Hilal Ramadhan Dan Syawal: Nikmat Masa Yang Disyukuri Bukan Di Persenda

Hilal bermakna anak bulan. 

Setiap perkara yang menyempurnakan amalan yang wajib maka perkara itu menjadi wajib. Seumpama menunaikan ibadah puasa ramadhan adalah wajib, maka mengetahui awal ramadhan itu melalui terbitnya anak bulan adalah wajib. Begitu juga mengetahui awal syawal sebagai hari yg diharamkan berpuasa adalah wajib, maka untuk mengetahuinya melalui rukyah hilal menjadi wajib kerana dibimbangi kita berpuasa dihari yg diharamkan. Ini berdasarkan kepada hadis Abu Hurairah yg diriwayatkan oleh Muslim “Puasalah dengan menengok anak bulan dan juga berayalah dengan menengok anak bulan” . Jika terlindung daripada pandangan kamu maka sempurnakanlah 30 hari. Sebagaimana dalam hadis,

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن أغمي عليكم فأكملوا شعبان ثلاثين ، وأخرجه مسلم

Jelas daripada muqaddimah ini rukyah hilal (melihat anak bulan) adalah wajib dan ia merupakan ibadah. Barangsiapa yang melaksanakannya atau menengoknya atau menerima perkhabarannya, ia telah menghidupkan sunnah ibadah dan beroleh pahala disisi Allah SWT. Bahkan baginda Rasulullah SAW apabila menengok atau menerima perkhabaran tentang munculnya anak bulan berdoa dengan doa :

اللهم أهله علينا بالأمن والإيمان والسلامة والإسلام ربي وربك الله هلال رشد وخير

“YaAllah telah muncul kepada kami anak bulan dengan penuh keamanan, keimanan, keselamatan dan keislaman . Tuhan aku dan tuhan kamu adalah Allah dan dngn terbitnya bulan ini penuh petunjuk dan kebaikan”

Penyampai Khabar

Mereka juga orang yang mempunyai kedudukan di sisi agama kita , dan Rasulullah sendiri telah memberi penghargaan kepada mereka yang menyampaikan berita tentang nampaknya anak bulan/ terlihatnya anak bulan. Walaupun si pembawa berita itu orang biasa atau siapa jua seperti di dalam sebuah hadis

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ’, جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي رَأَيْتُ الْهِلَالَ فَقَالَ أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ نَعَمْ قَالَ أَتَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ قَالَ نَعَمْ قَالَ يَا بِلَالُ أَذِّنْ فِي النَّاسِ فَلْيَصُومُوا غَدًا

Dari Ibnu Abbas berkata : telah datang kepada Nabi orang arab dan mengatakan “saya telah nampak anak bulan” Nabi bersabda “tidakkah kamu mengucap Tiada Tuhan melainkan Allah” dia berkata “ya” Nabi bersabda “Tidakkah kamu mengucapkan Nabi Muhammad pesuruh Allah” dia berkata “ya”. maka nabi bersabda “wahai bilal, maklumkan kepada org supaya berpuasa pada hari esok”

Sehubungan dengan itu, jelas daripada hadis ini menengok anak bulan bukan sekadar satu kewajipan menentukan waktu berpuasa, berbuka dan hari raya, tetapi ia juga sebuah ibadah yang tidak boleh dipersendakan.

Perbezaan Waktu

Allah berfirman dlm Surah AlMulk

الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ

“Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu , dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”

Perbezaan ini adalah fitrah yang dicipta Allah, berselisihnya siang dan malam, jauh dan dekat, terang dan gelap, sejuk dan panas, semua ini mempengaruhi peredaran yg berbeza diantara satu tempat dan tempat yang lain. Ia juga memberi kesan kepada pergerakan bulan, matahari dan bumi. Allah juga berfirman,
Surah Al Imran ayat 90

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang adalah tanda (yang merupakan) sebagai pengajaran bagi orang yang bijak.

Badan Bertanggungjawab

Apabila sesuatu pentadbiran ‘Ulil Amri’ dikekangi oleh keluasan sempadan, ramainya penduduk, ditambah lagi dengan memelihara kesatuan ummah maka tidak salah jika ulil amri mengambil wakil untuk bertanggungjawab berhisab dan berukyah seterusnya memaklumkan kepada ulil amri untuk diumumkan dan tidak salah juga orang ramai mengambil maklum dan bersandar kepada keputusan mereka. Ini berdasarkan kepada hadis sohih dari Ibn Umar RA dan diriwayatkan didalam sunan dan disohihkan oleh Ibn Khuzaimah dan Ibn Hubban.

Kesimpulannya, tidak hairanlah bila berlaku perbezaan hari (berpuasa,berbuka, sambutan aidulfitri dan aiduladha) demikian juga waktu mendirikan solat.
Kita bersyukur kehadrat Ilahi pada tahun ini 1 Ramadhan bertepatan pada (17 Mei 2018 ) dan mengikut hisab serta rukyah dijangkakan pada tahun ini genap 30 hari kita bakal berpuasa. Walaubagaimanapun menurut falak, anak bulan syawal juga mampu dilihat jika cuaca cerah yang menandakan hari Jumaat adalah 1 Syawal. Mudah mudahan dengan ibadah rukyah, puasa dan qiam, bertambah iman dan takwa kita, dijauhkan Allah untuk kita mempermudahkan serta mempersendakan ibadah ini.

 

Fitnah

Ingat lah bahawa fitnah itu lebih tenat dari membunuh. Kalaupun perkara itu yang benar sekalipun harus kita cuba sedaya mungkin menutup keaiban seseorang dan ia memang diperintah oleh agama dan merupakan nilai mulia dalam hidup berperikemanusian. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis Riwayat Muslim :

مَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

 

Barangsiapa menutup (aib) saudara seagamanya nescaya Allah memelihara aibnya didunia dan diakhirat.

Jika benar ada keaiban yang berlaku maka masih dituntut untuk ditutupi dengan tujuan untuk tidak menelanjanginya. Ia bukan tujuan untuk membenarkan dan merestui kesalahan tetapi yang salah hanya perlu dihukum setimpal dengan perilakunya setelah didapati bersalah bukan diaibkan seperti yang berlaku akhir-akhir ini.

Bagaimana jika tiada berlaku keaiban atau belum pasti berlakunya kesalahan malah ianya masih duduk dalam tanda tanya dan pertikaian. Maka Tabaiyun adalah didikan yang telah difitrahkan Allah. Surah al hujurat ayat 6 Allah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

 

Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka hendaklah kamu teliti (terlebih awal) kerana dibimbangi menimpanya, sesuatu pihak dengan hukuman yang (kamu) dalam kejahilan sehingga dengan itu kamu bakal menyesal.

PAYAH

Tentunya nasihat seumpama ini menjadi sesuatu yang sukar untuk diaplikasi apatah lagi jika diselubungi dendam kesumat yang menebal. Pastinya tiada ketenangan akan diperolehi dari nasihat ini. Pepatah Islam ada menyatakan:

وَلَكِنَّ عَينَ السُخطِ تُبدي المَساوِيا

 

Pandangan benci itu menutup segala kebaikan (orang lain).

