Jumlah Pembiayaan, Pengeluaran Pembiayaan, Perlindungan Takaful, Status Pengeluaran Pembiayaan Dan Pemberhentian Pembiayaan.

Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PEMBIAYAAN

KELAYAKAN

Maksimum

Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

75% daripada pembiayaan maksimum

Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000  (tiada dalam data BR1M)

50% daripada pembiayaan maksimum

Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)

 

Klik di sini bagi mengetahui jumlah pembiayaan pendidikan.


Pengeluaran Pembiayaan

Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN.

Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
  3. Tidak menerima penaja lain.

Pengeluaran pembiayaan akan dikreditkan ke akaun pelajar. Potongan bayaran yuran pengajian boleh diuruskan atas persetujuan bersama pelajar, IPT dan bank terlibat.


Perlindungan Takaful

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh  kepada penerima biaya.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembiayaan. Bagi penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pembiayaan. Manakala bagi penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan.


Status Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan

Pengeluaran pembiayaan pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut:

  • Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0;
  • Menangguhkan pengajian; atau
  • Digantung pengajian oleh IPT.

Jadual pembiayaan adalah seperti berikut:

Pelajar IPTA dan Politeknik
Contoh Semester Pengajian PNG/ GPA Status Bayaran
Semester 1 < 2.0 Dibayar
Semester 2 2.0 dan ke atas Dibayar
Semester 3 < 2.0 Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1
Semester 4 2.0 dan ke atas Dibayar
Semester 5 2.0 dan ke atas Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3
Semester 6 2.0 dan ke atas Dibayar

 

Pelajar IPTS
Contoh Semester Pengajian PNG/ GPA Status Bayaran
Semester 1 < 2.0 Dibayar
Semester 2 2.0 dan ke atas Tidak dibayar berasaskan peperiksaan  Semester 1
Semester 3 < 2.0 Dibayar
Semester 4 2.0 dan ke atas Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3

 

Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pembiayaan hanya akan dibuat setelah pelajar disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.


 

Pemberhentian Pembiayaan Pendidikan

Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

  • Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pembiayaan pendidikan;
  • Pelajar membuat pembatalan pembiayaan pendidikan PTPTN;
  • Menerima tajaan lain;
  • Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
  • Penerima biaya diisytihar muflis.

 

Bagaimana Mendapatkan Nombor PTPTN, Permohonan Online Dan Tarikh Tutup Permohonan

Nombor PTPTN
  1. Diperlukan untuk membuat permohonan.
  2. Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00.
  3. Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900.


Permohonan Secara Online
Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan :
  1. Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
  2. Memohon pembiayaan pendidikan secara online. Klik di sini.
  3. Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT. Klik di sini.
  4. Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT.

 

Tarikh Tutup Permohonan Pembiayaan Pendidikan

  1. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  2. Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

 

Nota: Tarikh tutup permohonan adalah tertakluk kepada perubahan.

Kemaskini:21/01/2016

Bagaimana Memohon PTPTN?

ptptn logo.jpg

Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Tiada penaja lain; dan
  9. Telah membuka akaun SSPN-i**.
  • Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Maklumat Lain Berkaitan Pengurusan Haji

th-logo

Status Pendaftaran Haji

Untuk menyemak Status Pendaftaran Haji, sila klik di sini e-THiJARI

 

Carta Pengurusan Haji

2Carta Pengurusan Haji [Hajj Management Chart]

Sila klik untuk muat turun pdf

 

Jadual

 

Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

Perkhidmatan pakej haji ditawarkan oleh :

  • TH Travel & Services Sdn Bhd (12778-H)

    Bahagian Pakej Haji Lantai 25, Menara TH Selborn
    153 Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur
    Telefon : 03-2688 0000/0008/0060/0070/0123/0124/0126
    Faks : 03-2681 0803
    Emel : Pakej.haji@thts.com.my
    Laman Web : www.thts.com.my

  • Agensi Pelancongan Yang Diluluskan Lesen PJH

Senarai Agensi yang memberikan perkhidmatan pakej haji bagi tahun semasa.

Panduan

 

E-Servis Haji

Untuk makluman Tabung Haji kini mempunyai perkhidmatan internet yang lebih sistematik bagi urusan Pendaftaran Haji, Semakan Status; Semakan Tawaran Haji Tahun Semasa dan Semakan Pendaftaran Haji. Sila layari mytaha di e-THiJARI.

Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Luar Negara

th-logo

Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Luar Negara

1. PRA SYARAT PERMOHONAN

1.1 Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dan mempunyai akaun simpanan (pendeposit) di Tabung Haji (TH) dan terbuka hanya pada tahun semasa sahaja.

1.2 Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan Visa Haji dari Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir).

1.3 Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Syawal.

1.4 Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di luar negara.

1.5 Pemohon hendaklah mempunyai akaun simpanan (pendeposit) di TH dengan nilai simpanan yang tidak kurang dari kadar semasa Bayaran Haji jemaah haji luar negara (pohon rujuk Para 2 di bawah).

1.6 Pemohon yang telah membuat pendaftaran haji dalam negara hendaklah membatalkan pendaftaran haji mereka, ini kerana setiap bakal haji hanya dibenarkan mempunyai satu nombor pendaftaran sahaja.

1.7 Pemohon wanita hendaklah ditemani oleh suami atau mahram lelaki. Surat perakuan mahram hendaklah diperolehi dari Kedutaan/Konsulat Malaysia di negara tempat tinggal pemohon. Salinan asal surat ini hendaklah nanti dibawa bersama semasa menunaikan haji.

1.8 Sebelum membuat permohonan, bakal haji hendaklah terlebih dahulu mendapatkan penerangan dan penjelasan berkaitan Peraturan Haji Arab Saudi, daripada Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir), bagi mempastikan tidak ada masalah dari segi visa, pemeriksaan kesihatan, bayaran wajib dan sebagainya. Sebagai panduan, tuan/puan bolehlah melayari laman web KBDRAS di www.mofa.gov.sa.

2. BAYARAN HAJI

BIL. PERKARA BAYARAN HAJI 1435H
1. Dewasa RM 9,024.00
2. Kanak-kanak (Bawah 15 tahun) RM 9,024.00

2.1 Bakal haji adalah diwajibkan untuk mencukupkan Bayaran Haji melalui cara berikut:-

2.1.1 Simpanan melalui wang tunai, cek atau Bank Draft bank tempatan, di Pejabat Cawangan TH, bagi bakal haji yang telah ada akaun TH.

2.1.2 Melalui bank atau agen kutipan simpanan yang dilantik oleh TH.

2.2 Bayaran Haji di atas adalah untuk tahap perkhidmatan Jemaah Haji Muassasah mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh TH/Muassasah yang merangkumi kos-kos berikut sahaja :-

2.2.1 Sewa penginapan di Makkah dan Madinah. Bilik berkongsi dengan muatan 5-6 orang; lelaki-perempuan berasingan. Jarak penginapan dari perkarangan Masjid Nabawi/Masjid Al Haram adalah dalam lingkungan 1000 meter untuk Makkah dan Madinah.

2.2.2 Makan tengahari dan malam secara pek, sepanjang berada di Tanah Suci.

2.2.3 Penginapan dan penyediaan makanan di Madinatul Hujjaj, Jeddah, serta kos pengangkutan dari Madinatul Hujjaj ke Airport.

2.3 Memandangkan Bayaran Haji ini hanya dapat menampung bayaran-bayaran yang dinyatakan di atas, maka adalah digalakkan supaya setiap bakal haji membawa sendiri wang tambahan (pocket money) sekurang-kurangnya atas kadar SR50.00 sehari selama berada di Tanah Suci untuk lain-lain perbelanjaan peribadi serta bayaran Dam, jika mengerjakan Haji Tamattuk atau Qiran. Anggaran harga satu dam ialah sebanyak SR350.00.

2.4 Selain dari Bayaran Haji yang perlu dibayar kepada TH seperti di Para 2.1 di atas, bakal haji hendaklah menyediakan 2 keping Bank Draft yang dibayar atas nama “UNITED AGENTS JEDDAH“ seperti berikut:-

BIL. KATEGORI BAKAL HAJI BANK DRAFT 1 BANK DRAFT 1
1. Dewasa SR 594.00 SR 435.00
2. Kanak-kanak (2-15 Tahun) SR 297.00 SR 217.50

2.5 Bank Draft 1 adalah untuk bayaran perkhidmatan Mutawwif.

2.6 Bank Draft 2 adalah untuk bayaran perkhidmatan pengangkutan bas.

2.7 Sekiranya tidak menggunakan sebahagian dari perkhidmatan atau mengubah tarikh perjalanan, BH tidak berhak menuntut sebarang refund. Malahan jika mengubah tarikh perjalanan BH mungkin perlu menambah bayaran (contohnya: berubah dari low-period kepada peak-period).

