Kearah Bajet 2016 :Peningkatan Nilai Tambah Struktur Pendidikan Agama Islam Serta Dakwah (Bah.3)

agamasekolahdakwahyb

  • Teras ini amat penting dan sewajarnya diberi perhatian serius. Pendidikan Agama jika dikaji nilai sumber mata pelajarannya serta kurikulum ia mampu melahirkan genarasi yang intelek dalam waktu yang sama berjiwa luhur.
    Pengajian kurikulum yang tidak menzahirkan genarasi yang ekstremis perlu dipergiat. Pendikan Islam adalah cantik dan indah. Cuma terkadang keindahannya diperguna oleh setengah pihak untuk menabur racun yang membunuh perpaduan ummah serta nilai aqidah yang luhur.
  • Sehingga terbitlah fahaman2 baru yang terlalu keras dan kasar ataupun terlalu longgar dan bebas (الإفراط و التفريط في الدين). Kedua2 ini tidak akan memberi faedah kepada sesuatu agama mahupun pendidkan islam sementelah lagi membina sebuah negara yang baik makmur beroleh magfirah dari Allah SWT ( بلدة طيبة و رب غفور).
  • Kaedah pendidikan yang benar berteraskan apa yang dibawa Sawadul a’zam ( سواد الأعظم) muktabar ulamak ummah ini perlu digali semula dan disegarkan dipendidikan sekolah samada diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah aliran agama sendiri. Kurikulum yang rapuh hanya memudahkan pelajar terjerumus ke pengetahuan yang serong.
  • Justeru penelitian bajet perlu difokus kepada:
  • 1. Mengenalpasti tokoh pembina kurikulum yang segar dan luhur wadah pegangan mereka dengan kurikulum Islam yang berteraskan Muktabar Ulamak. Bukan sekadar mereka yang nemilik segulung ijazah yang menopeng fahaman mereka yang berbahaya.
  • 2. Membina warga pendidik bukan sahaja nempunyai nilai jati diri yang tinggi. Bahkan mereka mampu meneruskan dan menyampai didikan sebenar dan sesuai dengan dasar negara yang membawa faham Ahlus Sunnah wal Jamaah yang didefinisi oleh muktabar Ulamak dan bukan mana-mana seseorang tokoh yang popular.
  • 3. Warga pendidik ini pula diberikan peningkatan pengetahuan dalam beragama dan juga beretika. Dengan pembentukan yang terarah mereka mampu membawa dasar kerajaan yang murni.
  • 4. Kebajikan mereka disetiap peringkat perlu diambil kira.
  • 5. Pendidikan dasar dan asas diperingkat KAFA perlu dinaik taraf dibawah pengurusan Kerajaan melalui JAKIM kepada sekolah rendah agama. Guru-guru bukan sahaja dipilih dikalangan mereka yang berusia lebih cergas dan mudah pergerakan bahkan juga sudah tiba masanya dipilih dari kalangan yang mampu membawa dasar pendidikan yang berilmiah dan membentuk nilai sivik Islam yang sejati tidak diwarnai dengan kebencian sesama Islam dan manusia amnya.
  • 6. Dalam waktu yang sama bagi memastikan kelancaran peranan mereka kebajikan dan elaun mereka wajar dikaji semula agar tidak berada dibawah paras kemiskinan.
  • 7. JQaf pula perlu disegarkan agar pelajar dan guru merasai bahawa mata pelajaran itu bukan sekadar aksesori semata2 tetapi ia adalah sebuah dasar kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang segar dan bertaqwa.
  • 8. Sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri begitu juga SABK perlu diberi kemudahan pasarana yang lebih baik setanding dengan sekolah-sekolah berasrama penuh. Ini kerana sebahagian besar pelajar disana bukan sahaja anak tulin dan jati Malaysia, tetapi juga majoriti mereka adalah air tangan SK yang berjaya cemerlang di UPSR tetapi memilih untuk ke sekolah aliran  agama. Kita tidak lagi boleh membiarkan bangunan nereka terus usang, sekokah mereka terdedah kepada bahaya dan kemusnahan yg boleh membahayakan pelajar dan warga sekolah berkenaan.
  • 9. Warga pendidik sekolah ini juga perlu diwajibkan mendapat kursus-kursus sepertimana yang didedahkan kepada guru kementerian dengan lebih agresif yang akhrnya meletakan mereka boleh dikongsi upaya bersama barisan guru-guru kementerian. Apabila mereka tearah sudah pasti anak didik terbentuk.
  • 10. Kebajikan mereka juga,wajar diberi keutamaan. Peluang pertukaran dan kenaikan pangkat dipermudahkan.
  • Adapun soal Dakwah dan kebajikan kita mengucap tahniah kepada YAB PM yang telah meneruskan dasar dakwah melalui YADIM, JAKIM, dan segala agensi yang ada. Namun usaha memperkasakan hal ini perlu dikaji semula.
  • Seumpama peranan masjid dalam dakwah yang tidak lagi memadai tugasan Imam mengimamkan solat, berkhutbah di mimbar dan bercemah dipentas masjid, peranan dakwah bilhal terhadap masyarakat perlu dikaji semula. Pertamanya mestilah disediakan peruntukan secukupnya. Kedua penglibatan masyarakat perlu juga diambil kira terutama kepimpinan setempat. Penglibatan itu juga menjadi KPI mereka yang dinilai sempurna. Peranan Pengurusan Masjid dalam dakwah serta membina perpaduan masyarakat membuatkan masjid yang dikunjungi membolehkan mereka merasa segar dan hidup jiwa mereka.
  • Pendakwah dan Guru Takmir juga perlu didekati. Sebuah kurikulum dakwah wajar digarap. Mewujudkam laman interaksi antara Ulamak, Pendakwah dan Kepimpinan secara rutin dan teratur bukan sahaja membantu mereka untuk berdakwah tetapi mampu mendekatkan jurang yang sangat ketara jauh dan berbeza. Dalam waktu yang sama hak-hak dan kebajikan mereka diusahakan sebaik mungkin melalui pembayaran elaun ataupun skim-skim kebajikan yang lain.

