Majlis Mengadap KDYTM Tengku Mahkota Pahang

ybistanaabdulaziztengkumahkotaAlhamdulillah dan Menjunjung Kasih atas limpah berkenan KDYTM Tengku Mahkata Pahang Tengku Abdullah al Hajj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah bagi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Negeri bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang YH Dato Mohd Nor serta Timbalan Pengarah YH Dato Ghazali serta YH Dato Badlishah Alaudin KPP Pengurusan Masjid, berkenan untuk kami mengadap KDYTM Tuanku. Syukur banyak hal pembangunan Dakwah dan Pendidikan Islam telah dibincang serta mendapat perkenan Tuanku. KDYTM Tuanku sendiri telah juga memberi Titah cadangan yang sangat baik dalam usaha mempertingkat pendidikan Islam Negeri Pahang. InsyaAllah usaha-usaha positif bakal terlaksana dengan Taufik Ilahi.