3. PERMOHONAN VISA HAJI OLEH BAKAL HAJI

3.1 Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan Visa Haji dari Kedutaan Besar Di Raja Arab Saudi (KBDRAS) di negara tempat tinggal pemohon (atau negara yang paling hampir).

3.2 Pada kebiasaannya (dan tertakluk kepada peraturan semasa di KBDRAS berkenaan), permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

3.2.1 Tiket kapal terbang ke Jeddah dengan tarikh pergi/balik yang berstatus “confirmed“ (seperti keterangan di Para 5 di bawah).

3.2.2 Dua (2) keping gambar warna terbaru (ukuran 6 cm x 4 cm), latarbelakang warna putih.

3.2.3 Pasport Rasmi/Diplomatik/Antarabangsa.

3.2.4 Surat perakuan dan sokongan dari Kedutaan/Konsulat Malaysia di negara tempat tinggal pemohon.

3.2.5 Dua (2) keping Draf Bank seperti keterangan lanjut di Para 2.5 di atas.

3.2.6 Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa dengan pengesahan suntikan Anti-Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYW-135 dan apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan oleh KBDRAS berkenaan (seperti keterangan di Para 4 di bawah).

3.2.7 Sekiranya bakal haji memperolehi visa ziarah diplomatik, bakal haji hendaklah mendapatkan catatan “Untuk Menunaikan Haji” pada stiker visa.

3.3 Selewat-lewatnya 15 hari sebelum tarikh penerbangan pergi atau pada 1 Zulkaedah (tarikh mana yang lebih awal), pemohon bertanggungjawab memberi pengesahan memperolehi visa haji kepada TH. Sekiranya pemohon gagal mematuhi pensyaratan ini, pemohon akan dianggap sebagai telah membatalkan pemergian hajinya pada tahun tersebut. Caj pembatalan seperti Para 8 di bawah, akan terus didebit dari akaun pemohon.

4. PEMERIKSAAN KESIHATAN

4.1 Pemohon hendaklah menjalani pemeriksaan am kesihatan seperti tekanan darah, jenis darah dan urine test untuk mengetahui tahap kesihatan dan penyakit yang dialami.

4.2 Pemohon juga hendaklah mendapatkan suntikan;-

4.2.1 Anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent ACYW-135 di negara berkenaan ; dan

4.2.2 Apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan oleh KBDRAS di negara berkenaan

4.3 Pemeriksaan dan suntikan ini hendaklah diperolehi dari pegawai perubatan yang bertauliah. Pegawai perubatan tersebut hendaklah membuat pengesahan/endorsement butir-butir pemeriksaan/suntikan itu serta menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku/Kad Kesihatan Antarabangsa.

5. JADUAL DAN TIKET PENERBANGAN

5.1 Pemohon bertanggungjawab mendapatkan tiket penerbangan berstatus confirmed, dengan tarikh tiba/balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah (KAAIA) yang mematuhi tempoh masa berikut :-

5.1.1 Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf, mereka hendaklah tiba di Jeddah mulai 1 Zulkaedah hingga sebelum atau pada 15 Zulkaedah.

5.1.2 Jika bakal haji memilih untuk terus ke Makkah sebelum Wukuf, mereka hendaklah tiba di Jeddah di antara tarikh 16 Zulkaedah hingga 29 Zulkaedah.

5.1.3 Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf, atau memilih untuk tidak pergi ke Madinah, bakal haji boleh meninggalkan Arab Saudi mulai dari 17 Zulhijjah hingga 10 Muharram.

5.1.4 Jika bakal haji memilih untuk ke Madinah selepas Wukuf, tarikh terawal boleh memasuki Madinah ialah pada atau selepas 21 Zulhijjah, dan bakal haji boleh meninggalkan Arab Saudi mulai dari 25 Zulhijjah hingga 10 Muharram.

5.2 Selewat-lewatnya 15 hari sebelum tarikh penerbangan pergi atau pada 1 Zulkaedah (tarikh mana yang lebih awal), pemohon bertanggungjawab memberi pengesahan tarikh penerbangan pergi/balik kepada TH. Sekiranya pemohon gagal mematuhi pensyaratan ini, pemohon akan dianggap sebagai telah membatalkan pemergian hajinya pada tahun tersebut. Caj pembatalan seperti Para 8 di bawah, akan terus didebit dari akaun pemohon.

