Audio Perbahasan Usul Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Pahang (Bajet) 2018

Isnin 27 November 2017

Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang

Yang Berhormat Dato Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad diberi peluang untuk turut membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri Pahang (Bajet) serta menggulung isu-isu yang dibangkitkan oleh Adun-Adun pada hari Kelima Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima DUN Ke 13. Syukur Alhamdulillah muga sedikt perkongsian dapat diamati serta bermanfaat.

Diberi peluang untuk turut membahaskan usul Rang Undang-Undan Perbekalan Negeri Pahang (Bajet) serta menggulung isu-isu…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 26 November 2017

Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang Ke-87

Israq 24 Oktober 2017
Sembah Tahniah Keputeraan Tuanku KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni al Marhum Sultan Abu Bakar al Muazzam Shah.
#DirgahayuTuanku.

Israq 24 OktbSembah Tahniah Keputeraan Tuaku KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni al Marhum Sultan Abu Bakar al Muazzam Shah. #DirgahayuTuanku.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Isnin, 23 Oktober 2017

Majlis Pelancaran Piala YAM Tengku Muda Pahang Liga Klasik DUN Kerdau 2017

Ahad

24 September 2017

Menyaksikan YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkenan mencemar duli melancarkan Piala YAM Tengku Muda Pahang Liga Klasik DUN Kerdau bersama rakyat DUN Kerdau.

Majlis turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua jabatan, pimpinan kampung dan mukim serta rakyat jelata yang jelas gembira dengan kehadiran YAM Tengku Muda.

 

Asar 24 Sept :Keberangkatan YAM Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Ke Kerdau bagi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 24 September 2017

Kaedah ‘Rent-To-Buy’ Akan Diguna Pakai Untuk PR1MA Pahang

TAPAK PROJEK PR1MA PAHANG, KAMPUNG BUKIT LADA, KERDAU, TEMERLOH – Demi mengatasi masalah kesukaran bakal pembeli dalam kalangan rakyat mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah ekoran ‘disposable income’ bulanan tidak mencukupi untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan;

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, membuat keputusan untuk mengguna-pakai kaedah ‘rent-to-buy’ atau sewa untuk beli bagi unit-unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahangnya.

Ini sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan katakan pada persidangan media sempena majlis tiga (3) dalam satu (1) – Penyerahan Kunci PR1MA Pahang, Penyampaian Notis 5A dan pemberian bantuan saguhati menunaikan haji petang Rabu, 26 Julai di sini.

Sambil menyatakan syukur atas kejayaan pembinaan rumah-rumah di bawah PR1MA Pahang setakat ini, katanya, “… sekali lagi masalahnya, mereka (bakal pembeli) sukar mendapatkan pinjaman bank.

“Dan pihak bank juga ada sebab munasabah sebab setelah dikaji ‘disposable income’ dia orang (bakal pembeli), pendapatan yang boleh belanja; dia orang (bakal pembeli) tak cukup nak bayar (pinjaman) bank.

 

BAYAR SEWA TANPA HENTI, REKOD BAIK; DAPAT MILIKI

“Tapi, baru-baru ini di (Pulau) Tioman, YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Kesjeahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar telahpun memulakan satu skim, ‘rent-to-buy’, sewa untuk beli.

“Kita akan cuba dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang baik: kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

“Dan Menteri beritahu, mungkin ini boleh disebarkan ke seluruh negara. Saya berharap, ianya dapat disebarkan ke seluruh negara.

“Kalau tidak agak sukar, mereka yang tidak ada ‘disposable income’ yang cukup untuk nak bayar ‘instalment’ (ansuran pinjaman) rumah, dianya tidak dapat pinjaman bank; tidak dapat membeli rumah,” katanya lagi.

Mengenai PR1MA Pahang katanya, asal sasaran bagi membina 15,000 unit rumah berkenaan – rumah berkembar, RM150,000 seunit; dalam tempoh lima (5) tahun antara pertengahan tahun 2013 dan 2018, telahpun melampaui sasaran.

 

JANJI PRU-13 DITEPATI  

“Kita mula tahun 2013, kita ‘target’ 15,000 dalam tempoh lima (5) tahun. Tapi Alhamdulillah, sehingga Jun 2017, dalam tempoh lebih kurang empat (4) tahun, kita telahpun berjaya membina (dalam pelbagai peringkat) 35,000 unit rumah PR1MA,” katanya.

