//Info Tanah Runtuh, Banjir Di Pulau Pinang

Info Tanah Runtuh, Banjir Di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Berikut rentetan kejadian tanah runtuh dan banjir di Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun:

* 14 Oktober 2016 : Sebahagian Jalan Lembah Permai-Puncak Erskine di Tanjung Bungah runtuh dan terpaksa ditutup, selain mengakibatkan sebuah rumah terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian diarah pihak berkuasa supaya dikosongkan. 

* 29 Oktober 2016 : Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang.

*29 Oktober 2016: Sembilan terperangkap dalam sebuah kuil dan sebuah kereta tertimbus berhampiran kejadian tanah runtuh di Air Itam, berikutan hujan lebat selama tiga jam di kawasan itu. Kejadian berlaku antara jalan utama dan laluan ke arah Empangan Air Itam berdekatan sebuah kuil Buddha.

*1 November 2016 : Hanya tiga hari selepas banjir kilat melanda George Town, sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk, lebih 100 isi rumah pula terjejas akibat banjir kilat di Batu Maung.

*7 November 2016 : Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah runtuh terburuk, seminggu selepas banjir semasa perayaan Deepavali. Jalan utama menghubungkan pusat bandar dan Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan laluan runtuh di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang.

*15 September 2017 : Hujan lebat sejak jam 3 pagi menyebabkan George Town dilanda banjir kilat di lima daerah di negeri ini.

*21 September 2017 : Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan hujan lebat  yang turut menyebabkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tun Sardon-Jalan Bukit Baru, Paya Terubong mengakibatkan jalan utama menuju ke Balik Pulau dan George Town terhalang.

*21 Oktober 2017 : Berlaku kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di  Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah kira-kira 8.57 pagi. Kejadian itu menyebabkan 14 tertimbus dan setakat ini tiga mayat telah dikeluarkan daripada tanah runtuh itu.-Bernama

26total visits,2visits today