5.3 Setelah tiba di Arab Saudi, pemohon bertanggungjawab membuat pengesahan semula (re-confirmation) tarikh penerbangan balik, dengan syarikat penerbangan berkenaan atas kadar segera.

5.4 Sekiranya pemohon bercadang untuk membeli tiket penerbangan domestik (antara Jeddah dan Madinah), hendaklah dipastikan bahawa kadar tambang yang dibayar adalah kadar tambang pemegang Visa Haji; bukannya tambang pemegang visa selain dari Visa Haji. Untuk perhatian, kadar tambang pemegang Visa Haji ini jauh lebih tinggi dari kadar tambang pemegang visa lain.

5.5 Tiket kadar biasa yang (tersilap) dibeli untuk pemegang Visa Haji tidak akan diterimapakai oleh pihak Saudi Arabian Airlines di Jeddah/Madinah. Tempat duduk yang sepatutnya confirm juga, akan terbatal.

6. PERGERAKAN DI ANTARA LOKASI-LOKASI UTAMA DI ARAB SAUDI

6.1 Sambutan Ketibaan di Lapangan Terbang Jeddah/Madinah

Petugas TH akan menunggu bakal Haji di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah. Bakal haji adalah dipohon supaya;

6.1.1 Sentiasa membawa bersama (atau menyimpan) nombor telefon serta alamat dan menghubungi pejabat TH di Arab Saudi seperti terdapat di Para 13.2; dan

6.1.2 Menuju ke bay tempat berkumpul jemaah haji Malaysia (berpandukan bendera Malaysia) di Terminal Haji.

6.2 Perjalanan Ke Madinah Dahulu

6.2.1 Bagi bakal haji yang memilih untuk ke Madinah sebelum Wukuf, mereka akan diuruskan menaiki bas bersama-sama dengan jemaah haji Malaysia yang akan ke Madinah pada masa itu.

6.2.2 Bakal haji kumpulan ini akan memakai ihram di Madinah, dan berniat umrah atau haji di miqat (tempat berniat) iaitu di Zulhulaifah yang sekarang dikenali sebagai Abyar Ali, terletak kira-kira 10 km dari bandar Madinah. Bakal haji juga boleh berniat sebaik sahaja bas/kenderaan bergerak meninggalkan bangunan penginapan di Madinah.

6.2.3 Bakal haji ini juga berkemungkinan akan menaiki bas yang bercampur dengan warga negara lain bagi pergerakan dari Jeddah ke Madinah. Petugas TH hanya akan menyambut bakal haji apabila sampai di Perhentian Bas Madinah.

6.3 Perjalanan Ke Makkah Dahulu

6.3.1 Bagi bakal haji yang memilih untuk terus ke Makkah sebelum Wukuf, mereka hendaklah memakai ihram sebelum menaiki pesawat atau dari lapangan terbang terakhir sebelum berlepas ke Jeddah, dan berniat ihram umrah atau haji di dalam penerbangan sebelum atau semasa kapal terbang melintasi miqat.

6.3.2 Niat ihram itu juga boleh dilakukan sebaik sahaja bakal haji menaiki pesawat untuk mengelakkan terlupa atau tertidur semasa kapal terbang melintasi miqat.

6.3.3 Kumpulan bakal haji ini juga berkemungkinan akan menaiki bas yang bercampur dengan warga negara lain bagi pergerakan dari Jeddah ke Makkah. Petugas TH hanya akan menyambut bakal haji apabila sampai di Perhentian Bas Makkah.

7. PERTUKARAN ATURCARA PERJALANAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

7.1 Bakal haji hendaklah mematuhi peraturan, aturcara perjalanan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh TH dan pihak Berkuasa Arab Saudi di Tanah Suci.

7.2 Bakal haji juga adalah tertakluk kepada jadual penerbangan yang telah disahkan sendiri.

7.3 Sekiranya bakal haji menukar mana-mana aturcara perjalanan mereka samada menukar tarikh/waktu penerbangan/perjalanan, atau menukar jenis perkhidmatan seperti jenis pengangkutan/jenis penginapan, maka kos yang berkaitan seperti tambang kenderaan (jenis lain atau pada tarikh baru), sewa penginapan baru (bilik/bangunan lain atau pada tarikh baru), akan memerlukan bayaran tambahan.

