Perasmian Multaqa Murabbi Peringkat Negeri Pahang 2017

20 Februari 2017

10.30 pagi

Mewakili YAB Menteri Besar Pahang ke Perasmian MultaqaMurabbi Peringkat Negeri Pahang yang disempurna oleh YB Dato Sri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program ini dihadiri oleh lebih 1500 orang tokoh Imam dan Pegawai Masjid, Guru Takmir dan KAFA serta Para Ilmuan Agama. Program juga menyaksikan peruntukan sebanyak lebih RM46 juta bagi tujuan Pengurusan Imam dan Guru KAFA.

Lebih RM800 ribu bagi tujuan imbuhan bilal dan siak. Semua ini bertujuan memperkasa institusi Agama dan Dakwah Negeri Pahang Darul Makmur. Muga Allah rahmati segala usaha murni ummah.

Majlis Perasmian Program Bahasa Arab: BahasaKu Dan Identitiku SMA Al Khairiah, Temerloh

Isyak 17 Feb :
Ketika Perasmian Kem Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama al Khairiah Temerloh. Seramai hampir 400 orang pelajar terlibat bersama Guru-Guru. Muga sedikit pendekatan ini melalui kerjasama Kami, Kolej Yayasan Pahang dan Pihak Sekolah selaku tuan rumah mampu memberi manfaat besar kepada pembangunan dan penguasaan Bahasa Arab.

Isyak 17 Feb :Ketika Perasmian Kem Bahasa Arab di Sek Agama al Khairiah Temerloh. Seramai hampir 400 orang pelajar…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Jumaat, 17 Februari 2017

Kabinet Setuju STF Siasat Kerugian UrusNiaga MataWang Asing

Kabinet telah menyatakan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan bertindaka khas atau Special Task Force (STF) yang mengabungkan pakar-pakar di dalam perlbagai bidang untuk memulakan siasatan awal terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an.

Menurut Pejabat Perdana Menteri di dalam sebuah kenyataan, pasukan tersebut akan mengemukakan syor dan cadangan untuk pertimbangan Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuklan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sekiranya perlu.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” kata kenyataan itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri lagi, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

“Penubuhan pasukan petugas khas ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan – menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

“Ia juga bertujuan untuk mengetahui apa sebenar yang telah berlaku, jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.

RM56,000 Juta Pelaburan Masuki Pahang, Wujudkan Lebih 52,000 Peluang Pekerjaan

Pahang berjaya meraih pelaburan dalam dan luar negara sebanyak RM56,000 juta, mewujudkan 52,169 peluang pekerjaan untuk rakyatnya setakat Disember lepas.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICC) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada pagi Isnin, 13 Februari di sini;

 

Prestasi kukuh ini ekoran pertumbuhan pesat sektor pembuatan yang menyumbang 51 peratus kepada keseluruhan jumlah pelaburan.

 

Taman-taman perindustrian di Pahang termasuk Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Taman Halal Gambang, Taman Automotif Pekan (PAP) dan Taman Bio Bersepadu Kuantan menurut kenyataan itu, menjadi pemacu utama kepada momentum pertumbuhan negeri.

 

Setakat ini, keempat-empat taman industri tersebut secara keseluruhannya telah berjaya menarik pelaburan RM19,54o juta dan mewujudkan 21,460 peluang pekerjaan.

PENYUMBANG UTAMA

 

Penyumbang utama terhadap pertumbuhan Pahang yang lain merangkumi pelancongan serta sektor minyak, gas dan petrokimia, yang masing-masingnya telah menyumbang pertumbuhan sebanyak 26.3 peratus dan 7.3 peratus.

 

Pahang telah muncul sebagai satu daripada destinasi utama bagi pelabur khususnya sektor pembuatan, susulan pelaburan Kerajaan ke dalam projek pembangunan strategik penting dan berimpak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Pelaburan ke Pahang dijangka akan menerima satu lagi rangsangan dengan siapnya projek perluasan Pelabuhan Kuantan dan kemajuan berterusan di MCKIP pada tahun 2017 ini.

 

Kesemua ini akhirnya akan mencetuskan limpahan manfaat kepada penduduk tempatan menerusi peluang pekerjaan dan keusahawanan yang lebih besar, menurut kenyataan yang sama itu lagi.

 

Daripada kesemua taman industri di Pahang, MCKIP kini merupakan pemacu ekonomi yang penting setelah berjaya menarik pelaburan dari dalam dan luar negara bernilai RM18,100 juta.

RM6,950 JUTA PELABURAN LIBATKAN BUMIPUTERA

 

Malahan, kerja-kerja pembinaan dan kegiatan ekonomi di MCKIP kini berlangsung sepenuhnya dengan Alliance Steel (M) Sdn Bhd – pelabur pertama dan terbesar taman industri tersebut, akan memulakan operasi menjelang akhir tahun ini dengan anggaran bakal mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan.