Tapi apakan daya atas didikan agama tetap kita pasti akan terus menyampaikan dengan nasihat. Sabda Rasulullah saw :

الدين النصيحة قيل: لمن يا رسول الله؟ قال: لله، ولكتابه، ولرسوله، ولأئمة المسلمين وعامتهم

 

Agama itu nasihat. Ditanya untuk siapa wahai Rasulullah SAW : Untuk Allah, Untuk KitabNya, Untuk RasulNya dan untuk para pemimpin dan seluruh mereka.

Memang menjadi sesuatu yang susah dalam hal ini namun kita tetap hanya perlu berkata benar dan membantu semua demi kebaikan sejagat. Bagi mereka yang bersalah kita perakui tetapi jangan diiklankan manakala yang benar kita katakan benar dan jangan sama sekali  persendakan.

KENAPA PERLU DIAIBKAN

Rumah siap pahat masih berbunyi. Itulah kata hikmat pusaka orang tua-tua kita. Dalam persoalan menyampaikan kebenaran ini kadangkala kita yang menulis ini akan dianggap berniat menonggak arus ataupun menyekat ombak dan badai. Namun atas dasar nasihat serta ingatan sesama ummah ianya mesti dilaksanakan. Menyedari hakikat bahawa PRU 14 sudahpun selesai dan rakyat telahpun membuat pilihan masing-masing maka  keputusan yang sudah pun dimuktamadkan itu perlu diterima oleh setiap apihak. Apa yang wajar pada ketika ini adalah kerja-kerja membangunkan negara serta kelangsungan hidup rakyat perlu dilaksanakan secara serius dan berfokus sebagaimana yang telah dibuktikan oleh kerajaan sebelum ini.

Namun apa yang membimbangkan ialah rakyat dipersembahkan dengan perkara-perkara tidak wajar yang tiada kepentingan kepada negara. Isu bekas Perdana Menteri  perlu ditangani penuh teliti dan tanpa diseret rakyat untuk sama-sama menjadi polis dan hakim. Rakyat perlu mengetahui isu dan cerita sebenar tetapi sempadan-sempadan dan nilai keagamaan juga perlu diambil kira. Janganlah pula menambah garam dan lada kerana ia hanya akan merosakan diri dan negara.

PENGAMATAN

Jika sekalipun Dato Sri Najib Tun Abdul Razak bersalah, adalah harus pengaiban keatas dirinya dielakkan. Bukankah itu bercangah dengan semangat kemanusiaan itu sendiri. Apatah lagi didikan agama kita Islam yang sangat menegah dan melarangnya. Allah menegaskan dalam surah al hujurat ayat 12 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

 

Wahai orang-orang Yang beriman elakanlah dari bersangka serong, sebahagian dari sangkaan itu (Salah) berdosa. Janganlah kamu mencari-cari (keaiban) orang lain. Jangan kamu mencaci (dengan keburukan) terhadap sesama kamu. Adakah kamu suka memakan bangkai saudara kamu sendiri. Bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.

Kita hanya perlu menyerahkan kepada pihak berwajib dan badan kehakiman. Mereka mesti bertanggunjawab sepenuhnya berasaskan ketelusan, bukti, saksi dan landasan hukum yang benar. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan isu dengan saksama tetapi juga mampu menzahirkan keberkatan dalam pemerintahan dan hubungan sesama manusia.

Bagaimana pula jika Dato Sri Najib tidak bersalah. Maka segala lontaran dan kecaman itu pula menjadi sebuah fitnah dan ia adalah sangat-sangat ditegah dalam agama kita. Allah menegaskan dalam ayat 191 surah al Baqarah :

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ
Dan Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Dari fitnah kita berdosa. Darinya juga kita menyakitkan mangsa. Darinya juga kita mengelirukan masyarakat. Darinya juga menunjukkan penghukuman tanpa hak tetapi dipengaruhi oleh situasi tekanan emosi. Darinya juga kita memungkinkan pembunuhan.

 

WALIYAZUBILLAH

Pendek kata terhimpun didalam fitnah itu bermacam keburukan serta akibat negatif kepada Agama dan orang ramai.

Adalah benar bahawa kita boleh menyiasat dan meneliti sebarang kes yang didakwa pada bila masa dan waktu jika terdapat arahan berkenaan.Namun kita pula tidak boleh terus mendedah sebelum pihak kehakiman membicara dan menyatakannya.

Apatah lagi jika perkara yang disiasat tertumbuh padanya keraguan dan belum ada pengesahan. Tindak tanduk penyiasatan yang terburu-buru dan kelihatan bermuslihat hanya akan membangkitkan kekhuatiran rakyat kepada prinsip keadilan dalam undang-undang. Pada akhirnya apa yang dapat dilihat ialah persoalan kepada kredibiliti pihak berkuasa yang seolah-olah didorong bertindak secara rapuh. Kaedah ada menyebut :

الدليل اذا تطرق به الإحتمال سقط به الإستدلال.

 

Sesuatu dalil atau bukti bila tersentuh padanya kebarangkalian maka gugur padanya berhujah.

Bersihkanlah diri kita dahulu dari kesilapan dalam bertindak. Jangan kita diaibkan oleh diri kita sendiri atas kesilapan.

 

DIRINYA BERSAKSI

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 6 :

وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا

 

Dan telah bersaksilah dikalangan mereka sendiri.

Banyak dari kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan terbaru dalam Kerajaan PH yang menyatakan ada kebenaran dan keberhasilan dalam usaha yang telah dijalankan oleh Dato Sri Mohd Najib. Isu-isu yang dipertikai secara umum sebelum ini oleh PH  berkait ekonomi kerapkali menyebut kegagalan kerajaan terdahulu sehingga negara hampir muflis dan bankrap. Namun kenyataan terkini mereka memperakui ekonomi negara dalam keadaan teguh. BR1M sebagai usaha murni Dato Sri Najib untuk sedaya mungkin meringankan beban rakyat, dulunya dianggap dedak kini diterima  PH yang juga berminat meneruskannya kecuali jika ego mereka mengatasi kembali pertimbangan mereka mungkin dihapuskan wallahu’alam. Isu percukaian pun masih dalam pertimbangan diantara GST dan SST. Walau apa pun pilihan sistem cukai nanti, apa yang pasti dan penting ialah ia adalah cukai yang bakal dikutip kepada kumpulan yang telah dikenal pasti. Amat jelas sekali pelbagai dasar dan projek yang telah dilaksanakan terpaksa diperakui kebaikan dan bercadang meneruskannya. Tahniah Dato Sri Mohd Najib yang telah membawa idea positif sehingga lawan pun memperakuinya.

RAMADHAN BULAN IBADAH

Apa-apapun isunya marilah kita serahkan kepada pihak berkenaan. Pertama sekali YABhg YB Dato Sri Mohd Najib seorang yang berjiwa besar. Beliau telahmenerima keputusan PRU dengan hati terbuka malah sanggup melepaskan jawatan parti kepada generasi seterusnya bagi memberi laluan kepada muka baru. Beliau tidak bekeras dengan tindakan pihak berkuasa dengan memberontak serta bangkit dijalanan walaupun pemimpin-pemimpin dahulu melakukan perkara demikian. Bahkan yang lebih manis beliau tidak pernah mengambil tidakan menangkap dan menghukum sehingga berkali-kali rusuhan jalanan diadakan sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Kepada Pihak Penguatkuasa, jalankanlah siasatan jika benar ada dakwaan. Namun ikutilah lunas kemanusiaan dan fitrah keagamaan agar hasil kerja diberkati. Tiada keperluan untuk membuat pendedahan awal oleh kita sebagai penyiasat kecuali pihak hakiman telah mensabitkan kesalahan dan menghukum.

