Senarai Harga Petrol Dan Diesel 2015

harga minyak 2015

Setiap bulan, rakyat Malaysia secara keseluruhannya akan tertunggu-tunggu akan harga terkini minyak atau petrol. Sejak kerajaan ambil keputusan untuk rasionalisasikan sistem pemberian subsidi, harga petrol yang merupakan bahan api utama kenderaan ini, sebarang perubahan mengenai harga terkini petrol RON95, RON97 dan diesel sering menjadi perhatian utama.

Sebelum ini, sebarang kenaikan mahupun penurunan harga petrol terkini akan diumumkan menerusi laman web KPDNKK, tetapi nampaknya bermula dari bulan Julai 2015, pihak KPDNKK telah ambil keputusan untuk tidak meneruskan amalan tersebut.

Walaupun begitu, pengguna masih boleh mengharapkan informasi daripada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas untuk memaklumkan mengenai sebarang perubahan harga petrol terkini setiap bulan. Cuma mungkin agak sukar kerana jika ada pun pemberitahuan dibuat, ianya hanya akan diketahui seawal-awalnya selepas jam 10 malam – itupun di stesen-stesen minyak.
Sebab Tiada Pengumuman Harga Petrol Terkini Dilakukan KPDNKK

Keputusan kerajaan untuk tidak lagi membuat pengumuman secara umum mengenai harga terkini petrol dan diesel mulai Julai 2015 adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan luar biasa di stesen-stesen minyak, selain membantu pengusaha stesen minyak untuk menguruskan sebarang perubahan dengan lebih lancar. Manakala di sudut para pengguna pula, pihak KPDNKK berpendapat ia adalah bagi mengelakkan ada pengusaha menyorok bekalan jika harga petrol diumumkan naik.

Sumber Asal: Senarai Harga Petrol Terkini Malaysia 2015 – HasrulHassan.com™ http://www.hasrulhassan.com/2015/07/senarai-harga-petrol-terkini-malaysia.html#ixzz3szGf1O8u
Hargai Apa Yang Telah Orang Lain Tulis, Tolong Biarkan Credit Ini …
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

 

Sorotan Mingguan 23-29 November 2015

Assalamualaikum…
Sebagaimana biasa terlalu rencam dan pelbagai rencana program yang perlu saya lalui.

Gerakerja di peringkat negeri ketika majlis penggulungan perbahasan di Sidang DUN hinggalah ke majlis walimah di kawasan bersama masyarakat.

Begitu juga kadangkala perlu hadir program di jabatan-jabatan kerajaan untuk mesyuarat berkala yang perlu dihadiri.

Namun saya sentiasa cuba mempastikan kehadiran saya untuk setiap jemputan samada rasmi ataupun tidak rasmi.

Semoga Allah swt sentiasa melapangkan masa dan kudrat saya semoga segala sesuatu itu dalam maghfirah dan inayah Allah swt.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Masyarakat Awam Dan Kesedaran Terhadap Sekuriti Makanan

masyarakat awam dan kesedaran terhadap sekuriti makanan

Pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya telah berlaku pada makanan setiap kali hendak disuapkan ke mulut? Dari manakah puncanya, bagaimanakah proses pengeluaran dan penghasilannya sehinggalah ia terbentuk menjadi makanan sesedap untuk dinikmati? Masyarakat kita jarang untuk memikirkan asal usul terbentuknya makanan sehingga dihidangkan ke meja makan. Malah kita lebih cenderung memisahkan aspek-aspek tersebut untuk dititikberatkan kerana pemilihan makanan selalunya dinilai secara fizikal. Jika elok lahiriahnya, tekstur dan rasa memuaskan hati, jauh sekali untuk mempersoalkan rantaian makanan tersebut yang melibatkan banyak proses dan operasi. Apatah lagi dengan aspek-aspek kualiti, keselamatan, kebersihan sehinggalah pemindahan zat nutrisi yang memberi kesan kepada kesihatan.

Kesemua fungsi tersebut akan bertindak sebagai satu sistem makanan dan pemakanan dalam ruang lingkup biofizikal dan diterima sosiobudaya. Justeru, apakah isu-isu yang melibat sekuriti makanan umat manusia perlu dipinggirkan dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kita pada hari ini?

Barangkali kita belum terkesan dengan ketiadaan sekuriti makanan. Masyarakat kita belum benar-benar terkena impak daripada kekurangan bekalan makanan harian. Justeru, ia dipandang sebagai picisan dan hanya golongan tertentu sahaja yang terkena tempiasnya. Apakah wajar untuk kita tidak mengambil tahu tentangnya? Hakikatnya, masyarakat perlu sedar berkaitan tahap sekuriti makanan di Malaysia khususnya dan secara gobal kerana ia adalah hal yang sangat   rapat dengan kehidupan kita. Makanan yang kita makan  setiap hari menghadapi kemungkinan akan menyusut bekalannya disebabkan peningkatan populasi manusia secara global yang dijangka mencecah 9 bilion menjelang tahun 2050.

Keadaan ini banyak menyumbang kepada tahap sekuriti makanan manusia disebabkan permintaan makanan yang tinggi, keperluan kepada tanah untuk pengeluaran makanan sama ada bagi penanaman mahu pun penternakan, keperluan tempat tinggal dan sebagainya. Situasi yang semakin mencabar ini dilihat juga memberi cabaran kepada sistem rantaian makanan secara keseluruhannya kerana ia akan memberi kesan kepada manusia dalam segenap aspek kehidupan termasuklah ekonomi, kesihatan, kelestarian makanan, pembangunan negara, perkembangan sains dan teknologi serta alam sekitar.

