Mimbar Masjid Bukan Platform Politik

“Jangan menggunakan mimbar masjid tempat untuk berpolitik” titah Ke Bawah Duli Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.

Baginda memberi amaran tegas supaya tidak menjadikan masjid atau surau sebagai tempat menyampaikan ceramah politik dan menyampaikan perkara tidak berfaedah.

“Saya berharap masjid dijadikan tempat beribadat, dan jangan mengumpat atau membuat perkara tidak berfaedah alam masjid” titah baginda yang mengingatkan pelaku bakal berdepan tindakan undang-undang mengikut peraturan dan enakman yang sedia ada.

IMG-20180219-WA0017
Baginda bertitah demikian sempena Majlis Pecah Tanah Masjid Kampung Sungai Puteri, Rompin.

Kira-kira 2000 rakyat Rompin terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, dan Orang Asli hadir dan minum petang dalam upacara pecah tanah bersama pemimpin setempat.

IMG-20180219-WA0018

Masjid baru di Kampung Sungai Puteri dijangka siap hujung 2019 melalui dua fasa dan menelan belanja sebanyak RM 7 juta bakal dimanfaatkan oleh jemaah sekitar Rompin.

“Saya amat gembira dan terharu bila tuanku sendiri merasmikan majlis pecah tanah kerana sudah lama menantikan masjid baru.” Ujar Kamal Hasan.

Keberangkatan lawatan kerja baginda ke Rompin seawal pagi tadi dan mencemar duli bersama ialah Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Haji Yaakob, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin, Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman.

Sumber : Malaysiaaktif

KOMEN DI FACEBOOK

309total visits,2visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.