Kepada pihak juga mohon media berhati-hati ketika menyampaikan perkhabaran. Semua perkataan ada nilai disisi Rakib dan Atib. Allah tegaskan dalam surah Qaff ayat 18 :

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada yang terlafaz dari perkataan melainkan disana ada pencatat iaitu Rakib dan Atib.

Mungkin kita percaya dengan ingatan ini. Maka elok kita pelihara demi kebaikan kita. Mungkin juga ada yang ambil sambil lewa atau langsung tidak percaya maka pasti akibat yang lebih buruk dari sekarang bakal menimpa semua. Kerana bencana bila mendatang ia tidak memilih siapa.

Percaya yang benar itu tetap juga benar tidak dapat ditutup dengan wang ringgit serta kuasa. Yang salah tidak akan terpadam walaupun senegara manusia menghapuskannya.

Peliharalah Ramadhan kita dengan Ibadah serta amalan Redha disisi Allah.

Bila Lantik Menteri Besar

 

Sememangnya persoalan ini menjadi sebutan dan meriah dalam tempoh terdekat ini bukan hanya didalam negeri Pahang ini bahkan di seluruh negara kesan dari PRU 14.

Sebenarnya sebaik-baik kerja pertengahan ialah tidak dalam keadaan gopoh dan tidaklah pulak terlalu lewat.

Sabda Nabi SAW :

التأني من الله و العجلة من الشيطان

“Berurus secara berhemah dari Allah. Berurus secara gopoh pula dari Syaitan.”

Perlantikan pemimpin sememangnya sebuah kewajiban yang mesti disegerakan malahan ianya tidak boleh dilengahkan dan ditangguh. Namun dalam konteks negeri Pahang ,pengambilan masa yang sedikit lama dalam persoalan perlantikan Menteri Besar dalam tempoh terdekat ini bukanlah ia sebuah kelewatan yang mendesak kerana proses tersebut masih dalam tempoh yang dibenarkan. Amat jelas juga perlu disedari bahawa kerajaan sementara masih berfungsi sedang ia juga masih dari pihak yang mendapat mandat di PRU.

Angkat Sumpah atau Baiah ini juga diperlukan jika fitnah kecelaruan membelenggu kepimpinan dan rakyat. Walaupun begitu adalah penting dan utama untuk dipastikan bahawa kelangsungan yang terkawal serta perlantikan yang tepat dan mengambil kira aspek yang terbaik harus dipastikan terlaksana.

SIAPA MB PAHANG

Ketika terlantiknya Saiyidina Abu Bakar RA sebagai Khalifah selaku ketua negara sememangnya mengubat banyak situasi. Ia berikutan kejutan besar keatas umat Islam pada ketika itu diatas pemergian Junjungan Mulia SAW. yang sangat sukar diterima oleh segenap lapisan masyarakat Islam ketika itu.. Kejutan ini mendorong tekanan dalam jiwa Sahabat-sahabat pembesar termasuk Saiyidina Omar RA dan lain-lain. Keadaan ini sudah pasti dirasakan akan menyukarkan usaha kerajaan untuk membina semula.
Kerumitan pada ketika itu juga ditambah dengan desakan Ahli Madinah Ansar dan disanggah pula oleh golongan Muhajirin. Pertelagahan ini memerlukan satu tokoh yang benar mampu bertangungjawab disamping dihormati serta mempunyai tempat samada disisi pembesar-pembesar negara dan tokoh-tokoh tempatan samada kawan ataupun lawan.

Oleh sebab itu, tokoh yang sememang mendapat tempat dijiwa ramai adalah diantara 10 sahabat yang beroleh khabar gembira sebagai penghuni syurga. Walaubagaimanapun pemilihan mereka perlu menyerlahkan tokoh yang terbaik bukan sekadar disudut keislaman, pergaulan, pengurusan, kesungguhan dalam membela agama bahkan faktor usia dan pengalaman menjadi pengukur aras utama.

Maka pada ketika itu Saiyidina Abu Bakar RA menjadi pilihan. Kriteria Baginda RA sebagai seorang yang pertama memeluk Islam, disusuli pula ia sebagai sahabat yang paling rapat dan berjasa kepada agama dan Nabi SAW. Ia juga diperkuatkan lagi dengan usia Baginda RA yang sangat matang dan lebih berusia jika dibandingkan dengan sahabta-sahabat yang lain. Baginda RA juga amat berpengalaman dalam pengurusan.

Akhirnya, hasil dari pertimbangan teliti dan rapi ini kerajaan telah berjaya dibentuk dan dipulih kembali walaupun dunia Islam digegar dengan banyak isu besar seperti kewafatan Baginda, isu kemurtadan, keengganan sekelompok masyarakat dalam hal pembayaran zakat dan juga turut hampir berlaku pemberontakan.

Rasional inilah kita perlu pertimbang jika ingin memilih siapa yang layak menjadi ketua negeri di Pahang Darul Makmur. Kewajaran ini juga harus kita ambil kira tanpa prejudis dengan menafikan pembangunan yang telah kita kecapi di Pahang Darul Makmur.
Sebaik sahaja selesai PRU 14 dan telah memberi keputusan yang menyebelahi Pakatan Harapan telah mendorong Pahang membuat sebuah keputusan yang bijak dalam memilih kepimpinan. Pendekatan dalam pemilihan kepimpinan Pahang pasca Pru14 jelas sekali tidak didesak oleh tekanan provokasi atau sentimen emosi. Malah ia amat jelas berlandaskan kepada sebuah keterbukaan dan pengorbanan yang ingin memastikan pemeliharaan kepentingan pelbagai sudut.

Apabila tertubuh sebuah Kerajaan ia memerlukan pembinaan diplomatik yang bijak dan mampu mencari persefahaman dan mengelak kewujudan titik perbezaan serta pertelingkahan.

Tahap Hubungan pertama antara pemimpin dan orang ramai perlu diurus dengan betul dan tersusun agar mampu mendekatkan orang ramai dan pemimpin disamping memiliki jalan yang praktikal untuk mengatasi sebarang permasalahan.

Tahap Hubungan Kedua di antara kawan dan lawan perlu meneladani Baginda SAW dengan baik sekali sehingga berjaya meminimakan jumlah lawan dengan kaedah diplomasi Tauladan Peribadi dan ternyata kaedah dan cara ini sangat berkesan.

Tahap Hubungan Ketiga iaitu hubungan diplomasi dengan dunia luar juga sangat diperlukan. Namun diperingkat awal ini kita sangat perlu mengutamakan hubungan pertama dan kedua.

Maka hal ini sudah pasti perlu kepada jawapan yang rasional dan tidak sama sekali didasari oleh emosi yang didorong oleh sangkaan dan telahan.

