//Rohingya Iktibar Buat Umat Islam Untuk Bangkit

Rohingya Iktibar Buat Umat Islam Untuk Bangkit

Peristiwa yang mencatatkan sejarah hitam kepada umat Islam. Bukan sahaja Baitul Maqdis dikepong malah Rasulullah SAW dihina serta umat islam diporak peranda di serata negara. Darah mereka ditabur tanpa ehsan dibumi milik Tuhan yang mencipta kita. Terkenang juga persoalan ditanya Malaikat dalam surah Al Baqarah Ayat 30:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ

Adakah kamu Ya Allah jadikan mereka yang merosakkan muka bumi ini dan bertumpah darah atasnya (Sebagai Khalifah) sedang kami sentiasa bertasbih dan mensucikan kamu ?

Lantas persoalan jujur yang lahir dari Para Malaikat dijawab Allah SWT dengan tegas dan ringkas dalam ayat yang sama :

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Seraya Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak tahu.

Dalam isu ini manusia itu telah diberi oleh Allah amanah dan dikalangan manusia yang paling dipertangungjawabkan oleh Allah adalah Muslim Yang Mukmin seperti didalam Firman Allah dalam Surah At, Taubah Ayat 71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan itu merupakan saling memimpin antara satu sama lain. Mereka (bersama) mendirikan solat, mengeluarkan zakat, taat kepada Allah Dan Rasul, (Golongan) mereka inilah bakal dirahmati Allah, sesungguhnya Allah itu Yang Maha lembut lagi bijaksana.

Namun ciri-ciri orang yang beriman bukan sekadar dakwaan manis dibibir manusia itu. Jika ia semata-semata dakwaan maka ia pasti menjadi ikatan yang rapuh dan mudah terungkai musnah. Bukan sahaja dirungkai musuh bahkan terlarut sendiri akibat kelemahan dalaman. Sifat kepimpinan mukmin sejati adalah bersaudara. Seperti yang telah Allah didik dalam firmanNya Surah Al Hujurat Ayat 10.

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم

Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara saudara kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu di rahmati.

Ini ciri-ciri mukmin yang perlu ada dan nilai inilah yang dibina oleh Rasulullah sehingga menghasilkan buah yang sangat memuaskan.

Cuba semak semangat ukhwah yang telah di bina oleh Rasulullah SAW  mendahulukan hormat-menghormati walau apapun latarbelakang individu. Seumpama kisah Durrah binti Abu Lahab yang dipersenda oleh orang-orang Islam Madinah serta ahli Badar ketika hijrah beliau dan penyertaan Badar. Lantas ia mengadu kepada Rasulullah SAW . Lalu Rasulullah SAW menegur mereka dengan sabda Baginda SAW :

لا يؤذي لميت

Orang yang hidup tidak boleh disakiti oleh (kesalahan) simati.

Perhatikan pula kisah Rasulullah SAW yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim. Bilamana Itban bin Malik seorang sahabat Rasulullah dari Ansar yang sempat menyertai Badar sudah berusia tua, mengadu hal kepada Baginda SAW beliau berusia tua, pemandangan semakin kabur dan perkampungan beliau agak jauh dan jika ditimpa hujan air akan melimpah dan menghalang laluan untuk ke masjid. Sedangkan masyarakat kampung beliau berimam kepada beliau.

Sehubungan itu katanya kepada Rasulullah SAW mohon Rasulullah SAW bermurah hati mengunjungi rumah kami untuk solat didalamnya agar kami jadikannya musalla. Maka Rasulullah SAW bersetuju untuk memenuhi permintaan Sahabat itu. Lalu Baginda SAW hadir bersama Saiyidina Abu Bakar RA dan memohon izin untuk masuk ke rumahnya seraya bertanya ruang manakah untuk aku solat dirumah mu ini lalu ditunjuk oleh Itban Bin Malik. Rasulullah SAW pun solat dua rakaat.