 

Bagi pelaburan Bumiputera pula, Pahang telah menerima dan meluluskan 37 projek bernilai RM6,950 juta daripada syarikat-syarikat Bumiputera yang yang akan membantu menjana 4,071 peluang pekerjaan bagi rakyat.

 

Daripada jumlah ini, 15 projek Bumiputera bernilai RM358.4 juta, telah menerima manfaat sebanyak RM44.4 juta daripada Dana Mudahcara TERAJU@ECER. Kebanyakan pelaburan ini adalah untuk syarikat Bumiputera yang terlibat dalam industri pembinaan dan perkhidmatan.

 

Sementara itu, sebilangan projek prasarana berimpak tinggi kini sedang dalam pembinaan. Misalnya, Pelabuhan Kuantan – yang sedang diluaskan untuk menjadi pelabuhan laut dalam, bakal menawarkan para pelabur di MCKIP laluan terpantas ke pelabuhan utama di China dan pasaran Asia Pasifik.

 

Apabila siap kelak, terminal laut dalam baharu di Pelabuhan Kuantan, dengan kedalaman maksimum 18 meter, akan membolehkan pelabuhan itu menerima kapal bersaiz sehingga 200,000 tan DWT.

 

LOJI RAWATAN AIR GANCHONG SIAP MAC INI

 

Ia juga akan mampu mengendalikan 52 juta tan berat freight barangan dan kargo kontena, dua (2) kali ganda kapasiti yang sedia ada dan mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Kuantan sebagai ‘Pintu Masuk Ke Asia Pasifik’.

 

Di samping itu, Loji Rawatan Air Ganchong di Pekan juga bakal disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan – menjelang Mac ini (2017). Loji ini akan mampu menyalurkan 80 juta liter air terawat bersih sehari bagi kegunaan perindustrian, komersil dan domestik di Peramu, Pahang Tua dan Kuala Pahang.

 

 

Kluster perniagaan tani juga mempunyai potensi besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang. Sebuah kilang pemprosesan susu baharu dijangka siap tahun ini di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC).

 

Ini akan membolehkan syarikat induk iaitu Holstein Milk Company, meningkatkan pengeluaran tenusunya di Pahang dan mengukuhkan pusat tersebut sebagai pengeluar tenusu terbesar di Malaysia.

 

Produk-produk tenusu Holstein, yang dijual menggunakan jenama Farm Fresh, pada masa ini menguasai lebih 39 peratus pasaran tempatan bagi segmen Susu Segar.

 

USAHA PENGHASILAN NENAS

 

Pembangunan-pembangunan lain di Pahang yang dijadual siap tahun 2017 ini adalah Ladang Bersepadu Nanas Rompin (RIPP) seluas 1,200 ekar membabitkan tapak semaian, perladangan serta pusat pungutan, pemprosesan dan pembungkusan.

 

Pada tahun 2020, RIPP dijangka menghasilkan 30,000 metrik tan nanas segar setahun yang seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang keusahawanan bagi rakyat menerusi keseluruhan nilai rantaian.

 

Sementara itu, Fasa 1 Pembangunan Kluster Bersepadu Herba (HICD) di Pahang yang seluas 327 ekar juga telah hampir siap. Petani luar dan satelit bakal menerima manfaat daripada model perniagaan syarikat induk yang akan mengadakan aturan belian-semula daripada petani, dan oleh itu, memastikan pulangan mapan.

 

ECERDC juga telah memberi penekanan yang sama penting terhadap pembangunan modal insan di mana lebih daripada 35,000 rakyat Pahang telah mendapat manfaat daripada program pembangunan modal insan seperti empower ECER, entrepreneurECER, ECER Talent Enhancement Programme, Agropolitan, Suri@Home dan TeraS.

 

Pada tahun lepas (2016) sahaja, seramai 971 peserta dewasa telah menjadi usahawan menerusi pelbagai program yang diadakan di bawah ECERDC dan ini telah mewujudkan kira-kira 2,448 peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

 

PROJEK UNTUK KUMPULAN B40

 

Kumpulan berpendapatan B40 mewakili 93 peratus daripada keseluruhan peserta tersebut memandangkan ia adalah selaras dengan strategi untuk menambah baik pendapatan dan kehidupan kumpulan sasaran melalui penyediaan peluang meningkatkan kemahiran serta keusahawan.

 

Melangkah ke hadapan untuk tahun 2017 ini, Majlis Pembangunan ECER (ECERDC)berharap untuk mengumpul sehingga 1,350 bakal usahawan menerusi programentrepreneur ECER.

