Pendapat Yang Tetap Tentang Tidak Gugurnya Jumaat Dengan Sembahyang Hari Raya.

Segala puji bagi Allah ,selawat dan salam keatas junjungan Nabi kita Rasulullah ﷺ serta keluarga dan sahabatnya.
Kami telah didatangi beberapa soalan yg dikemukakan melalui media sosial atau secara langsung tentang adakah solat Jumaat itu tidak wajib setelah terdirinya solat hari raya yang jatuh pada hari Jumaat?

Jawapan:
Pendapat yang mengatakan gugurnya solat Jumaat adalah bertentangan dengan majoriti ulama sebagai keterangannya;

1) Majoriti ulama Islam sama ada mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’e mahupun sebahagian ulama Hambali berpendapat wajib menunaikan solat Jumaat walaupun ia berlaku pada hari yg sama.

Menurut Imam Abu Abdullah Ad Dimaski di dalam kitab beliau yang berjudul ‘Rahmatul Ummah Fi Ikhtilafil A’immah’ : ( pendapat Syafi’e yg paling sahih bahawa solat Jumaat mesti dilaksanakan oleh orang yang bermukim dan bermustautin)

2) Pernah Nabi ﷺ memberi kelonggaran kepada mereka yang tinggal jauh daripada kota Madinah lebih daripada 3km untuk menunaikan solat Jumaat pada ketika itu namun hujjah ini hanya dinaskan kelonggaran kepada mereka yang jauh untuk bergerak atau berulang alik.

3) Sembahyang raya itu adalah sunat sahaja sedangkan Jumaat itu adalah fardhu. Bagaimana yang sunat boleh menggugurkan yang fardhu. Rasulullah ﷺ telah menunaikan sembahyang sunat dan juga sembahyang Jumaat walaupun pada hari yang sama. Wallahua’lam.

 

 

KOMEN DI FACEBOOK

544total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.