Bagaimana Memohon Program Bantuan Rumah (PBR) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah?

Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem e-Kasih atau SSPKR.Keutamaan akan diberikan kepada:

  • Golongan tua
  • Uzur dan cacat
  • Ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.

Penerima bantuan perlu memiki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.

Komponen dan Kadar Bantuan

Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori:

  • Membina Semula/Bina Baru
  • Membaikpulih Rumah; dan
  • Membaiki Kerosakan Rumah Kerana Ditimpa Bencana

Kadar Bantuan Yang Diluluskan:

Bina Baru

Jadual 1.0: Kadar bantuan bagi skop bina baru

Bil

Kawasan

Jenis Rumah

Kadar Rumah* (RM) Maksimum Kos Ekstrem**(RM)
1 Semenanjung

1 Bilik

21,000

9,000

2 Bilik

37,000

3 Bilik / Teres / Berkembar

40,000

2 Sabah / Sarawak / W.P. Labuan

1 Bilik

26,500

12,000

2 Bilik

46,500

3 Bilik / Teres / Berkembar / Panjang

50,000

Nota: 

**  Kos ekstrem – kos tambahan bagi projek di lokasi ekstrem  (sukar dihubungi melalui jalan biasa, pedalaman, pulau dan tapak bermasalah).

Baik Pulih

Jadual 2.0: Kadar bantuan bagi skop baik pulih

Bil Wilayah Semenanjung Malaysia Sabah / Sarawak / W.P. Labuan
1 Kos Maksimum Baik Pulih (RM 11,000 12,000
2 Kos Ekstrem Maksimum (RM) 1,000 2,000

Nota: Kadar bantuan baik pulih rumah hendaklah berdasarkan kos pembaikan sebenar.

Kaedah Pelaksanaan

Senarai permohonan bantuan PBR dikenalpasti untuk kelulusan KKLW berasaskan sumber yang diperakukan oleh agensi pelaksana peringkat negeri dari Daftar dan Profil KIR Miskin Tegar atau menerusi Pendaftaran Terbuka yang diuruskan oleh Pejabat Daerah/agensi pelaksana. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara:

  • Gotong-royong
  • Pelantikan kontraktor Kelas F oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.

* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE). KKLW akan meneruskan semula pelaksanaannya mulai tahun 2008.

Muat Turun :

 

 

Sumber : Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) : Jadilah Pengguna Bijak

Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Paparan Harga. Paparan Harga membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.

Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:

  1. SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
  2. SMS Semakan Harga Barangan
  3. SMS Langganan Harga
  4. SMS Aduan
  5. SMS Tuntutan Tribunal

Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!

Bagaimana Memohon MyDeposit

LATAR BELAKANG

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

*Langkah-langkah untuk memohon disini.

HUBUNGI KAMI

  1. Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit )
    – 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460
  2. Melalui emel
    mydeposit@kpkt.gov.my

Bagaimana Memohon UPU?

logoupu

Bagaimana memohon UPU?

Kenalpasti pilihan pusat pengajian dan kursus-kursus yang ditawarkan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan online berikutnya.

Sila klik pautan dibawah untuk ke tapak:

 

Permohonan

Baru • Permohonan Kemasukan ke UA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf Sesi 2016/2017


 

Panduan

upu.semaksyarat.infoBaru • Klik untuk semak syarat kemasukan dan program pengajian anda ke IPTA

Panduan Permohonan IPTAKlik untuk ke laman e-Panduan Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier

Panduan Permohonan ILKAKlik untuk ke laman e-Panduan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Konvensional, METrO dan ILKA


 

Panduan

Soalan LazimBaru • Klik untuk lihat soalan-soalan dan jawapan-jawapan kepada pertanyaan lazim

Syarat Am PermohonanKlik untuk lihat syarat-syarat am program pengajian bagi program lepasan SPM dan STPM setaraf

Nombor Unik IDBaru • Klik untuk lihat maklumat berkaitan pembelian Nombor Unik ID
(Diperlukan semasa membuat permohonan)


 

Kategori Permohonan

SPM/setarafKlik untuk lihat kategori-kategori pemohon lepasan SPM/setaraf ke IPTA

STPM/setarafKlik untuk lihat kategori-kategori pemohon lepasan STPM/setaraf

SPM/setaraf & SKMKlik untuk lihat kategori-kategori pemohon lepasan SPM/setaraf & SKM ke ILKA


 

Pekeliling

Pekeliling Kemasukan Pemohon Matrikulasi/Asasi ke UA/Politeknik PremierBaru • Baca Pekeliling Dasar & Prosedur Kemasukan Bagi Pemohon Lepasan Matrikulasi/Asasi 2016/2017 ke UA/Politeknik Premier