Selesai dari solat Baginda dijamu oleh Itban kuih qasidah. Lalu orang kampung turut hadir sehingga penuh rumah Itban b Malik. Ketika duduk bersama Rasulullah SAW seseorang bertanya dimanakah Malik bin Ad Dahksan. Dijawab oleh orang ramai beliau mana mungkin hadir kerana beliau mempunyai sifat munafik. Lantas mereka ditegur oleh Rasulullah SAW : “Jangan kamu katakan terhadap beliau seperti itu, kerana beliau telah mengungkapkan dua kalimah syahadah demi kerana Allah”.

Demikianlah bersungguh-sungguh Rasulullah SAW memelihara perpaduan ukhwah dan persaudaraan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini lahir dari kemahuan yang jujur telah berjaya membina hubungan yang erat antara sahabat.

Hubungan ini telah menghasilkan kekuatan mental kerohanian. Dari mental rohani yang kukuh berjaya membina kekuatan ummah yang disegani bahkan digeruni.

Rasulullah SAW tidak menjadikan isu remeh, kes sangkaan, serpihan fahaman, perbezaan idea, sebagai faktor untuk terus berbeza dan menghilangkan kasih sayang antara satu sama lain. Perkara berkenaan bukan sahaja dibiarkan padam dipupuk hari bahkan ditegah sesiapa pun untuk membukanya dan menjadikannya bahan ucapan atau utusan berantai di kalangan masyarakat. Jika pekara itu diperbesarkan sudah pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap perpaduan ummah.

Hal ini sudah semakin terhakis dikalangan masyarakat Islam. Ia sudah menjadi barah yang merebak serta sukar sekali diubati walaupun ada ubatnya. Kita mula membenci saudara kita kerana dunia kita. Kita mula menghina dan mendedah keaiban sesama kita kerana kedudukan kita. Kita mula menidakkan orang lain kerana ideologi yang bersifat sementara dan kepentingan kumpulan kita semata-mata. Hal ini berlaku nyata, samada ditangan ahli politik, agamawan, ahli-ahli ekonomi, ahli akademik dan lainnya. Mereka tidak boleh menyangkal kerana realiti sedang parah berlaku. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW :

عن ثوبان مولي النبي صل الله عليه وسلم :
قال رسول الله صل الله عليه وسلم : يُوشَكُ أن تَداعَى عليكم الأممُ كما تداعَى الأكلةُ على قصعتِها، قيل : يا رسولَ اللهِ أمِن قلةٍ بنا؟ قال : لا ولكنَّكم غثاءٌ كغثاءِ السيلِ تُنزَعُ المهابةُ من قلوبِ عدوِّكم منكم ويُوضعُ في قلوبِكم الوهنُ، قالوا : يا رسولَ اللهِ وما الوهنُ؟ قال : حبُّ الدنيا وكراهيةُ الموتِ إسناده حسن.

Dari Thauban Maula Nabi SAW; Dari Rasulullah SAW bersabda : Dibimbangi kamu nanti satuh ari dimamah beramai (oleh musuh Islam) seperti binatang memamah bangkai. Rasulullah SAW ditanya : “Adakah kami golongan minoriti? ” Jawab Rasulullah SAW : “Tidak, bahkan kamu ramai tetapi ramainya kamu bagai buih dilautan. Perasaan gerun terhadap orang Islam telah tercabut sedang didalam jiwa kamu sudah terbiak rasa lemah kepada orang-orang kafir”. Sahabat bertanya lagi tentang perasaan lemah apakah punca? Dijawab Rasulullah SAW : Ia adalah cinta dunia dan takut mati”.

Apabila penyakit cinta dunia sudah cambah dalam jiwa manusia maka pelbagai macam penyakit dalam akan lahir. Hasan al Basri meriwayatkan :

حب الدنيا رأس كل خطيئة.

Cinta dunialah punca segala kerosakan .

Pergolakan dikalangan umat Islam adalah terlahir dari penyakit inilah. Penyakit yang telah diberi amaran oleh Rasulullah SAW.