 

“Kami juga akan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA bagi mempromosikan industri batik tempatan dan kami berhasrat untuk melahirkan kira-kira 20 usahawan batik bagi mempromosikan industri tekstil Malaysia untuk memenuhi pasaran antarabangsa,’’ menurut kenyataan yang sama. – Khabar

Infra Rakyat Jana Pertumbuhan Ekonomi- Najib Razak

Infra Rakyat atau projek bertunjangkan kepentingan rakyat dilihat dapa menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa panjang menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyifatkan projek-projek tersebut sebagai permulaan, beliau turut menegaskan kerajaan akan terus merancang untuk membangunkan  serta menyediakan lebih banyak Infra Rakyat agar pembangunan yang didukung kerajaan akan membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat.

“Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai.

“Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Oleh itu, sejak menjadi perdana menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai,”

Fokus utama kepimpinan Najib Razak untuk mensejahterakan rakyat, selari dengan agenda utama kerajaan Barisan Nasional, telah memacu projek-projek peka rakyat seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, HSR dan ECRL.

“Kesemua projek Infra Rakyat diperlukan oleh rakyat,

 “ini adalah apa yang diperlukan oleh rakyat, dan inilah yang dilaksanakan kerajaan.”

Kita Harus Kekalkan Konsep Kesederhanaan Untuk Keamanan Negara-Najib

Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal aman dan harmoni bagi membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya dengan kesederhanaan, rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat terus bersatu padu dan bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing tanpa sebarang halangan dan persengketaan.

“Di negara ini, kita tidak mengamalkan ekstremisme keterlaluan sebab kita amalkan kesederhanaan. Islam sendiri mengamalkan konsep wasatiyyah iaitu seimbang dan sederhana dalam segala perbuatan dan amalan.

“Dalam agama Buddha turut mempunyai konsep yang sama walaupun akidahnya berbeza…masalah yang berlaku kini (keganasan), bukanlah kepada agamanya tetapi kehadiran ekstremis dalam agama,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2017 di Dataran Bentong di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri Datin Seri Junaini Kassim, Presiden MCA merangkap Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri Datin Seri Lee Soon Loo.

Selain itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, turut hadir pada majlis berkenaan.

Lebih 20,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka berkenaan yang diserikan dengan pelbagai acara kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata disebabkan ekstremisme, wujudnya kumpulan pengganas Daesh dan golongan pelampau agama yang mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak berdosa.

Pada masa sama, Najib berkata keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada masa kini adalah hasil usaha pemimpin negara yang terdahulu diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang telah meletakkan asas perpaduan yang kukuh.

“Semua dasar perlembagaan negara menekankan kita perlu saling hormat menghormati perbezaan kepelbagaian dari segi budaya, bahasa dan agama.

“Kita hormat agama masing-masing, contoh saya tiba tadi di sini, Datuk Seri Adnan minta saya tunggu dulu sebab di masjid orang tengah solat Isyak, namun orang Cina tidak merungut, mereka tunggu dan hormat…inilah indahnya Malaysia,” katanya.

Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk RM4 juta Bina Semula Asrama SMA Maran Yang Terbakar

Israq 15 Feb :
Syukur Wal Hamdulillah Bukan sahaja anak-anak kita mangsa kebakaran asrama Sek Men Agama Maran diberi perhatian tetapi seluruh pelajar juga diberi semangat. YAB Menteri Besar Dato Sri Di Raja Haji Adnan b Haji Yaakob ketika menjenguk kesan kebakaran dan beramah mesra. YAB MB juga meyampaikan setiap mangsa RM1000 bagi tujuan meringankan beban mereka. YAB MB juga mengumumkan Peruntukan hampir RM4 juta bagi mengganti asrama yang terbakar dengan Asrama baru yang lebih lengkap dan selesa. Pelajar-Pelajar juga mendapat sumbangan peribadi bagi belanja poket harian. #TahniahSemua.
#PahangTerusMembelaAgama.
#TKasihYayasanPahang.
#TKasihAcer.

Israq 15 Feb :Syukur Wal Hamdulillah Bukan sahaja anak2 kita mangsa kebakaran asrama Sek Men Agama Maran diberi…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Selasa, 14 Februari 2017

46,461 Calon UPKK 2016 Peroleh 8A, Meningkat Empat Peratus

PUTRAJAYA, 15 Feb – Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas mencatat keputusan 8A, demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Menurutnya, sebanyak 197,623 calon UPKK mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayatan Cara Hidup Islam; al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.

“Daripada itu, Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam mencatatkan kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang al-Quran dengan 99.6 peratus lulus.

“Pencapaian ini sekali gus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 94.23 peratus, diikuti al-Quran (91.83 peratus); Adab (90.48 peratus); Ulum Syariah (87.95 peratus) dan Sirah 83.61 peratus.

Jamil Khir berkata keputusan UPKK kini boleh disemak secara dalam talian di http://semakan.islam.gov.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS ) di MySMS 15888 bermula 11 pagi ini.

Pernyataan keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 3 petang ini, katanya.