Mentakab hanya mengheret Dewan kearah kerugian. Serta masa yang ada, sepatutnya difikir sepenuhnya untuk membela rakyat, Kebajikan Rakyat, Pendidikan Rakyat dan Pembangunan Negeri dimusnahkan oleh beliau dengan kenyataan yang merosakan dirinya sendiri

4 Ungkapan Penuh Kebaikan

Sabda Rasulullah SAW :
Allah telah memilih dari ( seluruh) perbicaan ada empat ungkapan, iaitu :

سبحان الله و الحمد، لله و لا إله إلا الله والله أكبر.

Sesiapa yang menyebut #SubhanAllah sekali ia akan dikurnia 20 kebaikan, dihapuskan darinya 20 keburukan, 
Barangsiapa yang menyebut #Allahuakbar ia dikurnia ganjaran yang sama.
Barangsiapa yang menyebut dari dirinya sendiri #AlhamdulillahirRabilAlamin
ia akan dikurnia 30 kebaikan dan dihapus 30 dosanya.

 #HadisSahih.

 

Sabda Rasulullah SAW :
sesungguhnya kalimah

سبحان الله و الحمد، لله و لا إله إلا الله

Mampu menggugurkan dosa-dosa seperti gugurnya dedaun kering dari pohonnya.

#HadisSahih.

 

Sabda Rasulullah SAW :
2 Kalimah yang ringan bagi lidah, berat didalam timbangan serta sangat dikasihi oleh ar Rahman :

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

#HadisMuttafaqAlaih.

 

Sabda Rasulullah SAW :
Tiada seorang lelakipun dibumi yang menyebut

لا إله إلاّ الله و الله أكبر و سبحان الله و الحمد لله ولا حول ولا قوة إلا با الله.

Melainkan bakal dihapus dosa-dosanya walaupun banyak bagai buih dilaut.

#HadisSahih.

 

Sabda Rasulullah SAW :
Adakah sukar bagi kamu saban hari meraih 1000 kebaikan ? Bertanya Sahabat : “Bagaimana kami boleh meraih yang demikian? ” Bersabda Rasulullah SAW : “Bertasbihlah kepada Allah dengan 100 tasbih nescaya dikurnia baginya 1000 kebaikan dan dihapuskan darinya 1000 dosa.

#SahihMuslim.

 

Sabda, Rasulullah SAW :
Barangsiapa yang membaca, saban hari :

أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه.

Nescaya diampun dosa beliau walaupun sidia seorang yang lari dari medan pertempuran .

#SahihAbiDaud.

 

Sabda Rasulullah SAW :
Barangsiapa yang mengungkapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمدُ وهو على كل شيء قدير.

Sebanyak 10 kali maka mereka diberi ganjaran bagaikan

membebaskan 4 orang yang terbilang terhadap anak cucu Nabi Ismail.

Sejarah Dan Iktibar

Himpunan gambar-gambar berkait dengan sejarah Kerasulan sebagai ingatn dan iktibar buat kita.

Rohingya Iktibar Buat Umat Islam Untuk Bangkit

Peristiwa yang mencatatkan sejarah hitam kepada umat Islam. Bukan sahaja Baitul Maqdis dikepong malah Rasulullah SAW dihina serta umat islam diporak peranda di serata negara. Darah mereka ditabur tanpa ehsan dibumi milik Tuhan yang mencipta kita. Terkenang juga persoalan ditanya Malaikat dalam surah Al Baqarah Ayat 30:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ

Adakah kamu Ya Allah jadikan mereka yang merosakkan muka bumi ini dan bertumpah darah atasnya (Sebagai Khalifah) sedang kami sentiasa bertasbih dan mensucikan kamu ?

Lantas persoalan jujur yang lahir dari Para Malaikat dijawab Allah SWT dengan tegas dan ringkas dalam ayat yang sama :

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Seraya Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu.

Dalam isu ini manusia itu telah diberi oleh Allah amanah dan dikalangan manusia yang paling dipertangungjawabkan oleh Allah adalah Muslim Yang Mukmin seperti didalam Firman Allah dalam Surah At, Taubah Ayat 71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan itu merupakan saling memimpin antara satu sama lain. Mereka (bersama) mendirikan solat, mengeluarkan zakat, taat kepada Allah Dan Rasul, (Golongan) mereka inilah bakal dirahmati Allah, sesungguhnya Allah itu Yang Maha lembut lagi bijaksana.

Namun ciri-ciri orang yang beriman bukan sekadar dakwaan manis dibibir manusia itu. Jika ia semata-semata dakwaan maka ia pasti menjadi ikatan yang rapuh dan mudah terungkai musnah. Bukan sahaja dirungkai musuh bahkan terlarut sendiri akibat kelemahan dalaman. Sifat kepimpinan mukmin sejati adalah bersaudara. Seperti yang telah Allah didik dalam firmanNya Surah Al Hujurat Ayat 10.

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara saudara kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu di rahmati.

Ini ciri-ciri mukmin yang perlu ada dan nilai inilah yang dibina oleh Rasulullah sehingga menghasilkan buah yang sangat memuaskan.

Cuba semak semangat ukhwah yang telah di bina oleh Rasulullah SAW  mendahulukan hormat-menghormati walau apapun latarbelakang individu. Seumpama kisah Durrah binti Abu Lahab yang dipersenda oleh orang-orang Islam Madinah serta ahli Badar ketika hijrah beliau dan penyertaan Badar. Lantas ia mengadu kepada Rasulullah SAW . Lalu Rasulullah SAW menegur mereka dengan sabda Baginda SAW :

لا يؤذي لميت

Orang yang hidup tidak boleh disakiti oleh (kesalahan) simati.

Perhatikan pula kisah Rasulullah SAW yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Bilamana Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah dari Ansar yang sempat menyertai Badar sudah berusia tua, mengadu hal kepada Baginda SAW beliau berusia tua, pemandangan semakin kabur dan perkampungan beliau agak jauh dan jika ditimpa hujan air akan melimpah dan menghalang laluan untuk ke masjid. Sedangkan masyarakat kampung beliau berimam kepada beliau.

Sehubungan itu katanya kepada Rasulullah SAW mohon Rasulullah SAW bermurah hati mengunjungi rumah kami untuk solat didalamnya agar kami jadikannya musalla. Maka Rasulullah SAW bersetuju untuk memenuhi permintaan Sahabat itu. Lalu Baginda SAW hadir bersama Saiyidina Abu Bakar RA dan memohon izin untuk masuk ke rumahnya seraya bertanya ruang manakah untuk aku solat dirumah mu ini lalu ditunjuk oleh Itban Bin Malik. Rasulullah SAW pun solat dua rakaat.

Selesai dari solat Baginda dijamu oleh Itban kuih qasidah. Lalu orang kampung turut hadir sehingga penuh rumah Itban b Malik. Ketika duduk bersama Rasulullah SAW seseorang bertanya dimanakah Malik bin Ad Dahksan. Dijawab oleh orang ramai beliau mana mungkin hadir kerana beliau mempunyai sifat munafik. Lantas mereka ditegur oleh Rasulullah SAW : “Jangan kamu katakan terhadap beliau seperti itu, kerana beliau telah mengungkapkan dua kalimah syahadah demi kerana Allah”.

Demikianlah bersungguh-sungguh Rasulullah SAW memelihara perpaduan ukhwah dan persaudaraan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini lahir dari kemahuan yang jujur telah berjaya membina hubungan yang erat antara sahabat.

Hubungan ini telah menghasilkan kekuatan mental kerohanian. Dari mental rohani yang kukuh berjaya membina kekuatan ummah yang disegani bahkan digeruni.

Rasulullah SAW tidak menjadikan isu remeh, kes sangkaan, serpihan fahaman, perbezaan idea, sebagai faktor untuk terus berbeza dan menghilangkan kasih sayang antara satu sama lain. Perkara berkenaan bukan sahaja dibiarkan padam dipupuk hari bahkan ditegah sesiapa pun untuk membukanya dan menjadikannya bahan ucapan atau utusan berantai di kalangan masyarakat. Jika pekara itu diperbesarkan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap perpaduan ummah.

Hal ini sudah semakin terhakis dikalangan masyarakat Islam. Ia sudah menjadi barah yang merebak serta sukar sekali diubati walaupun ada ubatnya. Kita mula membenci saudara kita kerana dunia kita. Kita mula menghina dan mendedah keaiban sesama kita kerana kedudukan kita. Kita mula menidakkan orang lain kerana ideologi yang bersifat sementara dan kepentingan kumpulan kita semata-mata. Hal ini berlaku nyata, samada ditangan ahli politik, agamawan, ahli-ahli ekonomi, ahli akademik dan lainnya. Mereka tidak boleh menyangkal kerana realiti sedang parah berlaku. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW :

عن ثوبان مولي النبي صل الله عليه وسلم :
قال رسول الله صل الله عليه وسلم : يُوشَكُ أن تَداعَى عليكم الأممُ كما تداعَى الأكلةُ على قصعتِها، قيل : يا رسولَ اللهِ أمِن قلةٍ بنا؟ قال : لا ولكنَّكم غثاءٌ كغثاءِ السيلِ تُنزَعُ المهابةُ من قلوبِ عدوِّكم منكم ويُوضعُ في قلوبِكم الوهنُ، قالوا : يا رسولَ اللهِ وما الوهنُ؟ قال : حبُّ الدنيا وكراهيةُ الموتِ إسناده حسن.

Dari Thauban Maula Nabi SAW; Dari Rasulullah SAW bersabda : Dibimbangi kamu nanti satuh ari dimamah beramai (oleh musuh Islam) seperti binatang memamah bangkai. Rasulullah SAW ditanya : “Adakah kami golongan minoriti? ” Jawab Rasulullah SAW : “Tidak, bahkan kamu ramai tetapi ramainya kamu bagai buih dilautan. Perasaan gerun terhadap orang Islam telah tercabut sedang didalam jiwa kamu sudah terbiak rasa lemah kepada orang-orang kafir”. Sahabat bertanya lagi tentang perasaan lemah apakah punca? Dijawab Rasulullah SAW : Ia adalah cinta dunia dan takut mati”.

Apabila penyakit cinta dunia sudah cambah dalam jiwa manusia maka pelbagai macam penyakit dalam akan lahir. Hasan al Basri meriwayatkan :

حب الدنيا رأس كل خطيئة.

Cinta dunialah punca segala kerosakan .

Pergolakan dikalangan umat Islam adalah terlahir dari penyakit inilah. Penyakit yang telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW.

 

PALESTIN DAN BAITUL MUQADDIS

Palestin dan Baitul Muqaddis dipersenda oleh Terroris Yahudi sehingga tidak dibenar solat didalamnya adalah kerana penyakit yang telah Rasulullah SAW sebutkan diatas. Perbezaan politik dijadikan teras utama masyarakat dan rakyat Palestin. Masing – masing mendakwa diri mereka sebagai pejuangnya dan saling menidakkan antara satu sama lain. Semua ini memudahkan Israel untuk menghancurkan umat islam. Realiti Yahudi membenci dan tidak merestui masyarakat Arab serta Islam sangat mudah untuk mereka jayakan. Seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Orang-orang Yahudi Dan Nasrani itu tidak redha terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti agamanya.

Ertinya Allah telah beritakan. Kitapun Sudah tahu. Cuma kita tidak mahu mengambil iktibar serta bersikap dengan lebih berhati-hati serta memahami bagaimana untuk mengatasi kerakusan Yahudi itu.

 

KEHANCURAN YAMAN DAN SYRIA

Kehancuran Yaman Dan Syria sudah tidal dapat ditutup oleh tapak tangan. Realiti perpecahan sangat ketara. Perselisihan faham dalam beragama membuak disetiap diri mereka yang terlibat.

Masing-maSing mendakwa kumpulan mereka yang terbaik dan bersikap dalam berbeza pendapat dengan cara positif sudah terhakis musnah seperti yang difirman Allah dalam surah Ar Rom ayat 32 :

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Dikalangan mereka berpecah dalam urusan agama sehingga berpuak-puak, dan setiap puak merasa gembira dengan kumpulan masing-masing.

Perkhabaran ini adalah sebuah amaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkenaan. Kerana jika diabaikan segalanya, maka pasti natijahnya seperti apa yang berlaku sekarang. Bukan sekadar kemusnahan, kebuluran, keruntuhan moral serta pendidikan serta kuasa politik semakin terhakis bagai topeng yang kosong tiada apa-apa upaya dan tiada daya. Anak-anak mereka sendiri mereka bunuh dengan tangan mereka. Gara-gara menegak benang basah yang semakin parah.

 

NATIJAH BESAR

Pertama:

Quran dipersenda seperti Salman Rushdie dan sekutunya serta fahaman aeithesme yang semakin menular..

Kedua :
Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. seperti dilukis dengan kartun serta dituduh gila wanita.

Ketiga :
Penyekatan masuk ke Masjidil Aqsa.

Ketiga :
Penindasan terhadap umat Islam seperti di Rohingya.

Ketika kami berhubung dengan seorang tokoh dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) secara kasar jumlah yang menjadi mangsa kezaliman pihak terroris di Myanmar :

1. Mati terbunuh dibakar dan ditembak 3000 orang.

2. Yang masih berada di dalam Arakan Utara 200,0000.

3 Melepasi sempadan Bangladesh 150,000( bilangan semasa adalah 87,000 dan masih ramai lagi yang tidak dapat di kira oleh pegawai-pegawai.

4 . Bilangan yang terkepung di sempadan menunggu masa untuk menyeberangi Sungai Nat sekitar 30,000 – 40,000.

Harapan kita jumlah ini tidak benar tetapi kenyataan yang dapat dilihat umum sememangnya majoriti mereka dizalimi.

Kita mungkin boleh membuat keputusan secara “one off” seumpama memberi perlindungan, menempelak dan menghukum dengan cacian, memberi bantuan serta sumbangan atau sebagainya tetapi adakah itu satu jalan keluar yang tuntas.

Sebenarnya kita sangat memerlukan sebuah tindakan muktamad. Ia bukan sahaja mampu memberi gambaran yang indah kepada Islam. Bahkan membawa, satu terjemahan positif kepada bukan muslim tentang ajaran suci Islam.

 

Berbuat Sebaik-baik Ibadah Untuk Mu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Pagi

عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال :
“أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ أخذ بيده وقال يا معاذُ واللهِ إني لَأُحبُّك واللهِ إني لَأُحبُّك فقال أوصيك يا معاذُ لا تَدَعَنَّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ تقول اللهمَّ أعِنِّي على ذكرِك وشكرِك وحسنِ عبادتِك.
رواه أبو دأوود في سننه.

Dari Muaz Bin Jabal RA berkata : Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memegang tangan beliau dan menyatakan : “Wahai Muaz Demi Allah Sesungguhnya aku. mengasihi kamu.

Demi Allah Sesungguhnya aku. mengasihi kamu. Dan menyatakan Aku berwasiat kepada kamu Janganlah kamu meninggalkan setiap lepas sembahyang bacaan doa;

اللهمَّ أعِنِّي على ذكرِك وشكرِك وحسنِ عبادتِك.

Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan berbuat sebaik-baik ibdah untuk Mu”.

Hadis Riwayat Abi Daud Dalam Kitab Sunan

Memohon Menjadi Ahli Syurga

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat Pagi.

عن الحارث بن مسلم التميمي قال : قال لي رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ :
إذا صلَّيتَ الصبحَ فقل قبل أن تكلمَ أحدًا من الناسِ: – اللهمَّ أجرني من النارِ – سبعَ مراتٍ، فإنك إنْ مِتَّ من يومِك ذلك كتبَ اللهُ لك جِوارًا من النَّارِ، وإذا صلَّيتَ المغربَ فقل قبلَ أن تكلمَ أحدًا من الناسِ: – اللهمَّ إني أسألُك الجنَّةَ أجرني من النارِ – سبعَ مراتٍ فإنك إنْ متَّ من ليلتِك كتب اللهُ لك جِوارًا من النَّارِ.
رواه ابن كثير في جامع المسانيد والسنن.

Dari al Haris bin Muslim at Tamimi : Rasulullah SAW telah bersabda : Jika Kamu selesai Solat Subuh, maka sebelum sesiapa berbicara kamu bacalah doa ini sebanyak 7 kali :

اللهمَّ إني أسألُك الجنَّةَ أجرني من النارِ.

Ya Allah Aku memohon menjadi sebagai ahli syurga dan lindunglah aku dari Neraka.

Jika engkau mati disiang hari berkenaan pasti dilindung Allah dari NerakaNya.

 

Dan apabila selesai solat magrib baca doa ini sebanyak 7 Kali :

اللهمَّ إني أسألُك الجنَّةَ أجرني من النارِ

Ya Allah Aku memohon menjadi sebagai ahli syurga dan lindunglah aku dari Neraka.

 

Jika engkau mati dimalam hari berkenaan pasti dilindung Allah dari NerakaNya.