“Macam di sini, dah siap; di Kuantanpun dah siap. Dan beberapa lagi akan siap dalam tempoh masa terdekat. Saya bersyukur,” katanya lagi sambil memuji pemaju di sini – Jangka Alpha Sdn Bhd, atas kualiti kerja – ‘finishing’, dan juga ‘material’ bermutu, yang digunakan.

Kepada soalan wartawan kot-kot ada dalam kalangan pemaju bagi pembinaan rumah di bawah PR1MA Pahang yang gagal, jawab Dato’ Sri DiRaja Adnan, tiada.“Semuanya berjaya termasuklah Jangka Alpha ini,” tegasnya.

Menurut maklumat yang disediakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, daripada 106 projek serta kira-kira 35,000 unit rumah PR1MA Pahang sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut;

Lima (5) projek atau kira-kira 1,504 unit telahpun siap dengan memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang termasuk 200 unit di PR1MA Pahang Bukit Lada ini, seterusnya berjaya diserahkan kunci kepada para pembeli sepertimana petang ini.

PROJEK PR1MA PAHANG BUKIT LADA JADI ‘BENCHMARK’

“Rekabentuk dan susunatur rumah PR1MA Pahang Kampung Bukit Lada dengan keluasan 1,000 kaki persegi adalah antara yang terbaik dan boleh menjadi ‘benchmark’ kepada projek-projek PR1MA Pahang yang lain,”menurut maklumat tersebut.

Pada majlis ini juga, seramai 318 orang menerima Notis 5A masing-masing iaitu 146 orang peserta bagi Rancangan Pembesaran Kampung (RPK) Kampung Pulau Raya, dan, 172 lagi bagi RPK Kampung Gunung Senyum .

“Pemberian Notis 5A kepada peserta-peserta bagi kedua-dua RPK ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini,” menurut maklumat yang sama.

Bagi meraikan bakal-bakal haji ini yang di bawah kategori pengkhidmat sukarelawan negeri – penghulu, ketua kampong, ahli jawatankiuasa masjid/surau, penggali kubur, pengurus jenazah, imam, bilal dan guru al-Quran;

Kepada bakal haji persendirian yang seramai 40 orang, Kerajaan Negeri menyumbang RM3,000 setiap seorang manakala bagi yang di bawah tajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seramai 50 orang, menerima RM500 seorang.

KEHADIRAN ‘STALWART’

Selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis petang Rabu ini ialah Pengerusi,  Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;

Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, Dato’ Norol Azali Sulaiman, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Johari Husein, Dato’ Shahaniza Shamsuddin, dan, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga wakil rakyat setempat (BN – Kerdau);

 

Sumber :  Khabar 

Sekitar Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Kg Bukit Lada, Kerdau

Rabu 26 Julai 2017

2.30 petang

Ketibaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran Temerloh menjenguk dan meneliti situasi Rumah PR1MA. Keadaan rumah yang selesa serta staretgik kedudukannya memberi sedikit sebanyak keselesaan kepada penerima rumah berkenaan.

Ketbaan YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar Pahang 26 Julay 3.30ptg , setelah selesai mesyuarat MMK di Majlis Perbandaran…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Setelah lawat tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, majlis dimulakan dengan Ramah Mesra serta Silaturahim Aidil Fitri Dun Kerdau. Majlis yang dihadiri melebihi 7000 kehadiran ini telah dapat mendengar sendiri amanat YAB Menteri Besar Pahang tentang beberapa pekara :

Samada Penyelarasan PR1MA di Negeri Pahang yang menjadi manifesto janji ditepati Kerajaan Negeri Pahang. Ia telah berjaya dibangunkan diseluruh Negeri Pahang termasuk Dun Kerdau. Namun PR1MA Kerdau adalah antara yang terawal siap dengan sempurna.

YAB Dato Sri juga mengalu-alukan sukarelawan yangtelah ditawar oleh TH sebagai bakal-bakal haji yang akan melaksanakan ibadah itu pada tahun ini. Mereka bukan sahaja diberi wang saku sebagai bantuan sebanyak RM3000 bahkan mereka diraikan oleh YAB Dato Sri Menteri Besar sendiri.