Sekiranya masyarakat masih meletakkan tahap kepedulian yang rendah terhadap sekuriti makanan, maka ini akan merugikan kehidupan manusia itu sendiri secara total. Kesannya sudah dapat dirasai kini apabila harga makanan dunia meningkat, manakala pergantungan negara terhadap makanan import adalah tinggi, maka ia akan meningkatkan kos makanan dan akan membebankan pengguna.Kenaikan harga makanan juga turut menjadi penyebab ketiadaan sekuriti makanan kerana boleh mengurangkan kebolehcapaian terhadap makanan.

Jaminan terhadap bekalan makanan negara memerlukan kerjasama antara pemerintah juga rakyat agar kesan ketiadaan sekuriti makanan dapat diminimumkan atau dibasmikan.Pengekalan sesuatu sistem makanan untuk jangka panjang dalam sesebuah masyarakat merupakan petunjuk penting dalam daya hidup dan kelestariannya.Satu cara yang sesuai dan realistik untuk memulihkan semula masyarakat adalah dengan pembangunan ekonomi makanan tempatan.

Walau bagaimanapun, ketersediaan untuk mendapat sumber makanan yang mencukupi, juga kemampuan untuk mendapatkan makanan tidak memberi jaminan bahawa sesuatu makanan tersebut mempunyai kualiti yang baik serta berkhasiat. Justeru, kompenen penggunaan nutrien juga penting dalam sekuriti makanan. Ia menggambarkan bagaimana seseorang individu atau isi rumah memerlukan diet atau makanan berkualiti untuk gaya hidup yang sihat dan aktif. Bukan sahaja diet yang mencukupi dan pelbagai akan menyumbang kepada kesihatan individu, tetapi juga cara makanan ditanam atau dihasilkan, diagihkan dan dimakan juga meninggalkan kesan mendalam terhadap alam sekitar, rohani dan ekonomi kesejahteraan masyarakat.Justeru, masyarakat perlu sedar bahawa sekuriti makanan bukan hanya berkisar tentang bekalan makanan negara malah juga melibatkan fokus dan peranan peringkat individu dan isi rumah.

Kualiti diet dipengaruhi oleh ketiadaan sekuriti makanan. Individu yang mengalami kekurangan makanan cenderung untuk mengamalkan diet yang kurang pelbagai dan mempunyai kualiti pemakanan yang rendah. Masyarakat yang mengalami masalah ketiadaan sekuriti makanan akan mengambil makanan yang rendah makronutrien, mikronutrien (vitamin dan mineral), serat, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan menjejaskan kualiti kesihatan seseorang untuk kelangsungan kehidupan.

Melihat situasi pada hari ini, ramai daripada kitaakan mengalami masalah ketiadaan sekuriti makanan apabila terkesan dengan kenaikan harga minyak yang memberi impak kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup.Barangkali masyarakat menghadapinya tanpa disedari. Timbul pula persoalan sama ada masyarakat kita pada hari ini membeli makanan disebabkan kualiti zat makanan yang diperlukan ataupun memilih makanan yang berkualiti rendah untuk disesuaikan dengan kemampuan masing-masing.

Dari perspektif kesihatan awam, ketiadaan jaminan terhadap sekuriti makanan mungkin boleh menyebabkan rakyat sesebuah negara terdedah kepada penyakit dan kelaparan. Keadaan ini bukan sahaja boleh mengganggu produktiviti seseorang malah boleh menyebabkan ketidakstabilan sosial dan ekonomi serta menggugat kestabilan politik keseluruhannya. Ketiadaan sekuriti makanan boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kualiti hidup seseorang melalui status pemakanan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kekurangan daripada segi pemakanan boleh mengakibatkan perkembangan kognitif dan pencapaian akademik yang lemah, menyusutkan kemahiran sosial dan berat badan dalam kalangan kanak-kanak dan juga menyebabkan tahap keupayaan bekerja dan produktiviti yang rendah dalam kalangan orang dewasa. Kebanyakan kajian di negara maju dan sedang membangun menunjukkan ketiadaan sekuriti makanan berkait rapat dengan status pemakanan dan kesihatan yang tidak baik.

Corak pemakanan akibat daripada ketiadaan sekuriti makanan boleh menyebabkan perkembangan penyakit kronik seperti hipertensi, hyperlipidemia, penyakit kardiovaskular  dan diabetes.Justeru,dalam meninjau risiko kesihatan awam dalam usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pelan pemakanan yang lebih baik bagi masyarakat, perlu difahamkan tentang kesan kritikal yang mungkin berlaku akibat daripada ketiadaan sekuriti makanan. Garis panduan pemakanan sihat yang dibangunkan di peringkat kebangsaan, perlu dilaksanakan oleh pakar pemakanan kesihatan awam dan pakar diet dengan mempergiatkan program pendidikan pemakanan agar masyarakat setempat terdidik dengan gaya dan amalan pemakanan yang sihat.

Di satu sudut, pakar kesihatan awam dan pakar pemakanan perlu memainkan peranan dalam menyokong masyarakat untuk menyumbang kepada kelestarian sistem makanan dari segi kesihatan dan penjagaannya. Golongan ini perlu lebih jelas untuk membangunkan kaitan antara sistem bekalan makanan dan amalan pemakanan dalam usaha mengurangkan masalah obesiti dan penyakit kronik.

Krisis kekurangan makanan menggambarkan betapa pentingnya jaminan bekalan makanan kepada sesebuah negara.Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam membekalkan sumber makanan. Justeru, memperkasakan bidang pertanian dan menggalakkan pertumbuhannya perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Selain itu, budaya keusahawanan perlu dipupuk dalam sektor pertanian terutamanya dalam pengeluaran makanan utama dalam kalangan masyarakat untuk langkah memantapkan pengeluaran hasil makanan tempatan dan tidak hanya bergantung kepada sumber import semata-mata.