Catatan : Syed Ibrahim Syed Ahmad

27 September 2015 – 8.00 pm

Perutusan Takziah : Mina 10 Zulhijjah

minastampedeyb

اسم الله الرحمن الرحيم. …
الحمد لله و الصلاة و السلام علي رسول الله وعلي آله و صحبه ومن والاه.

  • Kami di Pengurusan Pejabat Jawatan Kuasa Dakwah Negeri Pahang serta Pusat Khidmat Dun Kerdau, meluahkan rasa sedih dan dukacita diatas apa yang berlaku di Tanah Suci Makkah. Dimana ketika perarakan mulia Jamaah Haji dari Wuquf menuju Mina bagi melaksanakan tuntutan seterusnya, diuji dengan musibah. Dimana diberitakan ratusan Jamaah yang telah terlibat dan maut dikemalangan berkenaan serta cedera. Semuga Allah limpahi Roh mereka dengan Kedamaian Abadi. Dan sesungguhnya kita semua dari Allah dan juga pasti bakal kembali kepada Allah.
    إنا لله وإنا اليه راجعون. حسبي الله نعم الوكيل نعم المولي و نعم النصير.
  • Namun demikian sebagai bahagian dari Ummah Muhammadiah, perkara ini perlu diambil pengajaran yang besar dan muhasabah yang luhur dari setiap individu Mukmin. Kerana tidak Allah jadikan sesuatu selain dengan.sebab dan musabbab.
  • Pengajaran utama kita ini semuanya milik Allah. Dan terserah kepada Allah untuk bertindak kepada MakhlukNya kerana ia adalah Sang Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Seperti yang digambar Syai’er:
    وكن راض بما قدر المولي ودبر
    ولا تسخط قضي الله رب العرش الأكبر.

Jadilah orang yang redha dengan Qadha Allah, dan berusahalah.
Jangan sesekali kecewa dengan ketentuan Allah kerana Ia Tuhan Pemilik Arasy Yang Agung.