YAB Dato Sri juga sempat menjelaskan tentang usaha-usaha Kerajaan yang konsisten dalam menyelesaikan isu tanah. Hari ini dua buah kampung seramai lebih 300 penerima Notis 5A dalam DUN Kerdau. Cuma mereka yang menerima tawaran ini mestilah menghargai setiap pemberian dengan menjaganya de ngan baik, membangunkannya dengan sempurna disamping elakan menjual hanya sekadar untuk mendapat keuntungan singkat. Namun pemberian ini biarlah menjadi asetuntuk keluarga dan anak cucu.

Majlis ramah mesra ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran rakan-rakan Exco dan Adun serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah serta kepimppinan setempat.

Juadah Aidilfitri juga telah terhidang seadanya kepada para hadirin

Muga Allah berkati Semua.

27Jul 4ptgSetelah lawst tapak dan situasi PR1MA Kg Bkt Lada Kerdau, Majlis dimujakan dengan Ramah Mesra serta…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

YAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun kemeja-meja penerima Kunci PR1MA dan Bantuan Haji. YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri serta YB Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin II II turut menyampaikan Notis 5A kepada penerima-penerima. Muga semua mereka diberkati Allah.

26 Jul AsarYAB Dato Sri Menteri Besar dan YB Dato Sri Wan Rosdi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan turun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

27Julai Maghrib :
Selesai dari Program
YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun sempat juga menziarahi 10 warga mas yang uzur terlantar. Disamping menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.
Kami juga di #PKDK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ASPA – MENTIGA – JKM & Belia Kerdau yang turut serta mengiringi MB serta meyumbang samada tenaga, pemikiran dan saguhati kepada penerima warga mas.

27Julai Magrib :Selesai dari Progrem YAB Dato Sri Di Raja Menteri Besar tidak langsung meninggalkan majlis. Namun…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

Selesai seluruh acara
Petang 26 Julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi seorang mendengar dan meneliti sebarang rungutan dan rayuan. Juga menerima sebarang surat menyurat termasuk sebarang macam permohonan yamg dibawa oleh rakyat mahupun wakil rakyat sendiri.

26 Julay Selesai seluruh acara Petang 26julai di PR1MA Bkt Lada YAB Dato Sri Di Raja terus melayan seorang demi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Rabu, 26 Julai 2017

 

 

Persiapan Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Kg Bukit Lada, Kerdau

25 Julai 2017  2.30 petang

Taklimat dan susunatur tadbir bersama Ketua-Ketua Jabatan bagi majlis penyampaian kunci PR1MA Kg Bukit Lada, penyampaian bantuan bakal haji sukarelawan Pahang serta penyerahan notis 5A Kg Bukit Lada.

25 July 2.30ptg Taklimat dan Susunatur tadbir bersama Ketua-Ketua Jabatan bagi majlis penyampaian kunci pr1ma bantuan bakal haji sukarelawan pahang serta notus 5A Kg Bukit Lada.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Selasa, 25 Julai 2017

Ready Untuk Esok
Di PR1MA Bukit Lada
Terbuka Untuk Yang Hadir
Sahaja …
Sila bertemu Urusetia kami
Mungkin Anda Bertuah…..

Ready Untuk EsokDi PR1MA Bukit LadaTerbuka Untuk Yang HadirSahaja … Sila bertemu Urusetia kamiMunkin Anda Bertuah…..

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Selasa, 25 Julai 2017

Majlis Ramah Mesra Dan Silatulrahim Aidil Fitri Jabatan Agama Islam Pahang.

24 Julai 2017  11.00 pagi

Meriah dan Ukhwah
Majlis Ramah Mesra &
Silatulrahim Aidil Fitri
Jabatan Agama Islam Pahang.
Majlis bukan sahaja dipenuhi warga JAIP tetapi juga penduduk Daerah Rompin turut memenuhi pekarangan Dewan Kuala Rompin.

24 July 11pgMeriah dan UkhwahMajlis Ramah Mesra & Silatulrahim Aidil FitriJabatan Agama Islam Pahang. Majlis bukan…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 23 Julai 2017

Mesyuarat JKPTD 24 Julai 2017

Isyak 24 JulaI 2017
Mesyuarat JKPTD.

Isyak 24 JulayMesyuarat JKPTD,selesai kini 11.45.

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Isnin, 24 Julai 2017