Guna Menara Tinjau, Dron Pantau Tanah Gambut

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan agensi terlibat kini menggunakan menara tinjau dan khidmat dron bagi melakukan pemantauan kes kebakaran tanah gambut di sekitar negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan agensi berkaitan telah menyediakan kemudahan pencegahan kebakaran tanah gambut ini bagi mengelakkan pencemaran udara berlaku.

“Saya amat hargai inisiatif pihak NRE ini dan sudah pasti kemudahan ini dapat mengatasi masalah kebakaran di tanah gambut dengan lebih berkesan.

“Selain pembinaan menara tinjau, terdapat juga telaga tiub dan ‘check dam’ dibina di kawasan tertentu yang dikenal pasti berisiko mudah berlaku kebakaran bertujuan untuk membekalkan air bagi memastikan tanahnya sentiasa basah.

Penggunaan teknologi seperti dron juga perlu diperluaskan bagi memudahkan pemantauan jika kebakaran berlaku,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 peringkat Pahang di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Adun Panching Datuk Mohd Zaili Besar dan turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul.

Sementara itu, Rosli pada sidang media berkata terdapat 140,830 hektar tanah gambut di seluruh negeri Pahang meliputi daerah Pekan, Rompin dan Kuantan dan JAS dan agensi terlibat sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang untuk mengawasi kawasan hutan gambut yang mudah terbakar.

“Kejadian kebakaran di kawasan tanah gambut ini memang susah untuk dikawal atau dipadamkan kerana ia mudah merebak melalui bahagian bawah permukaan tanah dan sukar dikesan.

“Oleh itu, kepakaran dimiliki JBPM sangat diperlukan dan penting dalam mengawal kebakaran ini yang bukan sahaja boleh mencemarkan udara, tapi turut membawa risiko kepada kesihatan orang ramai,” katanya.- Bernama

Majlis Pelancaran Piala YAM Tengku Muda Pahang Liga Klasik DUN Kerdau 2017

Ahad

24 September 2017

Menyaksikan YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkenan mencemar duli melancarkan Piala YAM Tengku Muda Pahang Liga Klasik DUN Kerdau bersama rakyat DUN Kerdau.

Majlis turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan, pimpinan kampung dan mukim serta rakyat jelata yang jelas gembira dengan kehadiran YAM Tengku Muda.

 

Asar 24 Sept :Keberangkatan YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Ke Kerdau bagi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 24 September 2017

Program Doa Untuk Malaysia Sempena Kemerdekaan Ke 60 Peringkat Negeri Pahang

Magrib 20 Ogos 2017

Majlis solat hajat dan Doa Selamat Program Doa Untuk Malaysia sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 60 Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Magrib 20 OgosMajlis solat hajat dan Doa Selamat sempena program Doa Untuk Malaysia Sambutan Hari Kemerdekaan ke 60 Peringkat Negeri Pahang.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 20 Ogos 2017

Isyak 20 Ogos :
Majlis Doa Untuk Malaysia
Sambutan Hari Kemerdekaan
Ke 60 Peringkat Negeri Pahang. Muga di Kabuul Allah.

Isyak 20 Ogos :Majlis Doa Untuk Malaysia Sambutan Hari KemerdekaanKe 60 Peringkat Negeri Pahang. Muga di Kabuul Allah.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 20 Ogos 2017

MB Pahang Harap ECRL Jadi Medan Untuk Kontraktor Bukti Kepakaran

KUANTAN, 9 Ogos – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)  bernilai RM55 bilion yang menghubungkan Lembah Klang dan Pantai Timur itu akan memberi impak besar terhadap sosioekonomi di wilayah tersebut.

Katanya limpahan ECRL akan memberi manfaat bukan sahaja kepada industri tetapi juga penduduk di sekitar laluan kereta api berkenaan.

“Adalah menjadi harapan agar bahan-bahan tempatan dapat digunakan selain kontraktor tempatan turut diberikan peluang untuk turut sama menjayakan projek mega ini,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, di sini hari ini.

Pada masa sama beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas inisiatif dan kerja kerasnya dalam menjayakan projek itu demi memastikan perkembangan ekonomi di pantai timur dapat bergerak selari dengan pembangunan di pantai barat.

Najib hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah  Projek ECRL di KotaSAS yang bakal menjadi jendela kepada lonjakan ekonomi di pantai timur  dan memacu kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar  wilayah itu sebanyak 1.5 peratus sebaik ia siap pada 2024.

ECRL akan melibatkan laluan kereta api berteknologi tinggi sepanjang 688 kilometer bermula di Gombak dan berakhir di Kota Bharu, Kelantan. Di Pahang sendiri projek itu akan melibatkan pembinaan laluan sepanjang 232.4 km.