LONG NAN MB DULU

Adalah benar Long Nan MB yang telah berkhidmat dalam tempoh penggal yang sudah lama. Namun perlu kita jelas bahawa prestasi baik dalam memacu PRU 14 dan sebelumnya merupakan satu faktor perlu kita dasari untuk meminta beliau menerajui negeri Pahang. Amat nyata sekali bahawa beliau banyak memberi perhatian dalam soal kebajikan rakyat Pahang samada memperkenalkan dana bagi tujuan pembasmian kemiskinan serta meningkatkan kadar bantuan dan peruntukan kepada JKM dan pihak yang berkenaan.

Dalam aspek pendidikan pula melalui Yayasan Pahang tumpuan yang jelas dalam meningkatkan pencapaian pendidikan rakyat Pahang melalui bantuan pendidikan kepada setiap peringkat pendidikan melalui BSR, BSM serta pelbagai geran IPTA yang sebelum ini tiada satu negeri pun melaksanakan dan akhirnya menjadi tauladan kepada banyak negeri.

Beliau sentiasa bersedia merungkai isu satu persatu tanpa mengira resolusi datang dari pihak mana selagi ia memberi faedah kepada rakyat dan negeri maka beliau akan usaha bersama. Mengambil contoh dalam isu alam sekitar dan air dimana semua pihak dipanggil berbincang untuk menegur dan memberi pandangan dan tindakan tersebut bagaikan menarik rambut didalam tepung.

Pembangunan Perumahan boleh dikatakan Pahang menjadi perintis apabila menjadi antara salah satu negeri awal di Malaysia mengambil tindakan proaktif dalam soal ini dengan memperkenalkan PR1MA Pahang yang telah memberi manfaat kepada rakyat di negeri Pahang yang memerlukan.Namun bak kata kaedah Fekah : “Benda yang tidak dibuat semua tidaklah pula ditinggalkan semua”.

Memang benar banyak lagi perlu diperkasakan diPahang. Pembangun ekonomi samada sumber pendapatan dan pembangunan disamping memelihara Negeri sebaik mungkin. Ini sebenarnya berjalan seiring melalui agensi yang telah dibina Kerajaan Negeri samada PKPP, PKNP, PASDEC dan lainnya selain dari Perbadanan Setiausaha Kerajaan.

Aset pendidikan juga sudah diperkasakan. Terbina Maahad Tahfiz yang sentiasa terkehadapan dalam penguasaan natijah bahkan mampu menzahirkan modal insan yang memberi pulangan positif kepada Negeri. Begitu juga Kipsas yang akhirnya diitiraf sebagai KUIPSAS. Ini adalah dua mercu tanda pendidikan yang sangat berkesan dinegeri Pahang.

Bagaimana Jika Long Nan Menolak

Nasihat agama itu jelas :

Amanah jangan dicari dan diminta diminta.

Rasulullah saw bersabda :

إنا لا نولّي هذا مَنْ سأله ، ولا من حرص عليه

“Kami tidak memberi jawatan ini kepada yang meminta-mintanya, tidak juga kepada yang teringin sangat. “

Bahkan wajar sujud syukur jika tidak dipilih untuk beramanah.

Tetapi tidak wajar pula menolaknya jika diminta untuk beramanah bahkan wajar bersabar apabila diminta melaksanakan. Jika tidak ia juga bakal dipersoal.
Sabda Rasulullah SAW :

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته.

“Kamu semua Pemimpin dan kamu semua akan dipersoal soal kepimpinan kamu. “

Sehubungan itu kita sebagai pencinta agama wajar bermuhasabah dan tanpa tergopoh –gopoh memberi analisa. Tidak juga terlalu mendiam diri sehingga keadaan menjadi kusut. Kesabaran juga membawa keberkatan. Kerakusan akan hanya membawa kehancuran.

Langkah Jangka Masa Panjang Kerajaan Dalam Menguruskan Ekonomi Negara

YAB Perdana Menteri menjawab pertanyaan YB Mukah, Dato’ Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, berkenaan langkah jangka masa panjang Kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara khususnya penarafan kredit bagi mengekalkan kemampanan defisit negara pada kadar yang rendah serta memastikan pertumbuhan yang stabil. – Admin

SOALAN

Apakah langkah jangka masa panjang Kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara khususnya penarafan kredit bagi mengekalkan kemampanan defisit negara pada kadar yang rendah serta memastikan pertumbuhan yang stabil?

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

1. Sewaktu saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2009, dunia sedang berhadapan dengan krisis kewangan subprima yang telah mengakibatkan ekonomi Malaysia menguncup sebanyak negatif 1.5 peratus. Namun begitu, Alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi krisis ekonomi dan kewangan global tersebut dengan baik dan teratur.

2. Ini kerana, Kerajaan telah melaksanakan langkah kitaran balas atau counter cyclical menerusi Pakej-Pakej Rangsangan Ekonomi sebanyak RM67 bilion yang berjaya memulihkan ekonomi negara seterusnya mencatat pertumbuhan positif sebanyak 7.4 peratus pada tahun 2010. Sekiranya, Kerajaan tidak mengambil langkah ini, kemungkinan besar kegawatan ekonomi negara akan berterusan seperti mana yang telah berlaku di negara Eropah sebelum ini.

3. Berikutan langkah ini, ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan kukuh dengan purata 5.5 peratus setahun bagi tempoh 2010 hingga 2016. Manakala dengan perbelanjaan yang berhemah dan berdisiplin, defisit fiskal sebagai peratusan KDNK berjaya diturunkan daripada 5.3 peratus pada 2010 kepada 3.1 peratus pada 2016.

Pencapaian Ekonomi Malaysia

Tuan Yang Dipertua,

4. Menyentuh tentang pencapaian ekonomi negara lagi, pada tahun 2017 lalu misalnya, kita telah mencatat pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus, yakni antara yang tertinggi sejak krisis subprima tahun 2009, malah lebih tinggi daripada sasaran 5.2 hingga 5.7 peratus, dan ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.

5. Malahan lagi, berdasarkan laporan terkini oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA pula, pada tahun 2017 juga, Malaysia terus menerima aliran masuk pelaburan dari dalam dan luar yang berjumlah RM197.1 bilion, berbanding hanya RM105.5 bilion pada tahun 2010.

6. Bahkan terkini, rizab antarabangsa negara mencatat RM419.5 bilion (103.7 bilion dolar Amerika) pada 28 Februari 2018. Manakala, kadar tukaran matawang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika juga telah meningkat nilainya daripada 4.48 ringgit pada Disember 2016 kepada 3.92 ringgit pada 28 Februari 2018 untuk setiap 1 Dolar Amerika.

Rasionalisasi Subsidi

Tuan Yang Dipertua,

7. Dari sudut pengurusan fiskal, bagi memastikan kedudukan kewangan terus kukuh bagi jangka masa sederhana dan panjang, Kerajaan telah melaksanakan inisiatif pembaharuan fiskal, khususnya langkah rasionalisasi subsidi berperingkat yang mengubah mekanisme pemberian subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

8. Selain itu, bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem percukaian dan mengurangkan ketirisan hasil negara, Kerajaan telah mengambil langkah berani apabila memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST.

