//Sidang DUN Pahang: Pengurusan Zakat Dan Pengagihan

Sidang DUN Pahang: Pengurusan Zakat Dan Pengagihan

13 April 2017

9.00 pagi :
Bermula Hari Kedua Sidang DUN Pahang. Setelah bacaan Doa, Sesi Soal Jawab telah dibuka oleh YB Dato Sri Speaker. Sebagaimanabiasa Jawatankuasa Dakwah Islamiah turut dikemukan soalan mengenai pengurusan zakat dan pengagihan, soalan dikemuka oleh Adun Mentakab.
Menjelaskan pertanyaan..
Adapun mengenai kesedaran dan kempen pelbagai pendekatan telah diperkenalkan. Samada ceramah penerangan, baner, info grafik, kaunter2 yang dibuka diseluruh Pahang dan diwujudkan juga kaunter dibank2 serta kiosk.
Adapun mengenai kuitipan selama 4 Tahun kebelakangan ini ia telah berjaya dikutip dan diagih dengan sempurna mengikut asnaf yang ditetapkan.
Wakil Mentakab juga bertanya tidakkah zakat ini diagih kepada bukan islam juga seperti yang difatwa Maza.
Selaku wakil Kerajaan, sempat juga meluahkan rasa hairan atas kesungguhan Mentakab dalam soal zakat sedang Mufti Pahang rakan mereka teringin memberkasnya. Apa2pun Kerajaan Negeri menegaskan Rakan2 kita bukan Islam kita tidak diperintah agama untuk mengutip zakat dari mereka. Maka sudah pasti agihan juga menurut ajaran Islam tidak dapat diagih kepada bukan Islam. Namun ini bukan erti mereka dibiarkan namun Kerajaan ada pendekatan yang secara kosisten untuk membantu mereka.

KOMEN DI FACEBOOK

327total visits,4visits today