Komitmen yang diperlukan bagi setiap ahli masyarakat ialah memastikan makanan mereka mencukupi dan selamat untuk dimakan. Untuk itu, masyarakat perlu memiliki pendapatan yang cukup supaya dapat mengaksesnya di pasaran. Bukan sahaja makanan tersebut perlu cukup dan selamat tetapi mestilah memenuhi kriteria halal dan mengandungi nutrien yang mencukupi untuk tubuh badan manusia sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Semuanya adalah bertujuan supaya manusia dapat hidup secara lebih aktif dan sihat dengan matlamat pengabdian diri kepada Allah.

Selain itu, kita perlu mengelakkan daripada bersikap berlebih-lebihan dan membazir dalam pengambilan makanan kerana ia akan memudaratkan kesihatan juga memberi kesan kepada alam sekitar apabila banyak makanan terbuang begitu sahaja. Malah, sikap tersebut tidak dianjurkan dalam Islam apatah lagi masih ramai masyarakat kita yang mengalami ketidakcukupan makanan  atau ketiadaan sekuriti makanan. Di antara kita masih ramai yang berjuang mencari pendapatan yang stabil supaya mampu membeli makanan dalam menghadapi beban kos sara hidup yang tinggi. Justeru, masyarakat perlu sedar dan ambil pedulidengan fungsi dan peranan masing-masing dalam menyumbang kepada jaminan sekuriti makanan.

Sumber : IKIM

Kesahihan Maklumat

sahih berita
Salah satu sikap yang wajib ada pada diri seseorang muslim adalah sentiasa memastikan dan menyemak apa jua maklumat dan berita yang sampai kepadanya. Ini adalah bagi mengelakkan pelbagai bentuk fitnah dan tindakan yang salah setelah itu akibat maklumat yang bermasalah.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),
 
Para ulama mengambil ayat tersebut bersama beberapa dalil lainnya yang semakna sebagai panduan dalam menerima khabar berkaitan agama. Bahkan dari ayat tersebut telah lahir kaedah-kaedah (ilmu) bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis (merujuk: ilmu rijal danjarh wat ta’dil). Dengan ilmu tersebut (ilmu rijal dan Jarh wat ta’dil), Allah menjaga agama-Nya dan sunnah Nabi-Nya dari pelbagai penyelewengan dan pendustaan. Sehingga kriteria pembawa khabar (perawi) kepada hadis Nabi yang boleh diterima adalah sangat ketat. Iaitu antaranya, ia bukan seorang pendusta, tidak berbohong bila menyampaikan, bukan seorang pelupa, bukan fasiq, seorang yang adil (al-‘adalah) dan terpercaya, seorang yang amanah, dan beberapa kriteria yang lainnya yang menepati syarat-syarat hadis sahih. Sehingga ulama hadis seperti Imam asy-Syafi’i dan al-Bukhari menolak persaksian seseorang perawi (pembawa khabar) yang diketahui mendengar muzik, yang pada anggapan kita pada hari ini muzik adalah isu remeh dan hiburan semata-mata. Tapi sebenarnya, agama tidak memandang enteng perkara tersebut.
 
Perkara ini menjadi bukti betapa pentingnya manhaj dalam menerima sesuatu khabar berita daripada seseorang yang lain dalam siri kesarjanaan Islam. Begitu jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada hari ini, di mana masyarakat secara umum begitu mudah menerima, takjub, dan terpengaruh dengan pelbagai jenis khabar dan berita, walapun sumber berita tersebut datangnya dari musuh-musuh Islam sendiri. Sehingga khabar-khabar tersebut akhirnya merosakkan pemikiran mereka tanpa sedar. Tidak cukup dengan itu, mereka membantu menyebarkan pula maklumat dari berita-berita yang mereka terima sedangkan mereka sendiri tidak dapat memastikan kesahihan dan mengkaji kesannya kepada umum.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya), “Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka terus menyebarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui keabsahannya (akan dapat) mengetahuinya daripada mereka (Rasul dan Ulil Amri). Jika tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, melainkan sebahagian kecil sahaja (di antara kamu).” (Surah an-Nisaa’, 4: 83)
 
Ayat ini menunjukkan pengingkaran terhadap sikap tergesa-gesa dalam menghadam dan menyebarkan berita-berita yang diterima sedangkan mereka sendiri belum dapat memastikan kesahihan, tafsiran, dan kesan dari maklumat tersebut. Dalam ayat tersebut juga memberitahu suatu kaedah dalam menyikapi berita-berita yang diterima, iaitu dengan menyerahkannya kepada pihak yang berautoriti dari kalangan ilmuan (dalam bidangnya), para ulama (yang memahami agama), dan pihak berkuasa (pemerintah), iaitu bukan diserahkan dan disebarkan ke khalayak umum begitu sahaja. Dalam hal ini, terdapat hadis yang berbentuk tegahan keras daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui sabdanya,
 
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
 
“Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa yang dia dengar.” (Hadis Riwayat Muslim, Mukaqaddimah Shahih Muslim, 1/15, no. 6)
 
Namun apa yang dapat kita lihat, pada hari ini umat Islam benar-benar sedang diuji dan berhadapan fitnah maklumat yang besar. Pelbagai lambakan berita dan maklumat tersebar kepada masyarakat umum tanpa sebarang tapisan seiring dengan berkembangnya teknologi massa. Sebaran berita berlaku dari pelbagai lapisan pemikiran, sama ada yang adil, amanah, berkepentingan peribadi, bertujuan politik dan kuasa, berbau hasad dan dengki, dari golongan yang fasiq, mahupun yang sesat dan kafir. Perkara ini menjadi lebih bahaya apabila maklumat tersebut menyentuh isu agama sama ada secara langsung atau sampingan sedangkan masyarakat kita tidak memiliki kapasiti yang cukup untuk menilai. Lalu mereka menghadamnya bulat-bulat dan membantu pula dalam penyebarannya. Sebenarnya budaya ini mampu menjadi suatu bentuk serangan terhadap aqidah umat Islam tanpa disedari.
 