7.4 Bayaran tambahan tersebut perlu ditanggung sendiri oleh bakal haji.

7.5 Bakal haji tidak boleh membuat sebarang tuntutan balik atas apa-apa perkhidmatan yang disediakan di Tanah Suci tetapi tidak digunakan.

8. PEMBATALAN HAJI

Bakal haji yang membuat pembatalan haji setelah pendaftaran haji didaftarkan oleh TH, akan dikenakan Caj Pembatalan sebanyak 40% daripada Bayaran Haji.

Pembatalan haji juga dianggap berlaku dan caj pembatalan akan dikenakan sekiranya, BH gagal mematuhi syarat-syarat di atas termasuklah mengenai visa haji (Para 3) dan mengenai jadual penerbangan (Para 5).

9. PERATURAN HAJI ARAB SAUDI

9.1 Semasa berada di Tanah Suci, semua bakal haji akan ditempatkan di bawah pentadbiran Maktab Muassasah Asia Tenggara bagi kawasan Makkah, Arafah, Mina; dan di bawah Muassasah Adilla’ bagi Madinah.

9.2 Terdapat sebilangan pegawai/petugas TH dan Perubatan turut bersama untuk memberi perkhidmatan seperti berikut:-

9.2.1 Sambutan ketibaan bakal haji.

9.2.2 Pengurusan pengangkutan bas ke kawasan haji (dari Jeddah ke Madinah dan Makkah termasuk Arafah dan Mina), sepertimana aturan biasa pihak Nagabah (Konsortium Pengangkutan Bas).

9.2.3 Perumahan dan kemudahan penginapan.

9.2.4 Makan tengahari dan makan malam.

9.2.5 Bimbingan/ceramah agama.

9.2.6 Rawatan perubatan di klinik dan hospital.

9.2.7 Penerimaan bayaran dam.

9.2.8 Kaunter aduan dan penerangan.

9.2.9 Kaunseling dan Pakar Rujuk.

9.2.10 Kaunter simpanan dan pengeluaran wang tunai dalam Saudi Riyal (SR).

9.2.11 Ziarah dalam dan luar di Madinah (seperti jadual yang ditetapkan).

9.2.12 Pengurusan jenazah.

10. KEBERANGKATAN BALIK JEMAAH HAJI

10.1 Jemaah haji hendaklah memaklumkan waktu dan tarikh keberangkatan balik mereka kepada Pengurus Maktab semasa di Makkah, atau Pengurus Zon semasa di Madinah, tidak lewat dari 3 hari sebelum tarikh keberangkatan balik.

10.2 Memandangkan penerbangan balik jemaah haji adalah melalui Terminal Antarabangsa di KAAIA, Jeddah, adalah menjadi tanggungjawab jemaah haji untuk berunding dengan Pengurus Maktab atau Pengurus Zon berhubung urusan pengangkutan balik jemaah haji samada terus melakukan check-in di Terminal KAAIA, atau melapor diri di Madinatul Hujjaj, Jeddah.

  • 10.3 Sekiranya jemaah haji memilih untuk terus melakukan check-in di Terminal KAAIA secara persendirian:-
    • 10.3.1 Jemaah haji adalah bertanggungjawab penuh untuk melakukan urusan check-in sehingga berlepas ke destinasi masing-masing.
  • 10.3.2 Kos tambang kenderaan dari Makkah atau Madinah ke Terminal KAAIA, Jeddah, adalah di bawah tanggungan sendiri.
  • 10.3.3 Jemaah haji hendaklah berada di Terminal KAAIA selewat-lewatnya 6 jam sebelum masa pesawat berlepas, atau lebih awal, tertakluk kepada kesesakan di Terminal.
<li>10.4 Sekiranya jemaah haji memilih untuk melapor diri di Madinatul Hujjaj, Jeddah:-
  • 10.4.1 Jemaah haji akan ditumpangkan dengan bas jemaah haji Malaysia dari Maktab lain sekiranya ada; atau
  • 10.4.2 Menaiki kenderaan yang disewa oleh Muassasah, di mana kos tambang ditanggung oleh jemaah haji.
  • 10.4.3 Jemaah haji hendaklah melapor diri dalam tempoh 18 jam sebelum pesawat berlepas.
  • 10.4.4 Urusan penginapan, makan minum, pengangkutan dan check-in dari Madinatul Hujjaj ke Terminal KAAIA akan diurus oleh petugas TH Jeddah.