Ia akan melalui  Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, KotaSAS, Pelabuhan Kuantan dan Cherating.

Di Terengganu pula ia akan melibatkan laluan sepanjang 229.6 km dengan hentian di Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu, Telaga Papan dan Kampung Raja.

Di Kelantan, ECRL akan melalui kawasan Tok Bali, Jelawat dan Kota Bharu melibatkan laluan sepanjang 46.1 km.

Projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 itu dijangka menyediakan lebih 3,600 peluang pekerjaan kepada siswazah dalam industri itu dan untuk permulaan seramai 50 siswazah lepasan bidang kejuruteraan awam akan diambil mengikuti Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI) ECRL.

Ketua Koordinator program itu Prof Dr Rizalman Mamat yang juga Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Pahang (UMP), berkata universiti berkenaan telah dilantik sebagai universiti fokal untuk PLKI ECRL.

“PLKI ECRL akan melatih 3,600 orang siswazah dalam tempoh tujuh tahun terutama mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal. Untuk tahun ini, hanya 300 tempat ditawarkan dengan pengambilan awal melibatkan 50 orang pada bulan September nanti.

“Untuk pengambilan kedua pada Disember nanti, sebanyak 250 siswazah akan diambil mengikuti kursus yang akan diadakan selama empat hingga enam bulan itu dengan diselaras bersama Malaysia Rail Link Sdn. Bhd,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya UMP telah membangunkan silibus dengan kerjasama Beijing Jiaotong University dan Southwest Jiaotong University bagi perkongsian pengetahuan dan teknologi dalam bidang pengangkutan kereta api.

Penggubalan silibus turut mendapat kerjasama 13 institusi lain termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Teknologi MARA, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Kuala Lumpur.

Saman MB Pahang Atas Utusan Selesai Luar Mahkamah

7 OGOS: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mencapai persetujuan menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Malaysia pada 2015 di luar mahkamah.

Sebagai syarat penyelesaian, suratkhabar berkenaan bersetuju untuk menyiarkan wawancara khas dengan Adnan yang akan menyentuh kejayaan beliau mentadbir Pahang selama empat penggal serta aspirasinya pada masa hadapan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju Utusan akan mewawancara Adnan dalam masa seminggu dan wawancara berkenaan akan disiarkan selepas mendapat persetujuan.

Dalam penghakiman penyelesaian  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, defendan menyatakan kekesalannya berhubung penerbitan sebuah artikel bertajuk ‘Hebat Sangatkah Adnan?’ yang didakwa menjejaskan reputasi menteri besar itu.

Peguam kepada Adnan, Americk Sidhu berkata penyelesaian itu lebih baik daripada ganti rugi wang ringgit.

“Wawancara Utusan itu akan membetulkan kesilapan yang dibuat sebelum ini.

“Dari satu segi, ia penyelesaian yang baik. Semua pihak dapat apa yang mereka mahu. Adnan mahu mendapatkan semula maruahnya. Tidak semua saman fitnah berakhir dengan ganti rugi,” kata Sidhu.

Penyelesaian itu juga tidak membabitkan sebarang kos serta permohonan maaf dan artikel berkenaan tidak perlu ditarik balik.

Artikel yang dipertikaikan itu diterbitkan dalam ruangan ‘Bisik-Bisik Awang Selamat’ yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia pada 9 November 2014.

Sebelum ini, Adnan dalam samannya mendakwa artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau  menyalahguna kedudukannya serta gagal dalam menjalankan tugas.

Pada Julai 2015, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Utusan untuk membatalkan saman yang difailkan Adnan.

Utusan bagaimanapun menang dalam rayuannya apabila Mahkamah Rayuan memutuskan Adnan tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan saman fitnah terhadap akhbar itu atas kapasiti seorang pemimpin negeri.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari lalu memerintahkan kes itu dibicarakan semua selepas membenarkan rayuan Adnan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan saman tersebut.

Sumber : BNBBC

Kerajaan Cadang Jawatan Mufti Setaraf Exco – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kerajaan mencadangkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pandangan yang diberikan oleh semua 14 mufti seluruh negara itu boleh disatukan dan dicambahkan dalam membantu kerajaan merealisasikan agenda transformasi pembangunan negara mengikut landasan syarak.

“Sebagai contoh tentang isu perjudian di mana dalam Islam hasil pandangan 14 ulama seluruh negara inilah yang menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi walaupun di premis yang berlesen.

“Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman (terhadap orang Islam yang berjudi) ,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Jamil Khir berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkenaan kesediaan kerajaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaras kegiatan dakwah di negara ini.

Katanya kerajaan dari semasa ke semasa juga telah menyediakan platform pencambahan ilmu dengan menghimpunkan ulama, cendekiawan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara melalui program berkala seperti Majlis Ulama’- Umara’.