Sehingga apa yang dapat kita lihat hari ini, budaya berita yang bukan-bukan telah menjadi fenomena yang biasa dan sebati dalam masyarakat. Ini adalah seperti berita berbentuk hasutan membenci pemimpin dan ulama, berita artis paling seksi, kisah pecintaan dan krisis rumahtangga artis, sentimen perkauman, kisah ustazah terlampau, kisah-kisah skandal, isu-isu dalam mahkamah, kisah-kisah tahyul dan khurafat, serta lambakan siaran drama dan hiburan. Jika diteliti dari aspek positif, di manakah nilai-nilai berita seperti ini berkemampuan untuk mendidik masyarakat, membina generasi yang cemerlang aqidah dan agama, membangunkan rohani dan jatidiri yang murni, membentuk ketamadunan bangsa, menerapkan keharmonian dan perpaduan, melahirkan akhlak dan minda yang bersih, mencorak sakhsiah diri, melentur pemikiran kritis, menyuburkan nilai-nilai amanah, serta melakar kemajuan dari sudut teknologi duniawi?
 
Oleh sebab itulah, para ulama yang benar-benar memahami agama ini telah menggariskan beberapa prinsip dalam mengambil berita. Iaitu mengambilnya daripada orang-orang yang dipercayai, benar prinsip agamanya, serta dipastikan keabsahannya. Apabila berita datang dari selain mereka, maka berita tersebut terlebih dahulu diserahkan kepada para ilmuan dalam bidangnya (ulil amri) bagi tujuan semakkan, perbincangan, dan penilaian sebelum sebarang respon dan tindakan dibuat.
 
Betapa ramai pada hari ini, orang awam yang mengambil dan menelan bulat-bulat setiap berita atau maklumat yang tersebar sama ada melalui akhbar, televisyen, internet, sms, surat layang dan selainnya tanpa diketahui sumbernya, bahkan datang pula dari golongan yang tidak memiliki prinsip-prinsip agama yang benar. Padahal boleh jadi, golongan yang menyebar berita tersebut memiliki tujuan negatif di sebalik aktiviti sebarannya seperti mengadu domba, melaga-lagakan pihak tertentu, menyebarkan prasangka, membakar emosi, menanamkan syubhat terhadap agama, atau mungkin bertujuan menyebarkan perasaan takut dan cemas terhadap masyarakat awam terutamanya umat Islam. Akhirnya, masyarakat menjadi mangsa maklumat yang boleh mengakibatkan krisis keharmonian.
 
Manhaj dalam mengambil dan penyebaran berita ini menjadi lebih kritikal apabila melibatkan sandaran kepada sumber-sumber Islam. Dalam soal menyandarkan sesuatu kepada agama, ia mesti memiliki syarat yang ketat seperti aspek ketepatan sumber rujukan, nilai kesahihan dalil, dan aspek kefahaman. Ini kerana kesilapan yang sedikit sahaja dalam soal sumber, ia mampu mengakibatkan kesan kerosakan dan fitnah yang teruk kepada imej agama, aqidah, dan pemikiran masyarakat.
 
Sehingga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengancam melalui ucapannya,
 
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
 
“Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/37, no. 1209)
 
Dari itu, apa jua maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya janganlah kita tergesa-gesa menghadamnya, apatah lagi untuk menyandarkan dan menggunakannya dalam soal agama. Kerana ia termasuk dalam perbuatan berdusta atas nama agama. Jika prinsip ini tidak diambil penting, maka tidak hairanlah apabila fakta-fakta yang tidak masuk akal dan merosakkan imej Islam serta umatnya bertebaran di sana sini.
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan sabdanya,
 
سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة. قيل وما الرويبضة؟ قال: الرجل التافه؛ يتكلم في أمر العامة
 
Akan datang nanti kepada manusia, masa-masa yang penuh tipu daya. Para pendusta dianggap sebagai orang yang jujur, manakala orang yang jujur dianggap pendusta. Orang khianat dianggap amanah dan orang yang amanah dilabel sebagai pengkhianat. Dan paraRuwaibidhah mula berkata-kata (bersuara).” Ada yang bertanya, “Siapa Ruwaibidhah?” Rasulullah menjawab, “Orang yang bodoh sibuk berbicara (mengulas) tentang masalah masyarakat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab al-Fitan, 12/44, no. 4026. Dinilai sahih oleh al-Albani)
 
Dengan itu, sebagai seorang muslim yang sentiasa memelihara prinsip-prinsip dalam beragama seharusnya bersabar, teliti, dan mengambil nasihat para ulama dalam menganalisa sesuatu berita dan maklumat. Iaitu tidak bersikap tergesa-gesa dalam menghadam, mengulas, dan menyebarkannya.
 