11. BARANG-BARANG HADIAH / TAG NAMA / GELANG PENGENALAN HAJI

11.1 Barang-barang hadiah seperti beg galas, beg sandang dan gelang pengenalan haji akan diserahkan kepada bakal haji oleh Petugas Haji semasa tiba di Terminal KAAIA, Jeddah atau Pengurus Maktab setelah bakal haji tiba di Tanah Suci Makkah.

11.2 TH tidak memperuntukkan air zam-zam. Jemaah haji hendaklah mengambil dan membawa sendiri tertakluk kepada peraturan syarikat penerbangan yang dinaiki.

12. MENINGGAL DUNIA DI TANAH SUCI

12.1 Jika berlaku kematian kepada bakal haji semasa di Tanah Suci, pengurusan jenazah akan dilakukan oleh pihak Muassasah yang akan dipantau oleh pihak TH. Jenazah tidak akan dibawa keluar dari Arab Saudi untuk tujuan pengkebumian di Tanah Air atau di tempat bakal haji menetap.

12.2 Petugas TH atau Jabatan Pendaftaran Negara akan memaklumkan kepada waris seperti nama yang tercatat dalam borang permohonan berkaitan kematian tersebut.

13. TANGGUNGJAWAB MEMBERITAHU KONSUL HAJI DAN BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK

13.1 Bakal haji hendaklah memaklumkan kepada Konsul Haji di TH Jeddah dan Pengurus (Visa) di Bahagian Operasi Domestik, TH Kuala Lumpur, melalui telefon atau e-mel atau faks berhubung perkara-perkara berikut, selewat-lewatnya 15 hari sebelum berlepas ke Jeddah:-

13.1.1 Tarikh dan waktu tiba (ETA) di Jeddah.

13.1.2 Syarikat dan nombor penerbangan yang dinaiki.

13.1.3 Bilangan bakal haji yang akan tiba.

13.1.4 Jenis visa (Haji atau Diplomatik) yang diperolehi.

NO. TH JEDDAH BAHAGIAN OPERASI DOMESTIK (K.L.) TH CONTACT CENTRE (THCC)
Telefon : 009662-6876715
009662-6301638
03-20542518
03-20542371
03-62071919
Faks : 009662-6301667
009662-6873661
03-21635046 03-77284959
E-mel : operasidomestik@lth.gov.my th-info@lth.gov.my
Alamat : Consulate General of Malaysia
Wisma Tabung Haji
24 Al-Bab Al-Zahabi Street,
Behind Jamjoom Motors Workshop,
Kilo 5, Old Makkah Road,
P.O. Box 593,
JEDDAH 21421,
KINGDOM OF SAUDI ARABIA.
General Manager
Bahagian Operasi Domestik
Lantai 30, Bangunan Tabung Haji,
201, Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR.
  • 14. HAK/ TANGGUNGJAWAB/ PENGECUALIAN TH
    • 14.1 TH berhak meminda, mengubah, menambah atau membatalkan mana-mana peraturan yang terkandung di dalam risalah ini dari semasa ke semasa jika perlu, tanpa memberi sebarang notis.
  • 14.2 TH tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua jenis kemalangan atau kejadian termasuk banjir, kebakaran, peperangan, ribut, gempa bumi dan apa jua jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan dan seumpamanya yang dialami dalam masa bakal haji menunaikan fardhu haji yang melibatkan tubuh badan atau harta benda dan bakal haji juga adalah terhalang dari mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan gantirugi terhadap TH berikutan dari apa jua perkara yang berbangkit atau yang berpunca dari kemalangan atau kejadian tersebut.

Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Dalam Negara

th-logo

Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Dalam Negara

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI

  1. Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
  2. Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
  3. Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.
  4. Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun.

SALURAN PENDAFTARAN HAJI

  1. Semua kaunter TH
  2. Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
  3. Mesin ATM Maybank / Bank Islam
  4. Laman web :

KOS DAN BAYARAN HAJI

  1. Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.
  2. Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.
  3. Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1437H adalah seperti berikut:
    JENIS JEMAAH KOS HAJI (RM) TANGGUNGAN KOS HAJI (RM) BAYARAN HAJI (RM)
    MUASSASAH
    warganegara belum tunai haji RM18,890 RM8,910 RM9,980
    warganegara telah tunai haji RM18,890 Tiada RM18,890

    *Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.