9. Hasil daripada langkah-langkah pembaharuan ini, kita merasa syukur kerana, negara telah berjaya mengharungi fasa kritikal, tatkala berdepan dengan ketidaktentuan harga minyak mentah dunia yang menjunam lebih 50 peratus daripada 100 dolar Amerika setong pada September 2014, kepada serendah 26 dolar Amerika setong pada Januari 2016.

10. Walaupun situasi sedemikian, telah menyebabkan Kerajaan kehilangan hasil yang besar, iaitu lebih RM30 bilion, dari kutipan hasil cukai korporat, khususnya dividen PETRONAS, namun Kerajaan masih mampu menurunkan defisit fiskal kepada 3.0 peratus daripada KDNK pada tahun 2017, berbanding 5.3 peratus pada tahun 2010.

11. Impaknya, kemampuan kita menguruskan kewangan negara terus mendapat pengiktirafan, apabila badan penarafan antarabangsa seperti Fitch dan Moody’s telah memberi kita penarafan minima A. Lebih membanggakan, penarafan ini kekal sungguhpun banyak negara-negara pengeluar minyak dunia mengalami penurunan atau downgrade dalam penarafan kredit negara mereka.

12. Terbaru pula, suka saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF pada minggu lepas bahawa, dengan izin:

Over the past three years, the federal government deficit was reduced from 3.4 percent of GDP in 2014 to 3 percent of GDP in 2017. This is helping bring down debt. Deficit reduction was achieved mainly through expenditure cuts, although the introduction of a Goods and Services Tax in 2015 also helped.

13. Bahkan lagi, beberapa hari yang lalu, Moody’s telah mengeluarkan kenyataan bahawa, Malaysia akan mendapat lebih manfaat daripada revised perjanjian Comprehensive and Regional Trans Pacific Partnership atau CTTP.

Hutang Kerajaan Persekutuan

Tuan Yang Dipertua,

14. Merujuk tentang tahap hutang Kerajaan Persekutuan pula, kekal tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK, a self imposed limit. Kini, tahap hutang negara hanya berada pada paras 50.8 peratus daripada KDNK.

15. Ini bermakna, kedudukan hutang kita masih terurus dan Malaysia dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana. Sedangkan, jika hendak dibandingkan dengan beberapa negara maju, di mana hutang Kerajaannya berbanding KDNK, jauh lebih tinggi, sehingga ada yang melebihi 200 peratus.

Penutup

Tuan Yang Dipertua,

16. Jelasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus menyediakan perancangan ekonomi dan kewangan bagi jangka masa panjang untuk mencapai sasaran negara High Income Advanced Economy menjelang tahun 2020, dan saiz ekonomi RM2 trilion pada tahun 2025, sekaligus menuju TN50, untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik lagi termaju dunia pada 2050.

Tuan Yang Dipertua,

17. Saya ingin menegaskan bahawa, Kerajaan tidak boleh sekadar mengambil pendekatan popular sahaja, sebaliknya, kita perlu lebih bertanggungjawab dan melaksanakan apa yang perlu bagi menyediakan asas ekonomi serta kewangan yang kukuh demi kepentingan rakyat dan generasi masa hadapan. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

MOU Dan Perjanjian Sempadan Pahang Dan Selangor


GRAND BALLROOM, HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM – Kedua-dua Menteri Besar Pahang dan Selangor hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Sempadan antara kedua-dua negeri petang Jumaat, 9 Mac di sini.

Dato’ Sri DiRaja Adnan mengetuai delegasi Pahang manakala rakan sejawatnya, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Selangor – masing-masing terdiri daripada Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri serta Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Yang turut hadir ialah kedua-dua Setiausaha Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail dari Pahang, dan Dato’ Mohd Amin Ahya dari Selangor; selain daripada Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Azizan Ahmad dan Ketua Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Dato’ Sr Mohd Nor Isa.

Sebelum itu, ketibaan Dato’ Sri DiRaja Adnan disambut oleh Dato’ Sri Mohamed Azmin di lobi hotel sebelum ke Tingkat 1 bagi mengadakan perbincangan tertutup bagi memuktamadkan perjanjian di sebuah bilik berdepanan Dewan ini.

Ini disusuli sesi fotografi berkumpulan sebelum Dato’ Sri DiRaja Adnan yang diiringi Dato’ Sri Mohamed Azmin, memasuki Dewan untuk menyempurnakan majlis petang Jumaat ini.

MoU TAHUN 1994

Dalam ucapan luar teks 14 1/2-minitnya, Dato’ Sri DiRaja Adnan antara lain menyebut tentang asas penentuan sempadan antara kedua-dua negeri tersebut yang menurutnya, bersandarkan kepada;

Pertukaran surat-menyurat antara Setiausaha Residen Pahang dan Setiausaha Residen Selangor antara tahun 1927 dan 1929, dan Warta Persekutuan No 112 dan No 3199 pada 14 Januari 1911 dengan kedudukan legeh utama sebagai panduan.

“Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Sempadan antara negeri Pahang dan Selangor pada hari ini, maka jarak jajaran sempadan Pahang-Selangor adalah sepanjang 99.5 km,” katanya.

Pada 11 Julai 1994 kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi, dua (2) MoU telah ditandantangani oleh Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut ketika itu, yang telah diadakan di Awana Golf & Country Resorts, Genting Highlands.

MoU berkenaan menurutnya, melibatkan tiga (3) kawasan iaitu; Kawasan A – dari titik sempadan tiga (3) negeri Selangor-Pahang-Negeri Sembilan, ke Genting Sempah, dengan jarak 22.6 KM.

PENGHARGAAN BUAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA BERKENAAN

Kawasan B – dari Bukit Fraser ke titik sempadan tiga (3) negeri Selangor-Pahang-Perak, dengan jarak 16.5 KM, dan, Kawasan C – dari Bukit Fraser ke Genting Sempah, dengan jarak 60.4 KM.

Beliau seterusnya menyatakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat dengan projek penandaan dan pengukuran sempadan bersama antara negeri-negeri yang meliputi tiga (3) iaitu;

Jawatankuasa Teknikal Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-negeri (JBT) yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah Galian Negeri; Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-negeri (JPPSBN) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri;

Dan, Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri-negeri (JKPPSBN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Usaha-usaha kepada penandaan dan pengukuran sempadan negeri-negeri ini telah bermula sejak tahun 1993 lagi. Dan syukur, Alhamdulillah, dengan bantuan Kerajaan Persekutuan yang menanggung sebahagian kos proses penandaan sempadan ini telah membantu ke arah penandaan sempadan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,” katanya.

BISIKAN KE TELINGA

Pada awal ucapannya, sebagai reaksi kepada ucapan Dato’ Sr Mohd Nor sebelum itu, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah menyebut tentang ‘bisikan’nya ke telinga Dato’ Sri Mohamed Azmin semasa mendengar ucapan Ketua Pengarah JUPEM itu agar kedua-duanya menghulurkan sumbangan kepada mereka yang berkenaan.

Mereka ini dalam kalangan kakitangan JUPEM yang menjalankan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan tersebut– seorang dipanah petir tetapi terselamat manakala sekumpulan lain terperangkap di atas kawasan tanahtinggi akibat cuaca buruk.