Bagi masyarakat awam, apa yang lebih utama adalah sentiasa mendahulukan usaha-usaha mendalami ilmu-ilmu yang syar’i terutamanya ilmu aqidah dan fardhu dari sumber-sumber dan kefahaman yang benar. Sebaliknya tidak menyibukkan diri dengan mengulas isu-isu diluar bidang dan kemampuannya. Bersamaan dengan itu, jika kita tidak mampu berkata baik, ambillah sikap diam sebagai langkah terbaik. Kerana takut-takut, kitalah yang dimaksudkan hadis Nabi tersebut sebagai ruwaibidhah kerana berbicara tanpa ilmu, kefahaman, dan sumber maklumat yang tepat.Wallahu a’lam…
Sumber: Blog Nawawi

Taatilah Para Pemimpin: Menurut Al Quran Dan Hadis

taat pemimpin.png

Firman Allah Ta’ala:
يأيهاالذينءامنواأطيعواالله وذأطيعواالرسول وأولى الامرمنكم
“Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu”.(An-Nisa:59)

Sabda Nabi s.a.w(maksud):

1)”Sesiapa taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku dan sesiapa yang menderhakai pemimpin maka dia telah derhaka kepadaku”.(HR Bukhari no.2957)

2)”Kamu wajib patuh dan setia,samada dalam keadaan susah atau senang,suka atau duka dan walaupun merugikan kepentinganmu”.(HR.Muslim no.1836)

3)Seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Ya Nabi Allah,bagaimana menurutmu jika para penguasa yang memimpin kami yang selalu mengutamakan hak mereka tetapi mereka tidak bersedia memenuhi hak kami?Nabi menjawab:”Tunduk dan patuhlah kamu,sesungguhnya mereka akan bertanggungjawab atas kepimpinanya,manakala kamu juga akan bertanggung jawab terhadap ketaatan kamu kepadanya”.(HR.Muslim no.1846)

4)”Sesiapa yang dipimpin oleh seseorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepada Allah,maka hendaklah dia membenci perbuatannya,namun jangan dia melepaskan ketaatan daripadanya”.(HR.Muslim no.1855)

5)”Sesungguhnya sepeninggalanku akan muncul para pemimpin yang bertindak sesuka hatinya dan membuat berbagai kebajikan yang kamu tidak menyukainya”.Para Sahabat bertanya apa harus mereka lakukan ketika itu,Nabi menjawab:”Tunaikanlah kewajipan kamu dan mintalah hak kamu(berdoa) kepada Allah”.(HR.Muslim,1843)

6)”Sesiapa yang tidak menyukai sesuatu daripada pemimpinnya maka hendaklah dia sabar.Kerana sesungguhnya tiada seseorang pun daripada manusia yang memisahkan diri daripada pemimpinnya sekalipun hanya sejengkal lalu dia mati melainkan matinya dalam keadaan Jahiliyah”.(HR Muslim no.1849)

PERKARA YANG DILARANG KITA MENTAATI MEREKA IALAH?

Firman Allah Ta’ala;

1)(maksud)
“Barangsiapa yang MELANGGAR hukum Allah,mereka itulah orang-orang yang zalim”.(QS.Al-Baqarah:229)

2)(maksud)
“Barangsiapa TIDAK MEMUTUSKAN perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah,maka mereka itu adalah orang yang zalim.(QS.Al-Maidah:45)

3)(maksud)
“Dan janganlah kamu taat kepada orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingat Kami dan ia mengikut hawa nafsunya serta urusannya melampau batas”.(QS.Al-Kahfi:28)

4)(Maksud)
“Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang MELAMPAU BATAS”.(Asy-Syu’ara:151)

Sabda Rasulullahi shollallahu ‘alaihi wa sallam(maksud);

1)”Tidak ada ketaatan pada perkara MAKSIAT kepada Allah.Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam perbuatan yang baik”.(HR.Muslim:1840,Bukhari:7145)

2)Rasulullah s.a.w mendoakan Kaab b. Ujrah:”semoga Allah memelihara kamu dari era pemerintahan yang bodoh”.Kaab bertanya apakah pemerintahan bodoh itu?Nabi jawab:”Mereka ialah pemerintah yang datang selepasku TETAPI TIDAK MENGIKUT JEJAKKU DAN SUNNAHKU.Sesiapa yang membenarkan penipuan mereka,menyokong KEZALIMAN mereka maka mereka itu bukan daripada kalanganku dan aku juga bukan daripada kalangan mereka dan mereka tidak menemuiku di telaga Kautsar.Sesiapa yang tidak terpengaruh dengan penipuan mereka dan tidak menyokong kejahatan mereka maka mereka termasuk daripada kalanganku dan aku juga daripada kalangan mereka dan mereka ini akan menemuiku di telaga Kautsar.(HR.Ahmad,Ibnu Hibban:1723,shahih oleh Al-Albani,Tarhghib wa Tarhib:2242)

3)”Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin adalah pemimpin yang zalim.Maka janganlah kamu termasuk daripada golongan mereka”.(HR.Muttafaq’alaih)

4)Pada suatu ketika Nabi s.a.w menyuruh kami menyatakan bai’at(janji setia) kepada beliau.Rasulullah s.a.w meminta kami menyatakan baiat untuk mendengar dan mematuhi ketika kami kuat mahupun lemah,sulit mahupun mudah,dan tetap memberikan hak kepada pemimpin kaum Muslimin dan tidak memeranginya KECUALI JIKA JELAS DIA MENGINGKARI AJARAN ALLAH yang telah diberikan kepada kaum Muslimin.(HR.Bukhori,al-Fitn:7056,Muslim,al-Imaroh:1709)

