//Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pendapatan Rakyat

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Pendapatan Rakyat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam usaha kerajaan membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan. Kerana inilah kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memastikan pendapatan rakyat meningkat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Usaha kerajaan ini mula menampakkan hasil apabila pendapatan rakyat dalam kumpulan B40 dan M40 meningkat dengan begitu ketara. Malah, kadar kemiskinan terus menurun.

Menurut EPU atau Unit Perancang Ekonomi, purata pendapatan seisi rumah kumpulan B40 meningkat sebanyak 76% pada tahun 2014 sejak tahun 2009 manakala untuk golongan M40 pula, purata pendapatan seisi rumah meningkat hampir 60 peratus untuk tempoh yang sama.

Jika kita melihat dari segi purata pendapatan pekerja, dalam setiap sektor, kaji selidik Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2016 dalam tempoh 3 tahun sebelumnya.

Ini antara tanda yang kedudukan kewangan pekerja secara keseluruhannya semakin baik.

Meskipun peningkatan ini merupakan kejayaan inisiatif kerajaan seperti program peningkatan pendapatan di luar bandar, kenaikan gaji minimum, dan juga pelbagai program keusahawanan, namun penyumbang terbesar kejayaan ini adalah semangat daya saing dan usaha keras rakyat pun meningkatkan pendapatan mereka.

Oleh demikian, pupuklah semangat daya saing di atas dasar yang kita percaya bahawa yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

Sama-samalah kita bangunkan ekonomi negara kerana ia tidak dapat dijayakan dengan usaha satu pihak sahaja.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

29total visits,2visits today