Pekeliling Kemasukan Pemohon SPM/Setaraf ke TEVTILKABaru • Baca Pekeliling Dasar & Prosedur Kemasukan Bagi Pemohon Lepasan SPM/Setaraf 2016/2017 ke TEVTILKA

Pekeliling

Pekeliling Kemasukan Pemohon SPM/Setaraf ke UA/Politeknik PremierBaru • Baca Pekeliling Dasar & Prosedur Kemasukan Bagi Pemohon Lepasan SPM/Setaraf 2016/2017 ke UA/Politeknik Premier

Pekeliling Kemasukan Pemohon Pemohon STPM/Setaraf dan STAM ke UA/Politeknik PremierBaru • Baca Pekeliling Dasar & Prosedur Kemasukan Bagi Pemohon Lepasan STPM/Setaraf dan STAM ke UA/Politeknik Premier

Program-program Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

Program-Program Bantuan Pendidikan

A. PINJAMAN PENDIDIKAN

B. BIASISWA

I. Biasiswa Sekolah

  1. Biasiswa Sekolah Menengah
  2. Biasiswa Sekolah Rendah
  3. Biasiswa Khas Sukan

II. Biasiswa Pengajian Tinggi

  1. Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) Pahang
  2. Biasiswa Tahfiz Profesional
  3. Biasiswa Diploma Tahfiz Al-Quran
  4. Skim Pelajar Cemerlang YP

C. PROGRAM CAPAIAN PENDIDIKAN, EKONOMI DAN KOMUNITI

I. Anugerah Kecemerlangan Akademik

  1. Hadiah Pelajar Cemerlang

II. Sumbangan & Kebajikan

  1. Dermasiswa Pelajar Miskin
    1. Sekolah Menengah / Sekolah Rendah
    2. IPT

III. Geran IPT

IV. Program Pembangunan Mahasiswa

  1. Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN)

V. Program Pembangunan Insaniah & Masyarakat

  1. Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA)

VI. Program Peningkatan Kualiti Pendidikan

  1. Jawab Untuk Jaya (JUJ)
  2. Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP)
  3. Program Khas Jejak Gemilang (UPSR, PMR & SPM)
  4. Kem Bahasa Inggeris
  5. Projek intervensi Semua Subjek A (PiSSA)

Mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang

BANTUAN PENDIDIKAN

Bahagian Bantuan Pendidikan adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya 32 tahun yang lalu. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.

Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.

 

FOKUS BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

1. Mencapai sasaran 50% belia dalam kohot umur 17-23 tahun memiliki tertiary education menjelang tahun 2020.
2. Mengeluarkan penajaan pendidikan mengikut pasaran tempatan dan global melalui program selektif dan kritikal
3. Menyeimbangkan tajaan bagi program berasaskan akademik dan kemahiran
4. Mempelbagaikan ruang untuk menaja pelajar-pelajar ke Negara di Timur Tengah bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang perubatan, pergigian dan farmasi selain Bahasa Arab dan Pengajian Islam
5. Melaksanakan program-program kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah bagi meramaikan anak-anak negeri ke menara gading
6. Menjadikan dana pinjaman pendidikan self sufficient melalui bayaran balik pinjaman pendidikan

Bagaimana Memohon Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang?

PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Hear this article

Yayasan Pahang (YP) menawarkan Pinjaman Pendidikan bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP. Iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan November atau pada bila-bila masa yang bersesuaian.

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
    2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang.
    3. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  4. Telah mendapat tempat/tawaran belajar di IPT mengikut kategori berikut:
    1. PERINGKAT SARJANA & KEDOKTORAN
      1. Mendapat tawaran di IPTA dan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.
      2. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya daripada universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan atau mempunyai kelulusan di peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja di peringkat Pengurusan dengan mendapat pengesahan daripada majikan. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Diploma.
    2. PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI IPTA DAN IPTS(1)   Diploma Teknologi Elektronik, Diploma Elektrik Kuasa, Diploma Teknologi Komputer dan Diploma Kemahiran Malaysia di Kolej PSDC.

      (2) Diploma atau diploma lanjutan di Politeknik.

      (3)   Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

      (4)   Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL bagi kursus-kursus selektif dan kritikal yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.

      (5) Diploma/Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP.