5)Ubadah Ibn Shamit r.a berkata:Kami membai’at Rasulullah s.a.w dengan janji akan mendengar perintahnya,mentaatinya baik dalam keadaan susah mahupun senang,baik sulit mahupun lapang dan dalam keadaan dia lebih mengutamakan orang lain daripada kami dan kami tidak melawan orang-orang yang memegang kekuasaan,kecuali(beliau menjelaskan) jika kamu melihat bukti KEKUFURAN(perbuatan kufur/perlanggaran hukum/kejahatan) mereka.Terhadap orang seperti itu disisi kamu ada keterangan yang cukup daripada Allah”.(HR.Mutaffaq ‘alaih,al-Muntaqa 2/739)

PENGAJARAN:
-Kita wajib taat kepada orang(Muslim) yang dilantik sebagai pemimpin oleh wakil masyarakat(umat) Islam selagi dia bersolat(selagi Islam) dan tidak jelas melanggar atau mengingkari hukum Allah s.w.t.
-Sebagaimana yang disebut berdasarkan hadis-hadis/dalil diatas,maka kita kena taat walaupun:
i)Merugikan kepentingan kita,
ii)Mengutamakan hak kepentingan(keutamaan) mereka,
iii)Melakukan maksiat(selagi tidak memudaratkan kepentingan agama,rakyat dan negara)
iv)Bertindak melakukan sesuatu atau kebajikan yang kita(rakyat) tidak menyukainya(kerana kepentingan mereka).
-Walau bagaimanapun kita dilarang taat apabila mereka:
i)Memerintah(menyuruh) berbuat maksiat,
ii)Zalim(melampau batas),termasuk menolak(mengingkari) atau tidak mempeduli atau melaggar(dengan pasti dan jelas) hukum Allah(syariatNya),
iii)Kufur iaitu menyeleweng atau menyimpang(termasuk pengingkaran/pelanggaran) daripada agama Allah seperti dari segi akidah,ibadat mahupun syariat secara amnya termasuklah segala bentuk kejahatan menurut sebahagian Ulama’.
-Disamping itu juga kita diperintahkan untuk bersabar menghadapi pemimpin tersebut di atas dan dilarang menyokong/cenderung/bersama/menyebelahi,bahkan kita disuruh membenci(mereka) kerana perbuatan mereka(berdasarkan hadis-hadis di atas) terhadap pemimpin yang:
i)Tidak mengikut Sunnah Nabi s.a.w(ajarannya/agama) dalam erti kata yang benar dan menyeluruh,
ii)Zalim(melampau batas) terhadap agama(syariat) Allah termasuk terhadap umat/masyarakat Islam amnya.
iii)Melakukan(atas kepentingan peribadi) kemaksiatan dan mengutamakan kepentingan(peribadi) mereka.
-Para Ulama’ sepakat melarang kita memberontak iaitu mengangkat senjata untuk memerangi para pemimpin terutama yang tidak jelas kekufuran atau pelanggaran/pengingkaran mereka terhadap hukum Allah.Manakala terhadap pemimpin yang zalim kita juga disuruh untuk bersabar,akan tetapi diwajibkan untuk mencegahnya mengikut keadaan,kesesuaian dan kemampuan kita.

*Post ini tidak bermakna membenarkan yang batil atau menafikan yang haq.
*Post ini bebas(tidak bermaksud) daripada fahaman atau aliran yang menyesat,fanatik(taksub),melampau atau berlebih-lebihan.
*Post ini tidak bermaksud politik semata-mata.
*Berhak untuk diperbetulkan jika terdapat kesalahan/kesilapan atau bertentangan dengan dalil dan hujah yang lebih kuat dan shohih serta mendekati kebenaran dan merujuk(melihat) kepada petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah secara keseluruhannya.

Wallahu a’lam!

Pengurusan Dari Perspektif Islam

pengurusan dari perspektif islam.png

Pengurusan dari segi Islam boleh ditakrifkan sebagai satu proses melakukan  dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah – sifat semula jadi – melalui dan bersama orang lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan. Selain itu, sumber organisasi digunakan dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al-falah – kejayaan di dunia dan di akhirat.

Islam sebagai ad-Din ialah  budaya dan cara hidup yang tersendiri. Yang membezakan Islam daripada agama lain adalah dari segi ideologi dan  fahamannya. Salah satu aspek kehidupan yang terdapat dalam Islam ialah pentadbiran organisasi dalam sistem Islam yang tersendiri. Dalam pentadbiran organisasi pula ia melibatkan pengurusan individu seorang pengurus, pengurusan pekerja dan pengurusan pelbagai sumber yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang beragama  Islam, tidak kira sama ada pengurus atau pekerja wajiblah mempraktikkan cara hidup yang syumul yang telah diberikan sebagai  panduan melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Sebelum  memperkatakan sistem pengurusan Islam, wajarlah jika kita kaji beberapa pandangan  yang dibawa oleh pemikir-pemikir barat mengenai pengurusan moden yang diterangkan dalam buku ini. Peter Drucker dalam bukunya The Effective Executive menyatakan bahawa keberkesanan merupakan kunci ke arah kejayaan sesebuah organisasi. Menurut beliau,  seseorang pengurus haruslah mengambil semua kesempatan yang sedia ada bagi mencari dan memilih objektif yang betul.

Manakala Robert L. Katz dalam bukunya Skill of an Effective Administrator pula mengenal pasti tiga kemahiran dalam asas pengurusan, iaitu dari segi teknikal, kemanusiaan dan konsep yang perlu dimiliki oleh seseorang pengurus. Malahan beliau mentakrifkan kemahiran sebagai satu keupayaan atau kebolehan yang boleh dibangunkan dan tidak semestinya lahir secara semula jadi. Kebolehan juga  keupayaan untuk menukar pengetahuan menjadi sesuatu tindakan.

