//Maaf Saya

Maaf Saya

Apabila al Quran dan Sunnah Nabi SAW menggalakan kita saling bermaafan maka sudah tentu ia sebuah nilai yang sangat tinggi. Bukan sahaja kepada Si Pemohon dan yang dipohon. Bahkan kepada Ummah sejagat.

Firman Allah SWT dalam surah al A’raf ayat 199 ;

خذ العفو وأمر بالعرف وأعرض عن الجاهلين

“Ambillah kemaafan, dan serulah kearah kebaikan dan palinglah dari orang-orang yang bodoh”.

Demikian juga ajaran Nabi SAW secara keperibadian telah menampilkan kemaafan yang sangat tinggi serta mempengaruhi situasi dakwah.

Baru-baru ini Sidang DUN yang merupakan medan perundingan antara Ahli-ahli Dewan demi kepentingan Rakyat dan Negeri merasa terkejut apabila YAB Menteri Besar Pahang sanggup memohon maaf, didalam Dewan kepada semua khususnya kepada ADUN Mentakab YB Tengku Zulfuri. Sedangkan bukan sahaja tiada kekhilafan pun dari MB. Ia hanya timbul apabila ADUN Mentakab menyangka serong yang MB akan mengajak beliau bertumbuk. Sedangkan tiada satu kalimah pun keluar dari lidah MB didalam Dewan mengajak ia bertumbuk.

Sangkaan ADUN ini yang serong sebenarnya satu kekhilafan yang sewajarnya beliau meminta maaf dari MB. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan ketika MB menegur beliau didalam Dewan bertujuan baik agar ADUN Mentakab tidak bersekongkol dengan menyetujui pesta arak yang sedang dibelanya. Kesilapan keduanya. Sewajar beliau memohon maaf dan tidak mengulang kesilapan.

Tetapi sebaliknya MB Pahang yang berlapang dada dan sentiasa menanam semangat harmoni antara ahli dewan di Pahang. Walaupun sebagai Ketua Negeri dan tiada kekhilafan yang beliau lakukan namun sanggup mendahului ahli-ahli Dewan bagi memohon maaf demi kepentingan Negeri dan Persidangan.

Apa yang mendukacitakan ADUN Mentakab jadikan hal mulia untuk terus menegakkan benang basahnya dengan menyatakan dilaman FB yang kononnya MB menimbulkan kekecohan serta masih bertegas yang konon MB menggajak ahli dewan bertumbuk.

Sepatutnya Adun ini juga berlapang dada bermaaf-maafan dan menjelaskan pekara sebenar. Beliau  juga sepatutnya turut memohon maaf atas tuduhan yang kononnya MB hendak bertumbuk. Namun sebaliknya dia masih angkuh dengan kenyataan palsunya.

Percaya lah dengan keterbukaan dan lapang dada MB serta pembohongan ADUN Mentakab hanya mengheret Dewan kearah kerugian. Serta masa yang ada, sepatutnya difikir sepenuhnya untuk membela rakyat, Kebajikan Rakyat, Pendidikan Rakyat dan Pembangunan Negeri dimusnahkan oleh beliau dengan kenyataan yang merosakan dirinya sendiri

406total visits,7visits today