Kaedah ‘Rent-To-Buy’ Akan Diguna Pakai Untuk PR1MA Pahang

TAPAK PROJEK PR1MA PAHANG, KAMPUNG BUKIT LADA, KERDAU, TEMERLOH – Demi mengatasi masalah kesukaran bakal pembeli dalam kalangan rakyat mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah ekoran ‘disposable income’ bulanan tidak mencukupi untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan;

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, membuat keputusan untuk mengguna-pakai kaedah ‘rent-to-buy’ atau sewa untuk beli bagi unit-unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahangnya.

Ini sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan katakan pada persidangan media sempena majlis tiga (3) dalam satu (1) – Penyerahan Kunci PR1MA Pahang, Penyampaian Notis 5A dan pemberian bantuan saguhati menunaikan haji petang Rabu, 26 Julai di sini.

Sambil menyatakan syukur atas kejayaan pembinaan rumah-rumah di bawah PR1MA Pahang setakat ini, katanya, “… sekali lagi masalahnya, mereka (bakal pembeli) sukar mendapatkan pinjaman bank.

“Dan pihak bank juga ada sebab munasabah sebab setelah dikaji ‘disposable income’ dia orang (bakal pembeli), pendapatan yang boleh belanja; dia orang (bakal pembeli) tak cukup nak bayar (pinjaman) bank.

 

BAYAR SEWA TANPA HENTI, REKOD BAIK; DAPAT MILIKI

“Tapi, baru-baru ini di (Pulau) Tioman, YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Kesjeahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar telahpun memulakan satu skim, ‘rent-to-buy’, sewa untuk beli.

“Kita akan cuba dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang baik: kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

“Dan Menteri beritahu, mungkin ini boleh disebarkan ke seluruh negara. Saya berharap, ianya dapat disebarkan ke seluruh negara.

“Kalau tidak agak sukar, mereka yang tidak ada ‘disposable income’ yang cukup untuk nak bayar ‘instalment’ (ansuran pinjaman) rumah, dianya tidak dapat pinjaman bank; tidak dapat membeli rumah,” katanya lagi.

Mengenai PR1MA Pahang katanya, asal sasaran bagi membina 15,000 unit rumah berkenaan – rumah berkembar, RM150,000 seunit; dalam tempoh lima (5) tahun antara pertengahan tahun 2013 dan 2018, telahpun melampaui sasaran.

 

JANJI PRU-13 DITEPATI  

“Kita mula tahun 2013, kita ‘target’ 15,000 dalam tempoh lima (5) tahun. Tapi Alhamdulillah, sehingga Jun 2017, dalam tempoh lebih kurang empat (4) tahun, kita telahpun berjaya membina (dalam pelbagai peringkat) 35,000 unit rumah PR1MA,” katanya.

“Macam di sini, dah siap; di Kuantanpun dah siap. Dan beberapa lagi akan siap dalam tempoh masa terdekat. Saya bersyukur,” katanya lagi sambil memuji pemaju di sini – Jangka Alpha Sdn Bhd, atas kualiti kerja – ‘finishing’, dan juga ‘material’ bermutu, yang digunakan.

Kepada soalan wartawan kot-kot ada dalam kalangan pemaju bagi pembinaan rumah di bawah PR1MA Pahang yang gagal, jawab Dato’ Sri DiRaja Adnan, tiada.“Semuanya berjaya termasuklah Jangka Alpha ini,” tegasnya.

Menurut maklumat yang disediakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, daripada 106 projek serta kira-kira 35,000 unit rumah PR1MA Pahang sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut;

Lima (5) projek atau kira-kira 1,504 unit telahpun siap dengan memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang termasuk 200 unit di PR1MA Pahang Bukit Lada ini, seterusnya berjaya diserahkan kunci kepada para pembeli sepertimana petang ini.

PROJEK PR1MA PAHANG BUKIT LADA JADI ‘BENCHMARK’

“Rekabentuk dan susunatur rumah PR1MA Pahang Kampung Bukit Lada dengan keluasan 1,000 kaki persegi adalah antara yang terbaik dan boleh menjadi ‘benchmark’ kepada projek-projek PR1MA Pahang yang lain,”menurut maklumat tersebut.

Pada majlis ini juga, seramai 318 orang menerima Notis 5A masing-masing iaitu 146 orang peserta bagi Rancangan Pembesaran Kampung (RPK) Kampung Pulau Raya, dan, 172 lagi bagi RPK Kampung Gunung Senyum .

“Pemberian Notis 5A kepada peserta-peserta bagi kedua-dua RPK ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini,” menurut maklumat yang sama.