  4. Kos Haji langsung bagi musim 1437H adalah berjumlah RM18,890 seorang. Bagi musim 1437H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM8,910 seorang. Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja. TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
    • Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
    • Kos berkaitan kursus haji,
    • Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
    • Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
    • Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
  5. Bakal Haji yang telah “Terpilih” pada tahun semasa adalah layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
    • Menjadi ahli KWSP
    • Mengemukakan surat tawaran Terpilih ke pejabat KWSP; dan
    • Mengemukakan Buku Akaun Simpanan TH ke pejabat KWSP
    • Berumur kurang 55 tahun

PEMBATALAN PENDAFTARAN HAJI

Setelah membuat pendaftaran haji, BH yang mempunyai apa-apa alasan tersendiri boleh membatalkan pendaftaran haji mereka di Pejabat Cawangan TH yang berhampiran tetapi tahun pilihan mereka akan terbatal secara automatik.

PEMERGIAN HAJI

  1. Kerajaan Arab Saudi telah menghadkan bilangan yang boleh menunaikan fardu haji (kuota) dengan menggunakan kuota berdasarkan 0.1% penduduk Negara Malaysia.
  2. Sehubungan itu, keutamaan pemilihan pemergian menunaikan fardhu haji adalah berdasarkan “yang mendaftar dahulu didahulukan” mengikut tarikh dan masa pendaftaran.
  3. BH yang terpilih pada tahun semasa hendaklah terlebih dahulu:
  4. Lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh doktor panel yang telah ditauliah khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memeriksa BH dan mendapatkan suntikan anti Meningitis Meningococcal Quadrivalent AYWW-135.
  5. Menyerahkan pasport antarabangsa dan 2 keping gambar bersaiz 4 cm x 6 cm berlatarbelakang warna putih setelah dihubungi oleh Pejabat TH.
  6. Menghadiri kursus-kursus haji anjuran Bahagian Bimbingan TH.

SURAT JADUAL PENERBANGAN

Surat Jadual Penerbangan (SJP) akan dihantar oleh TH kepada semua bakal haji yang terpilih dan pergi secara Muassasah, manakala bagi bakal haji yang memilih perkhidmatan Pakej TH Travel & Services (THTS) dan Pengelola Jemaah Haji (PJH), SJP akan dihantar oleh pihak penganjur.

Stesen berlepas atau tempat melapor diri BH adalah seperti berikut:-

Bil Tempat Lapor Diri
1. Kompleks Haji & TH Hotel Kelana Jaya
2. Kompleks Haji & TH Hotel Penang
3. Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
4. TH Hotel Kota Kinabalu
5. Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching
6. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
7. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar

PEMBATALAN / PENUNDAAN PEMERGIAN HAJI

Setelah setuju menerima tawaran menunaikan haji tahun semasa, BH yang mempunyai apa-apa alasan tersendiri boleh membatal/menunda pemergian haji mereka, di Pejabat Cawangan TH yang berhampiran tetapi caj pembatalan / penundaan akan dikenakan / debitkan daripada akaun pendeposit mengikut kadar yang ditetapkan.

Bagaimana Mendaftar Dengan Tabung Haji?

th-logo.png

PENDAFTARAN HAJI

(Permohonan Warganegara Malaysia Di Dalam Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Dalam Negara)

(Permohonan Warganegara Malaysia Di Luar Negara Menunaikan Fardhu Haji Dengan Tabung Haji – Berlepas Dari Luar Negara)

*Penambahan Maklumat (Mahram bagi bakal haji wanita dibawah 45tahun)

Kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan peraturan mewajibkan mahram lelaki bagi setiap bakal haji wanita berumur bawah 45 tahun bermula pada musim haji ini (1434H).

Bakal haji yang terlibat akan dimaklumkan melalui surat makluman dan panggilan telefon oleh THCC bagi tujuan meminta mereka untuk mencari mahram lelaki yang menepati hukum syara’ bagi membolehkan mereka (bakal haji wanita) tersebut dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini bersama mahram lelaki yang dikemukakan dan tertakluk juga kepada kekosongan kuota.