      (8)   Ijazah Sarjana Muda Bagi Mengikuti Pengajian Dalam Bidang-Bidang Selektif & Kritikal (tahun pertama) bagi Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh YP bagi bidang-bidang pengajian seperti berikut:

  • Perubatan/Pergigian/Farmasi
  • Kejuruteraan & Teknologi
  • Ekonomi & Kewangan Islam
  • Pelancongan & Warisan
  • Pertanian & Industri Halal
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL

3.  PERINGKAT SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA DI KOLEJ ANTARABANGSA IKIP & PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN TINGGI IKIP

(1)   Ijazah Sarjana Muda IKIP-UUM/IKIP – UTM (Kerjasama)

(2)   Diploma IKIP-UTM (Kerjasama)

(3)   Diploma dan Pra Diploma IKIP-UiTM (Kerjasama)

(4)   Diploma IKIP

(5)   Sijil Kemahiran Perhotelan IKIP-HIAS Tahap 1, 2, 3 & 4

(6)   Sijil Kemahiran IKIP-JPK Tahap 1,2, 3 & 4

 

4. PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI TIMUR TENGAH

(1)  Program Berkembar IKIP-Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah (Ekonomi dan Perbankan Islam). Program ini meliputi pengajian selama 2 tahun di Kolej Antarabangsa IKIP dan 2 tahun di University Of Yarmouk, Jordan.

(2) Bagi kategori ini, calon-calon yang layak perlu mengikuti Kursus Insentif Bahasa Arab (KIBA) anjuran YP selama 4 bulan sebagai persediaan sebelum mengikuti pengajian Ijazah tersebut. Iklan akan dikeluarkan selepas keputusan peperiksaan SPM/STAM diumumkan mengikut tahun semasa.

 

Bagaimana Memohon Pekerjaan Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

Urusan Pengambilan

  • Urusan Pengambilan Ke Perkhidmatan Awam [Bahagian Pengambilan]
    Urusan pengambilan bermula dengan permohonan yang diterima melalui Borang PG-SPA dari Kementerian/Jabatan. Terlebih dahulu, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak dan tawaran akan dibuat kepada calon simpanan jika ada. Seterusnya proses yang terlibat adalah proses pemerolehan calon dari Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP), urusan temu duga, penyediaan Kertas Suruhanjaya dan kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.
  • Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM) [Panduan SMSM…]
    Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

    Orang ramai boleh berurusan dengan Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia secara online menerusi Portal Rasmi SPA atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di nombor 39111 atau perkhidmatan mySMS SPA di nombor 15888. Maklumat mengenai jadual temu duga/peperiksaan dan keputusan temu duga/peperiksaan boleh dicapai melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan SMS sepanjang masa.

  • Jawatan Yang Dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [Selanjutnya…]
    Maklumat mengenai deskripsi senarai jawatan seperti deskripsi tugas, syarat lantikan, kod skim, gred, gaji mula, imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup (COLA) yang boleh dipohon oleh calon mengikut kelayakan berikut:

    1. Ijazah/Sarjana/PHD
    2. Ijazah & Diploma/Ijazah & STPM/STAM
    3. Diploma/Sijil
    4. STPM/STAM/HSC
    5. SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR)
    6. Berkhidmat/PSL
  • Bagaimana Untuk Memohon [Selanjutnya…]
    Warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan [Selanjutnya…]
    Hari Khas SPA Bersama Pelanggan merupakan satu langkah dalam mewujudkan budaya layanan mesra pelangga di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan memberi peluang kepada orang ramai dan penjawat awam mendapat maklumat secara terus mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

Perdaftaran Pekerjaan Secara Atas Talian Boleh Dibuat Melalui Pautan Dibawah:


Maklumat Jawatan Yang Ingin Dipohon (Gaji/Syarat Lantikan/ Deskripsi Tugas)

 Boleh Dirujuk Melalui Pautan Dibawah :

Ijazah / Sarjana / PHD

Ijazah/Sarjana/PHDMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai ijazah, sarjana atau PHD. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Diploma / STP / STPM / STAM / HSC

DiplomaMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai diploma, STP, STPM, STAM atau HSC. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

SPM / SPM(V) / SPMV / Sijil

SPM/SPM(V)/SPMV/SijilMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan SPM, SPM(V), SPMV atau sijil. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

PMR

SPM/SPM(V)/SPMV/SijilMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai kelayakan PMR. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Kelayakan Bakat

Kelayakan BakatMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang mempunyai bakat tertentu. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa PerubatanMemaparkan senarai latihan yang boleh dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti latihan separa perubatan. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]

Suruhanjaya Pasukan Polis

PolisMemaparkan senarai jawatan yang boleh dipohon oleh calon yang berminat untuk mengikuti skim perkhidmatan polis. Di sini juga disertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan. [ Seterusnya… ]


Hotline SPA

  • Hotline SPA : 03 – 8885 6000
  • Maklumat Penting :
    Sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temu duga, tuan/puan boleh menghubungi talian 03 – 8885 6032 atau 03 – 8885 6354.

 

Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut :

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN;
  2. Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);
  3. Warganegara Malaysia;
  4. Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan
  5. Tidak mempunyai hutang WPP

*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.

 

Semakan Penerima Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

 


 

Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP

  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
  • Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  • Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
  • Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.

 

Kemaskini:22/08/2014