Ilmu pengurusan Islam yang lebih bertunjangkan paradigma tauhid, iaitu mempunyai beberapa prinsip asas yang utama – amanah, syura dan adil. Amanah adalah segala sesuatu yang wajib dipelihara dan ditunaikan kepada ahlinya. Natijah daripada sifat amanah ini akan lahirlah pula sifat-sifat terpuji lain yang membawa kepada terlaksananya sifat ikhlas, jujur dan bekerja mencari keredaan Allah.

Dalam beberapa pendapat yang menerangkan mengenai sifat amanah dalam buku ini, tulisan  Ahmad Ibrahim Abu Sin mengutarakan tiga ciri-ciri amanah yang diamalkan dalam pengurusan:

  1. Membuat kerja dengan jujur. Pengurus yang amanah ialah pengurus yang bersikap terbuka dalam menjalankan kerjanya. Menyiap atau menyempurnakan kerja semasa bekerja adalah lebih penting daripada ganjaran yang diterima. Oleh itu,  pengurus yang beramanah akan menjadikan kerja sebagai satu kepuasan bagi dirinya.

2. Menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Pengurus seharusnya menjadi model yang baik kepada para pekerjanya. Mereka perlu hadir awal ke pejabat dan balik lewat ke rumah. Mereka juga mesti bijak menguruskan masa dan kerja yang diberikan dengan memberikan tarikh sesuatu kerja itu perlu disiapkan.

3. Tidak menggunakan jawatan bagi kepentingan peribadi. Dalam hal ini pengurus itu tidak boleh menjadikan jawatannya  itu sebagai tempat untuk mencari keuntungan peribadi. Contohnya, mendapat komisen daripada pembekal dengan menyuruh pembekal membekalkan barangan pada harga yang tinggi, menawarkan bekalan barangan kepada saudara mara sendiri, dan yang paling berat,  menerima rasuah daripada seseorang atau syarikat semasa meluluskan atau dalam usaha mendapatkan sesuatu projek.

Selain sifat amanah, nilai-nilai Islam yang membentuk prinsip asas pengurusan juga melibatkan sifat tidak mementingkan pandangan dan pendapat sendiri dalam syura dan sifat berlaku adil dan saksama kepada pekerja. Selain itu pengurus Islam wajib mempunyai sifat-sifat yang berikut:

Ubudiyah (segala yang berhubung dengan ibadah dan akirat)

Sifat ini merupakan sifat yang paling utama yang seharusnya ada pada pengurus Islam, kerana tanpa sifat-sifat ubudiyah ini segala amal kelakuan pengurus  tidak akan bermakna di akhirat kelak. Untuk merealisasikan sifat ubudiyah ini,  pengurus Islam itu wajib menyerahkan segala perlakuannya ke arah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT. Inilah yang seharusnya diamalkan dalam melaksanakan sebarang fungsi atau aktiviti pengurusan, dan pengisian amalannya mestilah tidak bertentangan dengan Islam.

Mas`uliah (tanggungjawab)

Seseorang pengurus itu bertanggungjawab terhadap sebarang perlakuannya dan prestasi pekerjanya. Mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab terhadap prestasi pekerjanya. Dalam erti kata lain pengurus Islam mestilah dari semasa ke semasa memerhatikan kelakuan dan mengawasi prestasi pekerjanya. Pengawasan yang disyorkan bukanlah bertujuan untuk mengawal atau mencari kelemahan pekerja tetapi lebih kepada menasihati pekerja untuk mengatasi kelemahan prestasi atau membuang perangai mazmumah dan memotivasi pekerja ke arah menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik.

Itqaan (kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh)

Sifat ini merujuk pada pelaksanaan dan penyempurnaan kerja yang dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Pengurus itu mesti yakin bahawa kerja yang dilakukannya itu akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Namun, semasa menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan, mereka tidak harus  melupakan atau mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga atau masyarakat dengan bekerja sehingga larut malam atau tanpa mengira masa.

Qanaah (sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah)

Sifat seseorang pengurus Islam yang sentiasa berpuas hati dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadanya. Pengurus Islam yang qanaah bukanlah seorang pengurus yang mengejar pangkat dan status sebagai objektif hidupnya. Mereka yakin jika usaha atau kerjanya tidak mendapat ganjaran yang setimpal atau sepatutnya daripada majikannya, maka ganjaran itu akan diperoleh di akhirat kelak.

Natijah daripada sifat ini ialah pengurus akan sentiasa memberikan peluang kepada pekerjanya untuk mendapat ganjaran dan tidak berebut dengan pekerjanya untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Oleh itu, pengurus  tidak akan mengeksploitasikan hasil kerja pekerjanya sebagai batu loncatan mereka untuk naik pangkat.

Jika dibandingkan antara pandangan pengurusan barat dengan pengurusan Islam, sebenarnya kedua-duanya saling bergantungan dan saling memerlukan. Pengurus Islam tidak menolak bulat-bulat kebaikan yang dibawa oleh pengurusan moden ke dalam amalan pengurusan dalam organisasi pada hari ini.

• Pekerja hendaklah dianggap sebagai aset bagi sesuatu organisasi, bukannya liabiliti yang perlu dihapuskan.
• Bina atau wujudkan kepercayaan dan rasa hormat kepada pekerja, bukannya menganggap pekerja sebagai alat untuk mengaut keuntungan. Pandangan ini telah menjadikan Peter Drucker  disanjungi oleh orang Jepun.

Sebagai renungan bersama, perhatikan pendapat Peter Drucker tentang pengurusan, semoga sifat dan sikap pengurus yang baik daripada pandangan Barat dan Islam ini dapat dijadikan pegangan dalam melakukan tugas seharian.