“Saya telah bisikkan kepada saudara saya, Dato’ Sri Mohamed Azmin, bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan beri jamuan sekali kepada pegawai JUPEM,”katanya yang menerima tepukan hadirin. “Dan, di Pahang kita juga akan buat jamuan”.

“Untuk yang dipanah petir, tapi Alhamdulillah selamat,” katanya lagi, “Saya bercadang untuk beri sedikit ganjaran,” yang sekali lagi menerima tepukan, “… tunai dan saudara saya Dato’ Sri Azmin juga akan beri ganjaran”.

“Bukan susah sangat… Kalau saya nak bagi RM10,000, kita pakat bagi lima(5)-lima (5),” yang tercetus ketawa hadirin. “Kalau nak bagi RM20,000, kita pakat bagi 10-10. Kalau nak bagi RM500, RM250 seorang,” katanya berseloroh yang sekali lagi menyebabkan hadirin tertawa.

BISIKAN IALAH ARAHAN

Dato’ Sri Mohamed Azmin pula dalam ucapan 16-minitnya, telah antara lain turut menyentuh tentang cadangan sumbangan ganjaran dan jamuan sepertimana yang Dato’ Sri DiRaja Adnan sebutkan.

“Atas arahan YAB,” katanya yang menyebabkan hadirin ketawa, “Menteri Besar Pahang, yang membisik tetapi sebenarnya dia cara British,” katanya dan hadirin ketawa lagi;

“Sudah tentulah negeri Selangor, sebuah negeri yang Peduli Rakyat,” yang menerima sorakan dan tepukan, “dengan ini saya nak umumkan negeri Selangor adalah Peduli JUPEM,” disusuli tepukan.

“Saya tidak teragak-agak untuk bersama dengan YAB Dato’ Sri DiRaja untuk menyumbangkan ganjaran di atas khidmat cemerlang pegawai yang berkenaan,”katanya dan menerima tepukan lagi.

Dan atas ‘arahan’ Menteri Besar Pahang jugalah menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor akan turut mengadakan Majlis Makan Malam sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan pegawai dan kakitangan JUPEM.

PERWATAKAN MASIH SAMA – BERSAHAJA, SANTAI

Sebelum itu, Dato’ Sri Mohamed Azmin turut menyebut tentang persahabatannya dengan Dato’ Sri DiRaja Adnan serta betapa perwatakan baik yang terus ditunjukkan oleh beliau selama tempoh itu hingga kini.

“Persahabatan kami telah melangkau satu tempoh yang begitu panjang, saya ingat sudah hampir 40 tahun. Tapi saya lihat, perwatakan beliau masih sama, bersahaja, santai,” kata Dato’ Sri Mohamed Azmin yang secara spontan menerima tepukan hadirin.

“Tetapi memberikan mesej yang cukup bermakna kepada kita semua pada petang ini supaya majlis yang penuh sejarah ini akan menjadi lembaran baru kepada dua (2) buah negeri – Pahang dan Selangor, untuk menjalin satu kerjasama yang lebih produktif di masa yang akan datang, InsyaAllah,” katanya lagi.

Sumber : Khabar Pahang

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Subsidi Tidak Langsung Yang Diperuntukkan Kerajaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya mendengar seruan meminta Kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Namun sebenarnya Kerajaan membelanjakan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam berbagai sektor.

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

Kerajaan juga memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun.

Untuk tahun 2018, sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan meskipun kutipan dalam sektor tersebut hanya sebanyak RM600 juta.

Maka perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh oleh Kerajaan.

Sejak tahun 2012, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah Kerajaan, manakala Kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885.

Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan.

Untuk sektor perumahan pula, Kerajaan telah menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti PPR, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara RISDA dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, usahlah mendengar tuduhan bahawa Kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Perumahan Untuk Semua

Satu daripada fokus utama Kerajaan Barisan Nasional adalah menyediakan perumahan mampu milik kepada setiap lapisan masyarakat. Sejak 2009 ketika saya mula memegang jawatan Perdana Menteri, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi mencapai hasrat ini, merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Setiap bajet Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana bagi merealisasikan aspirasi rakyat berkaitan perumahan, dan terbaru dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan bagi meneruskan usaha menyediakan perumahan untuk semua.

Bagi golongan berpendapatan rendah atau B40, Kerajaan melaksanakan, antaranya; Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah antara RM35,000 hingga RM42,000, dengan kos selebihnya dibiayai subsidi Kerajaan.

Manakala bagi golongan B40 tanpa rumah atau tinggal di rumah yang daif tetapi mempunyai tanah, program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan di mana Kerajaan membina rumah bagi mereka pada kos cuma RM65,000 dengan subsidi Kerajaan sebanyak RM20,000 beserta subsidi 2% kadar faedah pinjaman.

Selain itu terdapat juga Rumah Idaman Rakyat yang dibina atas tanah kurniaan Kerajaan Negeri atau Persekutuan pada harga tidak melebihi RM350,000 dengan jualan diutamakan kepada pembeli Orang Kelainan Upaya atau Ibu Tunggal.

Bagi golongan berpendapatan 40 peratus sederhana atau M40, Kerajaan menyediakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

Terdapat juga Rumah Wilayah Persekutuan yang mensasarkan rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan yang ingin membeli rumah pertama mereka. RUMAWIP dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,00.

Bagi penjawat awam, Kerajaan melaksanakan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia PPA1M, terutamanya buat penjawat awam  berpendapatan rendah dan sederhana yang dijual pada harga antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit.

Kerajaan turut memperkenalkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, salah satunya Skim Rumah Pertamaku, yang dilaksanakan bagi membantu golongan muda baru bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100%, bermakna mereka tidak perlu membayar wang pendahuluan atau deposit.

Bercakap mengenai deposit, terbaru saya mengumumkan skim MyDeposit, di mana Kerajaan membantu golongan yang ingin membeli rumah tetapi tidak mempunyai wang pendahuluan dengan membayar deposit tersebut bersamaan 10% daripada nilai rumah di bawah RM500,000 atau sehingga jumlah maksimum RM30,000.

Ini sebahagian daripada banyak lagi inisiatif yang telah Kerajaan laksanakan, kesemuanya atas dasar keprihatinan Kerajaan kepada keinginan dan keperluan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri, daripada golongan berpendapatan rendah kepada golongan berpendapatan sederhana, malah juga kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar deposit. Semua golongan diberikan perhatian, tiada yang ketinggalan.

Namun, malang sekali, seperti juga nasib yang menimpa BR1M, Klinik 1Malaysia, subsisi pendidikan dan kesihatan serta bantuan-bantuan Kerajaan lain, kesemuanya dijadikan modal politik murah oleh pembangkang.

Kepada mereka ini, daripada terus menyebarkan berita palsu serta fitnah memburukkan Kerajaan, buatlah kerja yang bermanfaat, uar-uarkan skim perumahan ini kepada rakyat, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri.

Janganlah kerana nama pembangkang, segala-galanya pun ingin dibangkang. Inisiatif dan usaha baik yang Kerajaan laksanakan, panjangkanlah kepada rakyat. Walaupun pembangkang tak berupaya laksanakan dan tak dapat buat, sekurang-kurangnya boleh bawa rakyat kepada mereka yang berupaya deliver, yakni Barisan Nasional.

