//Kaedah ‘Rent-To-Buy’ Akan Diguna Pakai Untuk PR1MA Pahang

Kaedah ‘Rent-To-Buy’ Akan Diguna Pakai Untuk PR1MA Pahang

TAPAK PROJEK PR1MA PAHANG, KAMPUNG BUKIT LADA, KERDAU, TEMERLOH – Demi mengatasi masalah kesukaran bakal pembeli dalam kalangan rakyat mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah ekoran ‘disposable income’ bulanan tidak mencukupi untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan;

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, membuat keputusan untuk mengguna-pakai kaedah ‘rent-to-buy’ atau sewa untuk beli bagi unit-unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahangnya.

Ini sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan katakan pada persidangan media sempena majlis tiga (3) dalam satu (1) – Penyerahan Kunci PR1MA Pahang, Penyampaian Notis 5A dan pemberian bantuan saguhati menunaikan haji petang Rabu, 26 Julai di sini.

Sambil menyatakan syukur atas kejayaan pembinaan rumah-rumah di bawah PR1MA Pahang setakat ini, katanya, “… sekali lagi masalahnya, mereka (bakal pembeli) sukar mendapatkan pinjaman bank.

“Dan pihak bank juga ada sebab munasabah sebab setelah dikaji ‘disposable income’ dia orang (bakal pembeli), pendapatan yang boleh belanja; dia orang (bakal pembeli) tak cukup nak bayar (pinjaman) bank.

 

BAYAR SEWA TANPA HENTI, REKOD BAIK; DAPAT MILIKI

“Tapi, baru-baru ini di (Pulau) Tioman, YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Kesjeahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar telahpun memulakan satu skim, ‘rent-to-buy’, sewa untuk beli.

“Kita akan cuba dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang baik: kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

“Dan Menteri beritahu, mungkin ini boleh disebarkan ke seluruh negara. Saya berharap, ianya dapat disebarkan ke seluruh negara.

“Kalau tidak agak sukar, mereka yang tidak ada ‘disposable income’ yang cukup untuk nak bayar ‘instalment’ (ansuran pinjaman) rumah, dianya tidak dapat pinjaman bank; tidak dapat membeli rumah,” katanya lagi.

Mengenai PR1MA Pahang katanya, asal sasaran bagi membina 15,000 unit rumah berkenaan – rumah berkembar, RM150,000 seunit; dalam tempoh lima (5) tahun antara pertengahan tahun 2013 dan 2018, telahpun melampaui sasaran.

 

JANJI PRU-13 DITEPATI  

“Kita mula tahun 2013, kita ‘target’ 15,000 dalam tempoh lima (5) tahun. Tapi Alhamdulillah, sehingga Jun 2017, dalam tempoh lebih kurang empat (4) tahun, kita telahpun berjaya membina (dalam pelbagai peringkat) 35,000 unit rumah PR1MA,” katanya.

“Macam di sini, dah siap; di Kuantanpun dah siap. Dan beberapa lagi akan siap dalam tempoh masa terdekat. Saya bersyukur,” katanya lagi sambil memuji pemaju di sini – Jangka Alpha Sdn Bhd, atas kualiti kerja – ‘finishing’, dan juga ‘material’ bermutu, yang digunakan.

Kepada soalan wartawan kot-kot ada dalam kalangan pemaju bagi pembinaan rumah di bawah PR1MA Pahang yang gagal, jawab Dato’ Sri DiRaja Adnan, tiada.“Semuanya berjaya termasuklah Jangka Alpha ini,” tegasnya.

Menurut maklumat yang disediakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, daripada 106 projek serta kira-kira 35,000 unit rumah PR1MA Pahang sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut;

Lima (5) projek atau kira-kira 1,504 unit telahpun siap dengan memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang termasuk 200 unit di PR1MA Pahang Bukit Lada ini, seterusnya berjaya diserahkan kunci kepada para pembeli sepertimana petang ini.

PROJEK PR1MA PAHANG BUKIT LADA JADI ‘BENCHMARK’

“Rekabentuk dan susunatur rumah PR1MA Pahang Kampung Bukit Lada dengan keluasan 1,000 kaki persegi adalah antara yang terbaik dan boleh menjadi ‘benchmark’ kepada projek-projek PR1MA Pahang yang lain,”menurut maklumat tersebut.

Pada majlis ini juga, seramai 318 orang menerima Notis 5A masing-masing iaitu 146 orang peserta bagi Rancangan Pembesaran Kampung (RPK) Kampung Pulau Raya, dan, 172 lagi bagi RPK Kampung Gunung Senyum .

“Pemberian Notis 5A kepada peserta-peserta bagi kedua-dua RPK ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini,” menurut maklumat yang sama.

Bagi meraikan bakal-bakal haji ini yang di bawah kategori pengkhidmat sukarelawan negeri – penghulu, ketua kampong, ahli jawatankiuasa masjid/surau, penggali kubur, pengurus jenazah, imam, bilal dan guru al-Quran;

Kepada bakal haji persendirian yang seramai 40 orang, Kerajaan Negeri menyumbang RM3,000 setiap seorang manakala bagi yang di bawah tajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seramai 50 orang, menerima RM500 seorang.

KEHADIRAN ‘STALWART’

Selain Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis petang Rabu ini ialah Pengerusi,  Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;

Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, Dato’ Norol Azali Sulaiman, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Johari Husein, Dato’ Shahaniza Shamsuddin, dan, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga wakil rakyat setempat (BN – Kerdau);

 

Sumber :  Khabar 

136total visits,3visits today