Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang 2018

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung pada 2 Julai ini.

Sidang pertama di Wisma Sri Pahang itu menyaksikan pelantikan Speaker DUN selain upacara mengangkat sumpah 42 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat pada PRU14.

“Istiadat perasmian oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dijadualkan berlangsung pada 23 Julai depan diikuti sidang DUN selama lima hari,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Berhubung pemilihan Speaker, sumber berkata kemungkinan Datuk Seri Ishak Muhamad, 65, yang juga anak kelahiran Pekan, akan dikekalkan sebagai Speaker DUN Pahang untuk penggal kedua selepas dilantik kali pertama pada 1 Julai 2013.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik selama 13 tahun dan menjadi ADUN Bebar selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12…..

Dikemaskini 23 Julai 2018

23 Julai 9.30 PgKeberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 22 Julai 2018

 

23 Julay 10pgMenghadiri Tugasan Rasmi Bersama rakan Adun Pahang Ke Istiadat Titah Perasmian Sidang DUN Pahang Ke2…

Posted by Syed Ibrahim Syed Ahmad on Ahad, 22 Julai 2018

 

 

 

 

 

KOMEN DI FACEBOOK

3501total visits,112visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.