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Undi Rosak dan Dasar Masa Depan Barisan Nasional

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya dimaklumkan bahawa baru-baru ini wujudnya gerakan mahu merosakkan undi mereka kerana berpendapat yang bahawa parti politik Kerajaan dan pembangkang kedua-duanya tidak menguntungkan rakyat, maka merosakkan undi adalah jalan yang terbaik.

Memang ada kelemahan di kedua-dua belah pihak, namun jika rakyat tidak mampu menilai kami dari segi kelemahan, adalah lebih baik anda memilih berdasarkan pembangunan yang dihasilkan antara parti Kerajaan dan pembangkang.

Berbeza dengan pembangkang, banyak pembangunan infrastruktur negara seperti MRT, Jambatan Pulau Pinang 2, Tun Razak Exchange 106, KL118, UTC, RTC, Kota Iskandar, ECRL, HSR telah dan sedang dijalankan oleh Kerajaan.

Dan ini semua menambah peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan. Malah program-program tambah kuasa beli yang telah kami jalankan seperti dana keusahawanan, subsidi perubatan, pendidikan, skim-skim latihan seperti SL1M, rumah mampu milik seperti PR1MA, menjadi bukti yang semua ini adalah demi pembangunan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Berbeza dengan pembangkang, negeri-negeri ditadbir mereka mengenakan cukai tanah melambung tinggi sehingga 1,671 peratus di Pulau Pinang dan 300 peratus di Selangor.

Di Pulau Pinang, tak cukup dengan skandal banglo, baru-baru ini muncul pula tuduhan skandal raksasa terowong dasar laut Pulau Pinang.

Kita sudah ada dua jambatan Pulau Pinang, apa perlunya dibazirkan wang rakyat membina terowong dasar laut itu.

Jika dibandingkan, Kerajaan BN konsisten dalam membawa pembangunan di negara ini, sekaligus menjamin masa depan setiap rakyat Malaysia.

Tidak perlu rosakkan undi anda, pilihan terbaik untuk rakyat adalah jelas sekali.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tahun 2018 Tahun Kejayaan dan Keberhasilan yang Mengagumkan

Dalam seminggu dua di awal tahun ini, ada sebahagian daripada kita, khususnya bagi mereka yang bergelar ibu-bapa, tentu sekali sedang sibuk menguruskan hal ehwal persekolahan anak-anak, terutamanya, bagi anak-anak yang pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Saya sangat faham, pada zaman digital sekarang, semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik, cemerlang lagi sempurna.

Bagi pihak Kerajaan, kita amat menitikberatkan bidang pendidikan. Sebab itu, Kerajaan telah membelanjakan secara purata RM8,900 setahun bagi setiap pelajar sebagai usaha menyediakan pendidikan percuma pada peringkat rendah dan menengah.

Ini menjadikan purata perbelanjaan pendidikan Malaysia adalah lebih dua kali ganda, berbanding perbelanjaan negara ASEAN lain.

Dipendekkan, kesemua yuran sekolah telah dimansuhkan. Kini, ibu bapa cuma harus menyumbang mengikut keperluan sekolah.

Selain itu, saya dimaklumkan hari ini para penjawat awam akan menerima RM1,000, sebahagian daripada jumlah keseluruhan Bayaran Khas sebanyak RM1,500.

Malah, bukan setakat itu sahaja, sebagai Kerajaan yang sentiasa prihatin tentang kebajikan para penjawat awam, telah diumumkan 12 lagi inisiatif dan insentif seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2018.

Sampaikan, penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam daripada waktu pejabat dan jika bekerja di lokasi yang sama, suaminya pun turut diberi kebenaran balik awal sejam.

Tidak terhenti di situ, kepada para penjawat awam yang bakal menimang cahaya mata pada tahun ini sehingga 31 Disember 2022 pula, anak mereka juga akan turut menerima sebanyak 200 ringgit melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, bagi memupuk budaya menabung untuk masa depan.

Sesungguhnya, banyak lagi inisiatif dan insentif untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, yang Kerajaan umumkan dalam Bajet 2018, malah, sebenarnya, sepanjang tahun 2017, telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis serta tak kurang juga membawa pencapaian demi pencapaian yang boleh sama-sama kita banggakan.

Bahkan, Alhamdulillah, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik, setakat ini sahaja, kita sedang serta telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya. Tahniah kepada semua khususnya warga penjawat awam!

Sudah tentulah, di permulaan Tahun 2018 ini, saya mahukan kita semua khususnya para penjawat awam, untuk sama-sama berniat, berazam dan bertekad bagi memberikan perkhidmatan yang paling terbaik serta berfikir kreatif lagi inovatif di luar kotak kelaziman, bagi menghasilkan perkhidmatan yang benar-benar berkualiti dan cemerlang.

Sebab itulah, jika pada tahun 2017 lalu, saya telah menjadikannya sebagai Year of Delivery atau Tahun Penyampaian.

Maka pada tahun ini pula, saya berhasrat untuk menjadikan TAHUN 2018 SEBAGAI TAHUN KEJAYAAN DAN KEBERHASILAN YANG MENGAGUMKAN atau YEAR OF SUCCESS AND IMPRESSIVE RESULT.

Apa yang saya mahukan adalah, kerajaan terus berjaya dalam penyampaian perkhidmatan, kita cemerlang dalam meningkatkan nilai dan kemahiran, termasuklah kualiti kerja yang bertaraf global, produktiviti yang sentiasa bertambah, budaya kreatif serta inovatif dan berjaya dengan cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta perkhidmatan kepada rakyat.

Kita sama-sama pastikan bahawa Kerajaan ini mesti menang besar dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti kerana kita ingin terus berbakti dan kekal melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan dan manfaat, demi kemaslahatan rakyat serta negara keseluruhannya. Insya-Allah.

Lebih daripada itu, saya juga mahukan Kerajaan ini, negara Malaysia dan rakyatnya pula, berjaya dengan cemerlang serta seimbang, mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

Hakikatnya, 2017 adalah tahun yang banyak membawa pencapaian kepada Malaysia. Ekonomi kita melangkaui segala jangkaan, iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga tahun 2017, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga tahun sebelumnya. Bank Dunia juga turut menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia bukan sekali, bukan dua kali, tetapi tiga kali – 4.9 peratus kepada 5.8 peratus.

Seterusnya, banyak institusi global yang dihormati seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, telah memuji pertumbuhan ekonomi Malaysia yang begitu memberangsangkan serta pengurusan ekonomi berhemat oleh Kerajaan, selain mengakui bahawa, daya tahan dan daya saing ekonomi telah dikukuhkan. Sentimen ini diperkukuhkan lagi dengan keyakinan yang ditunjukkan masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang tahun lalu.

Sememangnya juga, 2017 merupakan tahun pemulihan bagi ringgit, yang menyaksikan ia kembali mengukuh secara perlahan-lahan.

