Pendapat Ulamak Tentang Hukum Sembahyang Raya

Pertama
Wajib bagi setiap Individu. Berdalil kepada Rasulullah SAW, yang sentiasa mendirikannya ketika hayat Baginda, tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Dan Rasulullah tidak mendirikan solat sunat secara berjamaah kecuali Tarawikh, Khusuf, serta dua hari Raya. Pendapat ini dari Mazhab Hanafi .

Kedua
Pendapat kedua menyatakan ia Sunnah Muaakad. Sunat yang sangat dituntut. Mazhab Syafie dan Maliki berdalil kepada soalan Sahabat kepada Nabi SAW : Wahai Rasulullah adakah lagi sembahyang yang wajib kami laksanakan selain 5 Waktu? Jawab Baginda SAW : Tiada. Hadis Muttafaq

Ketiga
Solat Hari Raya hukumnya Fardhu Kifayah. Ini pendapat Mazhab Hambali. Mereka berdalil kepada ayat akhir Surah Sauthar : “Maka Sembahyang kesisi Tuhan Kamu dan berkorbanlah”. Serta kerana Rasulullah SAW sentiasa melaksanakannya tanpa tertinggal pun. Ditambah pula ia adalah antara Syiar Agama yang besar.

Perbezaan ini menunjukkan betapa penting dan utamanya Sembahyang Hari Raya. Dan betapa ia mempunyai kedudukan yang tinggi disisi Rasulullah SAW. Disamping ia memberi manfaat besar kepada Ummah dalam pelbagai sudut kehidupan.

SELAMAT HARI RAYA ZAHIR BATIN

#Wallahuaalam

 

KOMEN DI FACEBOOK

359total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.