Nurul Izah Dan Tian Chua DiLarang Masuk Sabah

dun ssabah

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3) yang meminta dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, diharamkan masuk ke Sabah, di sini, sebentar tadi.

Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata, seramai 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasan usul itu berakhir.

Tiga lagi ADUN berkecuali, iaitu Datuk Wilfred Bumburing (BEBAS-Tamparuli) Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor).

Usul dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meminta pihak berkuasa kerajaan menyekat kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.

Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan anak Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, baru-baru ini.

  • See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95972#sthash.4usSceZB.dpuf

Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan (MKI) Ke60

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam atau lebih dikenali sebagai MKI telah diadakan pada hari ini 24 November 2015 pukul 3 petang di Bangunan Parlimen Malaysia.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Exco-exco Agama Negeri-negeri dan telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

image

image

image

image

Sorotan Mingguan 16-22 November 2015

Assalamualaikum..

Sebagaimana biasa urusan dan tugasan sentiasa memenuhi aktiviti dan program sepanjang minggu lalu.

16 – 19 November dipenuhi dengan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

Namun begitu masih sempat untuk menyelesaikan beberapa urusan keperluan individu dan jabatan yang berkaitan.

Urusan dihujung minggu sebagaimana biasa dipenuhi dengan undangan walimatul urus di sekitar kawasan DUN Kerdau.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Jamil Khir Baharom Buat laporan Polis Terhadap Akmal Nasir

Tempoh untuk Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir untuk memohon maaf telah pun berakhir.
Seperti mana yang di minta oleh Jamir Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan penyalahgunaan wang anak-anak yatim melalui Agensi kerajaan iaitu YPEIM berikutan lawatan menteri tersebut ke Amerika Syarikat tahun lepas.
Dakwaan Akmal Nasir sebenar nya amat berat dan bersandarkan bil-bil yang menjadi perisai ampuh bagi mengiyakan kenyataan beliau.
Akmal juga telah membuat laporan polis hari ini di IPK Dang Wangi Kuala Lumpur sebelum Jamir Khir melakukan perkara yang sama di IPD Putrajaya tidak lama kemudian.
Kita lihatlah nanti bagaimanakan kesudahan pertikaian tentang salah urus dan penyalahgunaan wang anak yatim YAPEIM seperti didakwa Akmal selaku Pengarah NOW yang juga Ketua Cabang PKR Johor  Bharu.
Antara dakwaan Akmal ialah Menteri menggunakan wang anak yatim dengan membawa isteri,membeli belah dan bermain golf sewaktu Jamir Khir dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat.
Kadangkala ada yang tidak tahu garis panduan perbelanjaan sesuatu program melalui agensi atau jabatan mahupun GLC mempunyai garis panduan yang amat jelas.
Setiap perbelanjaan berkaitan program termasuk menteeri pasti akan di bawa ke mesyuarat kementerian atau pengurusan kementerian.
Takkan pula Menteri perlu melihat segala bil dan kertas kerja perbelanjaan agensi dalam hal ini YPEIM yang terlibat menguruskan perbelanjaan.Koman sangatkah semua pegawai-pegawai yang ada di dalam YPEIM sehingga gagal mengkelaskan apa yang boleh dan tidak boleh .
Atau mungkin benar khabar angin yang mengatakan kebocoran maklumat dalaman ini adalah disebabkan berlakunya rombakan besar-besaran  YAPEIM menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.
Bagi melunaskan rasa amarah dia atas rombakan pegawai di YAPEIM ini,merekan menjadikan dokumen berupa bil bagi membalas dendam .
Memang ada sesuatu seperti yang tidak beres di YAPEIM, atau terdapat pegawai mereka yang simpati dengan perjuangan pembangkang menyalurkan maklumat dalaman dengan menjadikan Menteri sebagai sasaran untuk membunuh karektor dan kredibiliti.
Strategi Lautan Biru ini sebenarnya amat menggerunkan pembangkang di Malaysia.Perjumpaan dengan 1,000 pelajar Malaysia di Amerika Syarikat membuatkan mereka seperti cacing kepanasan kerana bimbang tindakan pemimpin kerajaan mendekatkan diri dengan kelompok pelajar yang berpotensi menjadi peminpin pelapis suatu hari nanti.
YAPEIM sendiri sebenarnya tidak mampu menjadi satu agensi yang kuat dan berdaya tahan hanya dengan potongan gaji 580,000 kakitangan awam sebanyak RM 5 atau RM 10 setiap kakitangan.
Sebaliknya banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengukuhkan kewangan YAPEIM melalui bidang perniagaan tetapi tidak diwar-warkan demi menjaga kelangsungan survival Melayu Islam.
Kewangan yang kukuh yang dijana melalui perniagaan umpama GLC,YAPEIM juga perlu melakukan CSR sepertimana GLC lain khusus memulangkan balik keuntungan yang diperolehi.Termasuklah program seperti yang dilakukan sepanjang lawatan Jamil Khir yang antara lain mendekati pelajar Malaysia di seberang laut.
isunya mungkin menggunakan wang YAPEIM bermain golf dan membeli belah namun bil yang dikemukakan Akmal adalah mengelirukan.
Laporan polis telah dibuat oleh kedua-dua pihak dan episod seterusnya amat menarik untuk diikuti tetapi seakan sudah ada bayangan apa kesudahannya….jika didapati bersalah di mahkamah atas tuduhan tersebutt Akmal Nasir akam memohon maaf  atau mungkin nada yang sama  dengan Rafizi Ramli…saya hanya bergurau terhadap Jamir Khir…takkan gurau pun tak boleh kut…!