Pada awal tahun 2017, Ringgit memulakan dagangan rendah pada paras 4.4900 berbanding dolar AS dan terkini, Ringgit mencecah paras tertinggi pada kadar RM3.9980, berbanding dolar Amerika Syarikat, melepasi tahap psikologi 4.0 apabila ditutup beberapa hari lalu, sekaligus menjadikannya pada kedudukan terbaik sejak Ogos 2016 dan ringgit juga muncul mata wang terbaik di rantau ini pada November lalu. Peningkatan nilai mata wang ini, mencerminkan asas ekonomi kita yang kukuh dan berdaya tahan.
Antara Sorotan Pencapaian 2017

Selanjutnya, pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih 2,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana yang bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global, terutamanya pasaran China melalui DFTZ.

Pada bulan Februari lalu, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan AS$7 bilion di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor, yang menjadikan ianya pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.

Manakala laluan MRT pertama negara jajaran Sungai Buloh-Kajang telah mencipta 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 daripadanya adalah pekerjaan langsung.

Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat seperti, East Coast Rail Link di Pantai Timur, dan High Speed Rail yang merentasi Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor, yang bakal dibina. Di Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sedang rancak dijayakan.

A new milestone for export performance direkodkan pada Mac 2017, yang mana nilai eksport telah mencecah RM80 bilion untuk pertama kalinya. Peningkatan eksport yang teguh dicerminkan oleh momentum yang lebih baik dalam sektor barangan dan perkhidmatan.

Sungguhpun begitu, saya sedar ada antara kita masih menghadapi cabaran, tetapi langkah-langkah yang telah dan akan terus kita ambil bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara kita terus mampan dan inklusif, meluas serta memanfaatkan setiap segmen masyarakat.

Inilah sebabnya dalam Bajet 2018, saya telah mengumumkan pengurangan cukai, peruntukan untuk petani, nelayan, pekebun kecil dan penoreh getah, diskaun pembiayaan pengajian buat para pelajar, waktu kerja lebih mudah bagi wanita mengandung dalam perkhidmatan awam dan banyak lagi langkah-langkah lain yang telah diumumkan, untuk membantu meringankan beban rakyat.

Bahkan, Bank Dunia melaporkan bahawa, “Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh” dan kita menjangkakan pertumbuhan sihat bagi tahun 2018 dan lebih banyak pengurangan defisit apabila kita terus mengambil segala langkah yang perlu untuk membangunkan negara dan memastikan keselamatan, kebajikan serta kebahagiaan rakyat Malaysia.

Kerajaan menjangkakan, Insya-Allah, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada tahun 2018, dengan KDNK sebenar berkembang antara lima peratus dan 5.5 peratus, diterajui permintaan dalam negeri.

Para penjawat awam mestilah lebih bekerja keras dan gigih bersama barisan kepimpinan, bukan setakat untuk mengekalkan status Malaysia sebagai role model atau negara Islam contoh kepada negara-negara Islam lain, tidak juga sekadar berbangga apabila digelar sebagai antara model negara berbilang kaum yang paling berjaya di dunia, bahkan, lebih jauh daripada itu, sudah sampai masanya Malaysia membuktikan kewibawaannya untuk menjadi ‘global player’ yang berjaya dalam segenap dimensi dan sudut.

Contohnya, kita juga lantang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan dan sejagat seperti di Syria, Rohingya serta Palestin. Malah dengan tegas dan lantang menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitul Maqdis Sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila.

Selain Malaysia turut berperanan aktif di peringkat ASEAN dan dalam kalangan negara-negara Islam, kita juga mempunyai hubungan baik dengan negara-negara besar dunia seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Arab Saudi dan India.

Sehinggakan, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.

Kerajaan ini merupakan sebuah Kerajaan yang ada proven track record, ada visi dan misi yang sangat jelas serta jauh, diikuti dengan perancangan dan perencanaan yang inklusif serta komprehensif.

Misalnya, Malaysia sudah terkehadapan dan sedang disiapkan untuk menjadi High Income Advanced Economy pada tahun 2020; Nilaian ekonomi dan dagangan semasa disasarkan menjadi 2 trilion ringgit pada tahun 2025; persediaan menghadapi impak Revolusi Perindustrian Keempat pada tahun 2030; sekaligus membawa Malaysia tersenarai dalam gelanggang kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia, menjelang Transformasi Nasional 2050 atau TN50.

Ini menunjukkan bahawa, kita adalah sebuah Kerajaan yang terus bertransformasi, menjadi harapan pasti untuk masa depan rakyat dan negara. Janganlah sesekali dibiarkan negara ini, kembali semula ke zaman silam atau purba, yang bersifat kuku besi dan autokratik.

Saya mahukan negara dan Kerajaan ini terus kukuh dan mantap, stabil serta berpadu dan maju berjaya dalam semua aspek serta bidang utama, baik di sudut ekonomi, keselamatan, politik, agama, pendidikan, budaya dan sosial, yang membawa kepada limpahan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyatnya.

Kita bersama-sama menyebarkan kebaikan, mencapai delivery dan usaha-usaha murni yang telah sekian banyak dilakukan oleh Kerajaan demi kemaslahatan rakyat, selain, menangkis segala ‘perang persepsi’, propaganda dan tohmahan songsang yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di media-media sosial.

Mudah-mudahan tahun 2018 ini, akan memberikan lebih banyak kejayaan dan keberhasilan yang mengkagumkan kepada Malaysia. Didoakan, semoga majulah Malaysia, Rahmatilah rakyat dan negaranya, di bawah keberkatan serta lindungan Allah SWT sampai bila-bila. Insya-Allah.

  NajibRazak.com

Amanat YAB Presiden UMNO Sempena PAU 2017

Israq 7 Disember 2017

PWTC

#DariPengamatanSaya

Walaupun YAB Presiden Parti mulakan mood Perwakilan dengan gurauan mesra, sebagai bukti beliau menang pemurah dengan kemesraan.

Namun ucapan beliau selama 2 jam lebih penuh semangat. Syumul serta Waqi’e.

Mukadimah yang menerajui ucapan beliau membawa perwakilan dengan kemudi gagah beliau bahawa PAU kali ini kearah menerajui PRU 14, serta sebagai lonjakan kemenangan.

Samada menyentuh soal kebajikan rakyat dan pendidikan telah beliau sentuh bagaimana ia satu perjuangan istiqamah yang tak bakal putus.

PM juga penuh berhemah menghujahkan fakta logik situasi pembangkang yang semakin celaru serta hilang punca. Kepimpinan mereka yang saling bercanggah.

Sebenarnya ini adalah ruang untuk UMNO menerajui BN kearah perpaduan yang sentiasa mengambil berat seluruh kaum yang ada.

Cuma bagaimana kita mengambil ruang untuk menangani perang persepsi yang dilancar oleh pembangkang dengan mengguna segala senjata yang ada.

Apa yang lebih menarik serta mendapat sokongan padu para perwakilan serta pemerhati apabila YAB Presiden melaungkan seruan padu bantahan Kerajaan Malaysia terhadap hasrat mana-mana pihak termasuk Amerika ingin menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel ( Yahudi ).

YAB Presiden juga berjaya menjelaskan bagaimana kejayaan Negara dibawah kepimpinan kini memajukan ekonomi negara didalam tekanan merundumnya ekonomi semasa.

#TAHNIAHPM.