  • Pengajaran kedua perlu di Muhasabah oleh kita sebagai tetamu Allah. Yang namanya tetamu sudah pasti ada pekara yang perlu diketahui dalam adab bertamu. Perilaku dan peradaban inilah yang menjadi nilai Tuan yang ditandangi meladani pengunjungnya. Lebih-lebih lagi yang dikunjung Pemilik segala Alam Semesta. ALLAH yang Maha Kaya dan Kembali kepadaNya segala kuasa. Hak Mutlak segala pegerakan yang kecil mahupun yang besar. Maka jika sesama makhluk kita perlu menjaga sopan ketika bertamu bagaimana jika berkujung bertamu di Halaman Rahmat Magfirahnya Allah.
  • Apa salah kita mengenang sejenak bagaimana meneladani Junjugan Mulia SAW didalam perarakan Baginda SAW masuk kebumi Mekah bersama Muhajirin dan Ansar. Masuk dalam situasi penuh sopan, tunduk, tawaduk, dan merendah diri. Tidak menghentak langkah.  Tidak pula mengangkat muka.
    Semua yang bersama diberi hak kemuliaan. Semua yang didatangi dipelihara ketuanan. Sehinggalah zahir Rahmat dan Inayah Allah dengan Tajjali yang Maha Agong.
  • Pengajaran Ketiga, sewajarnya menjadi Muhasabah bagi Tuan Rumah yang memiliki pengurusan haji yang dipinjam Allah kepada mereka kemuliaan itu meneliti hal-hal seumpama yang sering berlaku. Lebih-lebih lagi kekerapan berlaku semakin bertambah. Apakah memadai dengan sikap membina pembangunan material sedang meyamping pembangunan Sirah Nubuwah yang menjadi rahsia tersirat umat Islam berkunjung ke Mekah.
  • Perlu diingat umat Islam kesana bukan untuk melihat wujudnya mereka yang berlumba membina bagunan tinggi “ينطاولون في البنيان” seperti didalam alhadis. Terapi mereka ingin mengembalikan nostalgia Saiyyidina Ibrahim dalam meninggalkan bangunan 4 segi yang beliau bina sedang pembinaannya tidak sempurna asalnya. Tetapi bangunan itu disimpan Allah Rahsia keAgonganNya. Mereka hadir ingin menjenguk peninggalan Rasulullah dan Isteri Baginda serta keluarga dan Para Sahabat yang menjadi saksi sejarah tentang perjuangan mereka menyebar iman, membina keluhuran dan menegak syariah. Tetapi apabila semua itu telah hilang dipandangan ummah. Semua tiada dalam tulisan alam. Maka pasti sunnah Nabi mula pudar dalam pandangan pengunjung. Kepudaran pandangan membawa kepada kegelapan Iqtida (إقتداء) dengan mereka yang dituntut untuk diteladi. Mata tidak lagi insaf kerana semua yang dipandang sama apa yang dipandang disemesta watan mereka. Telingga yang didengar hanya ungkapan yang semakin melupakan asar (أثر) sahabah dan Anbia’.
  • Hal yang demikianlah telah membawa situasi baru. Situasi yan jauh dari Ulfah Salafus Saleh. Yang jauh dari resam Tabiin, situasi yang begitu jauh jurang dengan hayatnya Sahabah. Akhirnya tauladan Rasul tidak dihairani. Perasaan jiwa begitu jauh dengan Rasulullah SAW. Pergerakan tidak lagi sebagaimana bergeraknya mereka yang dimulia Allah sebagai tetamu.
  • Maka tidak hairan jika ujian demi ujian ditimpa Allah.

‪#‎BERMUHASABAHLAH_UMMAH‬.

