Sebarkan Salam.

ybfajarنفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا ألا أدلكم على أمر إذا أنتم فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

Dari Abu Hurairah ra berkata ;

Rasulullah SAW bersabda ; Demi jiwaku ini didalam MilikNya, Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu pula tidak akan beriman sehingga kamu mengasihi antara satu sama lain ( saling hormat menghormati dengan penuh perasaan kasih ). Tidak kamu mahu aku tunjukan seperkara seandainya kamu lakukan nescaya kamu saling mengasihi antara satu sama lain. Sentiasalah kamu sebarkan salam diantara kamu.

Hadis Sahih Riwayat Turmuzi

Tengku Abdullah Akan Letak Jawatan

image

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak (FAM) kepada individu lain yang lebih layak dan ia akan dilakukan secara berperingkat. Katanya, keputusan itu diambil susulan kekalahan memalukan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi pada Khamis lalu. “Saya minta FAM melantik Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah sebagai Pemangku Presiden untuk memantau skuad bola sepak negara bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2023.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/80147?m=

Majlis Mengadap KDYTM Tengku Mahkota Pahang

ybistanaabdulaziztengkumahkotaAlhamdulillah dan Menjunjung Kasih atas limpah berkenan KDYTM Tengku Mahkata Pahang Tengku Abdullah al Hajj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah bagi selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Negeri bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang YH Dato Mohd Nor serta Timbalan Pengarah YH Dato Ghazali serta YH Dato Badlishah Alaudin KPP Pengurusan Masjid, berkenan untuk kami mengadap KDYTM Tuanku. Syukur banyak hal pembangunan Dakwah dan Pendidikan Islam telah dibincang serta mendapat perkenan Tuanku. KDYTM Tuanku sendiri telah juga memberi Titah cadangan yang sangat baik dalam usaha mempertingkat pendidikan Islam Negeri Pahang. InsyaAllah usaha-usaha positif bakal terlaksana dengan Taufik Ilahi.

Selamat Menduduki Peperiksaan.

ybperiksa

اللهم.اجعلنا و لأولادنا مطمنين في إختبارهم الدنيويه و آمنين في امتحانهم الأخروية وارزقنا واياهم في،صفوف الناجحين المتفوقين في أخرينا و الدنيا وامنحنا جائزة الكبري من الذين انعمت عليهم يا أرحم الراحمين….
آمين.

Ya Allah jadikanlah kami dan Anak-anak kami tenang dalam menghadapi ujian dialam peperiksaan dunia mereka serta Ujian dialam mahsyar mereka. Kurniakan untuk kami dan mereka dikalangan orang-orang yang dibarisan hadapan mendahului kejayaan akhirat serta dunianya juga. Serta anugerahlah kami dan mereka segulong sijil keredaan bersama orang-orang yang telah Engkau nikmatkan mereka. Ya Arhamar Rahimin…

Aminnnn.