Hari Jumaat Hari Ibadah Bukan Hari Cuti

Allah menyatakan dalam Firmannya :

نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Surah Jumaah ayat 9

“Wahai Orang-Orang yang beriman apabila diseru untuk menunaikan Ibadah Jumaat (Solat) maka berusahalah untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah urusan jual beli kerana yang demikian itu adalah lebih baik untuk kamu sekiranya kamu memahaminya”.

Rasulullah SAW bersabda tentang hari Jumaat adalah hari ibadah :

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا. رواه مسلم.

Dari Abu Hurairah ra : Dari Rasulullah saw bersabda : “Semulia-mulia hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Hari inilah diciptakan Adam, hari ini juga dimasuk ke dalam syurga dan hari ini juga dikeluarkan dari Syurga”. Riwayat Muslim.

Agama ini adalah agama yang disyariatkan melalui didikan Al-Quran dan Sunnah Nubuwwah. Ia tidak terbina dengan logiknya akal, perasaan emosi mahupun sangkaan pemikiran kerana ianya bersifat sementara dan datang dari makhluk yang dicipta. Jika diambil sebagai landasan nescaya pasti berlaku pertelagahan fahaman sesama manusia. Allah tegaskan :

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا . سورة النساء أية ٨٢

Seandainya datangnya selain dari sisi Allah nescaya pasti akan mereka dapati perbezaan yang sangat ketara”.

Dari Firman dan Hadis Nabi SAW jelas menunjukan bahawa Hari Jumaat adalah Hari Ibadah dan bukan pula hari percutian. Konsep Ibadah amat luas dan mendalam.

Secara umumnya di dalam Islam Ibadah itu pengabdian hamba terhadap Tuhan Pemilik Dan Penciptanya. Islam adalah matlamat diciptakan manusia. Islam juga sebagai perantara menjadikan hidup ini terurus sempurna dan diberkati. Serta punca memperolehi Redho Yang Menciptanya. Ia juga Jalan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah dlm Surah az Zaariat : 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ. الذاريات: 56.

Tidak aku ciptakan Jin Dan manusia itu kecuali untuk beribadah.

KELUASAN IBADAH

Ibadah itu tidak pula terkongkong kepada Solat, Puasa, Dan Haji semata mata malah ianya membina hubungan Hamba dengan Tuannya iaitu Allah.

Ia juga termasuk zakat dan pengurusan, Muamalat dan kehidupan, Kebajikan dan pemeliharaan dan banyak lagi yang telah digaris pandu oleh agama kita Islam.

Semua ibadah ini mempunyai nilai harga di sisi Allah dan bakal dikembalikan kepada pengamalnya tanpa dikurangkan walaupun sebesar zarah. Bahkan ia digandakan habuannya mengikut kemurahan Tuhan Yang Maha Mulia.

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ سورة الزلزلة أية ٧

“Barangsiapa beramal walau sebesar zarrah sekalipun dari kebaikan, ia bakal melihat kebaikan kelak”.
Surah Zalzalah ayat 7.

Firman Allah lagi :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ سورة البينة . أية ٧.

Sesungguhnya Orang-Orang Yang beriman dan beramal Soleh mereka bakal beroleh sebaik-baik balasan.

CUTI UMUM

Dari sudut ayat di atas, tiada Allah memerintahkan hambaNYA bercuti pada hari Jumaat. Bahkan Allah menuntut kita memuliakannya dengan beribadah. Dan konsep ibadah amat luas serta mencakupi khidmat kepada agama, masyarakat dan bermuamalah.
Guru di medan pendidikan adalah ibadah. Pelajar di alam pembelajaran Ilmunya adalah ibadah. Perkhidmatan awam dengan pelanggannya juga ibadah. Begitulah seterusnya.

Adapun waktu solat itu, adalah waktu kemuncak hari jumaat. Allah swt pun menuntut menghentikan sejenak apa juga aktiviti ketika itu.

WAKTU SEMBAHYANG JUMAAT

Allah sendiri menegaskan waktu itu adalah antara :
اذا نودي للصلاة يوم الجمعة فاسعوا…..
Apabila diseru untuk menunaikan Solat (Jumaat) maka pergilah untuk mengingati Allah.
sehingga ke firman :

فإذا قضيت الصلاة فانتشروا في الأرض

Apabila selesai menunaikannya maka bertebaranlah di muka bumi Allah.

Itu tempoh waktunya. Sekadar antara 2 khutbah dan 2 Rakaat Solat.

Namun waktu Fadhail untuk hadir ke masjid bukan pula waktu yang diwajibkan kita melakukan gencatan kerja dan pengurusan kemanusiaan. Ia adalah waktu yang diberi kelebihan dan pilihan untuk hamba mengambil kurniaan Ilahi sesuai dengan keupayaan manusia itu. Mungkin manusia memenuhkan waktu dengan ilmu, mungkin dengan zikir mungkin dengan tilawah, mungkin dengan infaq, mungkin dengan mencari rezeki yang halal. Mengikut keupayaan, kebolehan dan keperluan masing-masing .

KEPERLUAAN BERCUTI

Tiada satu nas melarang untuk manusia bercuti pada hari Jumaat. Dan tiada juga dalil mewajibkan umat Islam untuk tidak bercuti.

Namun kalau tak bercuti pun, manusia ada yang culas dengan ibadah. Mencari dalih dan helah untuk beribadah. Bagaimana jika diberi ruang bercuti. Sudahlah Tilawah dan Zikir semakin kurang diminati. Iktiqaf juga semakin dijauhi walaupun cuti sudah diberi. Maka amal yang lain juga semakin ditinggalkan dari akibat cuti yang membiarkan muamalat dan tadbir urus hidup diberhentikan.

SIDANG DUN PAHANG

Makanya ketika sidang DUN 2017 membincangkan isu ini apabila dikemukakan oleh Rakan dari Dun Beserah.

Maka hasil dari penjelasan ini telah mengambil persetujuan bersama bahawa hari Jumaat elok diteruskan aktiviti harian seperti biasa. Sementara mendidik ummah dengan nilai -nilai kemuliaan hari yang Agung ini dan juga memberi ruang sepenuhnya kepada Ummat Islam menunaikan Ibadah Jumaat dengan penuh khusyuk dan Tawadhuk kepada Allah.

BERTEBARAN DIBUMI MENCARI ANUGERAH

Bahkan Allah tegaskan lagi dalam Quran. Apabila umat Islam selesai menunaikan ibadah Jumaat, maka carilah anugerah Allah :
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ سورو الجمعة أية 10

Apabila kamu selesai menunaikan Sembahyang maka bertebaranlah dibumi Allah. Carilah kelebihan dark Allah (padanya) Dan sentiasalah mengingati Allah mudah2an kamu beroleh kejayaan.

Penegasan ini bukan sekadar kebenaran dari Allah untuk kita membina urusan dunia yang dihalalkan. Bahkan ia sebuah perintah فانتشروا bertebaranlah. Maka tidak perlu kita gusar dan merasa bersalah menghidupkan hari Jumaat dengan amal ibadah disamping diserikan dengan tugasan kerja. Jika betul niatnya serta elok perlaksanaannya maka masti gandaan ganjaran dari Allah. Allah Maha Mengetahui lagi Maha melimpah.

KOMEN DI FACEBOOK

1045total visits,5visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.