Catatan : Syed Ibrahim Syed Ahmad

10.25pm

Perutusan 9 Zulhijjah : Hari yang Di Cemburui

Coretan dari YB Dato Syed Ibrahim Syed Ahmad

23 September 2015/ 9 Zulhijjah 1436

zulhijjahblackyb

  • Pernah seorang lelaki Yahudi bertanya kepada Saiyiduna Omar RA Khalifah Islam, di dalam Kitab Tuan ada tertulis yang Tuan baca, dimana jika turun kepada kami nescaya kami akan jadikan hari itu sebuah perayaan.
  • Tanya Khalifah : “Ayat apakah itu ?” Katanya : “Hari ini aku sempurnakan Agama kamu dan Aku lengkapkan bagi kamu nikmatKu dan Aku redha buat kamu Islam itu sebagai Agama kamu”. Surah al Maidah ayat 5.
  • Berkata Khalifah : “Kami tahu tentang ayat itu dan ia diturunkan kepada Rasulullah SAW di Arafah ketika Baginda berdiri pada hari Jumaat”.
  • Persoalan ini lahir dari kecemburuaan yang positif kepada Agama Islam dari seorang Yahudi. Kecemburuan ini zahir dari kelebihan yang ditonjolkan dalam Agama Islam itu sendiri.
  • 9 Zulhijjah Hari Araffah telah menjadi saksi suci akan kemulian Islam itu sendiri. 9 Zulhijjah yang terpilih sehingga Allah membanggai orang-orang yang wukuf dengan penghuni langit. Seperti dalam Hadis Sahih Riwayat Ahmad.
  • Justeru itu penonjolan kelebihan Islam sebagai Agama yang sempurna begitu jelas dan tidak dapat disangkal lagi. Sehingga Si Yahudi pun yang cemburu itu mengakuri dengan penuh positif. Buktinya Apabila Agama Islam itu sendiri menjemput mereka bersatu kata.
  • Firman Allah dalam Surah al Imran Ayat 64 : ” Katakanlah Wahai Muhammad, Wahai Ahlul Kitab marilah kita menyatakan kalimah yang sama diantara kita semoga kita tidak meyembah selain Allah dan tidak pula kita mensyirikanNya dengan sesuatu, Jangan pula kita jadikan diantara kita sebagai Tuhan-Tuhan kita selain Allah. Jika kamu berpaling maka nyatakanlah bahawa kami adalah dikalangan orang Islam”.
  • Seruan penyatuan kalimah dan kebersamaan adalah seruan Islam kepada Ummah sejagat. Bagi mereka yang insaf dari sudut realiti sebagai manusia pasti mereka terasa dibela dan diberi kesamarataan. Inilah indahnya kesempurnaan Islam.
  • Kesempurnaan ini lagi dapat dilihat oleh mereka apabila Allah sendiri dengan tegas melarang dalam dakwah dan seruan yang terbentuk atas dasar ekstremis dan kasar. Paksa dan ugut.
  • Makanya Allah berfirman :
  • ” Tiada paksaan dalam beragama kerana telah jelas mana yang benar dari yang salah”.
  • Surah al Baqarah ayat 256.
  • Tambahan pula para Nabi diperintahkan membawa Agama dengan kasih sayang dan lemah lembut. Seperti perintah Allah kepada Nabi Musa AS berhadapan dengan Raja Firaun yang angkuh dengan bicara yang manis.
  • Dari sini perlu dipelajari kemana hilangnya jiwa seumpama Yahudi yang cemburu tetapi terarah bersikap positif.
  • Penghinaan yang bertubi-tubu kepada Islam tidak lagi hairan. Bukan sahaja lahir dari mereka yang Kufur kepada ajaran Islam. Tetapi terkadang dari Individu yang mengaku Islam.
  • Allah SWT dianggap oleh mereka sebagai curi tulang dan malas menjaga kebajikan HambaNya. Kenyataan ini hanya menonjolkan kecelaruan mereka bahkan kecemburuan yang mendalam yang tiada teras Ilmiah. Hasilnya mereka akan membuahkan bibit persengketaan yang sukar dirawat dalam dirinya sendiri. Ini berlaku apabila pejuang-pejuang kebenaran yang bersifat Fitrah dalam benak naluri mereka sendiri menyangkal kenyataan lidah mereka yang tidak bertulang.

Terus Baca

Bicara Korban

kurbanyb

Hidupkan 10 Malam Pertama Zulhijjah Yang Mulia Ini dengan Taklim & Tazkiah : –

??????
بسم الله الرحمن الرحيم

? تعريف الأُضْحية : ما يُذْبَحُ مِنَ النِّعَمِ تَقَرُّباً إِلى اللهِ تَعالَى مِنْ يَومِ النَّحْرِ (10 ذي الحجة) إِلى آخِرِ أَيامِ التَّشْريق (13 ذي الحجة) .

?; فَلِلْأُضْحية ثَلاثَة قُيود
1⃣ كَونُها مِنَ النَّعَم .
2⃣ كَونُها يَومَ العيدِ وايامَ التَّشْريقِ وَلَياليها .
3⃣ كَونُها تَقَرُّبا إِلَى اللهِ تَعالَى .

‪#‎Erti_Korban‬ : –
Apa yang disembelih dari binatang ternakan dengan tujuan mendekati Allah bermula dari hari an Nahr ( Hari Raya Korban) 10Zulhijjah – akhir hari Tasyriq 13Zulhijjah.

‪#‎Terdapat_3_Ikatan_Korban‬:

1- Ia mestilah dari binatang ternakan yang berkaki empat.

2- Ia mestilah dihari Pertama Aidil Adha sehingga 3 Hari Tasyriq.

3-Mestilah atas dasar mendekati Allah, (bukan kepentingan).

???????

? الأَصْلُ فيهِ : قَولُهُ تَعالَى : {فصل لربك وانحر}[الكوثر: ٢] أَي : صَلِّ صَلاةَ العَيدِ وانَحْرِ الأُضْحية قَولُهُ تَعالَى :{والبدن جعلناها لكم من شعائر الله} [الحج: ٣٦] أَي مِنْ أَعْلامِ دينِه.

?? وَفي الحَديث : ضَحَّى رَسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم بِكَبْشَينِ أَمْلَحَينِ أَقْرَنَينِ ذَبَحَهُما بيدِهِ الكَريمَة وَسَمَّى وَكَبَّرَ وَوَضَعَ رِجْلَهُ المُبارَكَة عَلى صِفاحِها ، وَمَعْنَى أَمْلَحَين : أَبَيضَين .

???????

#Dalil-Dalil Sunnahnya Korban:

Firman Allah SWT:
“Maka hendaklah kamu solat (sembahyang raya haji) kerana Tuhan Kamu (ALLAH), Serta sembelihlah (binatang korban)”. al Kauthar ayat 2.

“Dan kami jadikan binatang korban kamu itu bahagian dari syiar kebesaran agama Allah”.
Sural al Hajj ayat 36.

Sabda Baginda SAW:
Rasulullah SAW sendiri telah berkorban 2 ekor kibas yang tegak, bertanduk dan disembelih dengan tangan Baginda yang mulia, dimulakan dengan Basmalah, Takbir dan menyentuh kaki Baginda Mulia (ketika pengorbanan) disisi kibasnya”.

Muga Sunnah Mubarakah terus bersemarak hidup dijiwa Ummah Muhammadiah.
??????

فَضْلُها : في الحَديث : (ما عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَومَ النَّحْرِ مِنْ عَمَلٍ أَحَبُّ إِلى اللهِ تَعالَى مِنْ إِراقَةِ الدَّمّ إِنَّها لَتاتي يَومَ القيامَةِ بِقُرونِها واظْلافِها وأنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهَ بِمَكانٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ فَطَيِّبوا بِها نَفْسا)
وكذلك : (عَظِّموا ضَحاياكُمْ فانَّها عَلى الصِّراطِ مَطاياكُم).علم خ

‪#‎Kelebihan_Ibadah_Qorban‬ :

“Tiada amalan yang dilaksanakan Anak Adam dihari korban yang sangat disenangi Allah, seumpama peyembelihan korban. Dihari kiamat nanti akan datang tanduk, kuku dan darah binatang korban oleh Allah dari tempat tertumpah darah penyembelihan bagi membersih jiwa pengorbanan.
Demikian juga disabdakan: “Agungilah korban kamu nescaya ia menjadi tunggangan mulia di Syirat nanti”.

???????

???????

? حُكْمُ الأُضْحية : سُنَّة مُؤَكَّدَة .
وَهي مِنْ سُنَنِ الكِفايَة وَهي أَفْضَلُ مِنْ صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ لِلْاخْتِلافِ في وجوبِها في يَومِ النَّحْرِ إِلا صِلَةَ الرَّحِم .

? وَمَعْنَى كَونَها سُنَّة كِفايَة مَن كَونِها تُسَنُّ لِكُلِّ أَحَدٍ مِنْهُم : سُقوطُ الطَّلَبِ بِفِعْلِ الغَيرِ لا.
حُصولُ الثَّوابِ لِمَنْ لَمْ يَفْعَله.

? وَتَكونُ واجِبَة في أَرْبَعِ مَسائَل
1⃣ إِذا نَذَرَها : كأنْ قالَ : (نَذَرْتُ أُضْحيةً) أَو (عَلَيَّ أَنْ أُضَحي) .

2⃣ إِذا عَيَّنَها : كأنْ قالَ : (هَذِهِ أُضْحيتي) ابْتِداءً إِذا لَمْ يَقْصِدِ الخَبَر .

3⃣ بالجُعْلِ : كأنْ قالَ : (جَعَلْتُ هَذِهِ أُضْحية) لأَنَّ الجُعْلَ بِمَنْزِلَةِ النَّذْر. بَلْ مَتَى قالَ : (هَذِهِ أُضْحية) صارَتْ واجِبَة وإنْ جَهِلَ ذَلِك .
وقالَ الشِّبْرامِلْسي : لا يَبْعُدُ اغْتِفارُ ذَلِكَ لِلْعَوام .

4⃣ إِذا أَوصَى رَجُلٌ بِأَنْ يُذْبَحَ عَنْهُ : فَيَسْلُكُ مَسْلَكَ الواجِبِ فَلا يَجوزُ أَنْ يُتَصَدَّقَ بِها .

‪#‎Hukum_Berkorban‬:

Ia adalah Sunnat Muakkad.
Ia juga lebih afdhal dari sedekah biasa / sukarela. Dimana ia dimestikan dilaksana pada hari korban.

Sunnah Korban ini pula adalah sunnah kifayah. Memadai seorang yang melakukan maka ahli keluarga terlepas dari tuntutan sunnah. Namun ganjaran pahala hanya kepada yang melaksana.

Ia juga boleh menjadi wajib dalam 4 Keadaan :

1- Bagi yang bernazar untuk berkorban.

2- Bagi sesiapa yang telah menetapkan hasratnya.

3- Bagi yang melakukan ternakannya dengan menyatakan “aku jadikan ini sebagai korban”. Kerana ia seperti nazar.

4- Jika ia berwasiat. Maka,wajib dilaksanakan.

Muga Allah Rahmati Ummah dengan Nilai Ilmiah yang luhur dalam berkorban.

???????

? عَلى مَنْ تُسَنُّ :
تُسَنُّ مِنَ المُسْلِمِ البالِغِ العاقِلِ الحُرّ المُسْتَطيع وَلا فَرْقَ بَينَ الحاجِّ وَغَيرِه . قالَ الإِمامُ الشافِعي لا أُرَخِّصُ في تَرْكِها لِمَنْ قَدَرَ عَلَيها .

??المُسْتَطيع : مَنْ يَقْدِرُ عَلَيها فاضِلَةً عَنْ حاجَتِهِ وَحاجَةِ ممونه يَومَ العيدِ وأيامَ التَّشْريق .

?? إِذا أَتَى بِها واحِدٌ مِنْ أَهْلِ بَيتٍ وَهُمْ مَنْ كانوا في نَفَقَةٍ واحِدَة فَيَسْقُطُ الطَّلَبُ عَنِ البَقية. والثَّوابُ يَخْتَصُّ بالفاعِلِ وَعِنْدَ الإمام الرَّمْلي يَشْمَلُ الجَميع .

‪#‎Siapakah_Disunatkan_Ibadah_Ini‬:

* Ia disunatkan keatas, Muslim, Baligh, Berakal, Bebas (Bukan Hamba), Berupaya, Tak Kira ia menunaikan haji atau tidak. Bahkan menurut Imam Syafie tiada kelonggaran bagi mereka yang berkeupayaan.

* Berkeupayaan, Adalah mereka yang mempunyai lebih dari keperluan. Keperluan ketika dihari korban dan hari Tasyriq.

* Jika seorang dari ahli keluarga telah melaksanakan maka gugurlah tuntutan kepada ahli keluarga. Namun mereka tidak mendapatkan pahalanya. Menurut Imam ar Ramly keluarganya juga turut menerima ganjaran pahala dari Allah.

Muga Allah merahmati ummah dengan menghidupkan sunnah suci dijiwa Ummah Muhammadiah.

???????

? مَسائِلُ في نيةِ التَّضْحية :

1⃣ لا تُشْتَرَطُ النيةُ في الأُضْحية المُعَيَّنَة بالنَّذْرِ ابْتِداءً اكْتِفاءً بالنَّذْرِ عَنِ النية لِخُروجِها عَنْ مِلْكِه ..

2⃣ تُشْتَرَطُ النيةُ عِنْدَ الذَّبْحِ أَو التَّعيينِ لِلْأُضْحية المُتَطَوَّعَة أَو الواجِبَة بالجَعْلِ أَو التَّعيين .

3⃣ يَجوزُ التَّفْويضُ في النية لِمُسْلِمٍ مُمَيِّزٍ وإنْ لَمْ يوكِلُهُ في الذَّبْح .

4⃣ لَو وَكَّلَ في الذَّبْحِ كَفَتْ نيتُهُ عَنْ نيةِ الوَكيلِ بَلْ لَو لَمْ يُعْلِم الوَكيل أَنَّهُ مُضَحٍّ لَمْ يَضُرّ .

‪#‎Permasalahan_Niat_Berkorban‬ : –

1- Tidak disyaratkan bentuk lafaz tertentu untuk berkorban, bahkan memadai dengan hasrat yang ternazar dalam hati mengeluarkan dari hak miliknya.

2- Ketika peyembelihan pula disyaratkan berniat dan menyebut‪#‎niat_korban‬, samada qorban sukarela atau korban wajib kerana nazar atau kerana penetapan.

3- Boleh diwakilkan sesiapa untuk niatkan bagi pihaknya walaupun si wakil yang berniat bukan orang yang menyembelih.

4- Jika Si Pengorban mewakilkan orang lain meyembelihkan Qorbannya, memadai niat yang dibacanya atau wakilnya yang berniat bagi pihaknya. Bahkan jika Si Peyembelih tidak tahu tentang niatnya tidak merosakkan ibadah Qorban.

Muga Sunnah Suci dari Nusuknya Qorban bersemadi hidup di jiwa Ummah Muhammadiah.

 

Terus Baca

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang Kali Ke-14 2015

arenamaranyb

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Di Raja Haji Adnan Bin Haji Yaakob Ke Perasmian dan Peyampaian Anugerah Cemerlang Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Pahang.

arenamaranyb2

Pelbagai Kategori Guru, Pelajar dan Sekolah yang telah diberi anugerah oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui JAIP bukan sahaja sebagai pengiktirafan bahkan sebagai motivasi kebersamaan bagi peningkatan Pendidikan Islam Negeri Pahang.

Sebarkan Salam.

ybfajarنفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا ألا أدلكم على أمر إذا أنتم فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

Dari Abu Hurairah ra berkata ;

Rasulullah SAW bersabda ; Demi jiwaku ini didalam MilikNya, Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu pula tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi antara satu sama lain ( saling hormat menghormati dengan penuh perasaan kasih ). Tidak kamu mahu aku tunjukan seperkara seandainya kamu lakukan nescaya kamu saling mengasihi antara satu sama lain. Sentiasalah kamu sebarkan salam diantara kamu.

Hadis Sahih Riwayat Turmuzi