 

PALESTIN DAN BAITUL MUQADDIS

Palestin dan Baitul Muqaddis dipersenda oleh Terroris Yahudi sehingga tidak dibenar solat didalamnya adalah kerana penyakit yang telah Rasulullah SAW sebutkan diatas. Perbezaan politik dijadikan teras utama masyarakat dan rakyat Palestin. Masing – masing mendakwa diri mereka sebagai pejuangnya dan saling menidakkan antara satu sama lain. Semua ini memudahkan Israel untuk menghancurkan umat islam. Realiti Yahudi membenci dan tidak merestui masyarakat Arab serta Islam sangat mudah untuk mereka jayakan. Seperti dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Orang-orang Yahudi Dan Nasrani itu tidak redha terhadap kamu sehinggalah kamu mengikuti agamanya.

Ertinya Allah telah beritakan. Kitapun Sudah tahu. Cuma kita tidak mahu mengambil iktibar serta bersikap dengan lebih berhati-hati serta memahami bagaimana untuk mengatasi kerakusan Yahudi itu.

 

KEHANCURAN YAMAN DAN SYRIA

Kehancuran Yaman Dan Syria sudah tidal dapat ditutup oleh tapak tangan. Realiti perpecahan sangat ketara. Perselisihan faham dalam beragama membuak disetiap diri mereka yang terlibat.

Masing-maSing mendakwa kumpulan mereka yang terbaik dan bersikap dalam berbeza pendapat dengan cara positif sudah terhakis musnah seperti yang difirman Allah dalam surah Ar Rom ayat 32 :

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Dikalangan mereka berpecah dalam urusan agama sehingga berpuak-puak, dan setiap puak merasa gembira dengan kumpulan masing-masing.

Perkhabaran ini adalah sebuah amaran dari Allah SWT kepada mereka yang berkenaan. Kerana jika diabaikan segalanya, maka pasti natijahnya seperti apa yang berlaku sekarang. Bukan sekadar kemusnahan, kebuluran, keruntuhan moral serta pendidikan serta kuasa politik semakin terhakis bagai topeng yang kosong tiada apa-apa upaya dan tiada daya. Anak-anak mereka sendiri mereka bunuh dengan tangan mereka. Gara-gara menegak benang basah yang semakin parah.

 

NATIJAH BESAR

Pertama:

Quran dipersenda seperti Salman Rushdie dan sekutunya serta fahaman aeithesme yang semakin menular..

Kedua :
Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. seperti dilukis dengan kartun serta dituduh gila wanita.

Ketiga :
Penyekatan masuk ke Masjidil Aqsa.

Ketiga :
Penindasan terhadap umat Islam seperti di Rohingya.

Ketika kami berhubung dengan seorang tokoh dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) secara kasar jumlah yang menjadi mangsa kezaliman pihak terroris di Myanmar :

1. Mati terbunuh dibakar dan ditembak 3000 orang.

2. Yang masih berada di dalam Arakan Utara 200,0000.

3 Melepasi sempadan Bangladesh 150,000( bilangan semasa adalah 87,000 dan masih ramai lagi yang tidak dapat di kira oleh pegawai-pegawai.

4 . Bilangan yang terkepung di sempadan menunggu masa untuk menyeberangi Sungai Nat sekitar 30,000 – 40,000.

Harapan kita jumlah ini tidak benar tetapi kenyataan yang dapat dilihat umum sememangnya majoriti mereka dizalimi.

Kita mungkin boleh membuat keputusan secara “one off” seumpama memberi perlindungan, menempelak dan menghukum dengan cacian, memberi bantuan serta sumbangan atau sebagainya tetapi adakah itu satu jalan keluar yang tuntas.

Sebenarnya kita sangat memerlukan sebuah tindakan muktamad. Ia bukan sahaja mampu memberi gambaran yang indah kepada Islam. Bahkan membawa, satu terjemahan positif kepada bukan muslim tentang ajaran suci Islam.

 

708total visits,4visits today