Sekiranya bakal haji wanita yang terlibat tidak mengemukakan mahram lelaki sehingga pada 12 September 2013 ini, maka secara automatiknya pemergian hajinya akan dibawa ke tahun hadapan iaitu pada tahun 1435H/2014M dan pemergiannya pada tahun 1435H itu juga tertakluk kepada syarat mahram lelaki yang akan dikemukakan kelak.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut berkaitan jadual pertalian mahram yang mengikut hukum syara’ dan memerlukan pengesahan.

Skim Pembiayaan Teman Tekun

tekun

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEMAN TEKUN

PENGENALAN

Menggunakan konsep berkumpulan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efuisien untuk keperluan perniagaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Bumiputera
  • Berumur 18 – 60 tahun
  • Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  • Mempunyai lesen / permit / Daftar Perniagaan ( SSM ) yang sah.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile )
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM50,000.

SYARAT -SYARAT PEMBIAYAAN

  • Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
  • Membentuk kumpulan dengan 5 orang ahli yang dipercayai (lelaki atau perempuan) dan menjalankan latihan asas pembiayaan TEKUN Nasional
  • Menghadiri perjumpaan TEMAN setiap minggu di tapak perniagaan / pejabat TEKUN Cawangan / tempat yang bersesuaian bersama pegawai TEKUN.
  • Membayar balik secra mingguan.
  • Perlindungan di bawah Insuran Pembiayaan dan Insuran Hayat dan Kemalangan.
  • Caj Pengurusan TEKUN 4% daripada nilai pembiayaan setiap tahun sepanjang tempoh pembiayaan.
  • Simpanan 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.
NILAI PEMBIAYAAN TEMPOH BAYAR BALIK
RM1,000 – RM5,000  6 Bulan – 3 Tahun
RM5,001 – RM50,000 6 Bulan – 5 Tahun

 

CONTOH BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN

JUMLAH PEMBIAYAAN TEMPOH BAYARAN BAYARAN MINGGUAN
RM 1,000 2 Tahun RM 12
RM 3,000 3 Tahun RM 25
RM 5,000 3 Tahun RM 41
RM 10,000 5 Tahun RM 56
RM 20,000 5 Tahun RM 112
RM 30,000 5 Tahun RM 168
RM 40,000 5 Tahun RM 224
RM 50,000 5 Tahun RM 279

 

BROCHURE :Lampiran 1 / Lampiran 2

 

KAEDAH BAYARAN BALIK

KAEDAH BAYARAN BALIK

  • Kutipan dilaksanakan semasa perjumpaan kumpulan setiap minggu
  • Ketua Kumpulan akan membantu mengumpulkan kutipan bayaran setiap ahli kumpulannya sebelum diserahkan kepada Pegawai TEKUN.
  • Pelaksanaan berkonsepkan jaminan dan kerjasama antara ahli kumpulan.

JADUAL BAYARAN BALIK MINGGUAN PINJAMAN TEMAN TEKUN

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MELIHAT JADUAL TERSEBUT.

SILA KLIK PAUTAN UNTUK MEMBACA SOALAN-SOALAN LAZIM.

Skim Pinjaman Tekun (SPT) : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

tekun

SKIM PEMBANGUNAN USAHAWAN MASYARAKAT INDIA ( SPUMI ) : RM 1,000 – RM 100,000
  • Warganegara Malaysia dan Masyarakat India.
  • Umur 18 – 60 tahun.
  • Had pinjaman RM1,000 sehinggga RM100,000.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun.
  • Pinjaman di bawah RM20,000, penyaluran pinjaman melalui individu. Penyaluran pinjaman melebihi RM20,000 disalurkan atas nama syarikat ( 100% milik Bangsa India ).
  • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
  • Tempoh kelulusan :
    • Pinjaman di bawah RM5,000 – 7 hari
    • Pinjaman > RM5,000 – RM10,000 – 14 hari
    • Pinjaman > RM10,000 – RM50,000 –  21 hari
    • Pinjaman > RM50,000 – RM100,000 – 30 hari
  • Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
  • Penyaluran pinjaman menerusi cek atau autodebit.
  • Perniagaan sambilan / sepenuh masa.
  • Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
  • Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan Simpanan Wajib 5% setahun.
  • JPP06 / Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
  • Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan / Kursus Pengurusan Perniagaan ( SAK / KAK / KPP )
  • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) ( pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )