Berdosa ahli Umno kalau tak sokong Najib, kata MB Pahang

“Berdosa” jika ahli Umno tidak memberikan sokongan penuh mereka kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bercakap semasa mesyuarat Umno bahagian Pekan hari ini yang dirasmikan Najib, Adnan berkata, presiden Umno itu sudah berbuat banyak kepada parti dan ahli wajib berdiri di belakangnya.

 

Source: Berdosa ahli Umno kalau tak sokong Najib, kata MB Pahang

Sungai di Pahang diperdalam – Wilayah – Utusan Online

SYED IBRAHIM SYED AHMAD (dua dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Al-Wosto, Siti Mariam Mohamad (kanan) dalam program Jalinan Amal Misi Bantuan Pasca Banjir di Kampung Paya Jejawi, Temerloh, Pahang.

TEMERLOH 24 Jan. – Sungai-sungai di negeri ini akan diperdalam sebagai langkah jangka masa panjang untuk mengatasi masalah banjir yang kerap melanda sehingga menyusahkan penduduk.

Source: Sungai di Pahang diperdalam – Wilayah – Utusan Online

Tapis Maklumat di Media Sosial – MB Pahang

image

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengingatkan orang ramai agar menapis dan jangan mudah percaya semua maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial.

Beliau berkata setiap maklumat yang diterima hendaklah dirujuk dengan pihak yang lebih mengetahui agar kesahihan perkara itu dapat dipastikan terlebih dahulu kerana tidak semua perkara yang ditulis itu tepat.

“Terdapat pengendali blog yang menggunakan blog mereka untuk menyebarkan berita sensasi atau tidak tepat sehingga meresahkan masyarakat.

“Namun, kita juga percaya masih ada penulis blog yang jujur dan benar… Apapun kita harus berwaspada agar semua berita (di dalam blog) tidak menjejaskan keamanan dan keselamatan negara,” katanya pada majlis perjumpaan bersama penduduk Lurah Bilut.

Selain itu, Adnan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pelangai menasihatkan penduduk untuk memanfaatkan saluran media sosial sebagai medium menngemukakan aduan yang dihadapi mereka untuk tindakan kerajaan.

Menteri Besar berkata media sosial seperti Facebook dan WhatsApp merupakan medium yang berkesan dan pantas untuk berhubung dan mengemukakan masalah yang dihadapi.

“Saya berharap orang ramai khususnya penguna dapat memanfaatkan media sosial untuk menyampaikan  maklumat, tetapi bukan (menyampaikan) maklumat yang mengelirukan.

“Kerajaan sangat mengalu-alukan setiap maklumat dan aduan kerana melaluinya kami (jabatan dan agensi kerajaan dan kerajaan negeri) dapat mengatasi masalah itu dengan segera,” katanya.

Selamat Menduduki Peperiksaan.

ybperiksa

اللهم.اجعلنا و لأولادنا مطمنين في إختبارهم الدنيويه و آمنين في امتحانهم الأخروية وارزقنا واياهم في،صفوف الناجحين المتفوقين في أخرينا و الدنيا وامنحنا جائزة الكبري من الذين انعمت عليهم يا أرحم الراحمين….
آمين.

Ya Allah jadikanlah kami dan Anak-anak kami tenang dalam menghadapi ujian dialam peperiksaan dunia mereka serta Ujian dialam mahsyar mereka. Kurniakan untuk kami dan mereka dikalangan orang-orang yang dibarisan hadapan mendahului kejayaan akhirat serta dunianya juga. Serta anugerahlah kami dan mereka segulong sijil keredaan bersama orang-orang yang telah Engkau nikmatkan mereka. Ya Arhamar Rahimin…

Aminnnn.