Bagi meraikan bakal-bakal haji ini yang di bawah kategori pengkhidmat sukarelawan negeri – penghulu, ketua kampong, ahli jawatankiuasa masjid/surau, penggali kubur, pengurus jenazah, imam, bilal dan guru al-Quran;

Kepada bakal haji persendirian yang seramai 40 orang, Kerajaan Negeri menyumbang RM3,000 setiap seorang manakala bagi yang di bawah tajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seramai 50 orang, menerima RM500 seorang.

KEHADIRAN ‘STALWART’

Selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis petang Rabu ini ialah Pengerusi,  Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;

Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, Dato’ Norol Azali Sulaiman, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Johari Husein, Dato’ Shahaniza Shamsuddin, dan, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga wakil rakyat setempat (BN – Kerdau);

 

Sumber :  Khabar 

Multaqa Tafaquh Fiddin Negeri Pahang

29 Julai 2017

2.30 petang

Yayasan Pahang

Sempena Multaqa Tafaquh Fiddin Masjid Omar Abdul Aziz Kerdau turut terlibat dan turut menerima Sumbangan Yayasan Pahang RM5K bagi tujuan kelas berkenaan yang telah diadakan dahulu lagi. Pengerusi Masjid berkenaan telah mewakilkan saudara Mohd Sani untuk turut hadir serta menerima sumbangan. Lebih 30 buah masjid yang telah menerima dan sanggup mengadakan kelas berkenaan.

Zohor 29 JulyMultaqa Tafaquh Fiddin Negeri Pahang. Ketika merasmikan penutupan multaqa yang dihadiri oleh guru-guru dan…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Sabtu, 29 Julai 2017

Sekitar Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Kg Bukit Lada, Kerdau

Rabu 26 Julai 2017

2.30 petang

Ketibaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran Temerloh menjenguk dan meneliti situasi Rumah PR1MA. Keadaan rumah yang selesa serta staretgik kedudukannya memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada penerima rumah berkenaan.

Ketbaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Setelah lawat tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, majlis dimulakan dengan Ramah Mesra serta Silaturahim Aidil Fitri Dun Kerdau. Majlis yang dihadiri melebihi 7000 kehadiran ini telah dapat mendengar sendiri amanat YAB Menteri Besar Pahang tentang beberapa pekara :

Samada Penyelarasan PR1MA di Negeri Pahang yang menjadi manifesto janji ditepati Kerajaan Negeri Pahang. Ia telah berjaya dibangunkan diseluruh Negeri Pahang termasuk Dun Kerdau. Namun PR1MA Kerdau adalah antara yang terawal siap dengan sempurna.

YAB Dato Sri juga mengalu-alukan sukarelawan yangtelah ditawar oleh TH sebagai bakal-bakal haji yang akan melaksanakan ibadah itu pada tahun ini. Mereka bukan sahaja diberi wang saku sebagai bantuan sebanyak RM3000 bahkan mereka diraikan oleh YAB Dato Sri Menteri Besar sendiri.

YAB Dato Sri juga sempat menjelaskan tentang usaha-usaha Kerajaan yang konsisten dalam menyelesaikan isu tanah. Hari ini dua buah kampung seramai lebih 300 penerima Notis 5A dalam DUN Kerdau. Cuma mereka yang menerima tawaran ini mestilah menghargai setiap pemberian dengan menjaganya de ngan baik, membangunkannya dengan sempurna disamping elakan menjual hanya sekadar untuk mendapat keuntungan singkat. Namun pemberian ini biarlah menjadi asetuntuk keluarga dan anak cucu.

Majlis ramah mesra ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan Exco dan Adun serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah serta kepimppinan setempat.

Juadah Aidilfitri juga telah terhidang seadanya kepada para hadirin

Muga Allah berkati Semua.

27Jul 4ptgSetelah lawst tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, Majlis dimujakan dengan Ramah Mesra serta…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

YAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun kemeja-meja penerima Kunci PR1MA dan Bantuan Haji. YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri serta YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin II II turut menyampaikan Notis 5A kepada penerima-penerima. Muga semua mereka diberkati Allah.

26 Jul AsarYAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

27Julai Maghrib :
Selesai dari Program
YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun sempat juga menziarahi 10 warga mas yang uzur terlantar. Disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.
Kami juga di #PKDK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ASPA – MENTIGA – JKM & Belia Kerdau yang turut serta mengiringi MB serta meyumbang samada tenaga, pemikiran dan saguhati kepada penerima warga mas.

27Julai Magrib :Selesai dari Progrem YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Selesai seluruh acara
Petang 26 Julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi seorang mendengar dan meneliti sebarang rungutan dan rayuan. Juga menerima sebarang surat menyurat termasuk sebarang macam permohonan yamg dibawa oleh rakyat mahupun wakil rakyat sendiri.

26 Julay Selesai seluruh acara Petang 26julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017