Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah Puasa

Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah Puasa

Bismillahirrahmanirrahim

Ada persoalan yang ditimbulkan mengenai pembayaran zakat dan zakat fitrah. Samada dalam bentuk makanan asasi atau matawang. Sedang sememangnya zakat fitrah itu menyempurnakan ibadah puasa hamba. Sabda Rasulullah SAW :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : ( فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ

Dari Ibnu Abbas RA : Rasulullah SAW mewajibkan puasa dengan tujuan mensucikan ibadah puasa dari kekejian dan kekurangan serta memberi makan orang miskin.

Pada asalnya, seperti yang disebut didalam hadis tentang hal ini adalah dengan memberi makanan seumpama buah tamar, gandum, ataupun beras dan sebagainya. Ini bertepatan dengan hadis daripada Aadi bin Hatim sabda Nabi :

اتقوا النار ولو بشق تمرة، فمن لم يجد فبكلمة طيبة
“Takutlah kepada neraka Allah walaupun dengan sebiji tamar”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Ini kerana pada ketika itu manusia sangat memerlukan kepada makanan, sebab itulah kita dapati hukum hukum Kafarah orang yang bersumpah dusta termasuk juga antaranya memberi makan orang susah seramai 10 orang miskin. Kafarah Zihar- 60 orang miskin, bersetubuh ketika Ramadhan disiang hari – memberi makan 60 orang miskin dan sebagainya.

Bahkan memberi makan kepada mereka yang memerlukan termasuk antara amalan yang sangat mulia dalam Islam. Kerana pada ketika itu, manusia sangat memerlukan kepada makanan. Namun realiti kehidupan kita pada hari ini serta tuntutan keperluan hidup sudah pun berbeza. Seumpama keperluan perubatan, pemakaian, persekolahan, sangat menagih kepada bantuan dan juga pertolangan daripada mereka yang berkeupayaan. Sebab itulah para ulama telah mengharuskan melalui realiti ini seperti pendapat berikut :

1. Imam Abu Hanifah berkata : HARUS bagi pengeluar zakat membayarnya dengan nilai semasa. Penerima mampu untuk memanfaatkan nilai itu dengan bentuk yang lebih luas jika dibandingkan dengan barang makan yang diberi.

Sabda Nabi SAW :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهم عَنْهم أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ وَلَكِنِ الْمِسْكِينُ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ وَلَا يُفْطَنُ بِهِ فَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ وَلَا يَقُومُ فَيَسْأَلُ النَّاسَ

Zakat fitrah itu memberi makan kepada org miskin. Namun kemiskinan yg didefinisikan oleh Nabi seperti di dalam Hadis sohih ialah bukanlah yang dimaksudkan dengan miskin itu orang yang tawaf merayu simpati dari orang lain dengan sesuap atau dua suap makanan, atau sebiji atau dua biji tamar, tetapi miskin itu orang yang tidak memiliki sesuatu untuk membantu kehidupannya maka mereka diberi sedekah.

Sehubungan itu orang yang tidak memiliki perkara yg mencukupi untuk kehidupannya ialah orang yang tidak memiliki harta , bukanlah yang tidak memiliki makanan. Dari definisi hadis inilah para ulama mengambil dalil HARUS mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai matawang demi tujuan memenuhi keperluan orang yang susah.

Sebenarnya pandangan seumpama ini bukan sekadar terpencil menurut mazhab Hanifah, namun bersama mereka ramai lagi para ulama feqah samada dari Syafie mahupun Maliki. Demikian juga Imam Bukhari, As Sauri, Hasan Basri dan lain-lain dari mereka.

IMAM BUKHARI membawa nas harusnya membayar zakat dengan nilai matawang yang matannya “Barangsiapa yang telah cukup bilangan untanya hendaklah dia berzakat dengan seekor jiz’ah (anak unta) jika dia tidak memiliki anak unta dan dia juga boleh diambil dari 2 ekor kambing ataupun 20 dirham.”

2. Ata’ Bin Abi Rabah dalam membawa khabar dari Khumaid dari Abu Aswad dari Ibn Lahiaj dari Yazid bin Abi Habib sesungguhnya Umar bin Abd Aziz telah menulis “hendaklah diambil pada setiap seorang itu setengah dirham zakat fitrah” berkata Yazid “ketetapan ini telah dilaksanakan sehingga ke hari ini”

3. Hasan Al Basri RH didalam musannif Ibn Abi Syaibah membawa berita dari Waqi’ dari Sufyan dari Hisyam dari AlHasan berkata : “tidak mengapa mengeluarkan zakat dengan matawang sebagai zakat fitrah”

4. Umar bin Abd Aziz RH juga telah menulis surat kepada pegawainya di Basrah supaya ahli majlis mengutip zakat dengan kadar setengah dirham.

5. Sufyan Assaauri RH disebutkan oleh ahli hadis Ibn Zanjawih Humaid bin Mukhlad Al Azdi didalam kitab Al Amwal , Humaid telah memberi khabar kepada kami dari Muhammad bin Yusuf dari Hisyam dari AlHasan berkata “seandainya zakat fitrah dikeluarkan dengan satu dirham, maka dia telah mendapat ganjarannya” Sufyan telah berkata “Jika dikeluarkan nilai sebanyak setengah cupak dari gandum, ia juga telah dikira pahala”

6. Adapun perbahasan hadis Rasulullah yang telah mewajibkan zakat fitrah secupak dari tamar dan secupak dari gandum telah membawa maksud kewajipan kadar yang sesuai dengan penggunaan bahasa menurut bangsa arab.

7. Adapun firman Allah Surah At Taubah ayat 103 “Hendaklah kamu mengambil dari harta mereka itu sedekah” ayat ini masih mutlak dan tidak menyatakan bentuknya, maka ia memberi keluasan kepada ulama untuk berijtihad.

8. Seperti yg diriwayatkan dari Dar AlQutni dan lainnya bahawa Muaz bin Jabal berkata kepada orang Yaman “Keluarkan zakat kamu dengan bayaran berbentuk ‘Khamis’ atau ‘Labis’ yang menggantikan gandum dan tepung kerana itu lebih mudah bagi kamu dan lebih memberi manfaat kepada muhajirin. Khamis adalah pakaian yg direka cipta panjangnya 5 hasta, oleh seorang yang bernama Khams untuk raja di Yaman. Apa yang telah dilakukan ini tidak mendapat penafian atau pengingkaran dari Nabi SAW iaitu menggantikan pakaian dengan makanan.

9. Berlakunya penggantian zakat daripada unta kepada kambing , sebagai bukti boleh ditukar ganti bentuk pembayaran zakat itu.

10. Di dalam Mazhab Syafie sendiri, Imam Nawawi telah berkata “diantara perkara yg menjadi Dhururah apabila mengeluarkan zakat dengan bentuk nilaian harga, juga mendapat ganjaran, sepertimana yg telah ditetapkan oleh pemerintah dengan nilai harga untuk diambil sebagai zakat dengan nilai yg sah” Pendapat ini telah diputuskan oleh majoriti ulama’ Syafie dan ulama’ Iraq seumpama Syeikh Abi Hamid, AlQadi abi tayyib, Al Mahamili di dlm kitabnya Sohib AlHawi seperit yg dinaskan oleh imam syafie didalam kitab ‘Um’ (sesungguhnya zakat diterima dengan bayaran nilai)

Wallahualam

 

KOMEN DI FACEBOOK

255total visits,15visits today

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.