Di Riwayat oleh Ibnu Kathir dalam Kitab Jamie al Masanid was Sunan

Doa Kesejahteraan

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT PAGI.

عن ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : قال : “كان إذا انصرفَ مِن صلاتِه استَغفرَ اللهَ ثلاثَ مرَّاتٍ ، ثمَّ قال : اللَّهمَّ أنتَ السَّلامُ ومنكَ السَّلامُ ، تَباركتَ يا ذا الجلالِ والإكرامِ”. 

إسناده حسن رواه البزار في البحر الزخار .

Dari Sauban Maulanya Nabi SAW Berkata : Adalah Rasulullah SAW itu apabila selesai dari solat (Tidak Begerak dari hal Baginda SAW) Baginda akan membaca Istigfar 3 Kali ( استَغفرَ اللهَ ) kemudian membaca Doa

(اللَّهمَّ أنتَ السَّلامُ
ومنكَ السَّلامُ ، تَباركتَ يا ذا الجلالِ والإكرامِ)

Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Maha Sejahtera , Dari Engkaulah Segala Kesejahteraan, Penuh Segala Keberkatan Engkau Wahai Tuhan Memiliki Keagongan dan Kemuliaan.

Sanad Hadis Hassan Riwayat al Bazzar dalam kitab al Bahr az Zakh

Ganjaran Beramal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته….

Mari kita Amati pesanan Nabi SAW Dan amalkan :

كان ابنُ الزبيرِ يقول في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ ، حين يُسلِّمُ ” لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له . له الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ . لا حول ولا قوةَ إلا بالله . لا إله إلا اللهُ . ولا نعبد إلا إياه . له النعمةُ وله الفضلُ . وله الثناءُ الحسنُ . لا إله إلا اللهُ مُخلصين له الدينَ ولو كره الكافرون ” . وقال : كان رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يُهَلِّلُ بهنَّ دُبُرَ كلِّ صلاةٍ .
رواه مسلم.

Abdullah Bin Zubair akan membaca setiap selepas sembahyang :

“لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له . له الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ . لا حول ولا قوةَ إلا بالله . لا إله إلا اللهُ . ولا نعبد إلا إياه . له النعمةُ وله الفضلُ . وله الثناءُ الحسنُ . لا إله إلا اللهُ مُخلصين له الدينَ ولو كره الكافرون”

Kata Abdullah lagi inilah Doa Tahlil Yang sentiasa dibaca Rasulullah SAW setiap lepas Sembahyang.
Hadis Riwayat Muslim.
Dalam Hadis lain menyatakan tentang kelebihan Doa Tahlil ini .

وفي حديث أخر عن البراء بن عازب قال : قال رسول الله صلي الله عليه وآله وصحبه وسلم :
مَن منَح مَنيحةَ ورِقٍ أو مَنيحةَ لَبَنٍ أو هَدى زُقَاقًا فهو كعِتْقِ نَسَمةٍ ومَن قال لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَه لا شريكَ له له المُلكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ فهو كعِتْقِ نَسَمةٍ .
رواه الهيثمي رجالهما رجال الصحيح‏‏

Dari Al Barra’ bin Aa’zib Rasulullah SAW Bersabda : Barangsiapa memberi sumbangan atau memberi minuman susu atau memberi sesuatu ( kepada Yang memerlukan ) seolah-olah dia telah membebaskan sekumpulan hamba. Dalam riwayat lain pula : Barangsiapa membaca :

لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَه لا شريكَ له له المُلكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ .

Maka sesungguhnya juga bagaikan beliau dari setiap bacaan telah membebaskan sekumpulan hamba.
Hadis Riwayat al Haitami dan Perawi-Perawi yang Sahih.

Doa Buat Palestin

Doa Buat Palestin
Dan keatas Israel…

Saya juga berharap semua pengurusan Masjid seluruh Pahang dapat menjunjung Titah KDYMM Pemangku Raja Pahang memperbanyakan Doa buat #Aqsa serta solat hajat disamping doa keatas Israel.

Ya Allah Perbaikilah Keadaan Umat Muhammad SAW demi kebaikan Islam dan Umatnya.

Dan Engkau musnahkanlah segala keburukan dari siapa jua jika kemusnahan itu untuk kebaikan Islam dan Umatnya.

Amieeeen Ya Rabb.